Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA UNTUK KELULUSAN

PROGRAM: CARNIVAL FHPK 2017


ANJURAN: FAKULTI HOSPITALITI, PELANCONGAN DAN KESEJAHTERAAN

TUJUAN
Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk memohon kelulusan daripada Prof. Madya Dr.
Ghazali bin Ahmad, Dekan FHPK bagi menjalankan program Carnival FHPK 2017.

Program ini akan dikendali oleh pelajar-pelajar daripada Sarjana Muda


Keusahawanan (Pelancongan) Dengan Kepujian, Sarjana Muda Keusahawanan
(Hospitaliti) Dengan Kepujian dan Sarjana Muda Keusahawanan (Keusahawanan
Kesihatan) Dengan Kepujian, Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan
(FHPK) dengan kerjasama kelab-kelab berdaftar di Universiti Malaysia Kelantan.
Program ini dirancang akan berlangsung dalam masa seminggu bermula 5 hingga 30
November 2017.

1
LATAR BELAKANG
Selari dengan tujahan UMK yang memfokuskan kepada pendedahan kepada ilmu
keusahawanan dan pengurusan perniagaan melalui pengajaran dan perundingan,
penulisan dan perkhidmatan kepada komuniti, pihak FHPK ingin melahirkan
mahasiswa/i yang berketerampilan dan berdaya saing. Bagi mencapai hasrat
tersebut, pelajar harus didedahkan kepada pengetahuan dan pengalaman
mengurus acara yang dapat membantu dalam meningkatkan fizikal, mental dan
kendiri pelajar.

Program ini bertujuan supaya pelajar dapat mempelajari dan mendalami ilmu
pengurusan acara disamping pensyarah dapat berkongsi kepakaran serta
pengetahuan terutamanya dalam hal-hal berkaitan pengurusan acara serta impak
kewangan yang mampu dijana. Kandungan kursus ini merupakan suatu alternatif
kepada pelajar bagi mendalami ilmu dan terlibat secara langsung dengan etika
pengurusan sesebuah acara.

MATLAMAT
Memberi peluang kepada semua pelajar FHPK untuk memantapkan lagi tahap
pengetahuan, kemahiran serta pengurusan perniagaan. Dengan adanya
kepelbagaian aktiviti, adalah diharapkan secara langsung dapat menambah minat
mereka untuk terlibat sama dalam setiap aktiviti keusahawanan yang dianjurkan. Di
samping itu, program ini juga membantu untuk menambahkan lagi pengalaman
melalui pembelajaran di luar kelas kerana para pelajar berpeluang menerokai dan
melakukan aktiviti penjanaan pendapatan selain memberikan gambaran sebenar
terhadap sesuatu aktiviti yang bakal dipelajari. Hasil dari program ini, pelajar dapat
memantapkan diri supaya dapat berfikir secara inovatif dan kreatif melalui aktiviti
perniagaan.

2
OBJEKTIF PROGRAM

(PERINGKAT UNIVERSITI)
a) Bagi merealisasikan matlamat universiti yang berteraskan keusahawanan
dengan meninjau dan mengadakan program-program bersesuaian dengan
objektif yang termaktub dalam Piagam UMK.
b) Mewujudkan hubungan baik antara universiti dan agensi berkaitan disamping
mengukuhkan lagi kedudukan universiti setanding dengan universiti yang
terkemuka.
c) Mengekalkan organisasi atau pertubuhan dengan budaya kepimpinan dan
keusahawanan berteraskan modal insan.

