Anda di halaman 1dari 11

SOALAN TUTORIAL 1) DALAM SESUATU PENGAJARAN KEMAHIRAN ASAS TERDAPAT EMPAT PERINGKAT.

DENGAN MENGGUNAKAN CONTOH-CONTOH YANG TEPAT HURAIKAN KEEMPAT-EMPAT PERINGKAT TERSEBUT. JAWAPAN : Terdapat empat peringkat dalam sesuatu pengajaran asas iaitu : Peringkat Pertama Peringkat Kedua Peringkat Ketiga Peringkat Keempat : Memperkenalkan Kemahiran : Membuat demonstrasi dan menerangkan kemahiran : Melatih kemahiran : Memberi maklum balas untuk membetulkan kesalahan

Peringkat Pertama : Memperkenalkan Kemahiran - Mengelola pelajar - Pengelolaan pelajar meliputi mendapatkan perhatian mereka dan menyusun pelajar supaya mereka dapat mendengar dan melihat. - Menetapkan rutin seperti tempat khas untuk berkumpul dan tiupan wisel; sekali untuk bersedia dan tiga kali berturutturut untuk berkumpul. - Semasa bercakap jurulatih perlu pastikan percakapan itu kuat dan jelas dan sentiasa berhadapan dengan pelajar, bertentang kepada yang kurang mata dengan pelajar dan memberi perhatian perhatian.

- Menyampaikan pengenalan - Penyampaian pengenalan kemahiran adalah untuk menyediakan para pelajar secara mental bagi menghadapi langkah demonstrasi dan penerangan kemahiran berikutnya.

- Memberi penerangan

- Sebelum memberi penerangan, jurulatih seharusnya memikirkan tentang perkataan-perkataan yang

sesuai mempertalikan dilakukan pelajar sama perlakuan dalam kehidupan

dengan

tahap

pelajar

dan

di

samping

itu,

kemahiran-kemahiran yang pernah ada dari sukan lain atau dari seharian. - Contoh perlakuan dalam kehidupan seharian yang boleh dipindahkan kepada kemahiran ialah seperti

pukulan terus ialah membaling

dalam skuasy, pergerakan yang serupa batu kecil ke atas permukaan air.

Peringkat Kedua

: Membuat Demonstrasi dan Menerangkan Kemahiran

- Siapa patut melakukan demonstrasi? Demonstrasi mesti dilakukan oleh seseorang yang boleh melakukan kemahiran berkenaan dengan baik dan orang ini dihormati oleh para pelajar. Guna khidmat orang lain jika jurulatih tidak boleh melakukan demonstrasi seperti penolong jurulatih, pemain dari kumpulan dilatih, kawan, bekas pemain sekolah atau pasukan berkenaan dan mungkin jika berkenaan, guna khidmat ibu bapa pelajar. Demonstrasi boleh juga dilakukan dengan menggunakan tayangan video berkenaan kemahiran. Tayangan video memang baik kerana demonstrasi boleh dilihat berulang-ulang kali dan kualiti demonstrasi adalah tetap. Tambahan pula, perlakuan pergerakan perlahan menolong pelajar untuk meneliti perlakuan kemahiran.

Bahan bercetak juga boleh digunakan dalam demonstrasi. Walaupun gambar bercetak tidak menunjukkan masa perlakuan, tetapi ia turut membantu dalam pembelajaran kemahiran kerana gambar-gambar yang disusun mengikut turutan itu menolong membentuk program mental.

Latihan yang kerap sehingga boleh melakukan demonstrasi yang betul.

- Bila demonstrasi perlu digunakan? Demonstrasi sebelum latihan - Sesi ini sangat penting semasa mengajar kemahiran baru. Selepas pengenalan dan penerangan lisan kemahiran yang perlu dipelajari, pelajar perlu melihat perlakuan sebenar. Demonstrasi semasa latih tubi berlangsung - Semasa pembelajaran kemahiran baru terutama oleh pelajar baru, demonstrasi perlu diulangi beberapa kali. Ini boleh dilakukan dalam kumpulan atau untuk beberapa pelajar yang dikenal pasti lemah. Demonstrasi pada akhir latihan - Pada akhir latihan jurulatih ataupun beberapa pelajar terpilih melakukan demonstrasi sebagai pengukuhan pembelajaran kemahiran. Demonstrasi ini sebenarnya menggalakkan para pelajar membuat latihan mental kemahiran yang dipelajari. Kaitkan dengan kemahiran yang pernah dipelajari - Jurulatih seboleh-bolehnya mengaitkan kemahiran yang dipelajari sebelum memastikan pemindahan kemahiran berlaku.

