Anda di halaman 1dari 5

PENDAHULUAN Kelas Pemulihan ini ditubuhkan pada 2001.

Pada peringkat awal penubuhan kelas ini murid pemulihan adalah seramai 60 orang yang terdiri daripada tahap 1 dan 2.Tidak semua insan dilahirkan ke dunia ini sama sahaja...ada yang pandai dan ada yang lemah. Penguasaan 3M (membaca, menulis, mengira) perlulah dikuasai oleh setiap pelajar di peringkat awal. Ini adalah bertujuan supaya pelajar-pelajar ini dapat berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan dengan lebih berkesan lagi. Jika penguasaan 3M ini tidak diberi perhatian maka masalah ini akan bertambah sulit lagi pada peringkat perkembangan pelajar-pelajar di Tahap 2 kelak. Ianya akan menjadi kronik jika usaha-usaha awal tidak diambil dengan segera. Di sinilah Program Pemulihan Khas ini memainkan peranan yang penting - satu program untuk cuba menyelesaikan masalah seawal mungkin. Bukan satu tugas yang mudah. Kesungguhan dan Kesabaran amatlah perlu. DIFINISI PROGRAM PEMULIHAN Adalah rancangan pembelajaran yang disediakan untuk membantu murid -murid menghadapi masalah atau kesukaran pembelajaran dalam menguasai sesuatu kemahiran. MATLAMAT 1. Mengoptimumkan peranan guru pemulihan khas bagi meningkatkan kualiti program pemulihan khas. 2. Memantapkan pengetahuan guru tentang program pemulihan khas bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.

3. Menyedia dan menyebar modul serta bahan-bahan sokongan P & P pendidikan pemulihan. OBJEKTIF 1. Memantapkan pengetahuan guru tentang program pemulihan khas meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. 2. Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan konsep kiosk. ISU DAN MASALAH 1. MURID * Masalah yang menghalang pembelajaran murid-murid ini termasuklah : i) Peribadi * Kekurangan diri * Selalu ponteng sekolah ii) Psikologi * Konsep kendiri yang rendah dan kurang keyakinan diri bagi

* Gangguan emosi krisis keluarga * Tiada keyakinan diri untuk berjaya dalam pelajaran iii) * * * iv) * * * Kecerdasan Lambat berfikir dan bertindak Mudah lupa Sukar memahami dan lemah pengamatan Sikap Tidak minat belajar Pasif dan mudah putus asa Pendiam, pemalu dan sukar bertindak

2. GURU i) Guru Mata Pelajaran * Guru melabelkan murid yang dianggap lemah. * Bahan pengajaran yang berasingan tidak disediakan untuk murid yang lemah. * Guru menganggap masalah murid yang lemah dalam menguasai kemahiran 3M adalah tugas Guru Pemulihan Khas sahaja. ii) Guru Pemulihan Khas * Tidak ada panduan khas yang sistematik dalam mengoptimumkan peranannya. * Kurang mendapat pendedahan dalam P & P yang berkaitan. 3. Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah. * Pihak pentadbiran sekolah memberikan sepenuh tumpuan kepada pencapaian cemerlang dalam keputusan peperiksaan UPSR/PKSR. * Kurang program berkesan yang dirancang untuk menangani masalah penguasaan kemahiran 3M . * Peruntukan yang terhad membataskan pelaksanaan program yang dirancang 4. Kemudahan i) Fizikal * Tiada peruntukan kelas khas untuk melaksanakan program Pemulihan Khas. ii) Kewangan * Tiada peruntukan khusus dalam melaksanakan Program Pemulihan Khas. iii) Bahan-bahan rujukan. * Bahan rujukan yang sesuai untuk guru dan murid amat berkurangan. iv) Buku Teks. * Tiada buku teks yang khusus untuk murid pemulihan khas. 5. * * * Keluarga Ada dikalangan keluarga/ibu bapa/penjaga yang buta huruf. Latar belakang keluarga yang bermasalah. Latar belakang sosio ekonomi yang rendah.

6. Kurikulum

* Program Pemulihan Khas tidak menjadi agenda utama dalam Mesyuarat Panitia/Kurikulum sekolah ( perbincangan ringkas sahaja mengenai pemulihan ). * Pengetua dan Guru Besar diharap mengambil inisiatif utama untuk memperbaiki kurikulum di sekolahnya dengan memasukkan agenda pemulihan seperti juga pentingnya agenda-agenda yang lain. * Beri perhatian kepada Tahun 1, 2 dan 3. Sekiranya perkara ini diambil perhatian khusus oleh sekolah itu sendiri maka mudahlah murid sebegini ditangani maka pembelajaran seterusnya di tahun - tahun yang berikutnya tidak menjadi masalah lagi. PENGGUNAAN KIOSK DALAM KELAS PEMULIHAN * * * Pembinaan kiosk ini adalah berdasarkan Teori Multiple Intelligence. Teori ini menyatakan bahawa manusia mempunyai kecerdasan . Kecerdasan ini merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud dalam diri seseorang individu.

KIOSK - KIOSK PEMBELAJARAN


KIOSK RUANG /VISUAL mengajar menggunakan persepsi tentang alam sekitar, peta-peta, carta, gambar rajah dan gambargambar KIOSK MATEMATIK Kiosk matematik ialah ruang belajar-mengajar yang menggunakan kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks / matematik

KIOSK INTERPERSONAL Ruang belajar mengajar yang menggunakan interaksi dan


KIOSK KINESTATIK

bekerjasama dengan orang lain. Bagi murid yang suka bertutur.

Kiosk kinestatik ialah ruang belajar mengajar yang menggunakan pergerakan badan dalam menjalankan aktiviti P & P.

KIOSK BAHASA Kiosk Bahasa ialah ruang belajar mengajar yang menggunakan pergerakan badan dalam menjalankan aktiviti P & P.

KIOSK ALAM SEKITAR Kiosk Alam Sekitar ialah ruang belajar mengajar yang menggunakan persekitaran semula jadi sebagai bahan dalam menjalankan P & P.

KIOSK MUZIK. Kiosk Muzik ialah ruang belajar mengajar yang menggunakan alat serta bahan-bahan muzik,lagu sebagai pengantara P & P yang dijalankan.

KIOSK INTRAPERSONAL Kiosk Intrapersonal ialah ruang belajarmengajar secara individu.

Enter content here

Enter content here

Anda mungkin juga menyukai