Anda di halaman 1dari 6

Kertas Kerja Kem Kembara Anak Soleh Kelas Aliran Agama 2016

Salah satu projek tahun ini yang dengan sukarelanya saya anjurkan untuk membantu panitia KKQ dan KKA dalam menjalankan kem kembara anak soleh.
Rasanya hampir 6 tahun saya tidak menganjurkan aktiviti kem ini sehinggalah tahun ini saya rasa saya ingin kembali membantu untuk menjalankan kem ini
terutama kepada murid kelas Aliran Agama yang begitu signifikan untuk menjalankan modul yang dirancang ini. Menyiapkan kertas kerja ini dalam cuti
sekolah agar isnin nanti saya boleh bergerak untuk mencari dana dan dalam masa yang sama menyiapkan dokumen ke Unit Perhubungan yang memerlukan
masa 6 minggu sebelum program utk diproses.

KERTAS KERJA
KEM KEMBARA ANAK SOLEH
KELAS ALIRAN AGAMA
SMK CHERAS 2016

1. 0 PENGENALAN

Pada tahun ini iaitu 2016, PPPM memasuki gelombang kedua yang bermula pada 2016 hingga 2020 dengan visi memacu peningkatan sistem
pendidikan. Oleh itu bagi mencapai visi tersebut, aspirasi terhadap sistem pendidikan dan murid di Malaysia merangkumi dua aspek iaitu pertama sistem
pendidikan secara keseluruhan dan kedua aspirasi murid secara individu yang perlu digerakkan. Aspirasi ini akan menjadi landasan transformasi sistem
pendidikan di Malaysia. Hasrat PPPM untuk mencapai enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional perlu digerakkan oleh guru yang beraspirasi. Oleh kerana itu, program ini dirangka bagi kumpulan
sasaran iaitu murid kelas aliran agama yang merupakan kelas kawalan di SMK Cheras. Modul yang digunakan merangkumi enam aspirasi murid iaitu
pengetahuan, kemahiran berfikir melalui penyelesaian masalah, kemahiran memimpin melalui daya jati diri kepimpinan sepanjang kem, kemahiran
dwibahasa dengan perbualan Bahasa Arab komunikasi dan Bahasa Malaysia sepanjang kem, memupuk etika dan kerohanian dengan modul pemantapan
agama dan solat sunat serta identiti nasional dalam kerja berkumpulan. Penganjur berharap agar program ini merupakan salah satu penggerak bagi
mencapai aspirasi tersebut dan seterusnya memacu keberhasilan pendidikan.

2.0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk:

2.1 Membimbing para peserta untuk memupuk kemahiran kepimpinan yang unggul, disiplin diri yang tinggi serta fokus
kecemerlangan diri
2.2 Memupuk nilai etika dan kerohanian bagi meningkatkan kualiti sahsiah diri yang unggul
2.3 Membentuk kerjasama antara sekolah, murid dan guru bagi meneruskan agenda kecemerlangan bukan sahaja di peringkat
sekolah bahkan di peringkat yang lebih tinggi.
3.0. TARIKH : 1-3 April 2016
4.0 TEMPAT : Kem Idaman Nurani, Hulu Langat
5.0 SASARAN : 70 orang murid lelaki dan perempuan kelas KAA

6.0 JAWATANKUASA AKTIVITI

Pengerusi:
Pn Kamariah Bt Abu (Pengetua )

Naib Pengerusi
Puan Maznah Bt Musa (Guru Penolong Kanan )

