Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA PROGRAM JALINAN KASIH BERSAMA ANAK-ANAK YATIM

Hadirin dan Hadirat sekalian,


Sebelum Di sini terdapat beberapa pengumuman.
majlis 1. Diminta semua JPP dan ekstra ko untuk duduk di tempat yang telah
disediakan.
2. Hadirin diminta untuk menukarkan mode telefon bimbit kepada mode
senyap semasa program berlangsung.
Sewaktu diumumkan ketibaan Tetamu Kehormat, hadirin diminta untuk berdiri
dengan tegap.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan,


Perarakan Tn Hj Abdul Latib bin Hj Abd Rahman,
masuk Ketua-Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
pensyarah IPG Kampus Pulau Pinang

diiringi,

Puan Shuhailah binti Md Said,


Penyelaras JPP Sesi 2018/2019
IPG Kampus Pulau Pinang

Saudari Nur Nadhirah binti Azmi


Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
IPG Kampus Pulau Pinang

Majlis mengalu-alukan.

Hadirin dipersilakan duduk,


Salutasi
Yang Berusaha,
Tn Hj Abdul Latib bin Hj Abd Rahman,
Ketua ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
IPG KPP

Yang dihormati,
Puan Shuhailah binti Md Said,
Penyelaras JPP,
IPG KPP

Saudari Nur Nadhirah binti Azmi,


YDP JPP Sesi 2018/19
IPGKPP

para penasihat biro JPP,


serta hadirin dan hadirat yang dirahmati sekalian.

Assalamualaikum w.b.t, dan

SELAMAT DATANG KE MAJLIS PERASMIAN BAGI KURSUS


KEPIMPINAN DAN PERANCANGAN STRATEGIK JPP SESI 2018/19
Sayang kumbang mencari makan ,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu ilahi
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Bacaan doa Mohon berkat yang Maha Esa.
Sebagai pembuka tirai acara, marilah kita bersama-sama menadah tangan
memohon restu agar majlis mendapat keberkatan. Dijemput Saudara Ahmad
Syiham Nubli merangkap pengerusi biro kerohanian moral dan disiplin untuk
memimpin bacaan doa. Manakala bagi non muslim pula, anda meminta untuk
bertafakur atau berdoa mengikut agama masing-masing.
Dipersilakan
Amin-amin ya Rabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada Saudara Ahmad
Syiham Nubli atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan yang Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berusaha Tn Hj Abd Latib bin
pengarah Abd Rahman, KJHEP IPGKPP untuk menyampaikan ucapan sekali gus
Program merasmikan kursus kepimpinan dan perancangan strategik JPP sesi
2018/2019. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

ucapan
perasmian Terima kasih diucapkan kepada atas
kesudian merasmikan Kursus Kepimpinan dan Perancangan Strategik JPP
sesi 2018/2019 .
Sesi Dengan berakhirnya ucapan perasmian sebentar tadi maka tamatlah slot yang
penangguhan pertama bagi kursus kepimpinan dan pelan strategik JPP sesi 2018/2019.
program
jalinan kasih Bunga dedap di atas para,
bersama Anak dusun pasang pelita;
anak-anak Kalau tersilap tutur bicara,
yatim. Jemari disusun maaf dipinta

Pohon berangan tempat bertemu,


Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membina ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Berdirinya pokok kerana akarnya,


Teguhnya insan kerana pekertinya,
Kemajuan sesebuah kerajaan terletak pada pemimpinnya.

Sekian, wabillah hi taufiq, wal hidayah, wassalamualaikum w.b.t


Majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai