Anda di halaman 1dari 33

WACANA

Takrif wacana
Keseluruhan tutur yang merupakan satu kesatuan,ucapan,pertuturan,percakapan Kesatuan fikiran yang utuh ,sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato,khutbah) atau tulisan (sperti surat,artikel,novel,cerpen)
- kamus dewan-

Ciri-ciri wacana

Berlandaskan hubungan penutur dengan pendengar

Mempunyai tujuan

ciri-ciri wacana

Ada unsur susun atur

Mengandungi Informasi baru


Cth: Rumah papan itu diperbuat daripada batu marmar

Berlandaskan hubungan penutur dalam masyarakat

Jenis wacana
Wacana bergantung kepada:

Tertulisnya atau tidak wacana yang dimaksudkan

Lansung atau tidaknya pengungkapan wacana

Berdasarkan cara penuturan wacana dilakukan

Berdasarkan tertulis atau tidaknya wacana yang dimaksudkan dan disampaikan sama ada melalui media lisan atau media tulis,maka wacana dikategorikan kepada : ~ wacana lisan; atau ~ wacana tulisan

Wacana lisan Wacana yang disampaikan secara lisan melalui media lisan untuk memahami wacana lisan ini si penerima harus menyemak atau mendengarnya. Maka tugas si penerima adalah penyemak

wacana tulisan

Wacana yang disampaikan secara bertulis atau melalui media tulis. Untuk memahaminya seseorang perlu membacanya. Wacana tulisan boleh berupa wacana tidak langsung, wacana penuturan, wacana wacana prosa, wacana puisi, dan sebagainya

Berdasarkan langsung atau tidaknya pengungkapan yang dilakukan, dan boleh dikategorikan kepada : ~wacana langsung ; atau ~wacana tidak langsung Wacana langsung Merupakan kutipan wacana yang dibatasi oleh intonasi atau pungtuasi.contohnya:
Pak guntur bercerita mula-mula saya ragu mengambil keputusan berhenti manjadi guru SGB Negeri Nara.Akan tetapi, mendengar cerita dan dorongan teman saya,tekad saya telah bulat.Saya menunggalkan SGB nara,tempat saya bertugas selama tiga tahun.Saya berangkat eJawa,melanjutkan pelajaran. Selama tiga tahun, selepas saya hidup menderita saya pun lulus ujian dan langsung dihantar menjadi tutor

Wacana tidak langsung


adalah pengungkapan kembali wacana tanpa mengutip harfiah kata-kata yang dipakai oleh pembicaraan dengan menggunakan pembinaan gramatikal atau kata tertentu antara lain dengan subordanatif. Contohnya:
Pak guntur bercerita bahawa mula-mula memang dia ragu mengambil keputusan berhenti menjadi guru SGB Negeri Nara.Akan tetapi mendengar cerita dan dorongan temannya, tekadnya telah bulat. Dia meninggalkan SGB Negeri Nara tempatnya bertugas selama tiga tahun.Dia berangkat ke Jawa, melanjutkan pelajaran. Selama tiga tahun selepas hidup menderita dia pun lulus ujian dan langsung dilantik sebagai tutor

Berdasarkan cara membentangkan atau cara menuturkan, maka wacana boleh dikategorikan kepada: ~wacana pembentangan ; atau ~wacana penuturan
Wacana pembentangan Adalah wacana yang tidak mementingkan waktu dan penutur,berorientasi pada pokok pembicaraan dan bahagian-bahagian diikat secara logik

Contohnya:
Komunikasi yang berkesan memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan pendidikan yang bermutu. Oleh itu, setiap guru yang terlibat dengan proses pengajaran dan pembelajran perlu memahami, mengahayati,dan memahirkan diri dalam berkomunikasi.Dari segi pendidikan, guru sebenarnya berperanan sebagai penyampai maklumat isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, tunjuk ajar dan nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan kekaburan,kekeliruan, mahupun salah faham dengan menggunakan bahasa yang sesuai

Wacana pertuturan Merupakan wacana yang mementingkan urutan waktu, dituturkan oleh orang pertama atau ketiga dalam waktu tertentu,berorientasikan pada pelaku, dan seluruh bahagiannya diikat oleh kronologi

Berdasarkan bentuknya, wacana demikian boleh kita bahagikan kepada: ~wacana prosa ~wacana puisi; atau ~wacana drama Wacana prosa Wacana yang disampaikan dalam bentuk puisi, baik secara lisan ataupun tulisan,berupa wacana langsung atau tidak langsung.cthnya: novel,cerpen,artikel, kertas kerja dan sebagainya

Wacana puisi

Wacana yang disampaikan dalam bentuk puisi, baik secara lisan atau tulisan
wacana drama wacana yang disampaikan dalam bentuk drama atau dialog, baik secara lisan ataupun tulisan

KEUTUHAN WACANA
Dengan menganalisis ketuhan wacana,
sesebuah teks itu boleh dipastikan samaada sebuah wacana atau hanya sekumpulan ayat biasa. Hubungan bahasa dengan alam di luar bahasa dapat difahami dengan lebih jelas.

KEUTUHAN SEMANTIK

KEUTUHAN FONOLOGI

KEUTUHAN WACANA

KEUTUHAN LEKSIKAL

KEUTUHAN GRAMATIKAL

KEUTUHAN DARI SEGI SEMANTIK

HUBUNGAN SEMANTIK ANTARA BAHAGIAN-BAHAGIAN WACANA

KESATUAN LAYAR BELAKANG SEMANTIK

HUBUNGAN SEMANTIK ANTARA BAHAGIAN -BAHAGIAN WACANA


Hubungan sebab-akibat Mengapa sampai terjadi begini? contoh Tidak banyak buku bacaan yang tersedia dipasaran pada masa itu.Kanak-kanak hanya membaca komik. Hubungan alasan-akibat Apa alasannya? contoh Dia berasa rindu kepada anaknya. Tanpa banyak persiapan, pergilah dia ke kota yang jauh itu.

Hubungan sarana-hasil Bagaimana hal itu terjadi? Hasil itu sudah dicapai. contoh
Peniaga cina sentiasa berusaha menarik pelanggan. Natijahnya,mereka tidak pernah kehilangan pelanggan.

Hubungan sarana-tujuan Apa yang dilakukan untuk mencapai tujuan ini? Berbeza dengan sarana-hasil. Sarana tujuan belum tetntu tujuan tercapai. contoh
Belajarlah baik-baik. Cita-citamu akan tercapai juga nanti.

Hubungan latar-kesimpulan Bukti apa yang menjadi dasar kesimpulan ini?


contoh Rumah itu kecil tetepi rapi. Rupa-rupanya si penghuni pandai mengaturnya.

Hubungan kelonggaran-hasil Menyatakan kegagalan suatu usaha.


contoh Saya datang dari pagi dan menunggu disini begitu lama. Saudara tidak muncul-muncul.

Hubungan syarat-hasil Apa yang harus dilakukan?


contoh rakyat Malaysia mesti rajin bekerja. Tidak lama lagi negara kita pasti menjadi negara maju.

Hubungan perbandingan contoh * Lahap benar dia makan. Lakunya itu seperti sudah seminggu tidak tidak mencicip nasi.
* Anjing mudah dijinakkan. Kucing lebih degil.

Hubungan parafrasa satu bahagian wacana mengungkapkan isi bahagian lain dengan cara lain. contoh *saya tidak setuju penambahan anggaran untuk projek in, kerana tahun lalu pun dana kita tidak habis. Sudah tiba masanya kita menghematkan wang rakyat.

Hubungan Amplifikatif(penghuraian) Satu bahagian wacana memperkuat isi bahagian lain.


contoh sungguh kejam pembunuh itu. Mereka tidak kenal akan perikemanusiaan.

Hubungan Aditif waktu Bersangkutan dengan waktu


contoh Pekerjaan saya sudah selesai. Saya sudah mengantuk,jadi biarlah saya tidur sekarang.

Hubungan aditif bukan waktu Tidak bersangkutan dengan waktu.


contoh para petani itu malas? Atau mereka kurang untung?

Hubungan Identifikasi Hubungan antara bahagian wacana dapat dikenal oleh ahli biasa berdasarkan pengetahuannya.
contoh Jika kamu tidak dapat masuk universiti,itu tidak beerti kamu bodoh. Kamu tahu Einstein, bukan?Sarjana Fizik pemenang Hadiah Novel itu pernah gagal ujian masuk universiti.

Hubungan Generik-Spesifik
contoh Ayahku sungguh kikir. Dia tidak akan mahu mengeluarkan wang RM1.00 untuk membeli surat khabar.

Hubungan Ibarat contoh Biarpun gajiku kecil,dan hidup keluargaku melarat,aku tidak ikut-ikutan makan rasuah. Biarlah terjual nyawa, asal jangan terjual maruah.

KESATUAN LATAR BELAKANG SEMANTIK

Kesatuan topik contoh Dicari tukang picit untuk rumah urut moden.Yang bukan wanita dan cantik, tidak usah dilamar

Hubungan sosial pembicara contoh A: sudah penuh. B: suruh mereka tunggu diluar. *walaupun kita mungkin tidak memahaminya, penutur dan pendengar saling mengerti. Jenis Medium Penyampaian Apabila kita mendengar ulasan selari pertandingan bola sepak melalui radio, kita mungkin akan mendengar frasa dan ayat yang hampir sama dan tidak mempunyai ciri penghubung tetapi kita dapat memehaminya. Ulasan selari itu dapat dianggap wacana kerana cara penyampaiannya yang tersendiri itu.

