Anda di halaman 1dari 11

3.

0 KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN

Semasa guru pelatih A menjalani Internship di Sekolah Jenis Kebangsaan A, terdapat


tiga orang murid yang selalu menunjukkan perlakuan yang bermasalah semasa sesi PdP.
Jadual 1 menunjukkan perlakuan yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga murid semasa sesi PdP
dijalankan.

Jadual 1

Perlakuan yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga murid semasa sesi PdP

Murid Jenis perlakuan yang ditunjukkan


A agresif, gelisah
B termenung, sedih, tidak berani menjawab
soalan yang dikemukakan
C tidak bersemangat dan tidur di dalam kelas

Berdasarkan Jadual 1, guru pelatih A menganggap perlakuan yang ditunjukkan


merupakan masalah disiplin murid. Setiap kali murid-murid menunjukkan tingkah laku yang
sebegini, dia akan memberi peneguhan negatif dan juga amaran kepada mereka supaya tidak
mengulangi perlakuan yang sama pada masa yang akan datang. Walau bagaimanapun,
perlakuan yang sama tetap diulangi oleh ketiga-tiga orang murid ini.

1
Untuk memastikan perlakuan yang ditunjukkan bukan disebabkan amalan pengajaran
guru pelatih A yang kurang baik, dia telah meminta rakan sepraktikumnya untuk menyediakan
nota lapangan bagi sesi PdP yang dijalankan. Rajah 1 menunjukkan nota lapangan yang
disediakan oleh rakan sepraktikum guru pelatih A pada 23 Februari 2018.

Tarikh: 23 Februari 2018


Masa: 1200-1300 pm
Kelas: 4 Merah
Bilangan Murid: 39
Catatan:
Sesi PdP yang dijalankan adalah menarik dan berpusatkan murid. Isi pembelajaran telah
diterangkan dengan amat jelas oleh guru. Aktiviti yang dijalankan juga adalah sesuai
dengan tahap umur murid. Secara keseluruhannya, sesi PdP yang dijalankan pada hari ini
adalah amat baik dan lancar. Hasil pembelajaran yang ditetapkan juga tercapai.
Kebanyakan murid menumpukan perhatian semasa sesi PdP dijalankan, kecuali terdapat
tiga orang murid di dalam kelas yang suka menganggu murid yang lain, termenung dan
mengantuk semasa sesi PdP dijalankan. Guru perlu mencari dan mengenalpasti masalah
yang berlaku kepada ketiga-tiga orang murid ini kerana gangguan emosi mungkin berlaku
kepada mereka. Perkhidmatan psikologi dan kaunseling perlu diberikan kepada mereka
sekiranya gangguan emosi wujud dalam kalangan mereka.

Rajah 1. Nota lapangan PdP Kedudukan Sebelum Inovasi

Berdasarkan nota lapangan dalam Rajah 1, didapati bahawa amalan pengajaran guru
pelatih A adalah baik dan perlakuan yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga murid tersebut bukan
disebabkan amalan pengajaran guru pelatih A yang kurang baik.

Guru pelatih A juga meminta rakan sepraktikumnya untuk mengambil gambar tentang
perlakuan yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga murid ini semasa sesi PdP dijalankan. Jadual 2
menunjukkan pemerhatian guru pelatih A berdasarkan gambar-gambar yang telah diambil.

2
Jadual 2

Pemerhatian Murid-murid yang menunjukkan perlakuan yang bermasalah

Gambar Penerangan Analisis/ Interpretasi

Murid A merupakan Murid ini mempunyai


seorang murid lelaki gangguan emosi
yang bersikap agresif disebabkan
suka mencari pasal perlakuannya yang
murid yang lain semasa selalu marah dan ganas.
sesi PdP dijalankan. Sikap dia yang mudah
Apabila ditegur oleh menangis juga
saya, dia gelisah dan menunjukkan dia
seterusnya menangis di mempunyai gangguan
dalam kelas. emosi.

Murid B merupakan Murid ini mempunyai


seorang murid gangguan emosi kerana
perempuan yang kelihatan diganggu oleh
termenung di dalam emosi sedih. Sikap
kelas. Dia kelihatan murid ini yang tidak
sedih dan selalu tidak berani menjawab soalan
berani menjawab soalan disebabkan tidak yakin
yang dikemukakan oleh terhadap diri sendiri.
saya.

