Anda di halaman 1dari 11

MTES3083-KALKULUS (MUHAMMAD ALIF BIN KHAIRUDDIN MT2)

1.0 Pengenalan

Kini, kalkulus merupakan satu cabang Matematik yang mempunyai aplikasi


yang luas dalam pelbagai bidang terutama dalam proses penyelesaian masalah.
Kalkulus merupakan salah satu cabang dari ilmu Matematik yang mempelajari
tentang hal-hal yang berhubung dengan pencarian kadar perubahan dan pencarian
luas yang terletak di bawah lengkung (Beni Asyhar, 2014). Kursus kalkulus ini
diperkenalkan adalah untuk mengaplikasi pengetahuan berkaitan had dan
keselanjaran, terbitan separa, fungsi eksponen dan fungsi logaritma serta persamaan
dalam penyelesaian masalah seharian. Oleh itu, satu permasalahan yang berbentuk
fungsi dua pemboleh ubah perlu dicari dan dihuraikan dalam kehidupan seharian yang
dapat diselesaikan dengan menggunakan kalkulus.

1
MTES3083-KALKULUS (MUHAMMAD ALIF BIN KHAIRUDDIN MT2)

2.0 Aplikasi Kalkulus dalam Kehidupan Seharian

Kalkulus dapat diaplikasi dalam pelbagai bidang yang melibatkan penyelesaian


masalah. Aplikasi kalkulus terbahagi kepada dua zaman iaitu zaman kuno dan zaman
moden (Martha Yunanda, t.t.). Pada zaman kuno, ilmu kalkulus hanya digunakan
untuk menghitung sahaja yang menyebabkan zaman Yunani, India dan Mesir Purba
menggunakan prinsip-prinsip serta teorem kalkulus. Contohnya, pada zaman Mesir
Purba, kalkulus telah digunakan untuk menghitung isipadu sesuatu objek. Pada
zaman India, kalkulus berperanan dalam penyelesaian masalah aritmetik seperti
dalam bidang astronomi.

Pada zaman moden pula, kalkulus telah disusun secara sistematik oleh dua
orang penemu kalkulus iaitu Leibniz dan Newton. Penggunaan kalkulus lebih meluas
dan berkembang dalam menyelesaikan masalah kehidupan seharian. Buktinya,
kalkulus menjadi pemangkin penyelesaian masalah untuk mencari nilai maksimum
dan nilai minimum bagi suatu fungsi. Kaedah terbitan dan kamiran menjadi lebih
bermakna dan diperlukan pada zaman moden. Contohnya, kaedah terbitan digunakan
untuk mencari kecerunan suatu garis, permasalahan luas dan isipadu maksimum serta
menghitung pertambahan kelajuan sesuatu terhadap sesuatu. Bagi kaedah kamiran
pula digunakan untuk menghitung panjang lengkung, luas kawasan yang dibatasi oleh
lengkungan tertentu dan isipadu.

Oleh yang demikian, pelbagai bidang telah menggunakan kalkulus untuk


menyelesaikan masalah yang melibatkan kehidupan seharian. Menurut John Marsh
(2014), kalkulus digunakan dalam bidang ekonomi, juruteknik dan biologi. Bagi bidang
ekonomi, kalkulus diguna untuk menghitung masa untuk membeli dan menjual
barangan serta menghitung kadar pertumbuhan ekonomi dalam suatu perniagaan.
Dalam bidang juruteknik pula, kalkulus kerap digunakan semasa ingin menentukan
saiz dan bentuk bagi suatu lengkungan seperti jalan raya, jambatan dan terowong.
Bagi bidang biologi pula, kalkulus diguna pakai semasa ingin menentukan kadar
pertumbuhan bakteria dan model pertumbuhan populasi.

2
MTES3083-KALKULUS (MUHAMMAD ALIF BIN KHAIRUDDIN MT2)

3.0 Permasalahan dalam Kehidupan Seharian

Syarikat Air Soya jenama Keluarga ingin menghantar air soya ke pasar borong Tesco
Balik Pulau. Air soya itu disimpan ke dalam kotak seperti Rajah 1 yang mempunyai
isipadu 64 𝑐𝑚3 . Satu bekas air soya segi empat tepat diperbuat daripada kadbod
yang mempunyai sebuah tapak yang berbentuk segi empat tepat yang berukuran
𝑥 𝑐𝑚 dan 2𝑥 𝑐𝑚 manakala tinggi kotak air soya ialah 𝑦 𝑐𝑚. Apakah nilai 𝑥 dan 𝑦 untuk
menjadikan jumlah luas permukaan kotak itu minimum dan dapat disimpan susu soya
di dalam ruang yang secukupnya.

