Anda di halaman 1dari 19

A. PENGENALAN LOMPAT JAUH.

i.

Latar belakang.

Lompat jauh merupakan sejenis sukan yang dikategorikan dalam acara padang dan memerlukan atlet untuk cuba mendarat sejauh yang mungkin dari tempat lonjakkan. Mereka yang bertanding akan berlari pada landas larian yang ditetapkan dan melompat sejauh yang mungkin dengan memijak sepintas pada papan kayu ke bahagian yang diisi pasir atau tanah. Lompat jauh dikatakan telah dimainkan seawal tahun 708 s.m iaitu ketika Sukan Olimpik Kuno di Greece. Acara ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling lama berdiri dalam sebarang acara balapan dan padang. Pada 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang tidak dipecahkan sehingga 1960 oleh Ralph Boston (Mohd Reza Zainuddin, 2011). Menyoroti kembali sekitar zaman Yunani Purba. Lompat jauh merupakan salah satu acara yang dipertandingkan dalam sukan Olimpik yang dijalankan pada abad tersebut. Namun, teknik sukan ini pada ketika itu agak berbeza dengan teknik lompat jauh pada alaf ini. Pada ketika itu, seseorang atlet akan memegang beban pada kedua-dua tangan yang dipanggil halteres. Beban ini akan dilayangkan ke hadapan seiring apabila atlet melompat untuk menambah momentum dan dibaling ke belakang apabila berada di udara untuk menolaknya ke hadapan. Dikatakan, seorang atlet bernama Chionis berjaya mencatatkan lompatan sejauh 7 m 5 cm dalam Sukan Olimpik tahun 656 SM. Pada tahun 1896, lompat jauh telah dikategorikan dalam acara olahraga pada Sukan Olimpik Moden dan ia mula diterima dalam kebanyakkan kejohanan yang diadakan pada pelbagai peringkat dunia. Peraturan dan teknik lompatannya juga diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga kepada bentuk lompatan yang digunakan pada masa kini. Acara ini dianggap acara yang mudah untuk dipelajari berbanding acara lompatan yang lain tetapi jika teknik dan peraturan lompatan tidak dipelajari dengan baik ia boleh membawa kepada risiko kecederaan yang tinggi.

i)

Kawasan mendarat lompat jauh.

Secara amnya, acara lompat jauh memerlukan peralatan dan kelengkapan seperti landas larian bersaiz 45x1.22m, papan pelepas bersaiz 1.22m panjang dan 20m lebar, plastisin yang meliputi bahagian atas papan lonjak kawasan pendaratan yang mengandungi pasir halus dan dilembabkan berukuran 9m panjang dan 2.75m lebar. Bagi pegawai yang menjaga acara tersebut pita pengukur, pengukur halaju angin, bendera isyarat berwarna putih dan merah dan penyapu diperlukan. Gambar kawasan mendarat bagi acara lompat jauh adalah seperti dibawah;

Papan lonjak
Hakim & bendara.

Landas larian

Max: 3m Min : 1m

Rajah 1: Kawasan mendarat memusat acara Lompat Jauh. Berdasarkan rajah tersebut, jarak minimum landas lari diukur dari garisan lonjakan yang berkenaan antara 40m-45m. Lebar minimumnya pula hendaklah 1.22m (+- 0.01m). Bagi papan lonjak pula, kawasannya mestilah ditandakan dengan sekeping papan yang terbenam separas landas lari dan permukaan mendarat. Papan lonjak tersebut berbentuk segi empat bujur, daripada kayu atau bahan tegar lain yang sesuai yang dapat mencengkam pepaku kasut atlet dan diwarnakan dengan warna putih berukuran 1.22m (+- 0.01m) panjang, 200mm (+- 2mm) lebar dan 100mm dalam. Selain itu, papan penanda plastisin hendaklah mengandungi sekeping papan atau bahan lain yang tegar

dan sesuai selebar 100mm (+- 2mm) dan 1.22m (+- 0.01m) berwarna cerah dan jelas. Papan penanda ini berfungsi mengesan tapak kaki atlet apabila melakukan lompatan batal. Bagi kawasan mendarat pula, minimum kelebarannya ialah 2.75m - 3m. Kawasan tersebut mestilah diisi dengan pasir lembut dan lembap dan permukaannya hendaklah separas dengan papan lonjak. Bagi mengukur jarak jauh sesuatu lompatan ia akan diambil sejurus sahaja lompatan dibuat. Semua ukuran mesti diambil dari kesan yang terdekat di kawasan mendarat daripada mana-mana bahagian badan atlet ke garisan lonjak atau lanjuran garisan lonjak . Ia diambil secara mendatar ke lajuran garisan lonjak. Di samping itu, sukatan angin akan diambil untuk jangka masa 5 saat bermula dari atlet melintasi tanda yang diletakkan ditepi landas lari. Alat ini akan diletakkan pada jarak 20m daripada garisan lonjak, pada ketinggian 1.22m lebih daripada 2 m dari landas lari.

