Anda di halaman 1dari 31

UNDANG UNDANG BOLA

SEPAK
2014/2015
UNIT:

PENDIDIKAN JASMANI (PISMP 2)

UNDANG-UNDANG 1 PADANG
PERMAINAN
Permukaan Padang
1)Perlawanan boleh dimainkan di atas permukaan
semulajadi atau artifisal mengikut peraturan pertandingan.
2)Warna permukaan artifisal mesti berwarna hijau.
3)Bagi permukaan semula jadi yang digunakan sama ada
untuk perlawanan pertandingan antara pasukan yang
mewakili ahli-ahli persatuan yang bergabung dengan FIFA
atau perlawanan pertandingan kelab antarabangsa,
permukaannya mesti memenuhi kehendak FIFA Quality
Concept for Artificial Turf atau International Artificial Turf
Standard kecuali persetujuan khas diberi oleh FIFA.

Tanda-tanda Padang
1)Padang permainan mestilah berbentuk segi empat tepat dan
ditanda dengan garisan. Garisan-garisan ini adalah sebahagian
dari kawasan yang diliputinya sebagai sempadan.
2)Dua garisan sempadan yang panjang adalah garisan tepi. Dua
garisan yang pendek adalah garisan gol.
3)Padang permainan dibahagikan kepada dua bahagian oleh
garisan tengah yang bersambung di pertengahan antara dua
garisan tepi.
4)Pusat padang hendaklah ditanda di pertengahan garisan
tengah. Satu bulatan berjejari 9.15 meter (10 ela) ditanda
mengelilinginya.
5)Semua garisan tidak melebihi 12 sentimeter (5 inci) lebarnya.

Ukuran

1)Garisan tepi hendaklah lebih panjang dari garisan gol.


2)Panjang (garisan tepi): minimum 90m (100 ela) dan
maksimum 120m (130 ela).
3)Lebar (garisan gol): minimum 45m (50 ela dan maksimum
90m (100 ela).
4)Semua garisan mestilah sama lebarnya dan tidak melebihi
12 sentimeter (5 inci) lebarnya.
Perlawanan Antarabangsa
1)Panjang: minimum 100m (110 ela) maksimum 110m (120
ela).
2)Lebar: minimum 64m (70 ela) dan maksimum 75m (80 ela).

Kawasan Gol
1)Dua garisan dibuat bersudut tepat
dengan garisan gol, 5.5 meter
(6 ela) dari bahagian dalam tiang-tiang
gol. Garisan-garisan ini dipanjangkan ke
dalam padang permainan sejauh 5.5
meter (6 ela) dan disambung dengan
satu garisan selari dengan garisan gol.
Kawasan yang dilingkungi oleh garisangarisan ini dan garisan gol ialah kawasan
gol.

Kawasan Penalti
1)Dua garisan dibuat bersudut tepat dengan garisan
gol, 16.5 meter (18 ela) dari bahagian dalam tiangtiang gol. Garisan-garisan ini hendaklah dipanjangkan
ke dalam padang permainan sejauh 16.5 meter (18
ela) dan disambungkan dengan satu garisan selari
dengan garisan gol. Kawasan yang dilingkungi oleh
garisan-garisan ini dan garisan gol ialah kawasan
penalti.
2)Di dalam setiap kawasan penalti satu tanda penalti
dibuat 11 meter (12 ela) dari pertengahan garisan gol
di antara tiang-tiang gol dan sama jarak darinya.
3)Suatu lengkok berjejari 9.15 meter (10 ela) dibuat
dari setiap pusat tanda penalti di luar kawasan penalti.

Tiang Bendera
1)Tiang bendera tingginya tidak
kurang dari 1.5 meter (5 kaki)
dengan bahagian atasnya tidak
tajam dan berbendera ditempatkan
pada setiap penjuru.
2)Tiang bendera boleh juga
ditempatkan di setiap penghujung
garisan tengah, tidak kurang 1 meter
(1 ela) di luar garisan tepi.

Lengkok Penjuru
Suatu suku bulatan berjejari 1 meter (1
ela) dari setiap tiang bendera penjuru
ditandakan di dalam padang
permainan.

