Anda di halaman 1dari 3

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis. Yang diraikan Cikgu


Ahmad Khairul Shah , Yang berusaha Cikgu flarry jeffry, Guru
penolong kanan kurikulum, Cikgu Ajmil Boneo,Penolong kanan Hal
Ehwal Murid, Cikgu Kilik, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Para
guru-guru, rakan-rakan serta hadirin warga dewan yang dikasihi
sekalian.

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan


limpah kurnianya dapat kita bersama-sama meraikan majlis
perpisahan yang sangat bermakna dan penuh erti pada pagi ini.

Hadirin Warga Dewan yang Dihormati,

Dalam salah satu tulisan karya agung seorang penulis


masyhur dari Jerman ada menyatakan bahawa "Setiap
pertemuan pasti akan ada perpisahan , yang pastinya setiap
perpisahan pasti amat menyedihkan.

Hari ini, kami berasa terharu dan sedih kerana bakal


kehilangan seorang Guru yang amat kami sayangi dan kasihi. Pada
kami, Cikgu Khairul bukan sahaja sebagai seorang Guru tetapi
ibarat seorang bapa dalam sebuah keluarga besar SK Abuan.

Hadirin yang Dihormati,

Cikgu Khairul seorang yang baik namun tetap tegas dalam


melaksanakan tanggungjawabnya. Itulah butir-butir kata yang
dapat digambarkan mengenai Guru kita ini yang telah berkhidmat
hampir 3 tahun disekolah ini.

Beliau bukan sahaja penyayang, melakukan tugas dengan hati


yang tulus, malah mementingkan kebajikan pelajar. Beliau juga
seorang yang berhati murni dan senantiasa memberikan yang
terbaik buat para pelajar. Saya sering melihat beliau melakukan
kerja-kerja pembanggunan sekolah. Hal ini membuktikan bahawa
beliau amat mengutamakan keselesaan pelajar-pelajar di SK
Abuan agar dapat meneruskan pembelajaran di dalam kelas
dengan baik.

Warga Dewan yang Dikasihi,

Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil pelajar SK Abuan


merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima
kasih kepada Cikgu Khairul. Kami berdoa semoga tuhan akan
melimpahkan rahmatnya kepada cikgu Khairul. Semoga cikgu
khairul akan terus mengekalkan usaha-usaha murni beliau dalam
membentuk sahsiah diri yang mulia kepada para pelajar di
sekolah baharu nanti.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar
kata pepatah Melayu, yang patah akan tumbuh, yang hilang akan
berganti, namun yang hilang tidak akan sama dengan yang
berganti. Walau bagaimanapun, yang hilang akan tetap akan
diingati, kekal abadi tersemat di hati.

Pulau Pandan jauh ke tengah,


Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua.

Tuai padi antara masak,


Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Buah pauh delima batu,


Anak sembilang di tapak tangan;
Walau jauh beribu batu,
Hilang di mata, di hati jangan.

Asap api embun berderai,


Patah galah haluan perahu;
Niat hati tak mahu bercerai,
Kehendak Allah siapa tahu.

Kalau ada sumur di ladang,


Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
In shaa Allah kita akan berjumpa lagi.

Salam kemaafan kami hulurkan,


Semoga kemesraan terus berpanjangan;
Ilmu diberi harap halalkan,
Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai