Anda di halaman 1dari 17

KERTAS KERJA

PROGRAM TUNAS KECEMERLANGAN


BERSAMA-SAMA KOMUNITI (TKBK) KALI KE-8

TARIKH

6 MAC 2019
(RABU)

TEMPAT

SMKA MAAHAD HAMIDIAH KAJANG, SEKOLAH KLUSTER


KECEMERLANGAN

ANJURAN

PERSATUAN MAHASISWA
FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN,
KELAB PBMP
DAN BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR (BHEP) UPM
RINGKASAN EKSEKUTIF
PROGRAM TUNAS KECEMERLANGAN BERSAMA-SAMA KOMUNITI
KALI KE-8

Nama Program Program Tunas Kecemerlangan Bersama-sama Komuniti Kali


ke-8
Pengenalan Program Tunas Kecemerlangan Bersama-sama Komuniti ini
merupakan satu program berbentuk perkhidmatan kelas
tambahan dan bimbingan Bahasa Melayu percuma kepada para
murid di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang, Sekolah Kluster
Kecemerlangan. Program ini merupakan program tahunan
antara Kelab PBMP/BPBM dan pihak sekolah yang telah
dijalankan sejak tahun 2010. Program ini adalah salah satu
cara untuk menyalurkan pengetahuan dan pengalaman
mengajar kepada bakal-bakal guru, khususnya yang
mengambil kursus Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa
Malaysia sebagai Bahasa Pertama (PBMP) dan Bacelor
Pendidikan Bahasa Melayu (BPBM). Dengan ini, bakal-bakal
guru juga dapat melalui pengalaman mengajar dalam suasana
sekolah yang sebenar dan seterusnya pengalaman ini dapat
dijadikan persediaan untuk mengajar di sekolah yang
ditugaskan nanti. Seterusnya, program ini bertujuan agar
bakal-bakal guru PBMP dan BPBM dapat memanfaatkan
segala pembelajaran di universiti iaitu dengan membawa
segala ilmu yang dipelajari ke alam pendidikan yang sebenar.
Hal ini akan membantu bakal-bakal guru dalam proses
merancang pengajaran yang bersesuaian dengan para murid
pada masa sekarang.
Tarikh & Tempat Tarikh : 6 Mac 2019 (Rabu)
Tempat : SMKA Maahad Hamidiah, Kajang, Sekolah Kluster
Kecemerlangan
Anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Pendidikan, Kelab
PBMP/BPBM dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM
Hasil Pembelajaran i. Membina kemahiran mengajar kepada bakal guru

1
PROGRAM TUNAS KECEMERLANGAN
BERSAMA-SAMA KOMUNITI KALI KE-8

lulusan Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa


Malaysia sebagai Bahasa Pertama (PBMP) dan Bacelor
Pendidikan Bahasa Melayu (BPBM) sebelum
menjalani Latihan Mengajar dan Industri (LMI). (P4)
ii. Menunjuk cara belajar Bahasa Melayu kepada murid
dengan pendekatan kelas masa hadapan.(A3)
iii. Memberi penyelesaian masalah pembelajaran murid
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. (C3)
iv. Mempamerkan kemahiran sosiobudaya bakal guru
lulusan Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa
Malaysia sebagai Bahasa Pertama (PBMP) dan Bacelor
Pendidikan Bahasa Melayu (BPBM) kepada
masyarakat luar. (S2)
Impak Program - Peserta/ Pelajar
- Kepimpinan peserta dapat dipupuk dalam diri
peserta sepanjang proses pelaksanaan program.
- Peserta dapat menyerap pengetahuan tentang
pelaksanaan program.
- Peserta mampu mengendalikan sesebuah majlis/
program mengikut prosedur.
- Peserta berupaya berkomunikasi dengan efektif
bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program.
Kumpulan Sasaran dan Majlis ini melibatkan seramai 60 orang mahasiswa Fakulti
Jumlah Perserta Pengajian Pendidikan Kelab PBMP/BPBM serta seorang
pegawai dan para murid SMKA Maahad Hamidiah Kajang.
Perasmi/ Tetamu - Tn. Md. Yusof bin Rahim (Pengetua SMKA
Kehormat Maahad Hamidiah, Kajang)
- Yang Berbahagia Prof. Dr. Sidek bin Mohd Noah,
(Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM)
- Prof. Madya Dr. Abdul Rasid Jamian (Ketua
Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan,
Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM)
- Dr. Rozita Radhiah binti Hj. Said (Penasihat Kelab
PBMP Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM)