Tiang dan Palang Gol


1)Tiang-tiang gol hendaklah diletakkan di pertengahan
setiap garisan gol.
Ianya mengandungi dua tiang tegak yang sama jaraknya
dari tiang bendera penjuru dan dicantum di bahagian
atasnya dengan palang melintang.
2)Jarak di antara tiang-tiang itu ialah 7.32 meter (8 ela) dan
jarak dari bahagian bawah palang gol ke tanah ialah 2.44
meter (8 kaki).
3)Kedua-dua tiang gol dan palang gol mempunyai lebar dan
tebal yang sama iaitu tidak melebihi 12 cm (5 inci). Garisan
gol hendaklah sama lebarnya dengan tiang dan palang gol.
Jaring boleh dipasang kepada gol dan bahagian tanah di
belakang gol dengan syarat ia disokong dengan sempurna
dan tidak mengganggu penjaga gol.
4)Tiang dan palang gol mesti berwarna putih.

Keselamatan
Gol-gol mesti dipacak dengan kukuh
ke tanah. Gol-gol jenis boleh ubah
dibenarkan untuk digunakan jika ia
memenuhi kehendak ini.

Petunjuk:
I. the field of play padang permainan
II. goal line garisan gol
III. goal area kawasan gol
IV. penalty mark tanda penalty
V. penalty area kawasan penalty
VI. penalty arc lengkuk penalty
VII. halfway line garisan tengah
VIII. touch line garisan tepi
IX. centre mark pusat padang
X. corner flag post tiang bendera penjuru
XI. corner arc lengkuk penjuru
XII. flag post optional tiang bendera tidak wajib
XIII. compulsory wajib

UNDANG-UNDANG 2
BOLA

Kualiti dan Ukuran Bola


sfera
daripada kulit atau bahan-bahan lain

1)berbentuk
2) diperbuat
yang sesuai
3)lilitannya tidak lebih dari 70 cm (28 inci) dan tidak
kurang dari 68 cm (27 inci)
4)beratnya tidak lebih dari 450 g (16 auns) dan tidak
kurang dari 410 g (14 auns) pada permulaan
permainan.
5)tekanan udara bersamaan dengan 0.6 1.1
atmosfera (600 1100 gram/sm2) pada paras laut
(8.5 paun/in2 15.6 paun/in2).

Penggantian Bola yang Rosak

Jika bola pecah atau rosak semasa perlawanan:


1)perlawanan diberhentikan
2)perlawanan dimulakan semula dengan jatuhan bola di
tempat mana bola mula bocor atau rosak (rujuk Undangundang 8-Keadaan Tertentu).

Jika bola pecah atau rosak ketika di luar permainan semasa


sepak mula, sepakan gol, sepakan penjuru, sepakan percuma,
sepakan penalti atau lontaran ke dalam:
1)perlawanan dimulakan semula seperti sepatutnya.
Bola tidak boleh ditukar-ganti semasa perlawanan tanpa
kebenaran Pengadil.

Keputusan-keputusan Lembaga P.B. Antarabangsa


Keputusan 1
Tambahan kepada peruntukan Undang-undang 2,
penerimaan bola untuk perlawanan di dalam
pertandingan kelolaan rasmi di bawah kawlan FIFA atau
gabungannya tertakluk kepada salah satu dari berikut:
Logo the official FIFA APPROVED
Logo the offi cial FIFA INSPECTED
Logo the INTERNATIONAL MATCHBALL STANDARD

Keputusan 2
Untuk perlawanan pertandingan FIFA dan bagi
perlawanan pertandingan anjuran konfederasi
dan persatuan kebangsaan, sebarang iklan
komersil pada bola adalah tidak dibenarkan,
kecuali lambang pertandingan, pengelola
pertandingan dan tanda dagangan pembuat
yang dibenarkan. Peraturan pertandingan
boleh menghadkan saiz dan bilangan tandatanda tersebut.

UNDANG-UNDANG 3 BILANGAN
PEMAIN
Bilangan Pemain
Suatu perlawanan dimainkan oleh dua
pasukan, setiap pasukan mengandungi
tidak lebih sebelas pemain dan salah
seorang menjadi penjaga gol. Suatu
perlawanan tidak boleh dimulakan jika
salah satu dari pasukan itu
mempunyai kurang dari tujuh pemain.

