Pada masa ini, rancangan pemulihan yang sedang dijalankan di sekolah ditumpukan di
sekolah rendah. Murid-murid yang tidak dapat mengikuti pengajaran guru bersama murid
lain diasingkan, dan seorang guru pemulihan ditugaskan untuk mengajar murid-murid ini.
Beberapa waktu pelajaran telah diasingkan untuk memberi pengajaran secara individu
kepada murid-murid ini. Kelas pemulihan ini biasanya diberi nama kelas lembam (yang
kebetulannya membawa berbagai-bagai makna negatif). Guru pemulihan yang ditugaskan
akan membuat penyelidikan dan penyiasatan latarbelakang murid, supaya pengajaran
benar-benar sesuai untuk murid tersebut.
Peperiksaan penilaian darjah tiga di sekolah rendah pula ialah bertujuan mengesan
kelemahan murid untuk dibetulkan, atau diberi pemulihan dalam darjah empat. Setakat
mana perkara ini dilaksanakan terpulanglah kepada kemampuan dan kesanggupan guru-
guru darjah empat. Selaras dengan keperluan kurikulum di sekolah rendah yang
mementingkan kebolehan membaca, menulis dan mengira, berikut dikemukakan cara-
cara pelaksanaan rancangan pemulihan dalam 3M.
Sebelum Sesutu rancangan pemulihan dapat dijalankan, langkah yang pertama sekali
ialah untuk mengesan dan mengasingkan murid yang memerlukan pengajaran pemulihan
dalam bidang membaca, menulis dan mengira. Langkah ini diberi nama saringan.
Kemudian, setelah murid-murid tersebut dikesan dan diasingkan, langkah yang kedua
ialah diagnosis, iaitu menentukan jenis kelemahan secara khusus dalam sesuatu bidang
sahaja, sama ada bidang membaca, menulis atau mengira. Diagosis ini akan memberi
petunjuk kepada guru mengenai langkah-langkah khusus dalam pengajarannnya untuk
mengatasi kelemahan murid tersebut.
10 perkataan
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
llllllllll
= 10 perhentian
= 15 pematahan balik
= 10 perhentian
llllllllll
jumlah : 20 perhentian
5 pematahan balik
Pergerakan mata ketika membaca seperti ini adalah petunjuk semata-mata untuk beberapa
proses yang berlaku dalam otak ketika membaca. Untuk pengajaran pemulihan dalam
bidang membaca, tidaklah betul jika matlamat pengajaran pemulihan ialah untuk melatih
pergerakan mata semata-mata. Rancangan pemulihan harus memberi pengalaman
membaca kepada murid-murid tertentu. Rekod pergerakan mata seperti ini harus
digunakan untuk mengesan dan menentukan kelemahan membaca dengan maklumat, atau
bukti dari ujian dan cara mengesan yang lain.
Untuk mengira perhentian dan pematahan balik pergerakan mata, alat yang paling mudah
dan paling murah ialah dengan menggunakan cermin biasa. Cermin diletakkan di sebelah
kiri halaman buku, dan murid disuruh membaca halaman kanan. Guru berdiri di belakang
murid dan mengira perhentian dan pematahan balik pergerakan mata murid tersebut
ketika membaca. Untuk memudahkan pengiraan, perhentian dikira terlebih dahulu, dan
pematahan balik dikira kemudian, atau sebaliknya. Dengan sedikit latihan cara ini akan
menjadi mudah dan keputusan yang diperolehi amatlah tepat. Berikut diturunkan jumlah
purata perhentian dan pematahan balik bagi murid-murid berkebolehan biasa dari Gred 1
hingga ke maktab di Amerika Syarikat. Jadual ini adalah untuk panduan kasar semata-
mata, kerana data tempatan tidak diperolehi.
60
50
40
30
25
23
21
17
10
Ada banyak ujian tara yang boleh digunakan untuk menilai peringkat membaca seorang
murid, tetapi hampir kesemua ujian ini telah direka di Amerika Syarikat berpandukan
data murid-murid disana. Tambahan pula ujian ini menguji pembacaan di dalam Bahasa
Inggeris. Dengan itu, berikut diturunkan di antara ujian-ujian bacaan yang lazim
digunakan untuk pengetahuan dan makluman sahaja.
a. “Gates Primary Reading Test” : Ujian ini sesuai digunakan untuk murid gred 1,2, dan
3. Masa pengujian ialah antara 15 hingga 25 minit.
b. “Gates Reading Survey for grades 3 to 10” : Ujian ini menguji empat aspek pembacaan
iaitu perbendaharaan kata, peringkat kefahaman, kepantasan, dan ketepatan.
c. “Iowa Silent Reading Test” : Sesuai untuk menguji bacaan murid gred 4 hingga 8.
d. “SRA Reading Record” : Ujian ini sesuai digunakan untuk murid-murid gred 8 hingga
13. Ujian ini menguji 10 kemahiran membaca iaitu kadar kecekapan, kefahaman, maksud
perenggan, membaca direktori, membaca peta, jadual, graf, membaca iklan, penggunaan
indeks, perbendaharaan kata teknikal, makna ayat, dan perbendaharaan kata am.