B. SESI PENGAJARAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Nama Sekolah Tarikh Masa Kelas Bilangan Murid Tajuk Kemahiran Pengetahuan Sedia Ada Objektif Am : Sekolah Kebangsaan Seri Budiman : 9 September 2014 (Isnin) : 9.00am-10.00am (1 jam) : 4 Bestari : 30 Orang : Acara padang : Lompat jauh : Murid tahu cara melompat dengan betul. : Pada akhir pengajaran, murid-murid dapat membuat fasa-fasa lompatan lompat jauh dengan betul.

Objektif Khusus i.

: Pada akhir pengajaran, murid-murid dapat: Psikomotor : Melakukan fasa-fasa lompat jauh pada jarak 2 meter dan berjaya 4 daripada 6 percubaan yang diberikan. ii. Kognitif : Menyatakan teknik-teknik yang betul seperti

kedudukan kaki, tangan dan badan dalam lompat jauh. iii. Afektif : Bekerjasama dan mencapai kepuasan yang

minimum dalam permainan.

Alatan

: bola jaring, wisel dan skitel, kayu.

Langkah (masa)

Tajuk

Butiran Mengajar

Organisasi

Catatan / alatan

1. Permulaan ( 5 minit )

- memanaskan badan

-lakuan memanaskan -Murid badan.

melakukan badan Bermula

aktiviti - skitel mengikut - wisel daripada

memanaskan arahan guru.

kepala hingga ke kaki mengikut iringan muzik.

- memanaskan badan secara khusus.

- Lakukan bangkit tubi - Secara berpasangan, murid A - Skitel L-seat. melakukan bangkit tubi, manakala murid B menolong memegang kaki murid A. - Naik turun bangku - Berkumpulan 4 orang, 2 orang murid, duduk di tepi kiri dan kanan bangku untuk memastikan bangku tidak bergerak, 2 orang murid - bangku panjang

membuat aktiviti naik turun bangku serentak. - Lompat katak Murid dipecahkan kepada 3

kumpulan, dalam keadaan berbaris,

membuat sedikit jarak antara satu sama lain bagi membuat sedikit ruang. -Semua murid berada dalam posisi merangkak. -Murid A membuat lompatan

melepasi kawan-kawannya. -Posisi murid-murid yang lain akan direndahkan jika murid A tidak

berupaya membuat lompatan.

PETUNJUK

Murid lain

Arah lompatan Murid A

5. Perkembangan (20 minit)

- Gerak kerja kelas (demonstrasi)

- Lakuan teknik dan -

Murid

dibahagikan

kepada

6 -wisel

fasa-fasa oleh guru kumpulan dan dikehendaki duduk di -skitel dan seorang murid. dalam kumpulan masing-masing. - Guru menunjukkan demonstrasi teknik dan fasa-fasa lompat jauh yang betul kepada murid-murid,

dibantu oleh seorang murid. - Murid-murid yang lain mengikut perlakuan yang dibuat oleh guru.

- Guru membetulkan kesalahan murid jika mereka membuat kesalahan.

- Gerak kerja kumpulan ~Menentukan kaki lonjak.

-Penentuan kaki lonjak secara berpasangan.

-Murid

dikehendaki

mencari - wisel

pasangan masing-masing. - Secara berpasangan murid A berdiri tegak dengan kedua kaki dirapatkan. - Murid B menolak murid A dari belakang tanpa isyarat. -Kaki pertama yang melangkah

adalah kaki yang kuat untuk lonjakan.

6. Kemuncak (22 minit)

- Ansur maju

Aktiviti

dijalankan -Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. -Murid melakukan aktiviti secara stesen dimana hanya ada 2 stesen; stesen 1: Berlari dan melonjak dengan mengangkat lutut kaki yang melonjak seberapa tinggi yang boleh. Stesen 2: Murid perlu berlari dan -Bola jaring -skitel - kayu panjang

secara ansur maju.

melepasi halangan yang diletakkan *Murid yang tidak melepasi halangan yang disediakan akan mengulang semula. -Apabila semua murid telah berjaya, landasan sebenar akan digunakan. -Pusingan pertama, murid perlu melepasi bola yang diletakkan pada papan lonjak. -Setelah semua berjaya, kon dan sebatang kayu akan menggantikan bola tersebut. - Akhirnya, apabila semua berjaya, murid akan membuat lompatan yang sebenar tanpa sebarang alat bantuan.

