Anda di halaman 1dari 11

Temu bual (GURU MENTOR dan GURU LAIN)

Falsafah pendidikan

1. Umum
Apakah cabaran yang dihadapi oleh guru sekarang demi mencapai
aspirasi FPK?
Kekurangan masa bagi guru dalam menjalankan proses P&P yang dapat
melahirkan murid-murid yang inovatif dan kreatif. Mereka perlulah
menyiapkan sukatan di samping menghasilkan proses P&P yang dapat
membangkitkan pemikiran yang kreatif dan inovatif.
Pelajar mungkin rasis disebabkan oleh pemikiran ibubapa, apakah
cabaran guru untuk melahirkan pelajar yang bersatu padu.
Pada pendapat saya, pengaruh ibu bapa adalah lebih berpengaruh jika
berbanding dengan pengaruh guru. Hal ini demikian kerana ibu bapa
mempunyai hubungan darah dengan murid manakala guru tidak ada. Jika
ibu bapa adalah seseorang yang rasis, maka adalah susah untuk
melahirkan pelajar yang bersatu padu. Jika ingin melahirkan pelajar yang
bersatu, inisiatif perlulah dilaksanakan pada ibu bapa mereka terlebih
dahulu.
Bagaimanakah guru memperkembangkan potensi individu? Nyatakan
usaha yang boleh dilakukan dan nyatkan cabaran untuk melakukan usaha
tersebut?
Usaha yang boleh dilakukan ialah guru boleh memberi perluang kepada
murid untuk memberikan pandangan mereka diri sendiri terhadap sesuatu
isu.
Bagaimanakah guru melengkapkan murid dengan pengetahuan dan
kemahiran yang terkini. Nyatakan cabaran?
Guru boleh meyediakan surat khabar dan meyimpan surat khabar di sudut
pembacaan kelas untuk murid-murid membaca pada waktu rehat. Selain
itu, guru juga boleh memberikan ilmu tambahan seperti isu semasa yang
berkaitan dengan tajuk yang sedang belajar apabila proses P&P
dijalankan. Cabaran yang wujud di sinilah ialah kadang-kala guru juga
tidak mempunyai kemahiran yang terkini, ini adalah susah untuk mereka
untuk memnghayati ilmu yang berkaitan dengan kemahiran terkini
kepada murid-muridnya.
2. Jasmani

Pernyataan- Ibu bapa pelajar sekarang hanya mementingkan pencapaian


akademik pelajar dan tidak mementingkan aktiviti kokurikulum.

Apakah cabaran guru supaya boleh melahirkan pelajar yang seimbang


dari segi intelek dan jasmani?
Murid-murid tidak melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dengan alasan
kelas tambahan luar. Selain itu, kadang kala guru juga perlu mengambil
alih waktu PJK untuk menyiapkan sukatan mereka.
Adakah guru juga akan turut mengambil alih kelas PJK untuk
menghabiskan sukatan?
Ada
Adakah guru berasa waktu PJK itu amat membazirkan masa murid?
Tidak. Selepas waktu PJK, kebanyakkan murid akan lebih dapat
menumpukan perhatian semasa waktu P&P dijalankan. Selain itu, dengan
melakukan senaman dalam waktu PJK,tubuh badan mereka akan
bertambah cergas dan juga dapat mengembangkan potensi mereka
dalam bidang sukan.
Adakah murid tidak ingin berkerjasama dengan guru apabila waktu PJK
dijalankan?
Ya, Hal ini demikian kerana murid-murid terlalu teruja apabila waktu PJK.
3. Emosi

Pernyataan- Pentafsiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan tingkah laku pelajar


sekarang tidak sama dengan zaman dulu.

Adakah emosi guru akan terganggu semasa berdepan dengan PBS dan
perangai pelajar?
Memang ada, hal ini demikian kerana bilangan kerja telah bertambah
banyak di mana pencapaian murid-murid perlulah direkodkan.
Apakah tekanan itu?
Bagaimanakah guru menguruskan tekanan itu?
Berjoging dan mendengar muzik
Adakah nilai kasih sayang wujud dalam kalangan murid, jika tidak
mengapa?
Ada
4. Rohani

Pernyataan- Dengan teknologi yang semakin maju ini, pelajar didedah dengan
pelbagai bahan yang mengandungi unsur keganasan, seksuality.

Apakah cabaran guru dalam menyelesaikan perkara ini?


Guru mempunyai keupayaan yang terhad untuk mengawal mereka
supaya tidak didedah kepada unsur keganasan dan seksuality. Hal ini
demikian kerana murid-murid pada masa kini mempunyai telefon bimbit,
ipad dan komputer diri sendiri. Ini telah menyebabkan mereka mempunyai
kebebasan yang terlalu banyak apabila melayari unsur-unsur yang tidak
bagus ini. Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam
mengawal anak-anak mereka daripada didedah kepada unsur seperti ini.
Adakah guru mengenakan hukuman berat kepada sesiapa yang
melakukan kesalahan?
Berdasarkan bilangan murid tersebut melakukan kesalahan. Jika dia
merupakan kali yang pertama, guru akan memberikan amaran terlebih
dahulu. Tindakan lebih lanjut akan diambil jika dia mengulangi
kesalahannya.
Adakah murid-murid melakukan sesuatu dengan bertanggungjawab? Jika
tidak, mengapa?
ya

5. Intelek

Pernyataan- Pelajar tidak berminat untuk belajar kerana terdapat pelbagai


godaan di sekelilingnya dan pelajar jemu untuk belajar.