Setiausaha
Pn Nurhaiza Bt Che Mat
Guru Kaunseling SMK Cheras

Penolong Setiausaha
Pn Hasma Zati Bt Hashim
Penyelaras Kelas Aliran Agama

Jawatankuasa Kerja

BIL AJK NAMA GURU BIDANG TUGAS

1 Penyelaras Puan Nurhaiza Bt Che Mat Menyediakan kertas kerja


Mengatur modul dan kelancaran program
Mengedarkan borang kebenaran ibu bapa
2 AJK Pendaftaran Pn Haslina Bt Hashim Mengumpulkan borang kebenaran ibu bapa
Menaip senarai nama peserta program
Mengambil kedatangan murid sewaktu pendaftaran
Membuat salinan pendaftaran kepada AJK Sijil dan AJK
Dokumentasi
3 AJK Penginapan/ Nur Syahira Bt Ismail Bertugas sebagai AJK Penginapan
Dokumentasi Siti Norsyuhada Bt Nik Soh Menyediakan dokumentasi setelah program selesai
Mengambil gambar yang bersesuaian untuk dokumentasi

4 AJK Buku Program Puan Nafsah Bt Mohd Shah Menyediakan buku program
& Penilaian Menyediakan penilaian program
Menyerahkan penilaian program kepada AJK Dokumentasi

5 Pengangkutan En Mohd Nasrun B Ahmad Menguruskan pengangkutan pelajar pergi dan balik
Memastikan murid selamat balik ke rumah

6 AJK Sijil Puan Hasma Zati Bt Hashim Menyediakan sijil dan cenderahati untuk peserta

7.0 TENTATIF PROGRAM

HARI PERTAMA HARI KEDUA HARI KETIGA


HARI / MASA JUMAAT SABTU AHAD
15 APRIL 2016 16 APRIL 2016 17 APRIL 2016

4.30 AM QIAMULLAIL
5.30 AM SOLAT SUBUH SOLAT SUBUH

6.00 AM KULIAH SUBUH: KULIAH SUBUH

7.00 AM MUSLIM CERGAS/ SARAPAN/ MUSLIM CERGAS / SARAPAN/


SOLAT SUNAT DHUHA SOLAT SUNAT DHUHA

8.30 AM KEMBARA IBADAH MINDA INTELEK :


(JUNGLE TREKING) PERIBADI PELAJAR MUSLIM
10.00 AM KHIDMAT DIRI
11.00 AM LDK II MASS BERSAMA COMITTEE
MAKAN TENGAH HARI
MAJLIS PENUTUP
1.00 PM MAKAN TENGAHARI / SOLAT ZOHOR
2.30 PM PENDAFTARAN SMART SOLAT
TAKLIMAT

4.30 PM SOLAT ASAR /MUNUM PETANG SOLAT ASAR/MINUM PETANG

5.00 PM TUMBUK SAMBAL TEAM BUILDING


(ICE BREAKING)
6.30 PM MAKAN MALAM MAKAN MALAM

7.30 PM SOLAT MAGHRIB/ BACAAN SOLAT MAGHRIB


YAASIN/SOLAT ISYAK KULIAH MAGHRIB

SOLAT ISYAK
10.00 PM PROMO FASI
LDK I- TAARUF
LDK III- SHARING MOMENT
INNER JOURNEY:
MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH
12.00 PM MINUM MALAM MINDA INTELEK II: MENJUNJUNG KASIH
TRIBUTE TO RASULULLAH SAW

12.15 AM LELAP MATA MINUM MALAM/LELAP MATA

8.0 SUMBER KEWANGAN

BIL PERKARA JUMLAH


1 Yuran program RM 50 x 70 orang = RM 3,500

2 PIBG RM 1,300

3. Koperasi RM 1,000

4. Baitulmal RM 2,000

Jumlah RM 8,000

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH

1 RM 100 X 70 orang RM 7,000

2 RM 500 x 2 bas RM 1,000

3.

Jumlah RM 8,000

9.0 PENUTUP

Program ini diharapkan dapat membentuk sikap positif dalam kalangan murid dan dapat mendorong pelajar untuk lebih bermotivasi dalam mencapai
kecemerlangan diri serta membentuk perubahan sahsiah murid ke arah yang lebih baik untuk menjadi insan yang unggul. Program ini juga diharapkan dapat
membantu diri murid untuk membentuk jati diri yang tinggi dan bersedia menghadapi cabaran.

Disediakan oleh :

Puan Nurhaiza Bt Che Mat


Guru Kaunseling
SMK Cheras

Anda mungkin juga menyukai