S.2

S.2

S.1

S.1

PETUNJUK

S.2 S.1

Stesen 2 Stesen 1 Arah larian

kumpulan 1 kumpulan 2

Stesen 2

PETUNJUK

Kon dan kayu Murid

4. Penutup (8 minit)

- cooling down.

-Aktiviti

cooling - Murid membuat cooling down dengan bimbingan guru dan diketuai oleh seorang murid. - Aktiviti bermula dengan menyentuh kepala hingga ke kaki mengikut iringan muzik.

down dijalankan.

-Perbincangan

Guru

menyoal

murid

tentang

tentang pelajaran hari kemahiran yang telah dipelajari pada - Refleksi ini. hari ini.

C.TEKNIK & PRINSIP

Lompat jauh boleh dibahagikan kepada empat fasa iaitu fasa penujuan, fasa lonjakkan, fasa penerbangan/ layangan dan fasa pendaratan.

Penujuan

lonjakan

Layangan

Pendaratan

Pada fasa penujuan, terdapat beberapa cara untuk memulakan fasa ini iaitu fasa berlari dari tempat permulaan ke papan lonjak. Seorang atlet mula berdiri dengan kaki segaris atau kaki depan belakang. Perkara yang paling penting ialah langkah pertama dari titik permulan mestilah bermula dengan kaki melonjak. Bilangan langkah ke papan lonjak berbeza, 11-15 langkah untuk pelompat novis, 17-19 langkah untuk pelompat wanita pakar dan 23 langkah untuk pelompat lelaki pakar. Teknik dalam fasa ini ialah, larian pantas dan terkawal menuju ke papan lonjak. Seterusnya fasa lonjakan . Setibanya di papan lonjak, pelompat seharusnya mencapai kelajuan larian maksimum. Apabila kaki memijak papan lonjak, badan direndahkan sedikit untuk memberi keanjalan dari papan lonjakan itu. Kemudian badan ditegakkan dengan mengangkat dada ke atas. Lonjakan yang dilakukan mestilah lonjakan yang kuat dengan lutut kaki diangkat tinggi semasa melonjak. Kedua-dua belah tangan hendaklah diayun ke atas untuk membantu lonjakan. Kemudian, dalam fasa penerbangan atau layangan, pelompat tidak berpeluang untuk meningkatkan kederasan. Pelompat menggerakkan kaki dan tangan ke belakang.

Mata pelompat mestilah memandang tepat ke hadapan manakala kedua-dua belah kaki dilunjurkan ke hadapan badan semasa dalam kedudukan bersedia untuk mendarat. Fasa terakhir pula merupakan fasa pendaratan, iaitu apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan iaitu tangan dan kaki digerakkan ke hadapan manakala tumit mula mencecah tanah, tangan digerakkan ke belakang dan kemudian ke hadapan. Badan digerakkan ke hadapan supaya pelompat tidak terjatuh ke belakang. Aspek-aspek penting yang dititikberatkan ialah kelajuan. Ia sangat penting untuk menghasilkan daya lompatan yang kuat dan jauh. Ia juga menghasilkan larian mendatar dan menegak, Aspek ini sangat mementingkan konsentrasi dan ketepatan. Pelompat boleh melakukan larian yang mempunyai 18 meter hingga 22 jarak langkah atau jarak antara 25 meter hingga 40 meter. Terdapat 2 kaedah yang boleh diaplikasikan iaitu check mark yang bermaksud melalui larian berulang-ulang dan menandakan titik yang paling sesuai manakala kaedah kedua ialah mencari konsentrasi melalui larian dari papan pelepas tetapi ia kurang sesuai jika tiupan angin yang terlalu kuat.

Rajah 1: Kaedah untuk mrndapatkan konsentrasi dan ketepatan.