4.3.1 Teknik am
Pengajaran pemulihan ( iaitu kaedah, rancangan dan penilaiannya) harus dilaksanakan
berdasarkan maklumat dari saringan dan diagnosis. Jika kecacatan fizikal yang
menyebabkan kelemahan itu ( masalah penglihatan, pendengaran, kekurangan makanan,
atau zat makanan, atau penyakit teruk) maka masalah ini harus dirujuk kepada pihak
berkenaan (klinik atau hospital). Kira-kira 95 % masalah penglihatan dapat diatasi
dengan penggunaan kaca mata. Walau bagaimanapun, kerja pengajaran pemulihan harus
jangan dimulakan kiranya masalah fizikal murid yang sepatutnya dapat dirawati, masih
belum diberi pertolongan.
Jika saringan dan diagnosis menunjukkan bahawa murid tersebut amatlah lembab dari
segi kebolehan mental, maka guru harus mengajarnya lebih perlahan dengan
menggunakan contoh dan unit-unit konkrit dalam usaha membina perbendaharaan kata
mereka. Oleh kerana murid lembab ini biasanya tidak suka membaca, kerana terpaksa
membaca bahan bacaan yang terlalu susah untuknya, maka berikut dikemukakan
langkah-langkah untuk panduan guru bagi mengatasi masalah ini.
a. Bincangkan perkara mengenai buku, di mana hendak mendapatkannya, dan maklumat-
maklumat seronok yang terkandung di dalamnya.
b. Suruh murid membaca buku yang senang dan seronok baginya tanpa meminta
ringkasan buku tersebut.
c. Tolong murid mencari dan memilih buku yang senang dan seronok baginya. Cerita
pendek, dongeng dan riwayat yang mengandungi perbendaharaan kata terhad amatlah
sesuai untuk murid ini.
d. Berikan projek kecil, atau aktiviti yang memerlukan pembacaan.
Jika masalah yang dihadapi oleh murid berpunca dari rumah, guru yang bijaksana
mungkin dapat menemui ibu bapa murid tersebut untuk mengurangkan masalah ini jika
masalah tersebut dapat dikawal.
Semua data yang dikumpulkan dari usaha saringan dan diagnosis harus dipertimbangkan
dan digunakan untuk merancang sesuatu rancangan pemulihan. Setip murid yang lemah
amatlah berbeza jika dibandingkan dengan murid lemah yang lain. Rancangan pemulihan
dan seterusnya teknik mengajar haruslah berpandukan maklumat setiap murid dalam
rancangan tersebut. Walau bagaimanapun, ada beberapa prinsip asas yang boleh
digunakan.
a. Mulakan pengajaran di tahap kebolehan murid. Kesilapan yang sering dibuat oleh guru
ialah menganggap bahawa seseorang murid itu mengetahui lebih daripada kebolehannya
yang sebenar. Bahan yang baru dan lebih tinggi tidak dapat dipelajari selagi bahan asas
belum dikuasai.
b. Murid harus diberitahu selalu mengenai kemajuannya. Kemajuan murid harus
ditunjukkan kepada murid tersebut dengan menggunakan graf, carta atau rekod-rekod
lain. Ini akan menggalakkan murid tersebut berusaha lagi.
c. Kerja, atau pelajaran yang diikuti oleh murid harus penting baginya dan mirip kepada
keadaan sebenar. Latihan mengenai sesuatu semata-mata untuk latihan sahaja tanpa
memasukkan perkara-perkara yang bermakna tidak akan menimbulkan kesan. Keperluan
murid harus diambil kira.
d. Murid harus merasa puas mengikuti pelajarannya. Latihan-latihan yang dapat
melahirkan rasa puas hati murid akan mempercepatkan proses pembelajarannya lagi.
e. Latihan-latihan yang banyak dan berbagai-bagai jenis harus diberikan. Murid
memerlukan pengalaman yang baru.
ix . Memilih gambar dan membuat senarai perkataan yang sesuai dengan gambar
tersebut.
x . Mencari perkataan yang sesuai untuk perkataan percakapan biasa, seperti ‘member’,
‘relax’, ‘best’, dan sebagainya.
xi . Menggantikan perkataan bergaris dengan perkataan serti.
