Anda di halaman 1dari 23

Kemahiran Bahasa Mendengar & Bertutur Menulis Membaca

KEMAHIRAN MENDENGAR Merupakan kemahiran lisan yang paling asas Proses yang melibatkan penerimaan maklumat dalam bentuk gelombang bunyi melalui deria pendengaran iaitu telinga. Berlaku pada peringkat penerimaan Seseorang yang dapat menguasai kemahiran mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain Dapat memahami maksud serta membuat taksiran daripada apa yang didengar

Konsep penting tentang pendengaran Gabungan daripada segala yang didengar, difahami dan diingati Pendengaran berlaku melalui latihan latihan khas yang dilakukan secara berperingkat. Individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya.

Konsep konsep penting tentang pendengaran Fizikal, psikologi, neurologi mempengaruhi proses pendengaran Pendengaran yang cekap memerlukan penyatuan idea yang logic / berkesan Pendengaran harus berlaku melalui fikiran dan bukan perasaan. Bertujuan apresiasi memerlukan analisis kritis terhadap bentuk dan isi Pendengaran untuk mengkritik memerlukan pendengaran yang berpusat idea utama, hujah-hujah dan bukti-bukti. Pendengaran unutk tujuan hiburan melipatkan tindak balas positif terhadap muzik, kesusasteraan dan lain-lain aspek seni dan estetika.

Proses mendengar Mendengar dereten bunyi-bunyi bahasa Memahami bunyi-bunyi tersebut Menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan Jenis-jenis mendengar Secara pasif - Kemahiran yang paling rendah - Pendengar tidak berupaya memahami makna keseluruhan ujaran yang diucap - Jarang unutk memahami dan mengingati serta menyebut perkara-perkara yang didengar - Mungkin bahan yang didengar kurang menarik dan sukar difahami

Secara bertelau-telau - Berlaku di kalangan pelajar bahasa kedua atau mempelajari bahasa asing - Kurang mampu mendengar bahadian-bahagian ujaran tertentu dalam suatu pertuturan - Berlaku kerana lemah dalam bahasa yang dipelajari

Secara tindak balas - Pelajar mendengar tapi tidak ada tindak balas - Berlaku kerana tidak peka terhadap tuturan - Tidak faham - Tidak ada reaksi

Mendengar secara berhati-hati - Bersungguh-sungguh - Tumpu pendengaran terhadap kata demi kata, rangkai kata - Dapat difahami dengan betul

Mendengar secara kritikal - Berlaku apabila seseorang dapat menguasai kemahiran berbahasa dengan baik - Lebih bermakna apabila didasarkan kepada pengalaman si pendengar

Mendengar kreatif - Paling tinggi - Matlamat pembelajaran dan pengajaran lisan di peringkat mendengar - Menggunakan daya kreatif unutk mencipta sesuatu setelah mendengar - Boleh membuat tafsiran, kritik dan analisis.

Peringkat-peringkat Kemahiran Mendengar

Peringkat Awal Mengecam, mengajuk dan memilih bunyi Mendengar dan bermacam makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat Melakukan sesuatu yang disuruh Menjalankan perintah dan permintaan Bertindak terhadap soalan-soalan mudah Mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah secara tepat.

Peringkat Pertengahan Mengecam, mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci Mengenal informasi-informasi spesifik (maklumat khusus) Mengesan urutan Mengenal sebab dan akibat Mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi Mengenal pasti sikap dan perasaan orang yang bercakap

Peringkat Maju Mengenal isi penting Mengenal peranan dan perhubungan orang yang bercakap Mentafsirkan maksud orang yang bercakap Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar Mengikut aliran dalam dialog dan perbualan Mentafsirkan tujuan penutur menggunakan berbagai-bagai bentuk struktur tatabahasa

Aktiviti Kemahiran Mendengar i. Mengenal proses asas ii. Mengecam iii. Membuat inferens iv. Menganalisis v. Merumus (membuat kefahaman baru) vi. Menilai

Kemahiran mendengar - Proses terawal sebelum komunikasi berlaku Receiving mendengar dereten bunyi bahasa Attending membuka minda untuk menerima kod Understanding memahami, menggerakkan mental utk membuat tafsiran Responding member tindak balas Remember merakam dalam minda segala proses yang berlaku

1) 2) 3) 4) 5)

Meningkatkan Kemahiran Mendengar i. ii. iii. iv. v. vi. Gerak mata boleh member makna tersirat Mencatat kata kunci Membuat peta minda Menghormati orang tua yang bercakap Konsentrasi Galakan murid mendengar

Kemahiran Bertutur
Definisi : Kemahiran bertutur merupakan satu kemahiran berinteraksi sesame manusia menggunakan bahasa yang dilafazkan dengan senutan dan intonasi yang betul secara sopan. Melibatkan alat pertuturan Tujuan : Konsep : Gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan Individu lebih banyak bertutur melalui pengalaman daripada melalui kecerdasan otaknya. Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran dan jantina boleh mempengaruhi kemahiran bertutur. Bagi menyampaikan, member serta meluahkan tentang sesuatu perkara atau hal oleh sesuatu pihak kepada pihak yang lain. Dianggap salah satu cara manusia berinteraksi sesame mereka

Pertuturan Sehala dan Dua Hala a. Sehala tidak berlaku tindak balas b. Dua Hala berlaku tindak balas antara pendengar dan penutur

Aspek-aspek Pertuturan a. Kelancaran Boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas Tidak menghadapi sebarang masalah atau gangguan semasa bertutur Boleh mengeluarkan idea atau pendapat dengan baik dan menuturkan idea b. Intonasi Keadaan bunyi yang menarik atau menurun sewaktu ayat itu dilafazkan ( nada suara) Intonasi dalam ayat biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan Intonasi boleh menurun, menaik, mendatar dan meninggi dan sebagainya.

c. Kefasihan Boleh bercakap bukab sahaja dalam bentuk yang kemas, teratur dan licin tetapi boleh juga menyebut perkataan yang dituturkan secara tepat dan jelas. Pada tahap ini seseorang ini telah mencapai kesempurnaan bahasa.

d. Laras Bahasa Kemampuan menggunakan bahasa itu dalam berbagai-bagai konteks, suasana dan situasi yang sesuai Membolehkan pelajar menggunakan bahasa itu untuk tujuan berkomunikasi secara tepat dan dapat digunakan dalam konteks yang sesuai. e. Jeda

Faktor faktor mempengaruhi pertuturan 1. Usia - Pengaruh usia dari segi perkembangan intelek setiap individu - Mempengaruhi peningkatan kemahiran bertutur 2. Dwibahasa 3. Kesihatan 4. Fizikal 5. Mental 6. Alam sekeliling 7. Jantina 8. Kedudukan sosioekonomi - Taraf pendidikan - Jenis kediaman - Jenis Permainan 9. Perhubungan dalam keluarga - Sistem panggilan dalam keluarga - Saiz / bilangan ahli dalam keluarga - Hubungan adik-beradik 10. Kehidupan rumahtangga - Jenis / gaya bahasa yang digunakan - Rakan sebaya

11. Pengaruh media massa 12. Pendedahan & Rangsangan

Aktiviti Kemahiran bertutur 1. 2. 3. 4. 5. 6. Berbual Memberikan pendapat Bercerita Teater bercerita Berbincang Memujuk

Pendagogi Kemahiran Bertutur Perancangan Aktiviti Pengajaran Kemahiran Mendengar a. Prinsip pengajaran kemahiran mendengar - Kemahiran mendengar mestilah diajarkan bersama-sama kemahiran bahasa yang lain - Latihan mendengar ialah aktiviti yang dinamik dan aktif - Aktiviti perlu dirancang teliti dan dijalankan dalam pelbagai cara supaya pelajar memberikan respons dalam bentuk perlakuan dan aksi - Setiap kemahiran diajarkan berperingkat, dan didahului dengan aktiviti yang mudah - Guru tidak boleh terlalu ghairah hingga menyusahkan pelajar - Motivasi penting untuk memupuk minat pelajar. b. Strategi c. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar i. Peringkat Pramendengar - Guru menyediakan tugasan kepada pelajar - Guru memberikan dambaran kesalahan tentang apa yang akan didengar - Guru memastikan pelajar dalam keadaan bersedia untuk mendengar ii. Peringkat semasa mendengar - Pastikan pelajar memberikan tumpuan kepada bahan - Elakkan sebarang gangguan dan halangan semasa mendengar

Peringkat selepas mendengar - Guru mendapatkan respon daripada pelajar - Guru memberikan rumusan terhadap bahan yang didengar - Guru melaksanakan tindakan susulan d. Menilai kemahiran mendengar 1. Ujian mendengar petikan 2. Ujian mendengar paragraph 3. Ujian imlak 4. Ujian mendengar bergambar

iii.

