Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM DIALOG SISWA

TARIKH:
PERHIMPUNAN JPP

TEMPAT:
GELANGGARA, IPGKPP

ANJURAN:
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR,
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU
PINANG.
1.0 PENGENALAN

Program Dialog Siswa merupakan suatu inisiatif yang dicadangkan bagi


membolehkan para siswa pendidik untuk menyuarakan pendapat atau
cadangan mereka tentang pengurusan di IPG. Program ini diharapkan agar JPP
dapat menjadi platform suara siswa guru yang lebih efisien kepada pihak
pentadbiran.

2.0 MATLAMAT
Menggalakkan semua siswa pendidik IPGKPP untuk mengadakan pengucapan
awam di depan orang ramai serta memberi peluang kepada para siswa pendidik
untuk berkongsi pendapat atau cadangan. Di samping itu, mereka boleh
mengutarakan masalah atau pendapat dalam pengucapan mereka. Selain itu,
program ini memberi peluang kepada para siswa pendidik untuk melatih
kemahiran pengucapan awam dan kemahiran berbahasa secara betul dengan
lebih baik.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membolehkan siswa pendidik untuk belajar tentang kemahiran


pengucapan awam di depan orang ramai dan dapat berucap dengan
penuh keyakinan. (CS1)(CS3)
3.2 Memberi peluang kepada para siswa pendidik untuk membuat
pengucapan awam dengan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa
Inggeris dengan lebih baik. (PE03)

4.0 SASARAN
Semua siswa pendidik IPGKPP.
5.0 MAKLUMAT PROGRAM

BULAN KUMPULAN

APRIL PISMP AMBILAN JUN 2015

MEI PPISMP AMBILAN JUN 2018

JUN PPISMP AMBILAN JUN 2018

JULAI PISMP AMBILAN JUN 2018

OGOS PISMP AMBILAN JUN 2018

SEPTEMBER PISMP AMBILAN JUN 2016

OKTOBER PISMP AMBILAN JUN 2017


 Setiap orang diberi dua minit maksimum untuk berucap.
 Pengacara majlis akan membacakan peraturan-peraturan ketika sesi
dialog berlangsung.
 Loceng akan dibunyikan apabila soalan atau pendapat yang ditanyakan
itu melebihi dua minit.
 Pihak JPP boleh menolak atau menjawab soalan yang diajukan oleh siswa
guru.

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Tiada anggaran perbelanjaan kerana program ini akan dijalankan semasa
perhimpunan bersama dengan JPP.

7.0 PENUTUP
JPP berharap program ini akan mendapat sokongan daripada pihak pentadbiran
institut. Program ini secara tidak langsung akan mendorong para siswa pendidik untuk
melatih kemahiran pengucapan awam di depan orang ramai untuk memupuk
kepercayaan diri sendiri.
Disediakan Oleh:

______________________
(NUR ANIS AMALIN BINTI MOHD NASIR)
Setiausaha Agung Kehormat,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
IPG Kampus Pulau Pinang.

Disemak Oleh:

____________________________
(PUAN SHUHAILAH BINTI MAT SAID)
Penyelaras,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
IPG Kampus Pulau Pinang.

Disokong oleh:

_______________________________
(KAMIL NASURUDDIN BIN DARUS)
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
IPG Kampus Pulau Pinang.

Diluluskan oleh :

____________________________
(ABDUL LATIB BIN ABD RAHMAN)
Timbalan Pengarah,
IPG Kampus Pulau Pinang.

Anda mungkin juga menyukai