Apakah cabaran guru untuk melahirkan pelajar yang berilmu


pengetahuan?
Keupayaan guru adalah terhad untuk melahirkan pelajar yang berilmu
pengetahuan. Terdapat segelintir ibu bapa menganggap menerapkan ilmu
pengetahuan kepada anak-anak mereka merupakan tanggungjawan guru
sahaja.
Terdapat juga ibu bapa yang tidak dapat memberikan sebarang ajaran
kepada anak mereka apabila mereka mempunyai masalah disebabkan
sibuk bekerja. Terdapat juga murid-murid yang langsung tidak ingin
belajar tidak kira betapa menarik proses P&P yang dijalankan.
Adakah guru memberi ilmu tambahan selain daripada maklumat dalam
buku teks?
Ada
Pernahkan guru menemui murid yang langsung tidak berminat untuk
belajar tanpa mengira betapa menarik P&P yang dijalankan?
Ya. Terdapat segelintir, saya akan memberikan lebih dorongan dan pujian
kepada mereka jika berbanding dengan murid yang pandai.
Apakah cabaran guru untuk melahirkan pelajar yang kreatif?
Guru juga kekurangan ilmu kreatif. Ini adalah susah untuk melahirkan
pelajar yang kreatif.
JENIS PIAGETS CONSERVATION TASKS YANG DIJALANKAN
Ujian 1: Nombor

Gambar 1 1 Gambar 2 2
Dua baris duit syiling pada Gambar 1 telah ditunjukkan kepada kanak- kanak.
Kemudian, salah satu baris duit syiling tadi dijarakkkan susunan seperti Gambar 2.
1
Soalan :
Adakah bilangan duit syiling di kedua-dua baris seperti dalam Gambar 1 adalah
sama?
1

Adakah bilangan duit syiling di kedua-dua baris seperti dalam Gambar 2 adalah
sama?
2
Ujian 2 : Panjang
:

Gambar 3 3 Gambar 4 4
Dua batang straw telah disusun dalam dua baris seperti di Gambar 3. Kemudian, salah
satu batang straw tadi digerakkan ke kanan seperti Gambar4.
3 4

Soalan :
Adakah panjang straw di kedua-dua baris seperti dalam Gambar 3 adalah
sama?
3

Adakah panjang straw di kedua-dua baris seperti dalam Gambar 4 adalah


sama?
4
Ujian 3 : Isipadu air

Gambar 5 ( 5) Gambar 6 6
Dua gelas disediakan dan diisikan air yang sama kuantiti seperti di Gambar 5.
Kemudian, air di dalam salah satu gelas dituang ke dalam sebuah bekas seperti di
dalam Gambar 6.
5 6
Soalan :
Adakah isipadu air di dalam gelas seperti dalam Gambar 5 adalah sama?
5

Adakah isipadu air di dalam gelas seperti dalam Gambar 6 adalah sama?
6

KEPUTUSAN UJIAN

Piagets Conservation Tasks

Nombor Panjang Isipadu Air

Initial Manipulation Initial Manipulation Initial Manipulation


Soalan 1:

Ahmad lebih tinggi daripada Abu, Ali lebih tinggi daripada Ahmad.

Siapakah yang lebih tinggi?

Soalan 2:

Ahmad mempunyai 50 biji gula, Ahmad memberi 20 biji kepada Ah hua dan 10
biji kepada Ah shin
50 20
Bapa Ahmad kemudian memberi Ahmad30 biji gula.
30
Berapakah gula yang Ahmad ada sekarang?

Ujian Bahasa
1. Untuk menguji penguasaan bahasa, aktiviti membaca telah dijalankan. Murid
yang dipilih dikehendaki membaca karangan Bahasa Cina. Murid membaca
karangan Bahasa Cina dengan lancar.

2. Murid diminta memahami dan menyatakan isi penting yang terdapat dalam
karangan. Gambar di bawah menunjukkan buku karangan yang dibaca

3. Mengadakan perbualan bersama murid. Tajuk perbualan adalah tentang hobi


murid berkenaan. Dalam perbualan tersebut, Bahasa Cina telah digunakan
sebagai bahasa komunikasi.

Soalan 1:

Adam diikuti oleh kanak-kanaknya.

Adakah adam mengikut kanak-kanak dibelakang mereka atau kanak-kanak


mengikutnya?

Soalan 2:

Aktiviti membina ayat yang mempunyai dua makna

Masak -Emak sedang memasak.

-Buah-buahan tersebut sudah masak

Ujian fizikal

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah menghantar bola, menangkap bola dengan
kedua-dua belah tangan, mengelecek bola melalui halangan dan membuat servis bulu
tangkis.

Anda mungkin juga menyukai