Anda di halaman 1dari 18

1.

0 PENGENALAN
1.1 Sejarah Lompat Tinggi

mula lompat
dan mendarat
di atas tanah
rumput

teknik gaya
timur adalah
popular

teknik gaya
guling barat
popular

Dick Fosbury
menggunakan
gaya baru iaitu
Fosbury Flop
untuk
membuat
lompatan

acara lompat
tinggi mula
diperkenalkan

acara lompat
tinggi
diperkenalkan
oleh olimpik

1896
Olimpik
tahun
1968
Tahun 50Sebelum
1940
Abad ke19

1887

2.0
DESKRIPSI

LATIH TUBI
DALAM
P&P
2.1 Fasa
Lompat
Tinggi
Semua gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat fasa pergerakan iaitu:

penujuan

lonjakan

layangan

pendarat
an

Rajah 1: Fasa fasa lompatan


a)Penujuan larian menghala ke palang
b) Lonjakan tindakan kaki untuk menaikkan badan
c) Layangan gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas
palang.
d) Pendaratan sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat.
2.2 Gaya Lompat Tinggi
Terdapat lima gaya lompat tinggi iaitu :

Gaya gunting
Gaya pelana
Gaya guling barat
Gaya timur
Gaya Fosbury Flop

2.2.1

Gaya gunting

PENUJUAN

GAYA GUNTING

Pelompat menuju ke palang secara bersudut


kira- kira 30 darjah.
Pelompat menggunakan 7 -9 langkah.
Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan
akan berlari dari sebelah kiri, memulakan larian
dengan kaki kanan.
Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri akan
berlari dari sebelah kanan, memulakan larian
dengan kaki kiri.

LONJAKAN

Pelompat menuju ke palang secara


bersudut dan melonjak dengan kaki

Pelonjak melonjak dengan kaki luar.


Semasa melonjak, kaki melonjak di depan
pinggul dan pinggul di hadapan bahu untuk
mencondongkan badan semasa membuat
lonjakan.

yang berada di luar dari palang.


Semasa melepasi palang, pelompat
berada
berlunjur.

dalam

keadaan

LAYANGAN

duduk

Kaki bebas dihayun kuat ke atas, selari dengan


palang.
Bahu berhampiran palang dikekal tinggi dan
tidak condong ke arah palang.
Kaki lonjak dihayun ke atas

Pelompat

PENDARATAN
mendarat diNatas punggung

dengan dua belah kaki.

atau

Rajah 3: Gaya gunting

1.1.1

Gaya Timur

GAYA TIMUR

DESKRIPSI
pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan (90%).
Semasa melonjak, kaki bebas dihayun secara tegak ke
hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara
mengiring.

LANGKAH GAYA TIMUR

Rajah 4: Gaya Timur

1.1.1

Gaya Pelana

GAYA PELANA

TAKRIFAN DAN KONSEP


Gaya ini hampIr sama dengan gaya Guling Barat. Pelompat
menuju ke palang secara bersudut. Ketika melepasi palang,
muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan
badannya seolah-olah meniarap di atas palang.

FASA FASA LOMPATAN

Penujuan
Biasanya pelompat akan berlari sebanyak tujuh hingga sembilan
langkah menuju ke palang dari sudut 30-45 darjah. Tiga langkah
terakhir dibuat secara pantas dan terkawal. Badan pelompat
dicondongkan sedikit ke belakang dan kaki lonjak dibengkokkan
sebagai persediaan untuk melompat pada langkah yang terakhir.

Lonjakan
Sebaik sahaja kaki lonjak mencecah tandaan melonjak, pelompat
hendaklah melompat dengan kuat. Tindakan melonjak ini bermula
dengan bahagian tumit dan disusuli dengan bahagian hujung kaki.
Serentak dengan tolakann ini, kaki bebas dihayun dengan kencang ke
atas paras palang. Fasa lonjakan ini juga dibantu dengan
menghayunkan kedua-dua belah tangan ke atas.

Layangan
Setelah membuat lonjakan, badan dan kaki bebas pelompat berada
dalam keadaan hampir selari dengan palang yang berada di bawahnya.
Ketika ini, badan dan kaki bebas pelompat berpusing seolah-olah
hendak membalut palang. Bahu dan kepala pelompat direndahkan
sebaik sahaja pelompat melepasi palang. Ini adalah untuk membantu
pelompat membuat persediaan untuk mendarat. Kaki lonjak mestilah
menyusuli pergerakan badan tanpa diluruskan.

Pendaratan
Ketika di fasa pendaratan, pelompat memusingkan badannya dan
mendarat di atas bahagian belikat atau bahagian belakang badan.