𝑦 𝑐𝑚

𝑥 𝑐𝑚
2𝑥 𝑐𝑚

Rajah 1

3
MTES3083-KALKULUS (MUHAMMAD ALIF BIN KHAIRUDDIN MT2)

4.0 Penyelesaian Masalah dengan Kaedah Terbitan

Syarikat Air Soya jenama Keluarga ingin menghantar air soya ke pasar borong Tesco
Balik Pulau. Air soya itu disimpan ke dalam kotak seperti Rajah 1 yang mempunyai
isipadu 64 𝑐𝑚3 . Satu kotak air soya segi empat tepat diperbuat daripada kadbod yang
mempunyai sebuah tapak yang berbentuk segi empat tepat yang berukuran 𝑥 𝑐𝑚 dan
2𝑥 𝑐𝑚 manakala tinggi kotak air soya ialah 𝑦 𝑐𝑚. Apakah nilai 𝑥 dan 𝑦 untuk
menjadikan jumlah luas permukaan kotak itu minimum dan dapat disimpan susu soya
di dalam ruang yang secukupnya.

Kaedah yang digunakan untuk menyelesaikan masalah ini ialah pertama dan kedua.

Langkah pertama dalam menyelesaikan soalan adalah dengan memahami kehendak


soalan seperti Jadual 1 di bawah.

Bil. Maklumat yang diperoleh Ayat Matematik


1. Isipadu kotak air soya adalah 64 𝑐𝑚3 Isipadu, 𝑉 = 64 𝑐𝑚3
2. Panjang tapak kotak air soya adalah 2𝑥 𝑐𝑚 Panjang, 𝑝 = 2𝑥 𝑐𝑚
3. Lebar tapak kotak air soya adalah 𝑥 𝑐𝑚 Lebar, 𝑙 = 𝑥 𝑐𝑚
4. Tinggi kotak air soya adalah 𝑦 𝑐𝑚 Tinggi, 𝑡 = 𝑦 𝑐𝑚
5. Nilai 𝑥 belum diketahui 𝑥 =?
6. Nilai 𝑦 belum diketahui 𝑦 =?
7. Jumlah luas permukaan minimum kotak air soya 𝑑2𝐴
>0
𝑑𝑥 2
Jadual 1

Kemudian, terbitkan satu persamaan yang melibatkan pengiraan isipadu kotak air
soya itu.

Isipadu diwakili dengan simbol V sebagai pemalar.

Rumus isipadu bagi kotak tersebut= panjang (𝑝) × lebar (𝑙) × tinggi (𝑡)

𝑉 =𝑝×𝑙×𝑡

𝑉 = 2𝑥 𝑐𝑚 × 𝑥 𝑐𝑚 × 𝑦 𝑐𝑚

𝑉 = 2𝑥 2 𝑐𝑚2 × 𝑦 𝑐𝑚

𝑉 = 2𝑥 2 𝑦𝑐𝑚3

4
MTES3083-KALKULUS (MUHAMMAD ALIF BIN KHAIRUDDIN MT2)

Kemudian, masukkan nilai isipadu dalam simbol V yang terdapat dalam rumus di atas
dengan V= 64 𝑐𝑚3 .

𝑉 = 2𝑥 2 𝑦 𝑐𝑚3

64 𝑐𝑚3 = 2𝑥 2 𝑦 𝑐𝑚3

32 = 𝑥 2 𝑦

Jadikan persamaan tersebut dalam sebutan 𝑥 dan 𝑦 sebagai pemalar.

32 = 𝑥 2 𝑦

32
=𝑦
𝑥2

32
𝑦=
𝑥2

Oleh itu, persamaan bagi isipadu kotak air soya adalah:

32
𝑦=
𝑥2

Selepas itu, luas permukaan kotak air soya perlu dihitung dengan menggunakan nilai
yang terdapat pada penyataan masalah.

Luas permukaan kotak diwakili dengan simbol A sebagai pemalar.

Rumus bagi luas permukaan kotak termasuklah:

𝐴 = 2(𝑝𝑙) + 2(𝑝𝑡) + 2(𝑙𝑡)

𝐴 𝑐𝑚2 = 2(2𝑥 𝑐𝑚 × 𝑥 𝑐𝑚) + 2(2𝑥 𝑐𝑚 × 𝑦 𝑐𝑚) + 2(𝑥 𝑐𝑚 × 𝑦 𝑐𝑚)

𝐴 𝑐𝑚2 = 4(𝑥 2 𝑐𝑚2 ) + 4(𝑥𝑦 𝑐𝑚2 ) + 2(𝑥𝑦 𝑐𝑚2 )

