Anda di halaman 1dari 1

MAKSUD PENULISAN AKADEMIK BERDASARKAN CIRI-CIRI PENULISAN

AKADEMIK

Penulisan akademik ialah suatu bentuk penulisan yang dijalankan


secara teliti, teratur dan sistematik. Sumber-sumber yang diperolehi juga
adalah daripada bahan-bahan yang ilmiah dan mempunyai nilai kesahan dan
keboleh percayaan yang tinggi. Penulisan akademik berbeza sama sekali
dengan penulisan-penulisan lain seperti penulisan novel yang bersifat
khayalan semata-mata. Data-data yang dikumpul dalam sesebuah penulisan
akademik adalah tepat dan tidak dikutip secara semberono kerana setiap
hujah atau fakta dalam sesebuah penulisan akademik akan disusuli dengan
bukti.
Selain itu, tujuan penulisan akademik juga adalah untuk menyatakan
dan menyampaikan sesuatu perkara dan tidak berniat untuk menyindir
mana-mana pihak. Penulisan yang berbentuk emosional adalah merupakan
satu bentuk penulisan yang bertentangan sesebuah penulisan akademik
kerana penulisan akademik mempunyai sebab musababnya yang tersendiri.
Dalam sesebuah penulisan akademik juga penulis tidak boleh bersikap
mementingkan diri sendiri iaitu dengan mereka cerita atau berlebih-lebihan
dalam sesuatu perkara dan memutarbelikan suatu fakta.

Anda mungkin juga menyukai