2
PROGRAM TUNAS KECEMERLANGAN
BERSAMA-SAMA KOMUNITI KALI KE-8

Pengisian Program 7.30 pagi Bertolak dari UPM


8.00 pagi Majlis Perasmian dan sesi fotografi
8.30 pagi MODUL 1 (Bengkel Penulisan Kreatif)
10.15 pagi REHAT
10.45 pagi MODUL 2
11.55 pagi MODUL 3
1.05 tengah hari MODUL 4
2.15 petang Makan dan bertolak pulang ke UPM
Anggaran Perbelanjaan RM 1,270.00
Kesimpulan Adalah diharapkan agar semua murid yang terlibat dalam
program ini dapat memberikan kerjasama yang sebaiknya
dengan pihak penganjur agar program ini dapat berjalan
dengan lancar. Diharapkan juga agar para guru di sekolah
dapat turut serta membantu menjayakan program ini sama ada
dari segi sokongan dan tunjuk ajar.

ISI KANDUNGAN

1.0 TUJUAN

3
PROGRAM TUNAS KECEMERLANGAN
BERSAMA-SAMA KOMUNITI KALI KE-8

2.0 PENGENALAN

3.0 HASIL PEMBELAJARAN

4.0 IMPAK PROGRAM

5.0 TARIKH

6.0 TEMPAT

7.0 TEMA

8.0 ANJURAN

9.0 TETAMU KEHORMAT

10.0 KUMPULAN SASARAN DAN JUMLAH PESERTA

11.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

12.0 ATUR ACARA PROGRAM

13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN

14.0 KESIMPULAN

1.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini dibentangkan adalah untuk :

4
PROGRAM TUNAS KECEMERLANGAN
BERSAMA-SAMA KOMUNITI KALI KE-8

i. memohon pertimbangan dan kelulusan program daripada Yang Berbahagia


Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar
dan Alumni), Universiti Putra Malaysia.
ii. mendapatkan sokongan dan kelulusan daripada Yang Berbahagia Prof. Dr.
Sidek bin Mohd Noah, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.
iii. memohon bantuan kewangan, pengangkutan, peralatan yang cukup dan
selayaknya daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia
bagi keperluan dan kelangsungan program ini.
iv. bantuan sijil penghargaan kepada jawatankuasa yang terlibat dalam program
ini daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM.

2.0 PENGENALAN

Program Tunas Kecemerlangan Bersama-sama Komuniti (TKBK) ini merupakan satu


program berbentuk perkhidmatan kelas tambahan dan bimbingan Bahasa Melayu
percuma kepada para murid di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang, Sekolah Kluster
Kecemerlangan. Program ini adalah salah satu cara untuk menyalurkan pengetahuan
dan pengalaman mengajar kepada bakal-bakal guru, khususnya yang mengambil
kursus Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama
(PBMP) dan Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu (BPBM). Dengan ini, bakal-bakal
guru tersebut dapat melalui pengalaman mengajar dalam suasana sekolah yang
sebenar dan seterusnya pengalaman ini dapat dijadikan persediaan untuk mengajar di
sekolah yang ditugaskan nanti. Hal ini amat penting untuk menghasilkan guru-guru
yang bukan sahaja berpengetahuan tetapi turut diterapkan nilai-nilai murni sebagai
seorang guru. Seterusnya, program ini bertujuan agar pelajar-pelajar PBMP dan
BPBM dapat memanfaatkan segala pembelajaran di universiti iaitu dengan membawa
segala ilmu yang dipelajari ke alam pendidikan yang sebenar. Hal ini akan membantu
bakal-bakal guru dalam proses merancang pengajaran yang bersesuaian dengan para
murid pada masa sekarang.
3.0 HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir Program “Tunas Kecemerlangan Bersama-sama Komuniti (TKBK) Kali Ke-


7” ini, bakal-bakal guru dapat:

