Anda di halaman 1dari 5

Kesedaran Masyarakat Tentang Pengurusan Air Sumber air merupakan anugerah Tuhan yang paling mulia dan dihargai

serta tidak ternilai harganya . Air dibaratkan sebagai titik permulaan kemunculan tamadun manusia dan ia tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia sedangkan tamadun awal manusia seperti Tamadun Mesopotamia dan Tamadun Mesir Purba didiri dan dipisahkan daripada kehidupan manusia sedangkan tamadun awal manusia dan diperkembangkan di lembah sungai . Pada era pasca perindustrian dan pascaglobalisasi yang mencabar ini , serba air turut memainkan peranan penting dalam

kehidupan manusia . Dalam tubuh badan kita , air membantu untuk menstabilkan suhu badan , mencegah kerosakan DNA , meningkatkan efisiensi sistem kekebalan di tulang sumsum di samping melarutkan semua makanan , vitamin dan mineral . Sumber air juga digunakan untuk menjana hidro elektrik , menyuburkan tanah dan tananam serta merupakan sumber primer bekalan protein kepada umat manusia . Muka bumi yang didiami oleh umat manusia ini diliputi oleh air sebanyak tujuh puluh peratus . Natijahnya , umat manusia beranggapan bahawa sumber air merupakan sumber berterusan yang tidak akan kehabisan walaupun halilintar membelah bumi . Sikap manusia yang haloba dan tidak tahu menghargai telah menyebabkan air tercemar dan kemelut pencemaran air ini semakin meruncing seiring dengan pembangunan negara yang merakus dan merancak serta pelbagai projek pembaharuan yang telah dilaksanakan berdasarkan Wawasan 2020 yang telah ditetapkan oleh Mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahatir Mohammed . Isu pencemaran air acap kali dikaitkan dengan tahap kesedaran masyarakat dan kaedah pengurusannya . Walau sofistikated

manapun teknologi yang digunakan untuk memulihara kualiti air , pencemaran tetap berlaku kerana tahap kesedaran masyarakat masih pada tahap yang rendah . Sesungguhnya , keserakahan manusia mendabik dada atas pembangunan yang dicapai kini tanpa belas kasihan berterusan mencabul kekudusan sungai dengan menjadikannya sebagai tempat pembuangan sisa-sisa toksik yang dikeluarkan oleh kilang yang berhampiran dengan sungai atau laut . Pihak pengurusan kilang beranggapan cara pelupusan sisa-sisa toksik ini memang memudahkan mereka dan membantu mereka untuk menjimatkan kos pelupusan yang mahal . Mereka tidak mengendah dan mengingkari undang-undang negara semata-mata untuk menjimatkan kos dan seterusnya mengaut keuntungan yang lebih lumayan . Menurut statistik yang dibuat pada tahun lepas di negara kita , beberapa tapak perindustrian telah mencemarkan tasik dan sungai berhampiran . Misalnya , Sungai Way di Selangor yang hampir dengan zon perindustrian berat di Petaling Jaya telah menghadapi pencemaran yang amat ketara . Sungai itu mengeluarkan bau yang busuk , sisa-sisa toksik mengalir di permukaan air dan hidupan air di dalamnya sudah berkurangan . Menurut kajian , pada sepuluh tahun yang lalu , hidupan akuatik yang dapat didapati di Malaysia kira-kira terdapat 1736 spesies , tetapi pada hari ini sudah berkurangan kepada 972 spesies . Kejadian ini boleh berlaku kerana kesedaran rakyat Malaysia tentang pengurusan air masih rendah lagi terutamanya pihak pengurusan kilang . Pada realitinya , memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat segelintir pengusaha kilang yang tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan air telah melakukan kes kecurian air . Dalam hal ini , sesebuah industri memang