Murid C merupakan Murid ini mempunyai


seorang murid gangguan emosi
perempuan yang selalu disebabkan selalu
tidur di dalam kelas. kelihatan letih dan tidak
Walaupun ditegur bermotivasi untuk
beberapa kali, perlakuan belajar.
yang sama masih
diulangi.

Berdasarkan Jadual 2, didapati bahawa pelbagai perlakuan yang bermasalah telah


ditunjukkan oleh ketiga-tiga murid. Perlakuan yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga murid
mempunyai persamaan dengan perlakuan yang akan ditunjukkan oleh seseorang individu
yang mempunyai gangguan emosi. Oleh itu, Guru Pelatih A telah menemu bual ketiga-tiga

3
murid tersebut untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perlakuan yang ditunjukkan oleh
mereka semasa berada di dalam kelas. Temu bual dijalankan dengan soalan separa
berstruktur dikemukakan kepada murid-murid. Soalan-soalan lanjutan juga dikemukakan
untuk mencungkil lebih mendalam tentang idea-idea murid. Bimbingan diberikan kepada
murid-murid supaya dapat memberitahu perasaan dan perkara yang difikirkan oleh mereka
dengan jelas. Rajah 2, 3 dan 4 menunjukkan sedutan transkrip temu bual dengan ketiga-tiga
murid.

Rajah 2. Sedutan transkrip temu bual Murid A

Berdasarkan Rajah 2, didapati bahawa murid A selalu menunjukkan sikap yang agresif
disebabkan faktor keluarga. Faktor keluarga dan pengaruh persekitaran dikatakan punca
murid ini menunjukkan perlakuan yang agresif. Hal ini disebabkan dia dibesarkan dalam
keadaan yang sentiasa menunjukkan sikap kasar dan agresif.

4
Soalan Pertama: Mengapakah anda selalu termenung di dalam kelas ?

Murid B: Saya berasa sedih, sebab mereka (murid yang lain) tidak ingin berkawan dengan
saya.

Soalan Kedua: Mengapakah mereka tidak ingin berkawan dengan anda?

Murid B: Saya tak tau, mereka kelihatan tak suka saya kerana saya tak pandai bercakap.

Soalan Ketiga: Mengapakah anda selalu tidak berani menjawab soalan yang
diberikan oleh cikgu?

Murid B: Saya ada jawab, Cuma cikgu selalu tidak mendengar suara saya.

Soalan Keempat: Mengapakah anda tidak ingin menguatkan suara anda?

Murid B: Saya tak berani, cikgu. Nanti semua orang lihat saya.

Rajah 3. Sedutan transkrip temu bual Murid B

Berdasarkan Rajah 3, murid B berasa sedih kerana telah dipinggirkan oleh kawan.
Murid ini menghadapi masalah untuk bergaul dengan orang lain. Dia juga tidak berani
menjawab soalan yang dikemukakan. Semua ini menunjukkan kemahiran sosial murid ini
yang rendah dan tidak mempunyai keyakinan diri.

Soalan Pertama: Mengapakah anda selalu tidur di dalam kelas?

Murid C: Saya berasa letih.

Soalan Kedua: Adakah mana-mana perkara yang menyebabkan anda selalu berasa
letih ?

Murid C: Saya tak tau. Saya tak suka belajar.

Rajah 4. Sedutan transkrip temu bual Murid C

Berdasarkan Rajah 4, Murid C yang selalu mengantuk di dalam kelas menghadapi


masalah untuk memberi tumpuan semasa berada di dalam kelas. Dia mempunyai motivasi
yang rendah terhadap pembelajaran akademik.

5
Melalui temu bual, saya mendapati bahawa gangguan emosi telah wujud pada ketiga-
tiga murid ini. Oleh itu, saya ingin menggunakan “Happy Box” untuk menangani masalah
gangguan emosi yang dihadapi oleh mereka dan mengkaji sejauh manakah kit ini dapat
menangani gangguan emosi yang dihadapi oleh mereka.