5
PROGRAM TUNAS KECEMERLANGAN
BERSAMA-SAMA KOMUNITI KALI KE-8

i. Membina kemahiran mengajar kepada bakal guru lulusan Bacelor Pendidikan


Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama (PBMP) dan Bacelor
Pendidikan Bahasa Melayu (BPBM) sebelum menjalani Latihan Mengajar
dan Industri (LMI). (P4)
ii. Menunjuk cara belajar Bahasa Melayu kepada murid dengan pendekatan
kelas masa hadapan.(A3)
iii. Memberi penyelesaian masalah pembelajaran murid dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu. (C3)
iv. Mempamerkan kemahiran sosiobudaya bakal guru lulusan Bacelor
Pendidikan Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama (PBMP)
dan Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu (BPBM) kepada masyarakat luar.
(S2)

4.0 IMPAK PROGRAM

i. Kepada Pelajar/ Peserta

- Kepimpinan peserta dapat dipupuk dalam diri para peserta sepanjang


proses pelaksanaan program. (A4,LS2)
- Peserta dapat menyerap pengetahuan tentang pelaksanaan program.
(C1,EM2)
- Peserta mampu mengendalikan sesebuah majlis/program mengikut
prosedur. (A4,LS2)

- Peserta berupaya berkomunikasi dengan efektif bagi memastikan


kelancaran pelaksanaan program. (A1,CS1)

5.0 TARIKH DAN HARI

Tarikh : 6 Mac 2019


Hari : Rabu

6.0 TEMPAT

6
PROGRAM TUNAS KECEMERLANGAN
BERSAMA-SAMA KOMUNITI KALI KE-8

SMKA Maahad Hamidiah, Kajang, Sekolah Kluster Kecemerlangan

7.0 TEMA

“Menyusur Bahasa Tetap Berbisa”.

8.0 ANJURAN

Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Pendidikan, Kelab Bacelor Pendidikan


Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama (PBMP) dan Bacelor
Pendidikan Bahasa Melayu (BPBM) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP),
Universiti Putra Malaysia.

9.0 TETAMU KEHORMAT/ PERASMI

Tn. Md. Yusof bin Rahim (Pengetua SMKA Maahad Hamidiah, Kajang)

Yang Berbahagia Prof. Dr. Sidek bin Mohd Noah, (Timbalan Dekan Hal Ehwal
Pelajar dan Alumni Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM)

Prof. Madya Dr. Abdul Rasid Jamian (Ketua Jabatan Pendidikan Bahasa dan
Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM)

Dr. Rozita Radhiah binti Hj. Said (Penasihat Kelab PBMP Fakulti Pengajian
Pendidikan, UPM)

10.0 KUMPULAN SASARAN DAN JUMLAH PESERTA

Program ini melibatkan 60 orang ahli Kelab Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa
Malaysia sebagai Bahasa Pertama (PBMP) dan Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu
(BPBM) yang terdiri daripada pelajar semester 2, semester 4 dan semester 6 sesi
2018/2019.

11.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Rujuk Lampiran I

12.0 ATUR ACARA PROGRAM

7
PROGRAM TUNAS KECEMERLANGAN
BERSAMA-SAMA KOMUNITI KALI KE-8

Rujuk Lampiran II
13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN

Rujuk Lampiran III

14.0 KESIMPULAN

Yang Berbahagia Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Hal
Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Putra Malaysia adalah dimohon agar
mempertimbangkan program ini beserta dengan bantuan kewangan, pengangkutan
dan peralatan bagi menjayakan program Tunas Kecemerlangan Bersama Komuniti
(TKBK) di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor Darul Ehsan. Menjadi
harapan kami, barisan kepimpinan Kelab PBMP serta Jawatankuasa Pelaksana agar
program ini berjalan lancar serta memenuhi objektif yang telah digariskan. Semoga
program ini dapat memberi manfaat kepada seluruh peserta ke arah membina generasi
yang proaktif dan kreatif serta melahirkan bakal-bakal guru Bahasa Melayu yang
berkualiti sesuai dengan status UPM sebagai Universiti Penyelidikan. Pengalaman
yang ditimba boleh menjadikan seorang guru itu dinamik dan mempunyai identiti
yang tersendiri serta mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan guru-guru yang
telah dilahirkan di IPTA lain di Malaysia. Oleh itu, program seperti ini dapat melatih
dan melahirkan bakal-bakal guru yang berkemahiran insaniah yang tinggi dan
berketerampilan dalam bidang perguruan.

