Anda di halaman 1dari 6

Kertas Kerja Sambutan Hari Raya Aidilfitri SKSP 2022

KERTAS KERJA

SAMBUTAN HARI RAYA


AIDILFITRI
2022 M / 1443 H

SK SELAT PULAU,
KG. GAJAH

1.0 PENDAHULUAN
Kertas Kerja Sambutan Hari Raya Aidilfitri SKSP 2022

Bulan Takbir

Bulan Syawal disebut bulan takbir kerana seluruh umat Islam di seluruh dunia
mengumandangkan takbir untuk menyambut datangnya bulan Syawal. Secara serentak seluruh
umat muslim mengumandangkan takbir, tahmid, dan tahlil sebagai bentuk mengagungkan Allah
dan bersyukur kepadaNya di hari kemenangan kerana telah melakukan perjuangan berat
melaksanakan puasa di bulan Ramadan.

Bulan Kembali ke Fitrah


Syawal adalah bulan kembalinya umat Islam kepada fitrahnya, diampuni semua dosanya,
setelah melakukan ibadah puasa Ramadan sebulan penuh dan zakat fitrah. Kedatangan Syawal
membawa kemenangan bagi mereka yang berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan. Ia
merupakan lambang kemenangan umat Islam hasil dari “peperangan” menentang musuh dalam
jiwa yang terbesar, iaitu hawa nafsu.

Bulan Silaturahim
Dibandingkan bulan-bulan lainnya, pada bulan inilah umat Islam sangat banyak melakukan
amalan silaturahim, mulai pulang ke kampung halaman, saling bermaafan dengan keluarga atau
tetangga, baik melalui kirim SMS, telefon, dan sebagainya. Sungguh Syawal menjadi bulan
penuh berkah, rahmat, dan ampunan Allah kerana umat Islam menguatkan tali silaturahim dan
ukhuwah Islamiyah.

2.0 MATLAMAT
i. Menghayati bulan – bulan kebesaran Islam.
ii. Menanamkan sifat pemaaf dan pemurah antara orang Islam.
iii. Memberi peluang kepada semua warga sekolah berkongsi kegembiraan dalam menyambut hari
raya tanpa ada perbezaan antara miskin dan kaya .
iv.Melalui Sambutan Hari raya peringkat sekolah ini akan dapat membentuk dan melahirkan
akhlak yang Mahmudah dan menjauhkan sifat Mazmumah.

3.0 BUTIRAN PROGRAM

Tarikh : 13 Mei 2022


Hari : Jumaat
Kertas Kerja Sambutan Hari Raya Aidilfitri SKSP 2022

Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari


Tempat: Kantin SK Selat Pulau

4.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid, guru, warga SKSP & PIBG.

5.0 ANJURAN
UNIT Ko-Kurikulum SKSP

6.0 PERUNTUKAN KEWANGAN


PERKARA KUTIPAN
Sumbangan guru/sokongan RM 25 X *19 RM 475
Sumbangan Peribadi/Kantin/Kedai buku/PIBG RM 1253
JUMLAH RM 1728
(*17 guru + 2 sokongan)

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BI JUMLA
PERKARA ANGGARAN CATATAN
L H

1. Sate 500 cucuk RM 0.80 x 500 cucuk RM 400 3 cucuk untuk setiap murid

2. Rendang daging dendeng RM 29 X 8 kg RM 232 Sumbangan Peribadi

3. Lemang RM 17 x 10 batang RM 350 Sumbangan PIBG


RM 18 x 10 batang
4. Bihun RM 18 x 2 bundle RM 36 Sumbangan peribadi

5. Kuah Tomyam RM 2 x 200 org RM 400 Sumbangan Kantin

6. Air sejuk & panas RM 1 x 200 org RM 200 Sumbangan Kantin

7. Mangkuk polisterin (200) RM 22.40 RM 40 Sumbangan Kantin


Sudu garfu (200) RM 17.60

8. i. Piring polisterin (200) RM 22.00 RM 40 Sumbangan Kedai Buku/PIBG


ii. cawan kertas (200) RM 18.00
9. Hiasan pentas - RM 30 Sumbangan PIBG

JUMLAH RM1728

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM


Rujuk Lampiran 1
9.0 ATURCARA MAJLIS
Rujuk Lampiran 2
10.0 PENUTUP
Program Hari Raya Aidilfitri ini diharap dapat memberi kesan yang mendalam kepada
murid-murid dalam menghayati dan mengamalkan segala amalan yang afdal dilaksanakan dalam
kita bergembira menyambut Aidilfitri yang mulia. Semoga segala ibadah dapat kita laksanakan
dengan sempurna dan disertai dengan amalan sunat yang dapat mendekatkan diri kepada Allah
Kertas Kerja Sambutan Hari Raya Aidilfitri SKSP 2022

seterusnya untuk mencari keredhaanNya di dunia dan di akhirat. Selain itu semoga Aidilfitri yang
diraikan ini membuka seribu ruang kemaafan sesama warga SKSP dan menjalinkan silaturrahim
yang lebih utuh sebagai sebuah keluarga. Insyaallah.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