Bilangan pengganti
Sehingga maksimum tiga pengganti
boleh digunakan di dalam manamana perlawanan rasmi yang
dianjurkan di bawah naungan FIFA,
konfederasi atau persatuan
kebangsaan.
Peraturan pertandingan mesti
menyatakan bilangan pengganti
yang boleh dinamakan, dari tiga

Perlawanan-perlawanan Lain
Untuk perlawanan pasukan A Kebangsaan, sehingga
maksimum enam pengganti boleh digunakan.
Untuk semua perlawanan lain, bilangan penggantian lebih
besar boleh digunakan dengan syarat:
1)Pasukan-pasukan berkenaan mencapai persetujuan
tentang bilangan maksimumnya;
2)Pengadil diberitahu sebelum perlawanan
Jika pengadil tidak diberitahu, atau tiada persetujuan dicapai
sebelum perlawanan, tidak lebih enam penggantian
dibenarkan.
Semua Perlawanan
Untuk semua perlawanan nama pemain pengganti mestilah
diserahkan kepada Pengadil sebelum permulaan perlawanan.
Pengganti yang tidak dinamakan tidak boleh mengambil
bahagian di dalam perlawanan tersebut.

Prosedur penggantian

Untuk mengganti seseorang pemain oleh pengganti, syaratsyarat berikut mestilah dipatuhi:
1)pengadil diberitahu sebelum sebarang cadangan
penggantian dibuat.
2)pengganti hanya masuk setelah pemain yang digantinya
itu telah keluar dan setelah menerima isyarat dari Pengadil.
3)pengganti hanya masuk ke padang di garisan
pertengahan padang dan semasa pemberhentian
permainan.
4)penggantian adalah sempurna apabila pengganti masuk
ke dalam padang permainan.
5)dari masa itu, pengganti menjadi pemain dan pemain
yang digantikan itu tamat menjadi pemain.
6)seorang pemain yang telah digantikan tidak boleh
mengambil bahagian di dalam perlawanan itu seterusnya.
7)semua pengganti adalah tertakluk kepada kuasa budi
bicara Pengadil, sama ada dipanggil untuk bermain atau
tidak.

Pertukaran Penjaga Gol


Mana-mana pemain boleh bertukar tempat
dengan penjaga gol, dengan syarat:
1)pengadil diberitahu sebelum pertukaran
dibuat.
2)pertukaran dibuat semasa bola di luar
permainan.

Kesalahan-kesalahan dan Hukuman

Jika pengganti atau pemain yang telah digantikan masuk ke


padang permainan tanpa kebenaran pengadil:
1)permainan diberhentikan (walaupun permainan tidak
diberhentikan dengan segera, jika pengganti tidak
mengganggu permainan)
2)pengadil berikan amaran kepada kerana tidak bersemangat
sukan dan mengarahkan dia keluar dari padang.
3)jika pengadil telah memberhentikan permainan, permainan
dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus di
tempat bola berada semasa permainan diberhentikan (rujuk
Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma)

Jika pemain bertukar tempat dengan penjaga gol tanpa


kebenaran Pengadil sebelum pertukaran dibuat:
1)permainan diteruskan.
2)pemain-pemain berkenaan diberi amaran dan ditunjuk
kad kuning sebaik saja bola di luar permainan.
Untuk kesalahan-kesalahan lain:
1)pemain-pemain berkenaan diberi amaran dan ditunjuk
kad kuning.
2)permainan dimulakan semula dengan sepakan percuma
tidak terus dibuat oleh pihak lawan di tempat bola berada
semasa permainan diberhentikan (rujuk Undang-undang 13
Kedudukan Sepakan Percuma)

Pemain dan Pengganti Diperintah Keluar


Seorang pemain yang diperintah keluar
sebelum permulaan permainan hanya boleh
digantikan dengan salah seorang dari
pengganti-pengganti yang dinamakan.
Pengganti yang dinamakan jika
diperintahkan keluar sama ada sebelum
permainan dimulakan atau selepas
permulaan permainan, tidak boleh
digantikan.

Anda mungkin juga menyukai