KEUTUHAN DARI SUDUT LEKSIKAL


Hubungan antara bahagian-bahagian wacana dapat dinyatakan dengan pertalian antara unsur-unsur leksikal dalam bahagian itu.Hubungan itu ialah seperti berikut: *Persamaan Leksikal *Antonim *Hiponim *Kolokasi *Pengulangan *Penutup dan pembuka

Persamaan leksikal- Lembaga Penapis Filem menolak produksi


sebuah filem arahan seorang tokoh prerfileman Malaysia. Penolakan dianggap sebagai sekatan kreativiti oleh kebanyakan budayawan.

Antonim- Suasana di Kota kinabalu sungguh riuh rendah.


Suasana di Nabawan sepi.

Hiponim- Semasa di Petaling Jaya, setiap hari kami ke Institut


Bahasa Melayu Malaysia menaiki kereta Mercedes. Tambangnya tidak terlalu mahal, Cuma RM20.00 sehari. Maklumlah, peruntukan tambang kenderaan telah diberi lebih awal kepada kami.

Kolokasi- Lalu lintas terhenti. Bas kereta, motosikal, beca berdesakdesak tidak ada yang mahu mengalah.

Pengulangan- Banyak orang yang mengaku bahawa dia beragama, tapi


kepercayaan kepada tahyul sangat kuat. Setiap malam Jumaat mereka membakar kemenyan, ada kalanya mereka menabur bunga di simpang empat, atau pergi ke makam keramat apabila berhajat sesuatu. Ruparupanya tahyul dilembagakan dengan mengajar dan melarang anak-anak inidan itu yang tidak masuk akal.

Pembuka dan penutup- terdapat dalam karya-karya klasik.


contoh Alkisah, sebermula, wallahu alam.

KEUTUHAN DARI SUDUT GRAMATIKAL


Keutuhan wacana dinyatakan dalam pelbagai ayat gramatikalseperti yang berikut; Kata penghubung- bertujuan menyatakan pelbagai jenis hubungan. * digunakan untuk menjadi penyambung antara kata, frasa, klausa, disamping menyambungkan ayat dan satuan-satuan yang lebih besar.Contoh; dan, atau.

Elipsis (pelenyapan)- apa-apa yang dilesapkan dengan tujuan mengelakkan pengulangan sesuatu maklumat.

KEUTUHAN DARI ASPEK FONOLOGI


dapat dilihat daripada hentian atau kesenyapan, nada dan intonasi. Juga menimbulkan kaitan semantikantara bahagian-bahagian wacana. Perkataan makan bermaksud ajakan yang ikhlas jika dituturkan dengan lembut.
contoh Kau makan lembu? Ayat pertanyaan sama ada seseorang itu makan daging lembu atau tidak Kau makan, lembu!- menggelar orang yang dipaksa makan sebagai lembu dengan nada marah.

PENANDA WACANA
Definisi * Perkataan atau rangkaian perkataan yang menunjukkan pertalian antara satu ide dengan satu idea yang lain dalam ucapan atau karangan.

Tujuan penggunaan * menghubungkan ayat dengan ayat, perenggan dengan perenggan dan membantu pendengar dan pembaca memehami teks. * apabila menggunakan penanda wacana,ucapan atau penulisan akan menjadi lebih jelas, segar dan berkesan.

PENANDA WACANA

PENANDA KRONOLOGI

PENANDA ORGANISASI

PENANDA IDEA

JENIS 1
2
Penanda kronologi. Kata kunci bila dan yang seumpamanya
Penanda organisasi. Mempertaut sesuatu bahagian wacana dengan bahagian yang lain

CONTOH
Kini, lantas, mula-mula, lepas itu,sebelum, kemudian, semenjak itu, pada suatu waktu, pada hari esoknya, pada zaman dahulu
Pertama, tegasnya, contohnya, akhir sekali, dalam hal ini, sebagai kesimpulan, dalam hubungan ini, untuk memperjelas lagi

Penanda idea. Menghubungklan fakta dengan fakta dan idea dengan idea

Mengembangkan idea Malah, satu lagi, seterusnya, selain itu Pertentangan idea Tetapi, sama ada, sebenarnya,sebaliknya Hubungan idea Jadi, maka, kecuali, oleh sebab itu, dengan syarat

sekian

Anda mungkin juga menyukai