15.0 PENGESAHAN

Disediakan oleh:
Tandatangan :

Nama : Wan Arifah Binti Wan Rosdi


Jawatan : Pengarah Program
No Matrik : 18831
No. HP : 011-19445924
Tarikh : 26 Disember 2018

Cadangan Pegawai Pemantau :

Nama : Dr. Rozita Radhiah binti Hj. Said


Jawatan : Penasihat Kelab PBMP, Fakulti Pengajian Pendidikan
Alamat Jabatan : Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan,
Fakulti Pengajian Pendidikan,

8
PROGRAM TUNAS KECEMERLANGAN
BERSAMA-SAMA KOMUNITI KALI KE-8

Universiti Putra Malaysia


No. HP : 017-8874159

Disemak & Disahkan oleh;

Nama : Prof. Dr. Sidek bin Mohd Noah


Jawatan : Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Jabatan/ Bahagian : Fakulti Pengajian Pendidikan,
Universiti Putra Malaysia.
No Telefon : 03-8946 8115

Tandatangan & Cap Rasmi:

LAMPIRAN I

STRUKTUR ORGANISASI
PROGRAM TUNAS KECEMERLANGAN
BERSAMA KOMUNITI (TKBK)
KALI KE-8

Ahli Jawatankuasa Induk

Penaung I
Yang Berbahagia Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

Penaung II
YBhg. Prof. Dr. Aida Suraya binti Md Yunus
Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM

Tn. Md Yusof bin Rahim


Pengetua SMKA Maahad Hamidiah, Kajang

Penasihat I
Prof. Dr. Sidek bin Mohd Noah
Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM

9
PROGRAM TUNAS KECEMERLANGAN
BERSAMA-SAMA KOMUNITI KALI KE-8

Penasihat II
Prof. Madya Dr. Abdul Rasid Jamian
Ketua Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan,
Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM
Penasihat III
Dr. Rozita Radhiah binti Hj. Said
Penasihat Kelab PBMP
Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM

Pengarah
Wan Arifah binti Wan Rosdi

Ahli Jawatankuasa Sekolah

Guru Penolong Kanan Pentadbiran


Puan Mazita binti Mansor

Guru Kanan Mata Pelajaran


Pn. Ruhayu @ Nohayati binti Abdul Syukor

Ketua Panitia Bahasa Melayu


Pn. Zurakintan binti Abdul Razak

Guru Pembimbing
Pn. Rashidah binti Baharom

10
PROGRAM TUNAS KECEMERLANGAN
BERSAMA-SAMA KOMUNITI KALI KE-8

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

11
PROGRAM TUNAS KECEMERLANGAN
BERSAMA-SAMA KOMUNITI KALI KE-8

PROGRAM TUNAS KECEMERLANGAN BERSAMA-SAMA KOMUNITI KALI KE-8

12
Jawatan Nama No. No. Telefon Kolej
Matrik
PROGRAM TUNAS KECEMERLANGAN
Pengarah Wan Arifah binti Wan 186824 011-19445924 K6
BERSAMA-SAMA KOMUNITI KALI KE-8
Rosdi
Pengarah Bersama
Timbalan Pengarah Nurul Aina Wahida binti 187518 011-23183100 K6
Mohd Khairuddin
Setiausaha Siti Fatiha Binti Ismadi 188820 011-27869750 K6

Timbalan Aina Nabilah binti 187239 017-4541826 K6


Setiausaha Mohd Zahari
Bendahari Noor Sahirani binti 187222 016-9372403 K6
Abllah
Timbalan Noramirah Afiqah 188436 011-33720704 K6
Bendahari binti Iliyahs
Biro Perhubungan Nurul II
LAMPIRAN Hannani Binti 191236 017-2297361
Kamarudin K6
Siti Fatimah El-Zahraa TENTATIF
187886 014-5182712
Ahmad Fikri
PROGRAM
Biro Pembangunan TUNAS
Nur Raznie KECEMERLANGAN
binti 186703 BERSAMA-SAMA
011-31424846 KOMUNITI
K6 KALI KE-
Modul Razly
7 DI Fakhrul
Wan SMKA MAAHAD
Izzah binti HAMIDIAH, KAJANG, SEKOLAH
189243 019-9634807 K6KLUSTER
Wan Ismail
KECEMERLANGAN
Nadirah binti Ramli 187054 017-5978192 SERUMPUN