KEMAHIRAN MEMBACA
1. Konsep dan Jenis Kemahiran Membaca 2. Peringkat dan Proses Kemahiran Membaca Membaca satu perlakuan untuk mendapatkan maklumat melalui lambang-lambang bertulis Satu tindakan komunikasi, iaitu satu proses berfikir yang melibatkan idea, kenyataan dan perasaan yang disampaikan oleh penulis kepada pembaca melalui perantaraan lambang-lambang bahasa. Tindak balas daripada kemahiran kepada pengalaman melalui penggunaan kata, frasa dan tatabahasa. Keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul Proses penguasaan bahasa yang melibatkan aktiviti berkomunikasi dan berkongsi maklumat dan idea. 3 konsep asas membaca: - Membunyikan perkataan demi perkataan - Pengenalpastian perkataan demi perkataan dan memperoleh maknanya - Memberi makna kepada teks yang dibaca, di samping memahami teks tersebut. Melibatkan proses mekanis dan mental Mekanis meneliti/menterjemah lambing-lambang bertulis dalam pertuturan Mental proses untuk mendapatkan maklumat dan makna Membaca merupakan langkah awal untuk menguasai kemahiran lain. Kefahaman penting dalam pembacaan. Menurut Abd Aziz Abd Talib 1996, menjelaskan kefahaman ialah aspek penting dalam pembacaan. Dalam hal ini membaca boleh dianggap kita memahami pemikiran penulis

Kemahiran membaca lanjutan daripada kemahiran mendengar. Tujuan Membaca :

Pengalaman sastera Mendapatkan maklumat Menyelesaikan sesuatu tugasan Akademik

Proses Membaca : Mengenal perkataan dengan cara membunyikannya.

Mengikut teori pembelajaran kognitif psikolinguistik proses membaca sebagai aktiviti mental yang aktif yang melibatkan peringkat-peringkat berikut : 1. Mengecam, mengenal lambang yang dilihat 2. Mengaitkan perkataan dan lambing dengan bunyi dan makna 3. Menterjemah makna perkataan dan kaitan dengan pengetahuan sedia ada Kesediaan Membaca Setiap murid perlu mempunyai kesediaan untuk membaca Langkah-langkah untuk membaca : 1. Suatu keadaan secara fizikal dan mental yang membolehkan seseorang itu membaca 2. Secara fizikal, seseorang pembaca mesti lengkap dari segi penglihatan dan pendengaran 3. Secara mental, beri motivasi kepada murid untuk membaca dan mengenal huruf

Faktor Fizikal Masalah Tidak Dapat membaca: 1. Alat-alat artikulasi - Kecacatan - Sengau 2. Deria penglihatan 3. Deria pendengaran

Faktor Mental

1. Kecerdasan (baka) 2. Boleh berbahasa (banyak memiliki perbendaharaan kosa kata) Faktor Emosi Faktor Sosial

Kesediaan Membaca
Kemampuan seseorang untuk menerima pengajaran dari segi fizikal, mental dan emosi. Fizikal alat-alat sebutannya berfungsi Alat-alat artikulasinya menghasilkan bunyi Mata mengecam bentuk Telinga - dapat mendengar dan mengecam bunyi Emosi berminat dengan bahan bacaan Mental ingatan kuat.

Konsep membaca : 1. Satu proses berfikir yang melibatkan idea, kenyataan dan perasaan yang disampaikan oleh penulis kepada pembaca melalui perantaraan lambinglambang bahasa. i. Factor persekitaran bahan bacaan di rumah ii. Sentiasa melihat orang di sekeliling membaca. iii. Ada orang membaca untuknya.

Pra bacaan. Pengamatan pendengaran Pengamatan penglihatan Koordinasi psikomotor.