𝐴 𝑐𝑚2 = (4𝑥 𝑐𝑚2 ) + (4𝑥𝑦 𝑐𝑚2 ) + (2𝑥𝑦 𝑐𝑚2 )

𝐴 𝑐𝑚2 = (4𝑥 𝑐𝑚2 ) + (6𝑥𝑦 𝑐𝑚2 )

𝐴 = 4𝑥 2 + 6𝑥𝑦

Oleh itu, persamaan bagi luas permukaan kotak air soya adalah:

𝐴 = 4𝑥 2 + 6𝑥𝑦

5
MTES3083-KALKULUS (MUHAMMAD ALIF BIN KHAIRUDDIN MT2)

Sebaik sahaja persamaan isipadu dan persamaan luas permukan kotak air soya
diperoleh, persamaan serentak dilakukan.

32
𝑦=
𝑥2

𝐴 = 4𝑥 2 + 6𝑥𝑦

Nilai y digantikan ke dalam persamaan luas permukaan.

𝐴 = 4𝑥 2 + 6𝑥𝑦

32
𝐴 = 4𝑥 2 + 6𝑥 ( 2 )
𝑥

192
𝐴 = 4𝑥 2 +
𝑥

𝐴 = 4𝑥 2 + 192𝑥 −1

Oleh itu, persamaan yang baharu bagi luas permukaan kotak air soya itu adalah

𝐴 = 4𝑥 2 + 192𝑥 −1

Kemudian, persamaan itu perlu dikenakan kaedah terbitan pertama terhadap 𝑥.

𝐴 = 4𝑥 2 + 192𝑥 −1

𝑑𝐴
Terbitan pertama =
𝑑𝑥

𝑑𝐴 𝑑
= (4𝑥2 + 192𝑥−1 )
𝑑𝑥 𝑑𝑥

𝑑𝐴
= 8𝑥 − 192𝑥−2
𝑑𝑥

𝑑𝐴 192
= 8𝑥 − 2
𝑑𝑥 𝑥

𝑑𝐴 8𝑥3 − 192
=
𝑑𝑥 𝑥2

Oleh itu, hasil terbitan pertama ialah


𝑑𝐴 8𝑥3 − 192
=
𝑑𝑥 𝑥2

6
MTES3083-KALKULUS (MUHAMMAD ALIF BIN KHAIRUDDIN MT2)

𝑑𝐴
Selepas itu, bagi memperoleh nilai 𝑥, perlu bersamaan dengan sifar.
𝑑𝑥

𝑑𝐴
= 0 adalah untuk mencari kecerunan bagi memperoleh nilai 𝑥 dalam panjang atau
𝑑𝑥

lebar kotak air soya.

𝑑𝐴
=0
𝑑𝑥

8𝑥 3 − 192
=0
𝑥2

8𝑥 3 − 192 = 0(𝑥 2 )

8𝑥 3 − 192 = 0

Seterusnya, 𝑥 dijadikan sebagai pemalar dalam persamaan itu manakala


nombor itu dipindahkan di sebelah kanan.

8𝑥 3 = 192

Kemudian, nilai 𝑥, diperoleh melalui penyelesaian di atas.

8𝑥 3 = 192

192
𝑥3 =
8

𝑥 3 = 24

1 1
(𝑥 3 )3 = (24)3

3
𝑥 = √24

𝑥 = 2.8845 cm

𝑥 ≈ 2.9 cm

Oleh itu, nilai bagi 𝑥 ialah 2.9 cm.

Sebaik sahaja nilai 𝑥 diperoleh, maka nilai 𝑦 boleh dihitung dengan


menggunakan nilai 𝑥.

32
𝑦=
𝑥2

7
MTES3083-KALKULUS (MUHAMMAD ALIF BIN KHAIRUDDIN MT2)

Apabila nilai 𝑥 adalah 2.9 cm, maka nilai 𝑦 ialah

32
𝑦=
𝑥2

32
𝑦=
(2.9)2

32
𝑦=
8.41

𝑦 = 3.8050 cm

𝑦 ≈ 3.8 cm

Oleh itu, nilai y adalah 3.8 cm dengan menggunakan nilai 𝑥 bersamaan 2.9 cm
32
digantikan dalam persamaan 𝑦 = 𝑥 2.

