Anda di halaman 1dari 30

PENDAHULUAN Pendidikan Seni Visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti

seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Dalam penghasilan seni visual, kegiatan harus melibatkan penerokaan, pewujudan idea, perkembangan idea, pembelajaran secara terancang, penggunaan teknologi, alat dan bahan melalui teknik tertentu. Semua kegiatan seni mengutamakan kajian-kajian sebelum, semasa dan selepas proses penghasilan. Proses penghasilan ini memberatkan pernyataan idea yang berkaitan dengan pernyataan kendiri, masyarakat dan nilai kenegaraan. Sehubungan itu latar belakang budaya dan nilai masyarakat yang terdapat dalam sesuatu karya seni diperkenalkan. Aspek sains dan teknologi diperkenalkan secara terus untuk membantu kegiatan seni. Bidang ini meliputi asas seni reka, seni halus (lukisan, catan, arca dan cetakan), komunikasi visual (seni grafik dan multimedia), reka bentuk (rekabentuk industri dan reka bentuk persekitaran) serta seni kraf tradisional dan dimensi baru.

Terdapat 7 prinsip rekaan di dalam asas seni reka iaitu harmoni, penegasan, imbangan, kontra, irama dan pergerakan, kepelbagaian dan kesatuan.

PRINSIP REKAAN 1. Harmoni 1.1 Pengenalan Harmoni didefinisikan sebagai suatu aturan yang tersusun dan selesa dipandang. Harmoni melibatkan kesesuaian gandingan antara objek dengan objek, atau objek dengan latar sesuatu komposisi atau aturan gubahan. Sesuatu komposisi atau gubahan yang mengambil kira aturan yang berirama, berhubungkait di antara satu komponen dengan komponen lain atau ada keseimbangan, dianggap berharmoni.

Gambar 1: Pergerakan pesilat yang teratur menampakkan harmoni

Gambar 2: Deretan kereta yang mempunyai bentuk yang sama memberi gambaran suasana yang harmoni

1.2

Harmoni Pada Benda Alam Ciptaan Tuhan

Gambar 1: Ciri-ciri harmoni pada alam dapat dilihat melalui urat-urat daun dan batang pokok yang terbentuk.

Gambar 2: Harmoni juga terdapat pada warna dan jalinan haiwan bersesuaian dengan persekitaran habitatnya.

1.3

Harmoni Pada Benda Rekaan Manusia

Gambar 1: Harmoni pada taman rekreasi memberi ketenangan kepada pengunjungnya melalui cara tanaman formal terancang

Gambar 2: Harmoni susunan tiang bukan sahaja mengukuhkan struktur bangunan malah menyerlahkan lagi sudut estetik bangunan

1.4

Harmoni Pada Barangan Kraf

Gambar 1: Harmoni seni kraf benang ditimbulkan melalui sulaman yang dilakukan secara berulangan dan penggunaan warna

Gambar 2: Harmoni pada sarung keris yang berukiran perak menampakkannya kelihatan lebih cantik dan menarik.

1.5

Harmoni Dalam Bidang Fesyen Dan Tekstil

Gambar 1: Harmoni warna dan corak pakaian yang diatur secara susunan formal menampakkan si pemakai kelihatan ayu dan bersopan

Gambar 2: Harmoni pada corak songket antara tekstil tradisional yang masih mengekalkan aturan motif yang harmoni bagi melambangkan kehidupan bertoleransi masyarakatnya.

1.6

Melihat Harmoni Dalam Karya Seni Tampak

Gambar 1: Catan abstrak oleh Sharifah Fatimah Zubir yang bertajuk 'Faces of Petra' memaparkan palitan warna-warna harmoni yang berasaskan warna tanah.

Gambar 2: Warna-warna harmoni yang digambarkan melalui catan akrilik yang bertajuk 'How Far away' oleh seorang pelukis Mexico, Carolia.

2. Penegasan

2.1

Pengenalan Penegasan didefinisikan sebagai sasaran penumpuan atau fokus

terhadap sesuatu objek, imej atau unsur seni. Melalui penegasan, kita dapat membezakan antara subjek utama yang hendak dilihat dengan subjek iringan atau subjek latar. Penegasan bolehlah dianggap sebagai pemusatan pemerhatian yang terarah. Penggunaan unsur-unsur seni seperti garisan, bentuk,ruang,warna, rupa dan jalinan boleh mendorong kewujudan penegasan dalam penghasilan seni tampak.