4.4 Keadaan selepas inovasi

Setelah menggunakan kit ini, murid-murid kelihatan berasa gembira. Mereka telah
melibatkan diri secara aktif sepanjang menggunakan kit ini. Mereka saling berbincang tentang
slime yang dihasilkan oleh mereka. Slime yang dihasilkan juga dimainkan oleh mereka.
Gangguan emosi yang dihadapi sebelum ini tidak lagi diperhatikan. Bagi Murid A, perasaan
marah dan gelisah tidak dapat diperhatikan sepanjang aktiviti menghasilkan slime. Murid B
juga sanggup berbincang dengan murid A dan C semasa menggunakan kit “Happy Box”. Bagi
Murid C pula, dia menumpukan sepenuh perhatian semasa menghasilkan slime. Dia tidak
tidur atau mengantuk semasa menjalankan aktiviti menghasilkan slime. Rajah 4 menunjukkan
keadaan semasa inovasi digunakan.

6
Saya telah menemu bual ketiga-tiga murid ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut
tentang perasaan mereka setelah menggunakan kit ini. Rajah 5, 6 dan 7 menunjukkan
sedutan transkrip temu bual bagi ketiga-tiga murid.

Soalan Pertama: Adakah anda suka kit ini? Mengapa?

Murid A: Suka, sebab kit ini amat menyeronok.

Soalan Kedua: Apakah perasaan anda setelah menggunakan kit ini ? Mengapa?

Murid A: Saya berasa gembira. Aktiviti menghasilkan slime itu amat menyeronok.

Rajah 5. Sedutan transkrip temu bual dengan murid A setelah inovasi digunakan

Berdasarkan Rajah 5, didapati bahawa penggunaan “Happy Box” telah menunjukkan


kesan yang positif terhadap gangguan emosi murid A. Hal ini kerana murid A berasa seronok
dan gembira semasa menggunakan kit ini.

Soalan Pertama: Adakah anda suka kit ini? Mengapa?

Murid B: Memanglah, saya dapat menghasilkan slime yang mempunyai warna.

Soalan Kedua: Apakah perasaan anda setelah menggunakan kit ini ? Mengapa?

Murid B: Sangat gembira. Saya suka slime yang mempunyai warna.

c
Rajah 6. Sedutan transkrip temu bual dengan murid B setelah inovasi digunakan

Berdasarkan Rajah 6, murid B berasa gembira setelah menggunakan kit “Happy Box”
kerana dapat menghasilkan slime yang mempunyai warna.

7
Soalan Pertama: Adakah anda suka kit ini? Mengapa?

Murid C: Suka, sebab kit ini berwarna-warni.

Soalan Kedua: Apakah perasaan anda setelah menggunakan kit ini? Mengapa?

Murid C: Seronok, sebab saya dapat bermain dengan slime yang dihasilkan oleh saya.

Rajah 7. Sedutan transkrip temu bual dengan murid C setelah inovasi digunakan

Berdasarkan Rajah 7, murid C berasa kit ini menarik dan dia juga berasa seronok
setelah menggunakan kit ini. Ini disebabkan dia dapat bermain dengan slime yang dihasilkan
oleh diri sendiri.

Melalui temu bual, perasaan seronok, gembira telah ditunjukkan oleh ketiga-tiga murid
setelah menggunakan kit “Happy Box”. Ini menunjukkan “Happy Box” sememangnya dapat
membantu murid-murid sekolah menangani gangguan emosi mereka.

8
5.0 Faedah-faedah/ sumbangan daripada inovasi yang telah dilaksanakan kepada
organisasi

Salah satu faedah kit “Happy Box” adalah ia berupaya membantu murid-murid
menangani gangguan emosi mereka. Menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah
Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah A. Majid (2010), Jika gangguan emosi tidak diselesaikan
dengan secepat mungkin, gangguan emosi tersebut akan menjadi penyakit yang lebih serius
dan boleh menyebabkan gangguan mental. Penggunaan kit ini yang dapat mengelakkan
masalah gangguan emosi murid daripada menjadi semakin berlarutan.

Selain itu, kit “Happy Box” juga berupaya merangsang emosi positif dalam kalangan
murid setelah menggunakan kit ini. Hal ini kerana murid-murid di sekolah rendah suka
menjalankan aktiviti hands-on. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kit ini yang memerlukan
murid menghasilkan slime secara sendiri akan menjadikan mereka berasa gembira dan
menyeronok.

