Anda di halaman 1dari 2

Air merupakan salah satu sumber utama yang digunakan oleh pengguna di Malaysia

untuk memenuhi keperluan harian mereka. Sumber air yang bersih adalah salah satu aspek
penting yang perlu dititikberatkan oleh mana-mana organisasi yang memberikan perkhidmatan
air kepada pengguna. Penjagaan kualiti air di Malaysia boleh dilakukan dalam pelbagai cara
untuk memastikan tahap kesihatan setiap pengguna dalam keadaan memuaskan.
Kerajaan Malaysia mempunyai pelbagai sektor ekonomi yang menjadikan air sebagai
sumber utama, seperti sektor perindustrian, agrikultur, dan pelbagai sektor yang lain.
Peningkatan sektor perindustrian di Malaysia akan menyebabkan keperluan air bersih meningkat
dari semasa kesemasa dan memerlukan lebih banyak kos untuk menghasilkan air bersih di
Malaysia.
Musim kemarau yang berpanjangan dan berlarutan pada masa ini menyebabkan
berlakunya kekeringan air dan penurunan paras air empangan. Keadaan ini merupakan suatu
kebiasaan disebabkan peningkatan suhu yang tinggi dan kering di Malaysia. Keadaan air di
empangan yang susut, ditambah pula dengan masalah sugai yang tercemar, telah menyebabkan
loji rawatan air terpaksa dihentikan.
Kadar pencemaran air yang sudah melepasi kadar piawaian yang telah ditetapkan akan
memberikan impak yang buruk terhadap orang ramai yang memerlukan air bersih sebagai
sumber utama mereka. Selain itu, impak yang buruk ini bukan hanya diterima oleh penduduk
Malaysia, malah ia juga dialami oleh pelancong asing yang datang di Malaysia. Seterusnya ini
akan menyebabkan ekonomi negara merudum. Perkara ini akan berlarutan sekiranya tidak ada
langkah-langkah pengurusan air yang baik yang diambil oleh pihak kerajaan dan syarikat
bekalan air itu sendiri.
Terdapat banyak lagi masalah yang perlu diselesaikan untuk memastikan kualiti air dan
sumber air memenuhi keperluan orang ramai di Malaysia. Pembaziran air dan penggunaan air
yang tidak berhemat oleh orang ramai, juga boleh menyebabkan sumber air bersih tidak
mencukupi. Jika perkara ini tidak dibendung, pengguna akan mengalami masalah kekurangan air
bersih pada masa akan datang.

Tidak mustahil juga masalah kekurangan air bersih yang berlaku di Selangor akan turut
berlaku di 13 buah negeri yang lain di Malaysia. Jika masalah-masalah ini tidak dapat
diselesaikan, catuan air berjadual adalah jalan terakhir yang terbaik untuk memastikan sumber
air bersih dalam tahap terkawal. Selain pencatuan air berjaual, penggunaan air hujan untuk
aktiviti-aktiviti harian, seperti mencuci kereta, kegunaan tandas dan penyiraman pokok oleh
orang ramai adalah digalakkan. Nilai-nilai ini perlu dititikberatkan oleh kerajaan ataupun
syarikat bekalan air supaya pengguna menggunakan langkah-langkah tersebut sebagai jalan
penyelesaian yang bijak.

Anda mungkin juga menyukai