Gambar 1: Pementasan tarian tradisional Jepun

2.2

Memerhati Penegasan Yang Wujud Dalam Alam Ciptaan Tuhan

Gambar 1: Burung Frigate jantan di Kepulauan Galapagos mengembungkan temboloknya yang berwarna merah untuk menarik perhatian pasangannya. Warna yang bertentangan memainkan peranan dalam menimbulkan penegasan

Gambar 2: Pancaran cahaya di celah-celah batang pokok menjadi penegasan dalam gambar ini.

2.3

Melihat Prinsip Penegasan Pada Benda Rekaan Manusia

Gambar 1: Struktur jambatan menunjukkan bagaimana bahagian-bahagian kecil yang menyokong jambatan ini mengarah ke penyokong utama dapat menimbulkan penegasan

Gambar 2: Perbezaan antara yang baru dan yang lama. Bahagian dinding yang baru diliputi cat baru menjadi penegasan kepada pemerhati 2.4 Penggunaan Prinsip Penegasan Dalam Karya Seni Tampak

10

Gambar 1: Perbezaan saiz digunakan untuk menyatakan penegasan dalam grafik carta pai

Gambar 2: Penggunaan ketebalan garisan yang berbeza antara objek dengan latar membantu menghasilkan penegasan melalui catan oleh Begum Nayyar Ehsan Rashid 3. Imbangan 3.1 Pengenalan 11

Imbangan

didefinisikan

sebagai

suatu

pembahagian

yang

dapat

menyarankan pandangan atau perasaan selesa bagi sesuatu rupa, bentuk atau ruang. Pembahagian yang dimaksudkan itu adalah jika terdapat pengulangan yang sama di bahagian kiri dan kanan sesuatu objek, rupa atau ruang dengan garisan pembahagian diletakkan di tengah, ianya dinamakan imbangan simetri. Jika pengulangan berlaku dengan tidak sama tetapi terdapat kesinambungan yang ketara dan dilihat mempunyai kebaratan yang setara, ianya dinamakan imbangan tidak simetri.

Gambar 1: Penggunaan imbangan dalam hiasan bagi menimbulkan harmoni

Gambar 2: Imbangan pada permaidani dari Iran menampakkan Harmoni dan kesinambungan corak 3.2 Melihat Kewujudan Imbangan Simetri Dalam Alam Ciptaan Tuhan

12

Gambar 1: Muka manusia normal adalah simetri

Gambar 2: Anyaman sarang labah-labah boleh menghasilkan jalinan sarangnya secara imbangan simetri

3.3

Melihat Kegunaan Imbangan Simetri Pada Benda Rekaan Manusia

13

Gambar 1: Pemandangan di bahagian dalam Menara Berkembar yang mewujudkan ciri-ciri harmoni bagi tujuan simetri

Gambar 2: Permata hiasan direka dengan menggunakan imbangan simetri dalam menampilkan keanggunan pemakainya

3.4

Kaedah Untuk Menimbulkan Prinsip Imbangan Dalam Rekaan Seni Tampak

14

Gambar 1: Gubahan karya boleh dihasilkan dengan bahagian kiri dan kanan hampir sama atau sama kedua-duanya untuk menimbulkan keadaan yang seimbang

4. Kontra

15

4.1

Pengenalan Kontra didefinisikan sebagai sesuatu benda yang mempunyai ciri-ciri

berlawanan dalam sesuatu karya seni.

Gambar 1: Kontra boleh dihasilkan melalui perbezaan warna dan rupa

4.2

Melihat Kewujudan Kontra Dalam Benda Alam Ciptaan Tuhan

16

Gambar 1: Bahagian batang pokok kelihatan kontra dengan bahagian tampangnya dari segi bentuk dan jalinan

Gambar 2: Warna pucuk yang muda pada pokok dapat dibezakan dari segi warnanya yang kontra dengan warna pada daun matang 4.3 Melihat Adanya Kontra Pada Benda Rekaan Manusia Dan Aktiviti Kehidupan Manusia

