Anda di halaman 1dari 6

SKRIP JURUACARA

PROGRAM HIMPUNAN GENERASI MUDA CEMERLANG 2013


YAYASAN PELAJARAN MARA (YPM)
24 APRIL 2013

MAKLUMAN BUAT HADIRIN (SEBELUM ACARA )


1. PENGUMUMAN 1: Hadirin diminta untuk mengambil tempat masing2
2. PENGUMUMAN 2: Ketika perarakan masuk dif kehormat,dan dif jemputan lain, hadirin
diminta untuk berdiri
3. PENGUMUMAN 3: Untuk melancarkan lagi perjalanan majlis :
 Hadirin/pelajar/ibu bapa diminta/diharapkan:
 1) Untuk memastikan telefon bimbit anda dalam mod/keadaan senyap.
 2) Memastikan anak2 dibawah jagaan anda didalam keadaan yang terkawal
 3) Tidak membuat bising ketika majlis anugerah sedang berjalan.

KETIBAAN VIP
H: Mengumumkan ketibaan..
 YG BERBAHAGIA Datuk Seri Panglima Hj Mohd Shafie bin Hj Apdal,
(Calon Parlimen P189 Semporna), dengan diiringi oleh
 Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Pelajaran Mara, Dr Zubir bin Harun
 Pegawai Pelajaran Daerah Semporna, Tuan Hj Raduan bin Hj. Abdul Rahman
 Pk Kanan Pentadbiran, Puan Norazizah bt Pilus
 YG Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Bugaya II, En Mohd Yakin bin Jaling serta
 Barisan pentadbir SMK Bugaya II

NYANYIAN LAGU PATRIOTIK

H: Tuan-tuan dan puan-puan,hadirin sekalian diminta untuk terus berdiri bagi


 Memulakan majlis ini dengan nyanyian pembukaan Lagu Negaraku.
 Untuk itu, para dif kehormat, guru-guru,pelajar-pelajar dan hadirin sidang dewan
 diminta untuk bersedia.

S: Jutaan terima kasih diucapkan. Hadirin dipersilakan duduk

ACKNOWLEDGEMENT

S: Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

BACAAN PROTOKOL
S:
 YG BERBAHAGIA Datuk Seri Panglima Hj Mohd Shafie bin Hj Apdal,
(Calon Parlimen P189 Semporna)

 Yang Berusaha,
Dr Zubir bin Harun, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Pelajaran Mara,

 YANG BERUSAHA,
Tuan Hj Raduan bin Hj. Abdul Rahman (Pegawai Pelajaran Daerah Semporna)

H:
 YANG DIHORMATI
 Puan Norazizah bt Pilus,(PK Pentadbiran),
 En. Jumaani Umuri,(PK HEM), En.Abd Hussien bin Hj Omar, (PK KO-Kurikulum)
 En. Suhuri bin Alimuddin ,(Penolong Kanan Petang)
 En Mohd Yakin bin Jaling,(Yg Dipertua PIBG)
 Dif-dif kehormat, pengetua-pengetua, guru besar-guru besar,
wakil2 pengetua dan wakil2 guru besar
 Ketua-ketua Bidang, Guru Cemerlang dan Guru-guru Kaunselor

 YANG DIKASIHI,
 Barisan warga pendidik ,warga staf, Ibu-bapa,pelajar2 dan hadirin sidang dewan sekalian.

H: “ASSALAMMUALAIKUM WARAHMATULLAHI /WABARAKATUH, SALAM SILATURRAHIM


DAN SALAM PERPADUAN…”

S: GADIS BERSIMPUH PENUHLAH SANTUN,


DI TEPI BERANDA BERSAMA BONDA,
JULUNG KALINYA KITA BERHIMPUN.,
MENYUBUR KECEMERLANGAN TERUS DIUSAHA,

H: KAIN CINDAI BERWARNA MERAH,


BUATAN PAKAIAN PUTERI SEBERANG,
ILMU DI TIMBA, AKAL DIPERAH,
GENERASI MUDA TERUS CEMERLANG.

UCAPAN ALU-ALUAN
H: HADIRIN SEKALIAN,
H: SELAMAT DATANG/ KE MAJLIS PELANCARAN
PROGRAM HIMPUNAN GENERASI MUDA CEMERLANG
DAERAH SEMPORNA 2013

S: Setinggi-tinggi penghargaan/ di atas kehadiran Yang Berbahagia Datuk, tuan-tuan dan puan-
puan./ Semoga keberadaan hadirin dan hadirat sekalian /dapat menyerikan lagi suasana majlis pada
hari ini.

H: Terlebih dahulu/ marilah kita rafa’kan kesyukuran/ ke hadrat ilahi atas kurnia Nya,/ rahmat
kesihatan, kelapangan dan kesenangan yang diberikan,/ maka dapatlah kita berkumpul bersama/ di
MAJLIS HIMPUNAN GENERASI MUDA CEMERLANG DAERAH SEMPORNA 2013/ bagi kita
menyaksikan/ pelancaran program himpunan yang julung-julung kali diadakan atas anjuran Yayasan
Pelajaran Mara bersama dengan Pejabat Pelajaran Daerah Semporna.