Latihan untuk menajamkan penglihatan. Konsep membaca : 1. Membunyikan perkataan demi perkataan 2. Pengenalpastian perkataan demi perkataan 3. Memberikan makna kepada teks yang dibaca. The American Heritage Dictionary of the English Language (2003) 1. Interpretasi terhadap sesuatu situasi atau perkara yang diperkatakan. 2. Proses kognitif untuk memahami bahasa tulisan. 3. Keupayaan untuk menyuarakan bahan bertulis ( komunikasi yang melibatkan symbol-simbol tulisan ) 4. Gambaran mental tentang makna daripada perkara yang diperkatakan, idea atau visual yang dilihat. Tujuan Membaca : Utama : memperoleh atau menginterpretasikan makna daripada bahan yang dibaca. 1. 2. 3. 4. Membaca untuk pengalaman sastera Membaca untuk mendapatkan maklumat Membaca untuk menyelesaikan sesuatu tugasan Membaca untuk tujuan akademik.

2010 LINUS Literasi Tujuan Pengajaran Kemahiran Membaca: 1. Mengenal huruf2, menyebut nama & bunyi huruf & menyebut perkataan2 dengan betul. 2. Sebutan, nada & gaya yang betul. 3. Membaca senyap & pantas & memahami isi kandungan. 4. Membaca, faham & menyatakan semula dengan ayat sendiri. 5. Menuturkan ayat2 yang gramatis sebagaimana dalam bahan bacaan. 6. Menanam minat membaca dalam diri kanak-kanak. 7. Meluaskan perbendaharaan kata, mengenal pasti perbezaan2 maknanya dalam konteks yang berbeza. 8. Tanam kemahiran mentafsir makna. 9. Tanam kemahiran menilai, mengulas & mengkritik. 10. Menambah ilmu pengetahuan. 11. Membetulkan tanggapan yang salah. 12. Membina sikap yang positif / berfikiran terbuka. 13. Menyelesaikan masalah sendiri dan masyarakat. 14. Mengenali aspirasi masyarakat. 15. Membentuk kehidupan yang baik. 16. Mengenali & menghayati keindahan & kesenian bahasa. 17. Membina minat membaca sebagai hiburan. Numerasi

Peringkat-peringkat Kemahiran Membaca 1. Kesediaan Membaca. 2. Peringkat Prabacaan. Kemahiran-kemahiran dalam Prabacaan. Menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama. Memilih bentuk-bentuk yang sama & berbeza. Mengecam & membiasakan diri dengan bentuk-bentuk huruf. Mengelaskan benda atau gambar mengikut kumpulan. Menyusun benda atau gambar mengikut turutan. Mengecam bentuk-bentuk huruf kecil & besar. Memadankan huruf mengikut urutan.

Aktiviti menulis & melukis hendaklah berkaitan dengan huruf. Kaedah Membaca Kaedah abjad ( perkenalkan nama huruf) Kaedah Fonik Kaedah pandai sebut 3. Bacaan Mekanis. Membunyikan huruf dalam perkataan. Membunyikan huruf yang ditunjukkan. Mengumpul perkataan yang mempunyai persamaan huruf awal. Membaca perkataan yang sama rimanya secara nyaring. Memadankan perkataan yang sama sebutannya. Membaca bacaan secara nyaring.

4. Kemahiran membaca dan memahami Menyesuaikan ayat dengan gambar yang diberi Menggambarkan isi bacaan dalam bentuk rajah. Memahami peta Menyatakan erti perkataan mengikut konteks. Menggunakan perkataan yang sesuai untuk menjelaskan perkataan sendiri. Menceritakan semula cerita yang dibaca.

Membaca dan memahami Bacaan Intensif (Isi & Bahasa) Bacaan yang dilakukan secara teliti dengan bimbingan guru Penelitian terhadap aspek isi dan bahasa. Aspek struktur perkataan yang sukar dan aspek perbendaharaan kata hendaklah teliti.

i. ii.

Proses bacaan yang menumpukan aspek isi seperti kemahiran membaca kritis, kemahiran memahami dan kemahiran mengesan idea. Aspek bahasa yang diberikan tumpuan tatabahasa.