memerlukan bekalan air dalam kuantiti yang besar untuk menghasilkan produk dan meningkatkan produktivitinya . Namun , mereka perlu menampung jumlah bil air yang terlalu banyak dan hal ini akan membebankan pihak kilang dan mengurangkan keuntungan . Rentetan itu , sesetengah kilang cuba mengubah suai meter air supaya meter air itu berfungsi dengan perlahan dan bacaan meter dapat dikurangkan . Mereka akan mendapatkan sumber air daripada saluran yang lain secara haram . Kejadian pencurian air turut berlaku dalam kalangan rakyat biasa . Melalui liputan Berita Harian , seorang wanita suri rumah tangga yang bernama Lim Mei Hooi telah ditangkap kerana didapati mencuri air dengan sengaja merosakkan meter air . Menurut akta dan perundangan Malaysia , wanita tersebut telah dikenakan hukuman yang berat dan didenda membayar sebanyak RM16000 . Pihak kerajaan yang begitu tegas dengan pendirian dan undang-undang perlembagaan Berjaya menyedarkan rakyat tentang cara pengurusan air yang tepat dan halal . Namun demikian , suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah sikap yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia jelas memaparkan kesedaran rakyat tentang pengurusan air masih rendah jika berbanding dengan negara asing . Dalam konteks ini , rakyat Malaysia masih tidak menyedari akan kepentingan air dan kita masih kurang terdedah kepada isu-isu krisis air yang berlaku di seluruh dunia pada zaman moden ini . Justeru , pembaziran air telah berlaku dalam kalangan masyarakat . Bagi membuktikan perkara ini , contoh yang boleh diketengahkan ialah air yang telah digunakan untuk membasuh sayur , mencuci pinggan mangkuk masih boleh digunakan semula untuk mencuci tandas . Namun begitu , masyarakat telah

membuang air tersebut . Sebenarnya , pelbagai kegiatan harian dalam kehidupan kita tidak memerlukan kuantiti air yang banyak , Cuma rakyat kita tidak tahu menghargai air dan telah melakukan pembaziran . Lama-kelamaan , kemelut krisis air boleh berlaku di negara kita sedang masyarakat masih tidak menyedari hakikat ini . Pada masa yang sama , sikap masyarakat yang paling tidak bermoral adalah membuang sampah-sarap ke dalam sungai atau laut . Kelakuan manusia ini bukan sahaja menyebabkan pencemaran air , malahan turut menggugat hidupan akuatik dan bekalan sumber protein kepada umat manusia . Sampah-sarap yang dibuang tersebut akan mengotori sumber air dan mengakibatkan bau busuk kerana tidak akan terhapus dan hanya mengalir mengikut aliran sungai serta terapung-apung di permukaan air . Fenomena ini memang amat menggelisahkan semua pihak kerana masalah krisis air akan tercetus jika kejadian ini masih berlaku berterusan pada masa akan dating . Sebenarnya , pihak kerajaan Malaysia telah sedar akan

hakikat ini sejak awal lagi . Pengisytiharan rancangan kerajaan untuk memulihkan operasi yang tergendala sejak 1996 Loji Pembersihan Air Sistem Ozon di Kompleks Ozon , Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi jelas memaparkan kesedaran kerajaan . Sesungguhnya kerajaan telah berusaha untuk memproses air kumbahan supaya menjadi air bersih yang digunakan oleh masyarakat semula . Dalam usaha ini , teknologi rawatan air merupakan salah satu kaedah alternatif rawatan penyahkuman yang paling berkesan digunakan dalam proses rawatan air mentah di mana Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi adalah salah satu loji yang menggunakannya . Pihak kerajaan perlu melatih golongan pekerja mahir secara khusus untuk mengendalikan teknologi

ini . Walaupun teknologi ini memerlukan kos yang tinggi , namun kerajaan tetap meneruskannya demi meningkatkan kualiti air dan menjamin bekalan air berterusan . Selain itu , kerajaan telah member insentif kepada industri-industri yang merawat dan menggunakan air yang telah dirawat bagi mencapai matlamat Pasar Teknologi Hijau Negara . Dalam konteks ini , teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk , peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia . Pihak kerajaan turut memberikan bantuan dalam bentuk pinjaman mudah tanpa faedah kepada operator-operator air bagi membangunkan infrastruktur rawatan dan agihan air . Pada masa ini , isu krisis air merupakan duri dalam daging yang akan memberikan impak kepada negara menerusi pelbagai aspek sama ada dari segi kesihatan rakyat mahupun ekonomi dan sosial penduduk Malaysia kerana kualiti air dan kehidupan manusia merupakan simbiosis yang saing saling berkaitan . Intihanya , semua pihak haruslah berkongkalikung untuk bersama-sama mencari jalan dan parakarsa serta merubah pandangan sarwa ke arah anjakan paradigma untuk menangani polemik kualiti air yang rendah . Kesimpulannya , isu ini seharusnya disigai sampai ke langit agar dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kualiti air . 5s1 Tong Chia Qian SMK Gurun, 08300 Gurun, Kedah Darul Aman.

Anda mungkin juga menyukai