Jadi, nilai 𝑥 dan 𝑦 adalah 2.9 cm dan 3.8 cm atau dengan bentuk yang lebih mudah
adalah seperti berikut:

(𝑥, 𝑦) = (2.9,3.8)

(𝑥, 𝑦) = (3,4)

Oleh itu, nilai yang diperlukan akan dimasukkan ke dalam Jadual 2 berikut:

Bil. Maklumat yang diperoleh Ayat Matematik


1. Isipadu kotak air soya adalah 64 𝑐𝑚3 Isipadu, 𝑉 = 64 𝑐𝑚3
2. Panjang tapak kotak air soya adalah 2𝑥 𝑐𝑚 Panjang, 𝑝 = 5.8 𝑐𝑚
3. Lebar tapak kotak air soya adalah 𝑥 𝑐𝑚 Lebar, 𝑙 = 2.9 𝑐𝑚
4. Tinggi kotak air soya adalah 𝑦 𝑐𝑚 Tinggi, 𝑡 = 3.8 𝑐𝑚
5. Nilai 𝑥 belum diketahui 𝑥 = 2.9 𝑐𝑚
6. Nilai 𝑦 belum diketahui 𝑦 = 3.8 𝑐𝑚
7. Jumlah luas permukaan minimum kotak air soya 𝑑2𝐴
>0
𝑑𝑥 2
Jadual 2

Selepas itu, terbitan kedua dilakukan ke atas persamaan pada terbitan pertama
bagi menentukan nilai yang diperoleh merupakan nilai maksimum, nilai
minimum atau pelana.

8
MTES3083-KALKULUS (MUHAMMAD ALIF BIN KHAIRUDDIN MT2)

𝑑𝐴
= 8𝑥 − 192𝑥−2
𝑑𝑥

𝑑2𝐴
= 8 + 192(2)𝑥−3
𝑑𝑥 2

𝑑2𝐴
= 8 + 384 𝑥−3
𝑑𝑥 2

𝑑2𝐴 384
2
=8+ 3
𝑑𝑥 𝑥

Selepas itu, nilai yang diperoleh bagi 𝑥 = 2.9 𝑐𝑚 dan 𝑦 = 3.8 𝑐𝑚 digantikan ke dalam
persamaan yang diperoleh daripada terbitan kedua tersebut.

𝑑2𝐴 384
= 8 +
𝑑𝑥 2 𝑥3

𝑑2𝐴 384
= 8 +
𝑑𝑥 2 (2.9)3

𝑑2𝐴 384
2
=8+
𝑑𝑥 24.389

𝑑2𝐴
= 4 + 15.7448
𝑑𝑥 2

𝑑2𝐴
= 19.7448
𝑑𝑥 2

𝑑2𝐴
≈ 20
𝑑𝑥 2

Nilai yang terdapat dalam persaman terbitan kedua adalah 20 yang mana nilai itu
melebihi angka sifar.

20 > 0

Apabila nilai yang diperoleh itu melebihi daripada sifar, maka nilai 20 tersebut adalah
minimum. Oleh itu, jumlah luas permukaan adalah minimum apabila
𝑥 = 2.9 cm manakala 𝑦 = 3.8 cm.

9
MTES3083-KALKULUS (MUHAMMAD ALIF BIN KHAIRUDDIN MT2)

Kemudian, dua nilai itu disemak dengan menggunakan rumus isipadu untuk
menyemak kesahan.

𝑉 = 2𝑥 2 𝑦 𝑐𝑚3

𝑉 = 2(2.9)2 (3.8)𝑐𝑚3

𝑉 = 16.82(3.8)𝑐𝑚3

𝑉 = 63.916 𝑐𝑚3

𝑉 ≈ 64 𝑐𝑚3

Oleh itu, nilai 𝑥 = 2.9 𝑐𝑚 manakala nilai 𝑦 = 3.8 𝑐𝑚 seperti Rajah 2.

3.8 𝑐𝑚

2.9 𝑐𝑚
5.8 𝑐𝑚

Rajah 2

10
MTES3083-KALKULUS (MUHAMMAD ALIF BIN KHAIRUDDIN MT2)

5.0 Rumusan

Konklusinya, kalkulus merupakan cabang Matematik yang dapat membantu


dalam menyelesaikan permasalahan kehidupan seharian. Kalkulus merupakan
cabang ilmu Matematik yang mempelajari perubahan (Ardini Yuniarta Rizki, 2014).
Menurut Tri Deka Sari (2016), kalkulus terbahagi kepada dua iaitu kalkulus dan
kalkulus kamiran yang saling berkait melalui teorem dasar kalkulus. Persamaan
digunakan sebagai asas bagi pemodelan matematik pelbagai masalah fizikal (Ahmad
Izani Md. Ismail, Hazman Seli, Zainal Arifin Ahmad & Yazariah Mohd Yatim, 2015).
Oleh yang demikian, pengetahuan tentang kalkulus sangat diperlukan oleh setiap
lapisan masyarakat kerana kalkulus dapat membantu dalam menyelesaikan masalah
dalam kehidupan seharian.

11

Anda mungkin juga menyukai