Rajah 5: Gaya pelana

1.1.1

Gaya Guling Barat

Gambar 2: Gaya guling barat

Gaya Guling Barat diciptakan oleh G.Horin (Amerika) tahun 1912. Gaya ini
tidak dapat berkembang, kerana peraturan pada saat itu. Gaya ini
mempamerkan posisi kepala yang lebih rendah dari paras pinggul, hal ini
tidak sah dan telah disfikualifikasikan. Oleh itu, gaya ini tidak digunakan
atau dipertandingkan. Semua pelompat terpaksa menggunakan gaya
gaya sebelum ini. Namun demikian, bagi peningkatan prestasi, peraturan
yang menghalang penggunaan gaya guling barat digugurkan pada tahun
1934. Prestasi yang pernah dicapai dengan gaya guling barat ini ialah

2.03m direkodkan oleh Johnson dari Amerika. Sejak itulah gaya guling ini
berkembang ke beberapa negara.

2.2.2

Gaya Fosbury Flop

Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya
Fosbury Flop .Mengikut gaya ini pelompat menuju ke palang dengan
membelakangkan palang.

Gambar 5: Lompatan Gaya Fosbury


Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada Tahun 1968. Beliau telah
memperkenalkan satu teknik baru dalam bidang melompat tinggi di mana
pelepasan palang di buat dengan bahagian belakang ( bahu ) dahulu dan
pendaratan dibuat di belakang badan hamper dengan bahagian tengkuk.
Gaya ini sungguh popular pada masa kini dan tidak ada sebab mengapa para
pelajar tidak diberi peluang untuk mempelajarinya. Untuk tujuan keselamatan,

tilam pendaratan yang mencukupi digunakan semasa pelajaran atau latihan.


Berikut ini merupakan fasa-fasa yang terdapat dalam gaya Fosbury Flop.

GAYA FOSBURY FLOP

PENUJUAN
Bisanya pelompat mengambil tujuh hingga sembilan langkah larian di
mana tiga langkah terakhir itu adalah bentuk melengkung. Larian
melengkung inilah yang menyediakan pelompat melepasi palang
dengan bahagian belakangnya dahulu. serentak

LONJAKAN
Ini adalah tindakan yang meledak. Sebaik sahaja pelompat mengakhiri
larian yang melengkung, kaki luarnya melonjak dengan kuat apabila
memijak tanda lonjakan yang hamper selari dengan palang. Kedua-dua
belah tangan dibengkokkan dan diayun ke atas dan kaki bebas diangkat
tinggi dengan bahagian lutut juga dibengkokkan. Lutut ini juga digerakkan
secara melintang badan untuk membantu pusingan badan di udara
supaya bahu menjadi selari dengan palang.

LAYANGAN
Semasa di udara, pelompat menoleh ke belakang
(menendang palang) sambil melentikkan badan. Tangan
diletakkan di bahagian sisi badan dan kedua-dua belah
kaki dibengkokkan di bahagian lutut. Lantikan badan ini
akan membantu bahagian punggung pelompat badan
melepasi palang. Setelah badan pelompat melepasi
palang, kedua-dua belah kakinya diluruskan dan
diangkat tegak ke atas. Tindakan ini dibuat supaya kaki
tidak tersangkut pada palang dan ia juga sebagai
Persediaan untuk pendaratan.

LONJAKAN

Serentak dengan mengangkat kakinya ke atas, pelompat menarik kepala


dan dadanya ke arah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan
pelompat mendarat di atas bahagia belakang badannya (tulang belikat).
Rajah 6: Gaya Fosbury Flop

Latihan Ansur Maju


1.Aktiviti mendorong
a. Berjalan dengan lutut tinggi
b. Berlari dengan lutut tinggi
c. Berlari dalam bulatan
d. Berlari mengikut laluan angka lapan.
e. Melonjak
f. Melonjak untuk menyentuh bola yang tergantung.
2.Latihan Lompatan
a. Memulakan lompatan dengan gaya gunting.
b. Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk L, kaki selari denagn palang.
c. Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk L serta kaki bersudut 45 darjah.
d. Melompat gaya gunting dan mendarat 90 darjah denagn kaki mengahala kea rah
palang.
e. Berdiri membelakangkan tempat mendarat, melompat secara dirian dan mendarat.
f. Ulang (e) dengan berdiri di atas kerusi panjang atau peti lombol satu tingkat.
g. Ulang (f) dengan papan anjal.
h. Menentukan titik semak.
i. Membuat lompatan dengan mengambil langkah 7-9 langkah.

PERALATAN
Dalam acara lompat tinggi ini memerlukan kawasan dan peralatan khusus untuk
membolehkan lompatan diadakan sebagai salah satu acara olahraga. Penganjur
sesuatu kejohanan olahraga hendaklah memastikan semua ini disediakan sebelum
pertandingan dimulakan. Antara peralatan-peralatan yang diperlukan adalah seperti
berikut :1. Tiang Lompat Tinggi.

Dua batang tiang diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa
pertandingan sedang dijalankan. Jika perlu diubah umpamanya kedudukan,
hendaklah dilakukan selepas tamat satu pusingan yang melibatkan semua peserta.
Kedua-dua tiang ini hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan
tiang ditegakkan tanpa mudah dijatuhkan.

2. Palang Lompat Tinggi.

Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu, logam ataupun
bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat atau segitiga. Panjang palang hendaklah
sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Palang ini akan diletakkan
pada tiang menerusi alat sokongan khas. Sokongan ini hendaklah mudah dinaikkan
atau diturunkan pada tiang.

3. Kawasan Mendarat

Pada peringkat awal acara lompat tinggi dijalankan, pihak penganjur kurang memberi
perhatian kepada kawasan mendarat. Lama kelamaan dengan adanya beberapa
teknik lompatan dan pendaratan tertentu, adalah perlu disediakan tempat pendaratan
yang sewajarnya. Sebelum beberapa teknik atau gaya lompatan diperkenalkan,
kawasan pendaratan hanya terdiri daripada satu kawasan khas yang diisikan dengan
pasir lembut yang lembap. Kini, kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi ini
digunakan tilam atau pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk
segiempat. Tilam atau pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan betul-betul
selepas kedua-dua tiang lompat tinggi. Tilam berspring atau bergetah boleh
digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan peserta.

4. Pita Pengukur

Pita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya dilakukan
oleh setiap peserta. Ukuran hanya dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan
selepas palang dinaikkan. Kini, dalam acara lompat tinggi, alat pengukur elektronik

digunakan bagi menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan
tepat.

5. Landas Lari dan Kawasan Lonjak

Jarak minimum landas lari ialah 15m kecuali dalam pertandinganpertandingan yang dijalankan mengikut peraturan 1 (a) , (b) dan (c) yang
jarak minimumnya ialah 20m. Jika keadaan mengizinkan , jarak minimum ini

sepatutnya 25m.
Keseluruhan kecerunan maksimum pada 15m terakhir landas lari dan
kawasan lonjak berbentuk separuh bulatan yang pusatnya terletak di tengahtengah di antara tiang-tiang tegak dan berjejari minimum seperti yang
dinyatakan dalam peraturan 182.3 itu tidak melebihi 1: 250. Kawasan
mendarat mesti ditempatkan supaya kemaraan atlet ke arah kecerunan

menurun.
Kawasan lonjak hendaklah rata atau sebarang kecerunan hendaklah

dielakkan.
Apa jua bentuk tiang boleh digunakan asalkan tegap. Kedua-duanya
hendaklah mempunyai sangga untuk menopang palang dengan mantap.
Tiang-tiang tersebut juga mestilah cukup tinggi supaya sekurang-kurangnya

ia melebihi 10sm daripada paras sebenar palang dinaikkan.


Tiang tersebut tidak boleh dianjak semasa pertandingan melainkan Refri
merasakan sama ada landas lari dan kawasan lonjak menjadi tidak
sesuai.jika demikian, perubahan hanya boleh dibuat selepas selesainya satu

pusingan.
Sangga hendaklah rata dan berbentuk empat segi bujur, 4cmx6cm. Sanggasangga ini hendaklah melekap kukuh pada tiang semasa lompatan dilakukan
dan kedudukannya haruslah menghadap ke dalam. Hujung palang akan

terletak di atasnya supaya palang mudah jatuh, ke depan atau ke belakang,

apabila tersentuh oleh peserta.


Sangga-sangga tidak boleh dibalut dengan getah atau dengan sebarang

barang lain yang akan meningkatkan kesan geserannya dengan palang


Sangga hendaklah sama tinggi di atas kawasan lonjak dan betul-betul di
bawah setiap hujung palang.

Peraturan
PERATURAN 171
Cabut undi untuk menentukan giliran lompatan.
Sebelum bermula, Ketua Hakim mengumumkan ketinggian permulaan
dan kenaikan seterusnya.
Pelompat boleh memilih untuk memulakan lompatan pada ketinggian
yang ditetapkan.
Kenaikan ketinggian seterusnya ialah 2cm atau lebih sehingga keadaan
berikut:

seorang pelompat tertinggal


terdapat seri pada kedudukan
pertama
Walau bagaimanapun, untuk acara campuran (contoh: heptathlon),
setiap kenaikan ialah 3cm.
Lonjakan dilakukan dengan sebelah kaki sahaja.
Kegagalan melompat adalah seperti keadaan berikut:
i.
ii.

Palang jatuh
Sebelum pelompat melepasi palang, semua kawasan sebelah

iii.

hadapan tiang disentuh


Gagal melepasi palang sebanyak tiga kali berturut-turut (tanpa

diambil kira di aras mana kegagalan itu berlaku)


Peserta tersebut akan terkeluar daripada pertandingan.
Seseorang peserta berhak meneruskan lompatannya (walaupun semua
peserta yang lain telah gagal) sehingga dia tidak dapat meneruskannya
lagi mengikut peraturan.
Landas larian seharusnya tidak kurang daripada 15m.

CARA MENGUKUR KETINGGIAN (PERATURAN 145)


Ketinggian lompatan diukur secara menegak dari aras tanah hingga ke
bahagian tengah di sebelah atas palang. Bacaan ketinggian palang
diambil secara bersudut tepat dari lantai ke bahagian atas palang.
Merekod kepada meter terdekat iaitu 0.01m di bawah ketinggian yang
diukur. Bererti bahagian ukuran kurang dari 1cm diabaikan.

Anda mungkin juga menyukai