Bacaan intensif ini berjaya melahirkan murid-murid yang boleh membaca dengan baik dan betul sebutan dan intonasinya. Membaca secara lancar dan fasih. Cekap merujuk kamus bagi mencari perkataan (cepat & tepat) Murid-murid boleh menilai atau mengulas isi tersurat dan tersirat. Dapat mengesan dan menikmati unsur estetik (keindahan bahasa) Dapat mengenal pasti pelbagai laras bahasa.

Bacaaan Ekstensif Bacaan meluas secara kendiri tanpa bimbingan guru. Bacaan yang banyak untuk menambah pengetahuan / maklumat umum. Bacaan pelbagai bidang / laras. Dapat memuaskan hati / sukarela (ulat buku) Guru harus merangsang (tanpa memaksa) / menimbulkan rasa minat murid Murid membaca tanpa disuruh / arahan Tinggi daya pemikiran, kreatif dan kreatif, boleh menguasai gaya bahasa dengan baik Mempunyai kepantasan membaca yang baik.

Kemahiran Membaca Peringkat peringkat pemahaman membaca Pemahaman ialah keupayaan mengecam, membentuk, mentafsir dan menilai isi atau idea yang terdapat dalam bahan yang dibaca. Pemahaman berlaku dalam bentuk lisan. Proses pemahaman melibatkan proses mental.

Peringkat-peringkat: 1. Peringkat Lateral - Proses pengecaman, pemahaman perkataan, rangkai kata frasa, ayat dan perenggan ( prosa/puisi) 2. Peringkat Interpretasi - Peringkat pentafsiran makna - Pelajar boleh memahami isi tersurat / tersirat - Boleh menyatakan tema dan persoalan. 3. Peringkat Inferens - Peringkat murid dapat membuat jangkaan sikap / tujuan penulis terhadap bahan bacaannya. - Boleh membuat inferen masa, tempat dan nada bahan yang dibaca. 4. Peringkat Penilaian Makna - Pelajar mampu membuat rumusan dan keputusan terhadap bahan yang dibaca - Murid boleh membezakan antara fakta dan pendapat. - Pelajar sepatutnya boleh mengenal pasti bahan bacaan itu mengandungi propaganda.

Kemahiran Menulis Konsep Menulis Menulis penglahiran perasaan, fikiran dan idea ke dalam bentuk grafik Bentuk-bentuk grafik disusun menjadi bentuk bunyi bahasa

Diajar kepada murid supaya dapat merakam apa yang dilihat, didengar dan dialami Matlamat mengharapkan mereka dapat menggunakan kemahiran berfikir Kombinasi yang melibatkan gabungan jari, mata, telinga dan otak(minda)

Matlamat : 1. 2. 3. 4. Membentuk huruf dengan baik dan betul Menulis dengan serta-merta Menggunakan tatabahasa yang betul dalam tulisan mereka. Dalam Bahasa Melayu, mereka dapat menulis dengan menggunakan tatabahasa yang betul. 5. Mengisi borang yang berhubung dengan kehidupan mereka ( borang kiriman wang, borang telegram). 6. Menulis surat kiriman biasa, surat rasmi, jemputan dan sebagainya. 7. Menulis rencana dan bercorak kreatif. 8. Memudahkan mereka menulis puisi dengan menggunakan perkataan-perkataan yang indah. 9. Memudahkan mereka berhubung dalam bentuk penulisan menggunakan Bahasa Melayu. 10. Menulis secara rasmi dalam Bahasa Melayu yang betul.

Tujuan : Mengikut Kamaruddin Haji Husin tujuan penulisan adalah seperti berikut : a. Mendirikan asas menulis yang kukuh yang membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik, cekap dan pantas. b. Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca.

c. Kanak-kanak mengulangi pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisan yang tercatat atau membaca buku-buku luar untuk menambah lagi isi bacaannya. d. Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan. e. Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang. Ramai orang mempunyai bakat atau kebolehan menulis tetapi tidak mempunyai untuk melahirkannya. f. Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisan. g. Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan.

2. Tujuan lanjut. a. Meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi penulisan. b. Memberi kepuasan jiwa, dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan. Misalnya seorang penulis, penyajak dan pengarang dapat menggambarkan sesuatu penulisannya. Mereka melaporkan sesuatu yang berlaku, mendedahkan perkara-perkara semasa yang sedang berlaku, membuat ramalan-ramalan peristiwa masa depan dan sebagainya. c. Menyediakan mereka dengan pengetahuan ini supaya dapat memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden khasnya bagi kepentingan diri sendiri dan untuk orang ramai umumnya.