Prinsip-prinsip asas lompat jauh adalah berkait rapat dengan tujuan utama lompat jauh iaitu mencapai jarak lompatan yang maksimum. Jarak ini dapat dihasilkan dengan larian yang pantas dan disusuli dengan lonjakan yang cukup kuat dan tinggi. Larian yang pantas dan lonjakan yang kuat boleh mempengaruhi jangka masa pelompat berada di udara. Kedua-dua fasa ini akan menyebabkan pelompat bergerak mengikut satu lingkungan parabola di mana jarak lompatannya dapat ditentukan. Segala perlakuan oleh pelompat semasa berada di fasa layangan tidak dapat membantunya memanjangkan masa dia berada di udara. Selain itu, gaya badan pada fasa layangan adalah untuk mengimbangkan badan dan membolehkan pelompat membuat persediaan untuk mendarat dengan selamat dan berkesan. Seorang pelompat yang handal mestilah berupaya berlari dengan pantas, melompat dengan kuat dan mempunyai kelenturan badan serta daya koordinasi yang baik Terdapat 3 teknik yang popular dalam acara lompat jauh merangkumi teknik lompat jauh gaya layar,teknik lompat jauh gaya gantung dan teknik lompat jauh gaya kayuh. Teknik lompat jauh gaya layar sesuai digayakan bagi pelompat jauh yang baru menceburi acara ini kerana lompatan mudah dilakukan.Gaya ini memerlukan seseorang pelompat itu mengimbangi badannya dalam keadaan melunjur semasa dalam fasa layangan. Untuk membuat teknik ini, ketika fasa lari landas atlet mestilah lari pecut dengan kelajuan maksimum yang terkawal. Pelompat juga boleh melakukan larian dalam 21-23 langkah atau jarak 35-45 meter. Kemudian, pelompat mestilah mengawal ketetapan langkah bermula daripada langkah ke empat yang telah ditandakan. Kemudian beberapa langkah terakhir dipanjangkan supaya kedudukan badan menjadi rendah untuk mengatasi halangan graviti. Kaki lonjakan mestilah dilonjakkan dengan kekuatan maksimum sementara lutut kaki hadapan diayun ke atas secepat mungkin bagi menambah kelajuan menegak pada fasa lonjakan. Seterusnya, pada fasa layangan, lutut dirapatkan ke dada dan kedua-dua tangan diayun ke atas dan ke hadapan. Ketika mendarat kaki dirapatkan dan dihulurkan ke hadapan apabila badan mula jatuh, tangan pula digerakkan ke hadpaan apbila tumit mula mencecah tanah dan badan pula dicondongkan ke h adapan seperti duduk ketika mendarat.

Rajah : Teknik gaya layar. Teknik lompatan yang kedua ialah teknik lompat gaya gantung dimana ia memerlukan lentikan badan dan kedudukan kepala yang mendongak ke atas semasa fasa layangan awal dan kaki dilunjurkan ke depan diikuti badan dan kaki semasa mendarat. Bagi teknik ini, keadaan adalah sama seperti gaya layar pada fasa lari landas namun pada fasa lonjakan, lutut kaki hadapan diangkat seberapa tinggi yang boleh dan pada masa yang sama angkat tangan yang bertentangan tinggi ke hadapan. Pada fasa layangan pula, kedua-dua tangan diayun ke belakang dan badan dilentikkan supaya kelihatan keadaan seperti tergantung, kaki pula diluruskan supaya lutut dapat diangkat ke udara kemudian, kedua-dua lutut diangkat serentak dengan ayunan tangan ke hadapan untuk persediaan mendarat.Pada fasa mendarat pula, tangan diayun ke belakang dan kedua-dua kaki yang dirapatkan dibawa ke hadapan. Pastikan tumit didahulukan untuk mendarat dan gerakkan tangan ke hadapan dengan pantas serta badan dihamburkan ke hadapan.

Rajah 2: lompatan gaya gantung

Teknik ketiga pula ialah teknik lompatan gaya kayuh. Teknik ini lebih sukar dan memerlukan kemahiran yang tinggi kerana seseorang peserta seolah-olah berkayuh satu setengah langkah atau dua setengah langkah di udara pada fasa layangan sebelum mendarat. Untuk membuat gaya ini, teknik pada fasa larian dan lonjakan merupakan teknik yang sama seperti gaya layar dan gantung. Namun, ketika fasa layangan, pergerakan tendang kayuh dilakukan satu setengah atau dua setengah langkah. Untuk melakukan pergerakan tendang kayuh dua setengah langkah, langkah pertama ialah kaki dilonjakkan dari papan lonjak dan kaki bebas di hadapan. Kemudian, kedua-dua kaki berada bertentangan dengan langkahan 1. Badan bongkok sedikit ke hadapan manakala tangan lurus ke hadapan. Untuk membuat langkah setengah, pastikan kaki bebas dan kaki lonjakan dirapatkan untuk mendarat. Posisi badan bongkok sedikit ke hadapan, tangan lurus ke hadapan. Ketika fasa pendaratan pula, bongkokkan badan sedikit dan luruskan tangan ke hadapan, lunjurkan kedua-dua kaki yang dirapatkan ke hadapan, lutut dibengkokkan dan bawa pinggul ke hadapan semasa mendarat untuk mengimbangi pergerakan badan dan tumit.

Rajah 4: Lompatan gaya kayuh.

Anda mungkin juga menyukai