(PERINGKAT FAKULTI)
a) Menjana kewangan bagi keperluan fakulti di masa hadapan
b) Memperkenalkan fakulti terutamanya kepada orang awam terutamanya
pelajar sekolah agar berminat untuk melanjutkan pelajaran di UMK
c) Memberi pendedahan berkaitan kepelbagaian program yang telah dijalankan
oleh pelajar terdahulu serta menunjukkan bakat pelajar dalam mengendali
sesebuah acara
d) Untuk memberi pendedahan aktiviti yang dijalankan terus kepada para pelajar
Universiti Malaysia Kelantan terhadap keusahawanan teras pembangunan
negara.
e) Membuka peluang kepada pelajar untuk menganjurkan sesebuah program
atau aktiviti yang secara langsung melahirkan sifat keusahawanan yang tinggi
tanpa melihat faktor penghalang.

3
IMPAK KEPADA PELAJAR
i. Memupuk kerjasama serta perpaduan yang erat antara mahasiswa/i berbilang
kaum selain dapat melahirkan mahasiswa/i yang kreatif, inovatif dan berdaya
saing.
ii. Sentiasa bersedia menerima cabaran yang diberikan sama ada di dalam atau
luar universiti.
iii. Mempelajari teknik yang terbaik bagi menjayakan sesebuah acara

PENGISIAN PROGRAM

1. Aktiviti perniagaan bagi menjana pendapatan

2. Pelancaran Basil Leaves dan Spa fakulti oleh Prof. Dato' Dr. Mortaza Bin
Mohamed

3. Menjalankan pameran program FHPK

4. Menjalankan pelbagai aktiviti antaranya:


o Pelancaran Basil Leaves & Spa
o Hurdle Run
o Finishing School/ Career Talk/ Clinic Resume
o Free Market
o Malam Anugerah Gemilang
o International Community Service
o Business Week
o Chef Celebrity
o Pertandingan Memasak

4
TENTATIF PROGRAM

TARIKH MASA AKTIVITI LOKASI

5 -30 8 pagi -Business Month Perkarangan


November Kolej Kediaman
2017 10 malam
19 November 8.30 pagi -Aktiviti keusahawanan Perkarangan
2017 -Finishing School Kolej Kediaman /
(AHAD) -Chef Celebrity Laman Siswa/
Dewan
11.00 malam Keusahawanan/
20 November 8.30 pagi -Aktiviti keusahawanan Perkarangan
2017 -Career Talk Kolej Kediaman/
(ISNIN) -Clinic Resume Dewan
11.00 malam Keusahawanan/
21 November 8.30 pagi -Aktiviti keusahawanan Perkarangan
2017 -Free Market Kolej Kediaman/
(SELASA) Laman Siswa/
Dewan
11.00 malam Keusahawanan/
22 November 8.30 pagi -Aktiviti keusahawanan Perkarangan
2017 -Pertandingan Memasak Kolej Kediaman/
(RABU) Laman Siswa/
Dewan
11.00 malam Keusahawanan/
23 November 8.30 pagi -Aktiviti keusahawanan Perkarangan
2017 Kolej Kediaman/
(KHAMIS) Laman Siswa/
Dewan
11.00 malam Keusahawanan/
24 November 8.30 pagi -Aktiviti keusahawanan Perkarangan
2017 -Hurdle Run Kolej Kediaman/
(JUMAAT) Laman Siswa/
Dewan
Keusahawanan/
11.00 malam
25 November 8.30 pagi -Aktiviti keusahawanan Perkarangan
2017 -Malam Anugerah Gemilang Kolej Kediaman/
(SABTU) Dewan
Keusahawanan/

11.00 malam

5
AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

*Lampiran A

ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

NO PERKARA BILANGAN JUMLAH


RM
Anggaran Pendapatan
1. Sumbangan Fakulti 5,000
2. Sewaan Khemah 10 unit 12,000
3. Yuran Larian 700 orang 17,500
4. Pre Karnival 1,000
5. Anggaran Sumbangan Luar 1,000
JUMLAH 36,500

Anggaran Perbelanjaan
1. Audio & Lighting System 3,000
2. Promosi 1,000
3. Makanan tetamu jemputan 500
4. Bayaran Honorarium 3,000
5. Hadiah 3,000
6. Khemah 10x10 – Pre Karnival 3 unit 500
7. Khemah 20x20 ** (tanggungan fakulti) 10 unit 6,000
8. Kos Larian 700 orang 10,500
(t-shirt, goodies)
JUMLAH 27,500

