Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN

PROGRAM CAKNA KAUNSELOR MURID PENDIDIKAN KHAS


SMK KERTEH

PENDAHULUAN

Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan Pendidikan murid
dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta
dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid-murid dengan keperluan khas mencapai
tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan. Melalui Program Cakna Kaunselor ini,
Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling berpeluang menyelami jiwa anak-anak Pendidikan
Khas ini agar mereka dapat meningkatkan interaksi sosial dengan persekitaran lain yang ada di
sekolah.

OBJEKTIF:

Pada akhir program peserta-peserta akan dapat:


1. Meningkatkan interaksi sosial.
2. Belajar berdikari.
3. Dan mempelajari tingkah-laku normal melalui pemerhatian dan pengalamian aktiviti yang
disertai.

PENGANJUR:

i. Unit Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling

TARIKH:
(Lihat Jadual)

MASA/TEMPAT:
(Lihat Jadual)

AKTIVITI:
(Lihat Modul)

JAWATANKUASA PELAKSANA:
Pengerusi
Pengetua

Timbalan Pengerusi
PK Pendidikan Khas

Naib Pengerusi I
PK Pentadbiran

Naib Pengerusi II
PK HEM

Penyelaras Program
kaunselor

KEWANGAN:

BIL PERKARA UNIT HARGA JUMLAH


1. Minum Pagi
2. Hamper
3. Bahan aktiviti
JUMLAH RM 600

PENUTUP:

Diharapkan melalui aktiviti cakna kaunselor ini dapat mewujudkan hubungan baik unit kaunseling
dan ppki dalam membina jati diri dan sahsiah anak-anak pelajar Pendidikan khas di SMK Kerteh
untuk menghadapi kehidupan mereka pada masa akan dating.

Disediakan Oleh:

…………………………………………
(LENNY SHAFINAZ BINTI MD. YUSOFF)

MODUL AKTIVITI CAKNA KAUNSELOR

TAJUK JOM HAPPY


OBJEKTIF a. Dapat mencetuskan silaturahim serta menyemaikan kemesraan
sesama mereka.
b. Mewujudkan suasana yang selesa di kalangan murid-murid PPKI.
MASA (1 jam setengah)

PERALATAN 1. Kertas A4
2. Alat tulis
3. Pen Marker
4. Straw
5. Getah
LANGKAH 1. Energizer – Skuter rosak

2. Energizer – Penguin

3. Bingo 1 :
Edar kertas A4 kepada semua pelajar.
Arahan – Lipat kertas kepada 16 bahagian,
Kemudian minta pelajar cari rakan untuk dapatkan tandatangan
dan tulis kata-kata motivasi.
**muzik - crazy frog

4. Bingo 2 :
Arahan – Lukis muka rakan dengan melukis
mata orang lain, hidung orang lain, telinga orang lain...dll.
**muzik crazy frog

5. Angin Bertiup Kencang


Arahan – Pelajar duduk di atas kerusi dalam bulatan besar
Cara permainan :
Fasilitator sebut : “Angin bertiup kencang”
Pelajar sambut “Dari arah mana..”
Fasilitator sebut : “Dari arah...orang pakai baju warna merah”-
(pelajar yang pakai baju warna merah sahaja akan bergerak
untuk berubah tempat)
**ulang permainan-tukar arahan
6. Jom kira :
Pilih satu nombor antara 1 hingga 9.
Tulis nombor tersebut di atas tapak tangan.
Arahan – bentuk kumpulan dalam bilangan 15, 30, 45.
**muzik - crazy frog

7. Energizer – Uit2.
**muzik - xi shua-shua
8. Suka sama suka :
Atur pelajar kepada beberapa barisan (asing lelaki – perempuan)
Pelajar perlu letak straw pada mulut mereka.
Edarkan getah menggunakan straw tersebut dari hadapan ke
belakang.

- Perkenalan akan merapatkan hubungan


REFLEKSI
- Membina persahabatan dengan rakan baru
- Tak kenal maka tak tahu

TAJUK ‘WE ARE FAMILY’

OBJEKTIF a. Membentuk murid-murid ppki yang dapat bekerjasama antara satu


sama lain
b. Mewujudkan perasaan sayang-menyayangi dan menghargai antara
rakan.
MASA (1 jam)

PERALATAN 1. Bola
2. Tali Rapia
3. Gunting
4. Nama haiwan (Itik, Harimau, Kambing, Ayam)

1. Energizer – Uit2
LANGKAH **muzik xi shua-shua
2. Baling-baling :
Minta pelajar buat bulatan secara berkumpulan.
Edar bola ke setiap kumpulan.
Sebut nama panggilan rakan, kemudian baling bola pada rakan
yang dipanggi namanya itu, pelajar yang dapat bola kena sebut
nama rakan yang lain dan baling bola pada rakan tersebut.
Dalam masa yang sama, fasilitator akan tambah bola dari masa
ke semasa, ulang sehingga semua orang kenal rakan dalam
kumpulan.

3. Bahtera Noh :
Fasilitator akan taburkan nama-nama haiwan yang bergulung di
atas lantai, minta pelajar dapatkan setiap orang satu.
Semua pemimpin diminta menutup mata dengan kain ikat
kepala, bunyikan haiwan yang mereka dapat dan berkumpul
sesama mereka yang bunyi haiwannya sama.

4. Talian Kasih :
Edar tali rapia pada setiap kumpulan.
Minta mereka berdiri dalam bulatan sambil berpegangan
tangan.
Gerakkan tali dengan menggunakan mulut sahaja dari orang
pertama hinggalah ke orang yang terakhir dalam kumpulan
tersebut.
**muzik – PSY Gangnam Style

5. Terowong Manusia :
Pelajar membuat satu barisan, berdiri secara mengiring sambil
berpegangan tangan.
Semua pelajar dalam kumpulan mengangkat tangan ke atas,
orang pertama akan lalu di bawah ketiak rakan tanpa
memutuskan pegangan tangan, diikuti dengan orang yang ke-2
dan seterusnya.
**muzik – PSY Gangnam Style

6. Energizer – Penguin Romania


**muzik– Penguin Romania

7. Cheer Song : Bina lagu kumpulan berasaskan lagu

Pick tomato, pick2x tomato


Wash tomato, wash2 tomato
Cut tomato, cut2x tomato
Eat tomato, eat2 tomato
Ermmm...delicious !!!

- Bersatu teguh bercerai roboh


REFLEKSI
- Bekerjasama dalam kumpulan akan menjadi lebih mantap
- Memupuk semangat kerja berpasukan

Anda mungkin juga menyukai