Peringkat Ketiga

: Melatih Kemahiran

- Sebaik sahaja sesi demonstrasi selesai, pelajar seharusnya diberi peluang melakukan latihan dengan serta merta. Di sini jurulatih perlu buat keputusan sama ada latihan

kemahiran itu dilatih sebagai satu bahagian ataupun sebagai gabungan bahagianbahagian kecil. - Terdapat beberapa prinsip bagi memastikan latihan yang diberikan berkesan iaitu : Latihan kemahiran dalam keadaan serupa dengan pertandingan- pertandingan. Latihan kemahiran baru perlu singkat dan kerap. Guna masa latihan dengan cekap. Guna kemudahan dan alat secara maksimum. Pastikan kejayaan bagi pelajar dan latihan adalah seronok.

Peringkat Keempat : Memberi Maklum Balas Untuk Membetulkan Kesalahan - Latihan sahaja tidak menjamin kejayaan dalam pembelajaran kemahiran. Di samping latihan, maklum balas adalah diperlukan untuk memaklumkan tentang tahap prestasi kemahiran berbanding dengan kemahiran yang sepatutnya dan bagaimana untuk membetulkan kesalahan supaya kemahiran hampir sama kemahiran yang sepatutnya. - Tugas jurulatih adalah untuk membuat analisa teknik yang dilakukan pelajar dengan teknik yang betul. Jika analisis adalah negatif maka jurulatih perlu membuat perhatian tentang kesalahan yang dilakukan. Jurulatih perlu berhati-hati dalam membuat keputusan tentang salah laku pelajar kerana terdapat dua jenis kesalahan iaitu kesalahan pembelajaran dan kesalahan prestasi. - Kesalahan pembelajaran adalah kesalahan kerana pelajar tidak tahu bagaimana melakukan kemahiran berkenaan; pelajar sebenarnya belum dapat membentuk program motor sepatutnya. - Sebaliknya kesalahan prestasi pula berpunca dari pelajar bukan tidak tahu cara melakukan kemahiran tetapi pelajar membuat salah terhadap perkara yang mereka

tahu. Salah laku ini mungkin berpunca dari kurang konsentrasi, kurang motivasi ataupun factor-faktor psikologikal lain.

SOALAN TUTORIAL: 2. BAGI MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN MEMBINA PERLAKUAN DENGAN TEKNIK YANG BETUL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LATIHAN KEMAHIRAN ASAS MEMERLUKAN PENEGASAN DARI ASPEK BUTIRAN MENGAJAR. JELASKAN BUTIRAN MENGAJAR BAGI SATU KEMAHIRAN ASAS DALAM URUTAN BERMULA DARI KEDUDUKAN SEDIA HINGGA IKUT LAJAK. Jawapan: BUTIRAN MENGAJAR Cara Memberi Baton Kepantasan larian dikekalkan semasa memberi baton Beri isyarat kepada penerima Hulurkan baton dengan tangan yang lurus Perhatikan tangan penerima dan letakkan hujung baton ke dalam tangannya

Cara menerima baton Berada dalam keadaan sedia Menoleh untuk memandang pelari yang membawa baton Sediakan tandaan. Berlepas dengan pantas sebaik sahaja pelari yang membawa baton sampai ke tandaan itu Hulurkan tangan yang lurus ke belakang apabila mendengar isyarat daripada pelari yang sedang membawa baton (isyarat yang digunakan ialah UP) Pegang baton dengan erat di bahagian pangkal

- Jika baton terjatuh ke tanah semasa pertukaran, pembawa baton dikehendaki mengutip baton yang jatuh dan beri kepada pelari yang menunggu.

Baton dihantar kepada penerima di dalam lingkungan zon penukaran baton sejauh 20 meter.

Baton diletakkan ke dalam tangan penerima.