Anggaran Pendapatan Bersih 9,000

** Perbelanjaan dari pihak fakulti

PENUTUP/SYOR

Diharapkan agar program ini akan dapat dijalankan dan dilaksanakan dengan lancar
dan berkesan. Semoga segala promosi dan program keusahawanan dapat menarik
masyaratkat untuk lebih dekat bersama UMK. Manakala bagi pihak pelajar pula,
semoga ilmu dan pengetahuan yang bakal diperoleh dapat dipraktikkan dalam
kehidupan seharian demi melahirkan modal insan yang berkaliber, berdaya saing
serta dapat memberi sumbangan kepada negara kelak. Oleh yang demikian,

6
kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

7
Disediakan oleh

__________________________________________

Encik Fauzan Hafiz Bin Muhammad Safri


Penyelaras Pengurusan Acara
Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan
Universiti Malaysia Kelantan

Disemak oleh

___________________________________________

Dr Roslizawati Binti Che Aziz


Timb. Dekan Akademik dan Antarabangsa
Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan
Universiti Malaysia Kelantan

8
Ulasan oleh Dekan FHPK
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

Disokong oleh

..............................................................
Ghazali Bin Ahmad, PhD
Profesor Madya
Dekan
Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan
Universiti Malaysia Kelantan

9
LAMPIRAN A

JAWATANKUASA PENGURUSAN

Pengerusi : Prof. Madya Dr Ghazali bin Ahmad


Dekan FHPK
Ketua Program : Fauzan Hafiz Bin Muhammad Safri
Ahmad Faezi Bin Ab. Rashid
Derweanna Binti Bah Simpong

JAWATANKUASA PELAKSANA

Kluster Pelancongan
Prof. Dr Khairil Wahidin Bin Awang
Dr. Roslizawati Binti Che Aziz
Zaimatul Binti Awang
Fauzan Hafiz Bin Muhammad Safri
Hazi Hafizah Binti Usolludin
Nurzehan Binti Abu Bakar
Sathish Kumar Velayuthan

Kluster Hospitaliti
Mohd Fadil Bin Mohd Yusof
Derweanna Binti Bah Simpong
Nur Aliah Binti Mansor
Siti 'Atikah Binti Rusli
Mazne Binti Ibrahim
Harnidah Binti Samengon
Nurashikin Binti A. Ridzuan
Nurul Fardila Binti Abd Razak
Nor Amira Binti Mohd. Razali
Abdullah Bin Muhamed Yusoff
Nor Maizana Binti Mat Nawi

10
Kluster Kesejahteraan
Prof. Madya Mohad Anizu Bin Mohd Nor
Dr. Wan Mohd Nazdrol Bin Wan Mohd Nasir
Mohd Firdaus Bin Mohd Nasir
Mohd Hafzal Bin Abdul Halim
Ahmad Faezi Bin Ab. Rashid
Nor Dalila Binti Marican

Kluster Teras
Marlisa Binti Abdul Rahim
Azlinda Shazneem Binti Md Shuaib
Normaizatul Akma Binti Saidi
Wan Farha Binti Wan Zulkiffli
Nursafeda Binti Abd Rashid
Syarizal Bin Abdul Rahim

Kluster Pentadbiran
Normawati Binti Mohamad
Mohamad Luqman Nul Hakkim Bin Che Ali
Siti Khadijah Binti Zainal Abidin
Zawiyah Binti Ali
Kamarul Anuar Bin Zakaria
Muhamad Hafiz Bin Soh
Azman Bin Abdul Rajab
Zairah Ayu Binti Abd Ghani
Wan Nor Akmar Binti Alias
Mohd Afiq Bin Mohd Nawi

11

Anda mungkin juga menyukai