Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN (IPGKTAA)


27200 KUALA LIPIS

PROJEK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DRUMLINE KREATIF

1. PENGENALAN
Drumline Kreatif diubahsuai dengan menggunakan baldi dan kayu untuk
menghasilkan corak irama (rhythm). Projek ini bertujuan untuk memberikan
pengalaman dan pengetahuan tentang Drumline Kreatif kepada murid-murid
sekolah ini. Pembelajaran Drumline Kreatif memberi peluang kepada murid-
murid meneroka pelbagai bentuk corak irama dan meningkatkan daya kerativiti
mereka. Selain itu, penekanan bagi projek ini juga diberikan terhadap
pembentukan diri guru yang kreatif dan inovatif secara holistik dan kontekstual.

2. RASIONAL
Pelaksanaan projek ini bertujuan memantapkan pembinaan ciri-ciri peribadi,
sosial dan profesional insan guru melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Drumline Kreatif. Aktiviti kreatif ini dapat melatih seseorang guru
bertanggungjawab dalam menguruskan persembahan dan cara untuk memimpin
sebuah pasukan Drumline Kreatif di samping meningkatkan kemahiran mengajar
dan keyakinan diri sendiri.

3. MATLAMAT
Projek ini memberi pendedahan serta peluang kepada guru pelatih untuk
menghadapi situasi alam pekerjaan sebenar seperti bertanggungjawab dalam
menguruskan persembahan atau memimpin pasukan persembahan. Selain itu,
siswa guru dapat membina dan memanfaatkan pengalaman, pengetahuan,
kemahiran mengajar yang diperolehi dari projek ini. Diharapkan siswa pendidik
dapat membiasakan diri dengan suasana sebenar serta beroleh pengalaman
yang berguna untuk masa akan datang.

PROJEK PDP DRUMLINE KREATIF AMBILAN JANUARI 2014 1


4. OBJEKTIF
4.1. Memberi pengetahuan yang luas tentang corak irama dalam bidang muzik.
4.2. Meningkatkan komitmen murid terhadap aktiviti yang disertai.
4.3. Memantapkan persembahan dan penampilan murid.
4.4. Meningkatkan tahap keyakinan dan disiplin kendiri murid-murid.
4.5. Meningkatkan nilai estetika murid dalam bidang muzik.
4.6. Melatih guru pelatih merangka, melaksana, memimpin kumpulan,
bekerjasama dan melaksana peranan secara aktif dalam pengajaran.
4.7. Memberi peluang kepada guru pelatih melengkapkan diri dengan kemahiran
muzikal melalui pengajaran.

5. MAKLUMAT PROGRAM
5.1. Tarikh : 2 Ogos hingga 25 Ogos 2017
5.2. Tempat : Bilik Muzik, Dewan Kecil SJK(C) Khai Mun Pagi.
5.3. Anjuran : Guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku
Ampuan Afzan

6. PELAKSANAAN
6.1. Corak irama (Perkusi)

7. PENYERTAAN
7.1. 6 orang murid kelas 5M dan seorang dari 5K (Senarai Peserta
Dilampirkan)
7.2. Seorang guru pelatih (internship)

8. STRUKTUR ORGANISASI
8.1. JAWATANKUASA INDUK
GURU BESAR: PUAN GAN MOI CHOO, AMP.

GPK 1: PN. MA PEI LAI

PROJEK PDP DRUMLINE KREATIF AMBILAN JANUARI 2014 2


GPK HEM : PN. TANG TAP THAI
GPK KK : EN. THAM LIH YEAN

PENYELARAS: PN. CHEN WEI TEEN

8.2. PELAKSANAAN PROJEK DRUMLINE (PISMP AMBILAN JANUARI 2014)

ANG XIAO YEAN

9. PENUTUP SYOR

Diharapkan kertas cadangan pelaksanaan Projek Pengajaran dan


Pembelajaran Drumline Kreatif ini akan mendapat kelulusan daripada pihak
sekolah dan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Semoga segala
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang ditimba dapat memanfaatkan
pengurusan saya pada masa akan datang.dan memberi manfaat yang besar
dalam membina murid-murid yang kreatif serta berdisiplin dan berketrampilan diri.

Terima kasih tidak terhingga atas sokongan penuh Guru Besar Sekolah
Jenis Kebangsaan (C) Khai Mun Pagi, Puan Gan Moi Choo yang sentiasa
menyokong usaha-usaha mempertingkatkan kecemerlangan akademik dan
kokurikulum dalam memperkasakan sekolah sebagai peneraju kecemerlangan
murid-murid.

Disediakan,

. ...
(ANG XIAO YEAN)

PROJEK PDP DRUMLINE KREATIF AMBILAN JANUARI 2014 3


Disokong,

..
(PN. CHEN WEI TEEN )
Diluluskan,

..
(PN. GAN MOI CHOO, AMP.)
Guru Besar,
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Khai Mun Pagi

PROJEK PDP DRUMLINE KREATIF AMBILAN JANUARI 2014 4


LAMPIRAN 1
SENARAI NAMA PELAJAR
KELAS: 5M DAN 5K

No. Nama pelajar Kelas Jantina


1. Yit Hui Ni 5K Perempuan
2. Hazirah Aqilah 5M Perempuan
3. Law Chee Seng 5M Lelaki
4. Liang Wen Jie 5M Lelaki
5. Lum Zheng Yan 5M Lelaki
6. Muhammad Nasrullah 5M Lelaki
7. Tan Poh Sui 5M Lelaki

PROJEK PDP DRUMLINE KREATIF AMBILAN JANUARI 2014 5

Anda mungkin juga menyukai