SSelain itu/ kita juga bakal menyaksikan/ penyampaian bantuan pendidikan/ kepada pelajar2
terpilih /seluruh daerah semporna/ dari peringkat sekolah rendah /sehinggalah ke peringkat
menengah./
Bukan itu sahaja/, kita juga akan menyaksikan/ secara simbolik/ penyerahan pelajar2 terpilih ini/
untuk mengikuti/ Program Kelas Bimbingan Kecemerlangan UPSR dan SPM dan juga Program
Morivasi Yayasan Pelajaran Mara.
BACAAN DOA

S: Tetak buluh kajang sepuluh, H: Lebat kemiri pohonnya rendah,


Laksana dititing kias ibarat; Dahan terikat tali perkasa;
Angkat tangan jemari sepuluh, Sepuluh jari kami menadah,
Doa di pohon biar selamat. Mohon berkat yang Maha Esa.

S: BAGI MEMBERKATI MAJLIS KITA PADA HARI INI,MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIM
MENJEMPUT (EN MOHD ADAM BIN CHE AJID) UNTUK MEMIMPIN BACAAN DOA. MAJLIS
MEMPERSILAKAN.

H: AMIN YA RABBAL ALAMIN..


MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA
(EN MOHD ADAM BIN CHE AJID) ATAS PIMPINAN BACAAN DOA SEBENTAR TADI. SEMOGA
MAJLIS KITA AKAN TERUS DIBERKATI DAN DIRAHMATI.

UCAPAN ALUAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH

S: Duduk sekawan gadis jelita,


Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah puan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

H: SIDANG HADIRIN SEKALIAN,SETERUSNYA MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA


MENJEMPUT Tuan Hj Raduan bin Hj. Abdul Rahman (Pegawai Pelajaran Daerah Semporna)
UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN.

MAJLIS DENGAN PENUH HORMAT, MEMPERSILAKAN.

S: TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA Tuan Hj Raduan bin Hj. Abdul Rahman, ATAS
KESUDIAN UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN SEBENTAR TADI.

UCAPAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YPM

H: Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa

S: HADIRIN SEKALIAN,
KINI MAJLIS MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN DR. ZUBIR BIN HARUN, KETUA PEGAWAI
EKSEKUTIF YAYASAN PELAJARAN MARA (YPM), UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN BELIAU.

H: MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA DR. ZUBIR BIN HARUN DI ATAS
UCAPAN YANG TELAH DISAMPAIKAN . MUDAHAN SEGALA INFORMASI YANG TELAH
DISALURKAN KEPADA SEMUA HADIRIN DAPAT MEMBERIKAN INPUT YANG BERGUNA
UNTUK KITA SEMUA.
UCAPAN PERASMIAN
S : Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang jerami;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.

H: TUAN-TUAN, PUAN-PUAN DAN HADIRIN SEKALIAN, KINI MAJLIS DITERUSKAN LAGI


DENGAN MENJEMPUT
YG BERBAHAGIA Datuk Seri Panglima Hj Mohd Shafie bin Hj Apdal
UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN SEKALIGUS MENYEMPURNAKAN PERASMIAN
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM HIMPUNAN GENERASI MUDA CEMERLANG DAERAH
SEMPORNA 2013
MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIMNYA MEMPERSILAKAN.

(selepas ucapan)
S: MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH KPD
YG BERBAHAGIA Datuk Seri Panglima Hj Mohd Shafie bin Hj Apdal, ATAS PENYEMPURNAAN
PERASMIAN SEBENTAR TADI.KITA SEMUA BERHARAP DENGAN PERASMIAN INI, SEMOGA
IANYA MENJADI SUATU TITIK PERMULAAN YANG BAIK UNTUK SEMUA PIHAK KHUSUSNYA
DALAM MELONJAKKAN LAGI PENCAPAIAN ANAK-ANAK PELAJAR YANG CEMERLANG DI
DAERAH SEMPORNA INI.

PENYAMPAIAN BANTUAN
H:
Betik masak lebat di pangkal
Penuh kapal bawa belayar
Baik budi panjang akal
Hormat guru tekun belajar

H: SIDANG HADIRIN SEKALIAN KINI KITA KE ACARA PENYAMPAIAN BANTUAN DARIPADA


YAYASAN PELAJARAN MARA KEPADA PELAJAR-PELAJAR TERPILIH SEKOLAH RENDAH DAN
SEKOLAH MENENGAH SELURUH DAERAH SEMPORNA.

S: UNTUK ITU,MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT,


DATUK SERI PANGLIMA HJ MOHD SHAFIE BIN HJ APDAL DENGAN DIIRINGI OLEH KETUA
PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN PELAJARAN MARA, DR ZUBIR BIN HARUN DAN TN HJ
RADUAN BIN HJ ABD RAHMAN, PEGAWAI PELAJARAN DAERAH SEMPORNA BAGI
MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN BANTUAN TERSEBUT :

H:MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIM MEMPERSILAKAN

S: HADIRIN SEKALIAN, BERIKUT ADALAH PENERIMA BANTUAN KECEMERLANGAN UPSR


2013.

