Anda di halaman 1dari 2

Refleksi

Kelebihan
Salah satu kelebihan bagi sesi PdP pada hari ini adalah proses PdP yang berpusatkan
murid. Murid-murid telah diberikan peluang untuk mempelajari konsop sains pada hari ini
dengan melalui aktiviti hands-on. Mereka telah melibatkan diri secara aktif dalam sesi PdP
yang dijalankan pada hari ini kerana mereka mempelajari sesuatu konsep sains dengan cara
yang lebih menyeronok dan bermakna. Ini juga akan menjadikan mereka supaya lebih dapat
memahami dan menguasai konsep sains yang dipelajari pada hari ini

Kelebihan yang seterusnya adalah berkaitan dengan set induksi yang cukup menarik.
Sebuah lagu yang berada dalam bentuk video telah ditayangkan semasa set induksi dan ia
telah berjaya menarik perhatian murid. Ini dapat menyediakan mereka untuk mengikuti proses
PdP yang akan dijalankan tidak lama kemudian. Mereka juga akan mempunyai suatu
tanggapan tentang isi pelajaran yang akan dipelajari oleh mereka pada hari ini.

Pengurusan masa pada hari ini juga adalah memuaskan kerana saya berupaya untuk
menyelesaikan sesi PdP saya pada masa yang ditetapkan. Ini adalah penting supaya tidak
menganggu sesi PdP bagi guru yang lain.

Sumber PdP yang digunakan pada hari ini juga adalah sesuai dan telah membantu
murid saya untuk mencapai hasil pembelajaran pada hari ini. Hal ini kerana sumber PdP yang
digunakan telah berjaya membantu murid untuk memahami dan menguasai isi pelajaran yang
telah disampaikan pada hari ini.

Kelemahan
Dari segi kelemahan, keadaan adalah kurang teratur apabila murid-murid ingin balik
ke kelas. Hal ini kerana mereka saling kejar-mengejar semasa ingin balik kelas. Ini mungkin
menyebabkan kemalangan daripada berlaku.

Selain itu, arahan yang diberikan semasa menjalankan aktiviti Berfikir dan melukis
adalah kurang jelas. Hal ini dapat diperhatikan apabila terdapat beberapa orang murid
mengemukakan soalan yang sama kepada saya semasa aktiviti sedang dijalankan.

Kelemahan yang seterusnya adalah murid kelihatan masih keliru dengan nisbah bagi
bumi, bulan dan matahari. Ini adalah disebabkan mereka tidak faham tentang istilah nisbah.
Saya juga tidak dapat memberikan penerangan yang jelas kepada mereka selepas
mengenalpasti masalah ini di dalam kelas.
Cadangan Penambahbaikan
Bagi sesi PdP yang akan datang, saya haruslah menetapkan peraturan-peraturan
yang perlu dipatuhi oleh murid semasa berada di dalam bilik sains. Ini termasuklah peraturan
seperti beratur sebelum masuk ke dalam bilik sains dan beratur apabila ingin balik ke kelas.

Untuk memperbaiki kelemahan dari segi arahan, saya boleh menyuruh murid untuk
mengulangi semula arahan yang telah diberikan oleh saya selepas saya memberikan arahan
kepada mereka. Melalui ini, saya dapat mengetahui sama ada murid telah memahami arahan
yang diberikan oleh saya atau tidak.

Bagi sesi PdP yang akan datang, saya boleh menggunakan sumber PdP yang sesuai
semasa mengajar murid tentang nisbah. Contohnya, saya boleh menggunakan guli kaca
untuk mengajar murid tentang konsep nisbah. Empat guli kaca boleh digunakan untuk
mewakili bumi jika satu guli kaca digunakan untuk mewakili bulan.

Anda mungkin juga menyukai