________________________ ________________________ _________________________


_
PN. NORLIANA BINTI HAMZAH HJ. ZAMZURI BIN HAJI
Setiausaha HJH. AZIZAH BINTI ISA
Majlis Sambutan Aidilfitri MUSA Guru Besar
SK Selat Pulau PK Kokurikulum SK Selat Pulau
Kampong Gajah SK Selat Pulau Kampong Gajah
Kampong Gajah

LAMPIRAN 1
JAWATANKUASA INDUK
PENGERUSI
HJ. ZAMZURI BIN HAJI ISA
Guru Besar
NAIB PENGERUSI
HJH. AZIZAH BINTI MUSA
PK Ko-Kurikulum
NAIB PENGERUSI 2
Kertas Kerja Sambutan Hari Raya Aidilfitri SKSP 2022

HJH. SALINA BINTI AHMAD


PK Kurikulum

NAIB PENGERUSI 3
HJ. ROSLAN BIN MOHAMED ISA
PK HEM

SETIAUSAHA
PN. NORLIANA BINTI HAMZAH

BENDAHARI
HJH. FOZIAH BINTI SHAM

JAWATANKUASA PELAKSANA

BIDANG TUGAS
JURU ACARA MAJLIS Mengacarakan majlis
EN. AZLY FAISAL BIN RAMLY Memastikan majlis berjalan lancar
PN. NURRUL AZIAH BINTI MOHAMED NORLI

BACAAN DOA Menyediakan teks doa dan membaca doa semasa majlis
UST. AHMAD SHUKRI BIN JAINUDDIN

SIARAYA/PERSEMBAHAN GURU & MURID Memastikan PA sistem berada dalam keadaan baik dan berfungsi bagi
EN. AHMAD IZZUDDIN BIN MOHD YUSOF melancarkan perjalanan majlis.
EN. MOHD AZUAN BIN OSMAN Menyediakan persembahan untuk menceriakan suasana majlis.

PERSIAPAN/MENGEMAS TEMPAT Menyediakan meja untuk makanan yang dibawa oleh murid
HJ. NORMAN BIN SAMSURI Menyediakan tempat duduk bagi guru dan murid.
UST. AHMAD SHUKRI BIN JAINUDDIN Mengemas semula tempat majlis
PEKERJA SWASTA

JAMUAN GURU & MURID Memastikan makanan mencukupi


PN. HAWARIAH BINTI ABD AZIZ Memastikan semua murid mendapat makanan yang diagihkan.
USTZ. NUR FARHANA BINTI MD MAKHTAR Mengagihkan makanan kepada semua murid.
HJH. FOZIAH BINTI SHAM

BACKDROP Menyedia dan menghias backdrop untuk majlis Aidilfitri


USTZ. SITI ZAHARAH BT. RIFIN @ MAT RIFIN Mengemas semula backdrop
PN. ROZITA BINTI HARUN

BUKU ATURCARA Menyediakan buku aturcara majlis dan mengedarkan kepada semua guru
PN. NORLIANA BINTI HAMZAH

FOTOGRAFI Mengambil foto ketika majlis sedang dijalankan.


EN. AHMAD TARMIZI BIN TALIB
DISIPLIN Mengawal disiplin murid
Semua guru

LAMPIRAN 2

ATURCARA MAJLIS
7.45 pagi : - Bacaan Yassin
- Ceramah Sempena Sambutan Aidilfitri di YouTube
9.00 pagi : - Murid & guru bergerak masuk ke kantin
- Ucapan Aluan Pengacara Majlis
- Ucapan GB SK Selat Pulau (Tn. Hj. Zamzuri bin Haji Isa)
Kertas Kerja Sambutan Hari Raya Aidilfitri SKSP 2022

- Ucapan YDP-PIBG (En. Zulkarnaen bin Abu Hasan)


- Bacaan doa
- Jamuan Juadah Hari Raya
- Aktiviti Persembahan
Multimedia Takbir Raya (Guru Lelaki SKSP)
Murid - Warna – warni Aidilfitri
- Pejam Celik Raya
- Suasana Hari Raya (Thn 1)
- Menjelang Hari Raya
Hari Raya
Multimedia Seloka Hari Raya (Guru-guru SKSP)
Murid - Raya! Raya! Raya!
- Seloka di Hari Raya
- Balik Kampung
Guru - Duet (Seloka Hari Raya)
- Sesi bergambar warna sedondon/murid & guru
12.00 Tgh/Hari : Bersurai

Anda mungkin juga menyukai