Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAN KEPALA BATAS

KEPALA BATAS 06200 KEDAH DARUL AMAN

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


TAHUN 3

BUKU SKRAP
PERMAINAN DAN PERATURAN
BOLA SEPAK

DISEDIAKAN OLEH
MUHAMMAD AKMAL RUSYDI BIN ZAINON
3 ELITE
2016
BIODATA SYAZWAN BIN ZAINON

Nama : Mohd Syazwan bin Zainon


Tarikh lahir : 13 November 1989
Umur : 26 tahun
Tempat lahir : Malaysia
Posisi : Midfielder
Tinggi : 167 cm
Berat : 66 kg

SEJARAH AWAL BOLA


Manusia bermain bola sejak beribu-ribu tahun dahulu, dipercayai bahawa orang-orangIndian Amerika Selatan telah
mencipta bola elestik yang pertama ribuan tahun dahulu.Berdasarkan sejarah, bola dahulu diperbuat daripada kulit haiwan,
pundi haiwanataupun tengkorak manusia,menurut lagenda pada zaman pertengahan dahulusebilangan penduduk
kampung akan menendang tengkorak disepanjang laluan kekampung yang bersebelahan kemudian menendang masuk
ke dalam kotak di kampungberkenan, tindakan itu akan dibalas dengan cara yang sama oleh kampung
yangbersebelahan.Semasa dinasti Ts'in dan Han Dynasties (255 BC-220 AD), orang-orang cina bermain'tsu chu' iaitu
permainan bola yang mana bola diperbuat dari kulit haiwan, merekamenjaringkan gol melalui jaring yang diikat antara
dua tiang.

Orang Greek dan Roman juga bermain bola sejak ribuan tahun dahulu, merekamenggunakan kaki atau
membawa dengan tangan.

UNDANG-UNDANG BOLA SEPAK

UNDANG-UNDANG 1 : PADANG PERMAINAN

Permukaan Padang

1) Perlawanan boleh dimainkan di atas permukaan semulajadi atau artifisal mengikut peraturan
pertandingan.

2) Warna permukaan artifisal mesti berwarna hijau.

3) Bagi permukaan semulajadi yang digunakan sama ada untuk perlawananpertandingan antara
pasukan yang mewakili ahli-ahli persatuan yang bergabungdengan FIFA atau perlawanan
pertandingan kelab antarabangsa, permukaannyamesti memenuhi kehendak µFIFA Quality Concept
for Artificial Turf¶ atau µInternational Artificial Turf Standard¶ kecuali persetujuan khas diberi oleh
FIFA.
Tanda-tanda Padang

1) Padang permainan mestilah berbentuk segi empat tepat dan ditanda dengangarisan. Garisan-garisan
ini adalah sebahagian dari kawasan yang diliputinyasebagai sempadan.

2) Dua garisan sempadan yang panjang adalah garisan tepi. Dua garisan yangpendek adalah garisan
gol.

3) Padang permainan dibahagikan kepada dua bahagian oleh garisan tengah yangbersambung di


pertengahan antara dua garisan tepi.

4) Pusat padang hendaklah ditanda di pertengahan garisan tengah. Satu bulatanberjejari 9.15 meter (10
ela) ditanda mengelilinginya.5) Semua garisan tidak melebihi 12 sentimeter (5 inci) lebarnya.

Ukuran
1) Garisan tepi hendaklah lebih panjang dari garisan gol.
2) Panjang (garisan tepi): minimum 90m (100 ela) dan
maksimum 120m (130 ela).
3) Lebar (garisan gol): minimum 45m (50 ela dan maksimum 90m (100
ela).
4) Semua garisan mestilah sama lebarnya dan tidak melebihi 12
sentimeter (5 inci)lebarnya.

Perlawanan Antarabangsa
1) Panjang: minimum 100m (110 ela) maksimum 110m (120 ela).
2) Lebar: minimum 64m (70 ela) dan maksimum 75m (80 ela).

Kawasan Gol
1) Dua garisan dibuat bersudut tepat dengan garisan gol, 5.5 meter (6 ela) dari bahagian dalam tiang-
tiang gol. Garisan-garisan ini dipanjangkan ke dalam padang permainan sejauh 5.5 meter (6 ela) dan
disambung dengan satugarisan selari dengan garisan gol. Kawasan yang dilingkungi oleh garisan-
garisan ini dan garisan gol ialah kawasan gol.

Kawasan Penalti
1) Dua garisan dibuat bersudut tepat dengan garisan gol, 16.5 meter (18 ela) daribahagian dalam
tiang-tiang gol. Garisan-garisan ini hendaklah dipanjangkan kedalam padang permainan sejauh 16.5
meter (18 ela) dan disambungkan dengansatu garisan selari dengan garisan gol. Kawasan yang
dilingkungi oleh garisan-garisan ini dan garisan gol ialah kawasan penalti.

2) Di dalam setiap kawasan penalti satu tanda penalti dibuat 11 meter (12 ela) daripertengahan garisan
gol di antara tiang-tiang gol dan sama jarak darinya.

3) Suatu lengkok berjejari 9.15 meter (10 ela) dibuat dari setiap pusat tanda penaltidi luar kawasan
penalti.

Tiang Bendera
1) Tiang bendera tingginya tidak kurang dari 1.5 meter (5 kaki) dengan bahagianatasnya tidak tajam
dan berbendera ditempatkan pada setiap penjuru.

2) Tiang bendera boleh juga ditempatkan di setiap penghujung garisan tengah,tidak kurang 1 meter (1
ela) di luar garisan tepi.

Lengkok Penjuru
Suatu suku bulatan berjejari 1 meter (1 ela) dari setiap tiang bendera penjuru ditandakan di dalam
padang permainan.
Tiang dan Palang Gol
1) Tiang-tiang gol hendaklah diletakkan di pertengahan setiap garisan gol.Ianya mengandungi dua
tiang tegak yang sama jaraknya dari tiang benderapenjuru dan dicantum di bahagian atasnya dengan
palang melintang.
2) Jarak di antara tiang-tiang itu ialah 7.32 meter (8 ela) dan jarak dari bahagianbawah palang gol ke
tanah ialah 2.44 meter (8 kaki).
3) Kedua-dua tiang gol dan palang gol mempunyai lebar dan tebal yang sama iaitutidak melebihi 12
cm (5 inci). Garisan gol hendaklah sama lebarnya dengan tiangdan palang gol. Jaring boleh dipasang
kepada gol dan bahagian tanah dibelakang gol dengan syarat ia disokong dengan sempurna dan
tidakmengganggu penjaga gol.
4) Tiang dan palang gol mesti berwarna putih.

 Keselamatan

Gol-gol mesti dipacak dengan kukuh ke tanah. Gol-gol jenis boleh ubah dibenar digunakan jika ia
memenuhi kehendak ini
Ukuran Imperial

Padang Permainan

Petunjuk:
I.the field of play - padang permainan
II. goal line - garisan gol
III. goal area - kawasan gol
IV. penalty mark - tanda penalty
V. penalty area - kawasan penalty
VI. penalty arc -  lengkuk penalty
VII. halfway line -  garisan tengah
VIII. touch line -  garisan tepi
IX. centre mark -  pusat padang
X. corner flag post  - tiang bendera penjuru
XI. corner arc -  lengkuk penjuru
XII. flag post optional  -  tiang bendera tidak wajib
XIII. compulsory  -  wajib

Anda mungkin juga menyukai