Bermacam-macam lagi latihan boleh direka atas bijakpandai dan pengalaman guru.
Latihan seperti ini boleh digunakan untuk berbagai-bagai peringkat, atau tahap kebolehan
membaca. Tahap yang rendah akan menggunakan perkataan yang mampu digunakan oleh
murid ditahap itu.
e. Kajian punca perkataan. Sama ada Bahasa Inggeris, atau Bahasa Malaysia banyak
perkataan menggunakan imbuhan. Kajian makna asal sesuatu perkataan, iaitu tanpa
menggunakan imbuhan akan memudahkan mengingati makna berbagai-bagai bentuk
perkataan itu kemudian. Kemudian makna imbuhan pula harus dikaji supaya makna
sesuatu ayat itu jelas difahami dari segi makna asal dan bersama dengan imbuhannya.
II. Cara-cara mempelajari perkataan yang belum dikenali.
Murid yang kurang cekap membaca biasanya lebih banyak mengetahui makna perkataan,
tetapi tidak dapat mengenalnya secara tulisan. Dalam keadaan ini, guru harus memberi
murid pelajaran fonik (atau bunyi biasa). Banyak cara boleh digunakan untuk belajar
menyebut bunyi perkataan, sama ada dalam Bahasa Inggeris, atau Bahasa Malaysia. Satu
daripada cara-cara itu adalah seperti berikut :
w….. Apakah bunyi yang anda sebut apabila meniup lilin?
r…... Bagaimanakah bunyi kucing berehat?
Sy… Apakah bunyi yang anda sebut untuk memberi isyarat supaya
Jangan bisang?
C …. Apakah bunyi yang anda sebut apabila bersin?
Ow…Apakah bunyi yang anda sebut apabila kesakitan?
O …. Apakah bunyi yang anda sebut apabila sesuatu yang tidak disangka
berlaku.
Gr… Apakah bunyi anjing apabila ia marah? (selain dari menyalak)
Banyak lagi bunyi yang dapat ditambahkan kepada senarai ini dari pengalaman guru bilik
darjah.
Dapatan daripada analisis ini jelas menggambarkan kepada kita betapa pentingnya
rawatan segera dilakukan agar masalah ini dapat diselesaikan. Oleh yang demikian,
beberapa tindakan telah dilakukan bagi memulihkan murid-murid ini.
4.3.4 Rawatan
Tindakan awal yang dijalankan bagi membantu murid-murid ini menguasai kemahiran
membaca terutamanya yang melibatkan gabungan suku kata kv dan kvk ialah dengan
mengenal pasti kaedah pengajaran yang sesuai. Pengkaji telah memilih untuk
menggunakan kaedah pembelajaran masteri di dalam bilik darjah. Memandangkan
kaedah lebih menjurus kepada kebolehan seseorang, maka ia amat sesuai digunakan
untuk kumpulan sasaran.
4.3.4.1 Aktiviti Rawatan
i. Stesen bacaan
Pengkaji telah menyediakan ‘Stesen bacaan’ di salah satu sudut di dalam kelas. Di stesen
ini, disediakan dengan pelbagai bahan bacaan seperti :
a) kad suku kata
b) kad perkataan
c) kad ayat
d) carta cinta pendek.
Stesen ini diwujudkan bertujuan memberi ruang kepada murid-murid untuk mengisi masa
terluang selepas selesai sesuatu aktiviti. Mereka akan membaca di stesen ini setelah guru
mengesahkan yang mereka berjaya melaksanakan aktiviti yang diberi. Aktiviti ini dapat
mewujudkan suasana yang menyeronokkan. Murid berlumba-lumba menyelesaikan
aktiviti dengan jayanya untuk melayakkan mereka pergi ke stesen bacaan. Murid yang
telah berjaya membaca bahan yang disediakan di stesen ini dengan lancar akan diberi
hadiah.
Stesen 1
Di stesen 1 bahan yang digunakan adalah dalam bentuk kad suku kata yang
menggabungkan KV dan KVK seperti ‘bakul’ dan ‘jalan’. Murid-murid dikehendaki
mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup berdasarkan warna-warna
tulisan pada kad tersebut.
Penggunaan tulisan berwarna pada setiap perkataan juga adalah penting. Ia bertujuan
untuk memudahkan kumpulan sasaran mengenal pasti dan membezakan antara suku kata
KV dan KVK. Malahan penggunaan warna pada suku kata juga dapat memudahkan
murid untuk mengeja ataupun membaca sesuatu perkataan yang diberi. Secara tidak
langsung, aktiviti ini dapat membantu murid membaca dengan cepat.