SOALAN TUTORIAL: 3. TERANGKAN PRINSIP-PRINSIP TUNJUK CARA YANG SERING DIGUNAKAN DALAM SESUATU PENGAJARAN KEMAHIRAN ASAS. Jawapan: Tunjukcara adalah satu teknik mengajar yang sangat berguna dalam sesuatu kemahiran asas. Teknik ini dapat mempercepatkan proses pembelajaran. Tunjukcara sebagai satu teknik mengajar hendaklah digunakan apabila keadaan sesuatu pelajaran

memerlukannya dan tidak sewenang-wenangnya. Mengikut amalan biasa, guru memberi tunjukcara kepada kelasnya apabila hendak : Memperkenalkan sesuatu kegiatan yang baru kepada murid-muridnya. Menunjukkan sesuatu teladan yang baik sebagai satu contoh kepada muridmuridnya. Menegaskan atau menarik perhatian murid-murid kepada salah satu aspek gerakerja yang tertentu. Membetulkan sesuatu kesalahan umum. Menjadikan sesuatu kegiatan itu lebih jelas sekiranya arahan-arahan lisan tidak memberi kesan. Guru boleh menjadi sebagai penunjukcara. Namun begitu, sekiranya terdapat murid yang mahir dalam sesuatu gerakerja, lebih baik guru mengarahkan murid tersebut untuk memberi tunjukcara kepada kelas. Ini membolehkan guru menumpukan perhatiannya kepada kawalan kelas sambil membuat peneranngan mengenai aspek-aspek yang harus mereka perhatikan. Kebolehan penunjukcara murid itu juga akan mencabar dan menggalakkan rakan-rakan sebayanya dalam latihan.

PRINSIP MEMBERI SESUATU TUNJUKCARA Tunjukcara yang diadakan itu hendaklah bermutu baik. Tunjukcara itu hendaklah mendapat perhatian dan dapat dilihat oleh semua murid. Penerangannya biarlah ringkas, tepat dan dapat didengar oleh semua murid. Tunjukcara itu janganlah terlalu lama sehingga mengganggu kelicinan pelajaran. Tegasan diberi kepada aspek-aspek penting atau rumit dalam gerakerja itu. Percubaan oleh murid-murid mesti dijalankan serta-merta selepas tunjukcara.

SOALAN TUTORIAL: 4. HURAIKAN SATU SESI LATIHAN KEMAHIRAN ASAS BAGI SESUATU PERMAINAN (PILIHAN) DENGAN MENGAMBIL KIRA PRINSIP-PRINSIP ANSUR MAJU. Jawapan: Permainan Badminton 1) Ujian Servis Pendek Untuk mengukur kebolehan meningkatkan servis pendek o Aktiviti memanaskan badan 10 minit - melakukan 15 servis ke sasaran melepasi jaring dan di bawah tali 50 8 cm ( 20 inci ) di atas jaring.

2) Ujian Servis Panjang Mengukur kebolehan meningkatkan servis panjang Memanaskan badan 10 minit Peserta melakukan 15 servis ke sasaran melepasi tali rentang setinggi 244 cm.

3) Ujian Pukulan Hadapan dan Kilas Untuk mengukur kebolehan melakukan pukulan hadapan dan pukulan kilas ke bahagian belakang gelanggang. Memanaskan badan 10 minit Peserta berdiri di T

Melakukan

10 pukulan hadapan dengan bergerak ke X dan melakukan 10

pukulan kilas dengan bergerak ke X2.

Permainan Bola Keranjang Hantaran 1. Kepada sasaran statik (peringkat permulaan) a. Hantaran paras dada Berdiri dengan satu kaki di hadapan Pegang bola di dada dengan siku-siku tangan rapat ke badan Pegang baloa dengan jari-jari dan ibu-ib jari di belakang bola. Jari-jari menghadap ke atas. Menapak ke hadapan serta memindahkan berat badan dan kaki dari belakang ke kaki hadapan. Hulurkan tangan ke hadapan dan menggerakkan pergelangan tangan dengan pantas semasa bola dilepaskan. Ikut lajak dengan menggunakan tangan termasuk jari-jari ke hadapan, ke arah sasaran. b. Hantaran lantun Semua butiran adalah sama seperti hantaran paras dada. Lantun bola supaya bola jatuh di titik lebih kurang meter di hadapan sasaran Bola dilanton dan sampai ke paras pinggang penerima bola.

c. Hantaran atas bahu Berdiri dengan satu kaki di hadapan

Bola dipegang di atas dan belakang bahu Tapak tangan di belakang bola Tangan dibengkokkan di siku Berat badan dipindahkan ke kaki hadapan semasa membuat hantaran

d. Hantaran bawah tangan Digunakan untuk hantaran jarak dekat sahaja Pegang bola dengan dua tangan, tangan kiri di atas bola dan tangan kanan di belakang dan bawah bola Badan dikilas sedikit ke kanan dan bola di belakang pinggul Tangan kanan ikut lajak semasa bola dilepas ke sasaran

Anda mungkin juga menyukai