Peringkat-peringkat Kemahiran Menulis 1. Peringkat Pramenulis - Perlu diberi kepada kanak-kanak sebagai persediaan sebelum menulis. - Dilatih melakukan pergerakan tangan / koordinasi tangan dan mata. - Aktiviti bagi pramenulis: Latihan menggerakkan jari Latihan menggunakan tapak tangan Latihan menyambung titik-titik huruf atau nombor. Latihan membentuk garis-garis mendatar, menegak, melintang dan bulatan di udara. 2. Peringkat Mekanis - Murid-murid diajar menguasai kemahiran membentuk huruf-huruf kecil dan huruf-huruf besar dalam abjad. - Murid murid diajar menguasai kemahiran menulis suku kata dan ayat. - Aktiviti bagi mekanis Latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf mengikut teknik menulis huruf Latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang mirip kepada bentuk-bentuk huruf. Latihan menekap mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad berlubang. Latihan menulis huruf dalam suku kata. Latihan melengkapkan huruf pada perkataan dalam gambar. Latihan menamakan gambar. 3. Peringkat Pelahiran - Murid-murid sudah menguasai pelbagai kemahiran seperti mendengar, bertututr, membaca, mengeja. - Boleh dimulakan dengan jenis-jenis tulisan terkawal, berpadu, separa terkawal dan separa berpandu. - Murid-murid boleh memberi idea dan pendapat tentang pengetahuan dan pengalaman mereka. - Aktiviti bagi pelahiran: Menulis jawapan pemahaman Membina ayat-ayat mudah Mengisi teka silang kata Tempat melengkapkan ayat Menulis ayat berdasarkan gambar Menulis karangan

Jenis-jenis Penulisan ( Karangan ) 2 bentuk penulisan : 1. Karangan terkawal 2. Karangan bebas. Karangan terkawal Karangan peringkat asas atau pertama yang harus dilalui oleh muridmurid dalam gerakerja penulisan. Susunannya dikawal ketat dan sedikit-sedikit dipimpin ke arah karangan bebas. Kelancaran dalam penggunaan bahasa.

Jenis-jenis Karangan Terkawal. 100% dibimbing ( terkawal sepenuhnya ) Pada peringkat ini, murid murid didedahkan untuk menyusun ayat-ayat Biasanya murid-murid baru belajar mengarang Menyalin sahaja apa yang diberi oleh guru Latihan haruslah terdiri daripada perenggan pendek Separuh terkawal ( Peringkat menghasilkan semula ) Masih diberikan kawalan tetapi tidak sepenuhnya Contoh : Mengisi tempat kosong dalam karangan pendek.

Karangan Berpandu Hasil penulisan ialah satu penulisan karangan berpandukan bimbingan guru.

Aktiviti-aktiviti Menulis semula cerita atau petikan yang dibaca Menulis karangan berdasarkan soalan-soalan berturutan mengenai sebuah tajuk Menulis karangan dengan memindahkan bentuk Contoh : Dialog kepada karangan penceritaan Karangan penceritaan kepada dialog.

Karangan Separa Berpandu Karangan ini merupakan satu penulisan karangan yang mendapat sedikit maklumat dari guru.

Aktiviti-aktiviti Menulis semula cerita yang diperdengarkan Menulis karangan berdasarkan gambar tunggal / Bersiri Menulis karanga daripada perenggan / isi yang disediakan Menulis karangan berdasarkan ayat / frasa yang sedia ada

Karangan Bebas Kebebasan kepada murid untuk melahirkan idea mengenai tajuk yang disediakan dengan menggunakan perkataan sendiri. Menulis puisi, cerpen, drama (imaginatif/berdasarkan pengalaman hidup)

Sumbangan sastera dalam pendidikan sekolah. Meningkatkan kecekapan berbahasa Mencungkil bakat pelajar Menggalakkan daya pemikiran aras tinggi Kerohanian Keindahan berbahasa Membentuk akhlak yang mulia.

Anda mungkin juga menyukai