H: SETERUSNYA ADALAH PENERIMA BANTUAN KECEMERLANGAN PMR DAN SPM 2013.

S: HADIRIN SEKALIAN, MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS


YAYASAN PELAJARAN MARA 2013
H : KINI, MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN ACARA PENYERAHAN PROGRAM KELAS
BIMBINGAN KECEMERLANGAN SERTA PROGRAM MOTIVASI UPSR DAN SPM YAYASAN
PELAJARAN MARA DARIPADA_________________________________________ KEPADA
____________________________________________________________________.

(GIMIK DULU)

(SELEPAS ACARA)
S: MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA DATUK SERI PANGLIMA HJ
MOHD SHAFIE BIN HJ APDAL ATAS PENYEMPURNAAN ACARA SEBENTAR TADI.

(SELEPAS GIMIK)

H :HADIRIN SEKALIAN, SEBENTAR TADI KITA TELAH PUN MENYAKSIKAN SEBUAH GIMIK
YANG MEMPAMERKAN SECARA SIMBOLIKNYA PENYERAHAN PROGRAM ITU DAN APA
YANG TELAH DIPERSEMBAHKAN ITU TADI CUKUP MENARIK, HASIL DARIPADA USAHA EN
MOHD SYAHMI BIN SENIK DENGAN KERJASAMA EN.____________________________DARI
SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN TERUSAN BARU, SEMPORNA. TAHNIAH DI UCAPKAN
KEPADA MEREKA.

PENYAMPAIAN CENDERAHATI

H: HADIRIN SEKALIAN, KINI MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN MEMPERSILAKAN DR


ZUBIR BIN HARUN, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF,YAYASAN PELAJARAN MARA UNTUK
BERSAMA-SAMA DATUK SRI PANGLIMA HJ MOHD SHAFIE BIN HJ APDAL UNTUK NAIK KE
ATAS PENTAS SEKALI LAGI BAGI MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN CENDERAHATI
DARIPADA YAYASAN PELAJARAN MARA DI ATAS KESUDIAN YG BERBAHAGIA DATUK SERI
PANGLIMA, HADIR DAN MERASMIKAN MAJLIS PELANCARAN PROGRAM HIMPUNAN
GENERASI MUDA CEMERLANG DAERAH SEMPORNA 2013 PADA KALI INI.

S: MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN

H: MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH, ATAS PENYAMPAIAN CENDERAHATI


SEBENTAR TADI

NYANYIAN LAGU SABAH

S: SIDANG HADIRIN SEKALIAN, BAGI MENERUSKAN KELANGSUNGAN MAJLIS, TUAN-TUAN,


PUAN-PUAN HADIRIN SEKALIAN DIMINTA UNTUK BERDIRI SEKALI LAGI BAGI MENYANYIKAN
LAGU NEGERI SABAH HADIRIN SIDANG DEWAN DIMINTA UNTUK BERDIRI DAN BERSEDIA

H: Jutaan terima kasih diucapkan. Hadirin dipersilakan duduk


PENUTUP

S: SIDANG HADIRIN YANG DIHORMATI MAJLIS PELANCARAN PROGRAM HIMPUNAN


GENERASI MUDA CEMERLANG DAERAH SEMPORNA 2013 KIAN MELABUHKAN TIRAINYA.

S: SEBELUM BERSURAI,KAMI, BAGI PIHAK MAJLIS, INGIN MEMOHON BERBANYAK


KEMAAFAN SEKIRANYA ADA KELOMPANGAN MAJLIS, KESILAPAN PERTUTURAN DAN
SEGALA PERKARA YANG KURANG MENYENANGKAN PADA MAJLIS KALI INI.

H :BEGITU JUGA BAGI PIHAK YAYASAN PELAJARAN MARA,PEJABAT PELAJARAN DAERAH


SEMPORNA DAN SMK BUGAYA II, SEMPORNA, KAMI INGIN MENGUCAPKAN BERBANYAK-
BANYAK TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARGA KERJA YANG TERLIBAT SAMA DALAM
MENJAYAKAN MAJLIS KALI INI SAMA ADA DI BELAKANG TABIR MAHUPUN DI LUAR TABIR
DARI AWAL HINGGALAH KE AKHIRNYA.

S: Dari Kedah ke pekan sari,


Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi..

MENJEMPUT JAMUAN

H:TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN,

Kalau tuan pikat cemara,


Buatlah bara bakar selasih;
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih

S:UNTUK ITU,MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MEMPERSILAKAN KEPADA


YANG BERBAHAGIA,DATUK SERI PANGLIMA HJ MOHD SHAFIE BIN HJ AFDAL, DR ZUBIR ,TN
HJ RADUAN, DIF-DIF JEMPUTAN, BARISAN PIHAK PENTADBIR, WARGA PENDIDIK DAN IBU
BAPA, SERTA PELAJAR-PELAJAR TERPILIH UNTUK MENIKMATI SEDIKIT JAMUAN RINGAN
YANG TELAH TERHIDANG.

HS :Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…


SEKIAN DAN TERIMA KASIH… MAJLIS DENGAN INI BERSURAI
`