Stesen 2
Di dalam stesen ini, pengkaji menyediakan kad perkataan yang mengandungi gabungan
suku kata KV dan KVK seperti :
kad perkataan : buku
meja
memasak
tembikai
Kad ini masih lagi menggunakan tulisan berwarna supaya murid dapat menyebut suku
kata berdasarkan warna tertentu pada perkataan tersebut. Pengkaji dapat melihat
peningkatan murid yang tidak perlu mengeja apabila diberi kad-kad perkataan ini.
Stesen 3
Di sini, pengkaji menyediakan kad yang mengandungi ayat tunggal yang mudah seperti:
KAD AYAT
1. Ibu memasak nasi lemak di dapur.
2. Hobi kakak saya membaca buku cerita.
3. Adik saya gemar melukis gambar pemandangan
4. Lawatan ke Zoo Melaka telah dibatalkan
a ) Pengukuhan
Pengkaji meminta murid mengeja dan membatangkan suku kata. Kemudian murid
dikehendaki menyebut suku kata berwarna dan membatangkan perkataan.Ini adalah
sebagai pengukuhan aktiviti di stesen-stesen sebelumnya.
b ) Pengayaan
Pengkaji meminta murid-murid membaca terus ayat tunggal yang diberi. Kemudian
pengkaji bersoal-jawab untuk mengetahui tahap kefahaman murid terhadap ayat yang
dibaca. Dengan demikian, murid dapat menguasai dua kemahiran serentak, iaitu
membaca dan memahami teks bacaannya.
Stesen 4
Di stesen 4 ini, pengkaji menyediakan ‘Big Book’ . ‘Big Book’ adalah sebuah buku yang
dibesarkan (enlarged) mengandungi gambar-gambar berwarna dan menarik. Ayatnya
adalah pendek supaya murid lebih berfokus kepada latar belakang. Aktiviti yang
dijalankan adalah seperti:
Ada juga murid yang tidak dapat menulis dengan sekata (uniform). Bagi masalah ini,
guru hendaklah membimbing pergerakan tangan murid berkenaan.
Perhatikan cara dia memegang pensel dan kedudukan tangannya di atas meja ketika dia
menulis untukmemastikan pergerakan yang betul.
Satu lagi masalah yang sering dihadapi oleh murid-murid dalam tulisan mekanis ialah
tulisan yang terlalu sesak atau terlalu jarang. Untuk mengatasi masalah ini cuba latih tubi
murid menulis huruf mengikut jark hujung jari atau diukur dengan jarak sebatang pensel.
Selain daripada di atas, guru boleh menggunakan kebijaksanaan dan kreativiti sendiri
untuk membantu murid menulis dengan betul dan sempurna. Aktiviti menulis ini juga
boleh digabungkan dengan permainan untuk menghindari kebosanan murid jika guru
terlalu kerap menggunakan teknik latih tubi. Guru juga boleh mengadakan muzik latar
yang sesuai untuk menarik minat murid ketika menulis.
4.5 Kesimpulan
Dapatan dari kajian yang dijalankan terbukti menunjukkan kaedah pembelajaran
mengikut kebolehan (stesen) dapat meningkatkan penguasaan kemahiran bacaan
kumpulan sasaran secara positif. Kenyataan ini dapat dikukuhkan lagi dengan
perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos yang telah dijalankan ke atas mereka.
Selain itu, ia turut meningkatkan keyakinan diri murid untuk terlibat dalam proses P & P.
Hasil dari ujian pos yang dijalankan terhadap kumpulan sasaran dapat menjelaskan
bahawa kaedah pembelajaran adalah faktor penting untuk meningkatkan penguasaan
sesuatu kemahiran. Kaedah Pembelajaran Masteri yang cuba diterapkan oleh pengkaji
menampakkan hasil yang membanggakan.
Melalui kaedah ini, kumpulan sasaran merasakan diri mereka lebih dihargai dan secara
tidak langsung telah berjaya meningkatkan keyakinan diri mereka. Malahan semangat
ingin berjaya yang ditunjukkan oleh mereka amat mengagumkan. Perubahan sikap yang
positif kepada kumpulan sasaran turut membantu kejayaan mereka. Oleh yang demikian,
wujudlah suasana P & P yang lebih menyeronokkan. Kumpulan sasaran juga lebih
berminat untuk menyertai setiap aktiviti yang dijalankan kerana mereka memahami apa
yang dipelajari. Selain itu, respons baik yang diberi oleh mereka terhadap P & P secara
tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan guru. Ini adalah kerana setiap aktiviti yang
dirancang dapat diikuti dengan penuh minat. Disebabkan semangat ingin berjaya telah
wujud dalam diri mereka, dengan sendirinya murid-murid ini menggunakan masaterluang
dengan aktiviti membaca bahan yang disediakan .
http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/aktiviti-pemulihan-tulisan.html