Dengan adanya kit ini, bebanan tugas bagi guru bimbingan dan kaunseling juga dapat
dikurangkan. Hal ini kerana bilangan guru bimbingan dan kaunseling yang begitu kurang di
sekolah tidak cukup untuk menampung bilangan murid yang begitu banyak. Oleh itu, murid-
murid dapat menangani gangguan emosi yang dihadapi secara kendiri dengan menggunakan
“Happy Box”. Murid-murid boleh merujuk kepada panduan penggunaan kit semasa ingin
menggunakannya.

Kit ini juga boleh digunakan oleh guru yang lain semasa berada di sekolah kerana ia
amat mudah dibawa. Mereka boleh menggunakan kit ini untuk membantu mana-mana murid
yang menghadapi gangguan emosi.

Bukan itu sahaja, kit ini juga mudah disediakan oleh guru di sekolah. Bahan-bahan
yang diperlukan adalah mudah didapati di pasaran. Kos yang diperlukan untuk menghasilkan
kit ini juga adalah rendah. Semua ini membolehkan guru di sekolah untuk menghasilkan kit
“Happy Box” secara sendiri dan digunakan di kelas masing-masing.

Di samping itu, kit ini juga dapat mengeratkan hubungan siraturahim antara murid.
Menurut Brailey (2012), perbincangan dalam kalangan murid dapat mengeratkan hubungan
antara satu sama lain. Semasa aktiviti dijalankan, murid-murid diberikan peluang untuk saling
berbincang antara satu sama lain tentang slime yang dihasilkan. Ini membolehkan mereka
supaya lebih mengenali antara satu sama lain dan hubungan yang baik dalam kalangan
mereka dapat dijalin. Perkara ini juga penting bagi murid-murid yang menghadapi gangguan
emosi yang kurang dapat berhubung dengan orang lain disebabkan berasa takut dan tidak
mempunyai keyakinan diri.

9
6.0 Tempoh perkongsian/ pelaksanaan inovasi

Kit “Happy Box” telah diperkenalkan kepada murid-murid di kelas lain untuk melihat
sejauh manakah kit ini dapat menangani masalah gangguan emosi yang dihadapi oleh
mereka. Penerangan yang terperinci diberikan kepada mereka sebelum menggunakan kit
untuk memastikan mereka memahami tentang kegunaan dan tujuan kit ini. Langkah-langkah
untuk menggunakan kit ini juga diterangkan kepada mereka sebelum menggunakan kit ini.
Selain daripada itu, langkah berjaga-jaga juga dijelaskan kepada murid seperti tidak menelan
atau makan slime yang disediakan, mencuci tangan selepas bermain slime, dan sebagainya.
Ini adalah bertujuan untuk menjamin keselamatan murid semasa menggunakan kit ini. Rajah
4 menunjukkan sesi perkongsian “Happy Box” dengan murid-murid yang lain

Rajah 4. Sesi perkongsian “Happy Box”.

Murid-murid seterusnya diminta menggunakan kit ini secara langkah demi langkah.
Sepanjang penggunaan kit ini, guru hanya berperanan sebagai fasilitator dengan memberikan
bimbingan kepada murid-murid apabila perlu.

Setelah murid-murid berjaya menghasilkan slime, mereka dibenarkan membawa slime


bersama dengan mereka. Sebelum murid-murid dibenarkan balik, guru memesan murid-murid
supaya bermain dengan slime ini dan memikirkan maksud yang tersirat dalam slime yang
dihasilkan. Slime ini boleh digunakan untuk memberi galakkan kepada diri sendiri apabila
mereka menghadapi gangguan emosi yang sama pada masa yang akan datang.

10
Rujukan

Noriati A. Rashid, Boon, P. Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah A. Mahid. (2010).
Guru Dan Cabaran Semasa. Shah Alam: Oxford Fajar.

Brailey, L. W. (2012). Building positive relationships with students. Diakses daripada


http://www.ttacnews.vcu.edu/2012/08/building-positive-relationships-with-students/.

11

Anda mungkin juga menyukai