Biro Perancangan Tarikh


NurHisyam bin: Mustafa
20 Mac 2019188658 016-5595650
Takwim Muhamad Rizal bin 187840 013-4395361 K6
HassanHari : Rabu
Biro Pengurusan Ayu Syazwanie binti 187998 011-26795008
Pengangkutan Md Shaharudin K6
Nurul Hidayah binti 187333 010-2365645
Abdul Wahab
Biro Publisiti Lukman bin Yahya
Masa 189248 012-9672366
Perkara K6
Ahmad Nur Mu’azi bin 186744 014-9741276
7.30 pagi Bertolak dari UPM
Ahmad Fouzi
Biro Tugas-Tugas Fatin8.00
Nabila
pagibinti Mohd Majlis
188534
Perasmian017-9397156
dan sesi fotografi
Khas Azman8.30 pagi MODUL 1 (Bengkel Penulisan Kreatif)K6
Nor Mazlina binti Che 188331 011-25609807
10.15pagi
Maseman REHAT
Biro Makanan Mohd Haikal
10.45 pagibin ZakariaMODUL
187019
2 016-3874042 K6
Muhammad Zaki
11.55 pagi 187517
MODUL 3 010-3328139 KTP
Izzuddin bin Azhar
Biro Protokol 1.05Anis
Nur tengah
Aimihari
binti MODUL 4
188905 014-8335735 K6
2.15 tengah hari
Azizi Makan dan bertolak pulang ke UPM
Catatan
Nor Fatiemah : Tertakluk
binti Fauzi kepada perubahan
187559 keadaan danK6
013-9924699 masa.
Nur Adlina Farihah binti 188638 012-3744862 SERUMPUN
Mohd Azhar
Nur Ilya Najwa binti 188324 017-9251197 K6
Samsudin
Norazwaain binti Mohd 187928 017-7309186 K6
Afandi
13
Asmanieza binti 189109 017-4378781 SERUMPUN
Abdullah
PROGRAM TUNAS KECEMERLANGAN
BERSAMA-SAMA KOMUNITI KALI KE-8

LAMPIRAN III

ANGGARAN PERBELANJAAN

PERBELANJAAN

BIL. PERKARA JUMLAH (RM)


1. Publisiti 150.00

Cetakan Gegantung Program


2. Alat Tulis 512.00

 Rujuk ‘Lampiran 4’
3. Modul dan Bengkel

 Percetakan dan pengisian fail 50.00


4. Makanan

 Sarapan (RM3.00 x 62 peserta) 186.00

 Makan tengah hari (RM5.00 x 62 peserta) 310.00


5. Tugas-tugas Khas

 Sijil Penyertaan (RM1.00 x 62 peserta) 62.00


6 Bas -
JUMLAH KESELURUHAN 1270.00

LAMPIRAN IV

SENARAI PERALATAN

14
PROGRAM TUNAS KECEMERLANGAN
BERSAMA-SAMA KOMUNITI KALI KE-8

BIL PERALATAN KUANTITI KOS SEUNIT JUMLAH

. (RM) (RM)
1 Kertas putih bersaiz A4 2 Rim 12.00 24.00
2 Pen Marker Hitam 3 Kotak 40.00 120.00

(whiteboard)
3 Pen Marker Biru 3 Kotak 40.00 120.00

(whiteboard)
4 Pen Marker Merah 3 Kotak 40.00 120.00

(whiteboard)
5 Fail Kertas 62 unit 1.00 62.00
6 Pen Biru 3 Kotak 12.00 36.00
7 Kertas sebak 50 unit 0.60 30.00
JUMLAH 512.00

ANGGARAN PENDAPATAN

BIL. PERKARA JUMLAH


1 Bahagian Hal Ehwal Pelajar RM 250.00
2 Sumbangan tabung Kelab PBMP RM 400.00
3 Bayaran peserta (RM10.00 x 62 orang) RM 620.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 1270.00

JUMLAH KESELURUHAN ANGGARAN PENDAPATAN: RM 1270.00

15
PROGRAM TUNAS KECEMERLANGAN
BERSAMA-SAMA KOMUNITI KALI KE-8

16

Anda mungkin juga menyukai