17

Gambar 1: Kontra rupa dapat dilihat pada gambar basikal penny farthing itu

4.4

Aplikasi Prinsip Kontra Dalam Penghasilan Seni Tampak

18

Gambar 1: Kontra rupa dan warna digunakan untuk menghasilkan kraf jahit cantum ini

Gambar 2: Ilustrasi ini menggunakan kontra arah untuk menyampaikan mesejnya

5. Pergerakan 5.1 Pengenalan 19

Pergerakan didefinisikan sebagai elemen-elemen grafik seperti teks dan imej disusun dalam bentuk yang tertentu untuk mengarah pandangan (pergerakan) disampaikan mengikut keutamaan (penegasan) mesej yang hendak

Gambar 1: Julangan api yang membakar hutan menampakkan ciri-ciri pergerakan dalam alam

Gambar 2: Pergerakan dapat dilihat melalui sayap burung yang sedang terbang 5.1 Melihat Pergerakan Dalam Aktiviti Kehidupan Manusia

20

Gambar 1: Pergerakan haidrofoil di permukaan air ditegaskan lagi dengan serakkan air di bawah badannya

Gambar 2: Pergerakan yang dihasilkan melalui aliran air terjun di kolam taman estetik ini membantu menimbulkan kesan ketenangan

5.3

Aplikasi Pergerakan Dalam Penghasilan Seni Tampak

21

Gambar 1: Pergerakan dapat dilihat pada kibaran jalur gemilang melalui perubahan arah garisan pada jalur merah dan putih

Gambar 2: Pergerakan boleh dihasilkan melalui susunan perubahan rupa

6. Kepelbagaian 6.1 Pengenalan 22

Kepelbagaian didefinisikan sebagai sesuatu gubahan itu akan menjadi lebih menarik jika pelbagai teknik, gaya, unsur dan media digabungkan.

Gambar 1: Alam haiwan banyak menampilkan kepelbagaian samada dari segi bentuk atau warna seperti gambar burung undan ini

6.1

Melihat Kehadiran Kepelbagaian Dalam Aktiviti Kehidupan Manusia Dan Benda Rekaan Manusia

23

Gambar 1: Ruang pameran tidak akan menjadi bosan jika bahan pamerannya dipelbagaikan seperti pameran wayang kulit yang menampilkan kepelbagaian rupa dan jalinan

6.2

Melihat Aplikasi Kepelbagaian Melalui Penghasilan Seni Tampak

24

Gambar 1: Kepelbagaian arah urat-urat atau serat benang pada tenunan kain mempengaruhi tekstur keseluruhan kain

Gambar 2: Catan bertajuk Five Folds oleh Koay jelas menampakkan penggunaan satah yang pelbagai di samping kepelbagaian arah garisan, warna dan jahitan membuat karya ini amat menarik sekali. 7.0 Kesatuan 7.1 Pengenalan

25

Kesatuan didefinisikan sebagai kesan yang timbul apabila sesuatu gubahan atau benda menggunakan unsur-unsur tema atau idea yang sama

Gambar 1: Gubahan bentuk yang mempunyai tema yang sama

7.2

Melihat Kesatuan Dalam Alam Ciptaan Tuhan

26

Gambar 1: Sejambak buah anggur adalah contoh yang menampilkan kesatuan melalui jenis atau bentuk yang sama

Gambar 2: Susunan bijiran jagung pada tongkol-tongkolnya mewujudkan kesan kesatuan 7.3 Melihat Kesatuan Pada Benda Rekaan Manusia

27

Gambar 1: Gubahan warna-sewarna serta gubahan jalinan secara menyeluruh pada system

28

7.4

Melihat Aplikasi Kesatuan Dalam Seni Rupa (Seni Tampak)

Gambar 1: Guo Li Zhong menghasilkan kesatuan melalui penggunaan warna yang harmoni pada subjek dan latar dalam karyanya Maple Leaves

BIBLIOGRAFI

29

Syed Rukaidar Syed Isa Al-Idroes, Raja Baharudin Raja Husain & Mat

Aris Suradi, (2007). Galeri Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2. Subang Jaya, Selangor: Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Pendidikan Seni Visual. Dimuat turun daripada

http://www.myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/seni/kbsm/hsp_pseni_f1.pdf

30

Anda mungkin juga menyukai