Anda di halaman 1dari 5

6.

1 Aktiviti refleksi

a) Lukiskan pelan bilim darjah

Papan maklumat Papan maklumat Papan maklumat


Pintu

Pintu

Meja guru

Papan maklumat
b) Bagaimanakah bahan dan sumber PdP dipamerkan di bilik darjah tersebut
digunakan secara berkesan.

Bahan dan sumber Pengajaran dan Pembelajaran PdP dipamerkan melalui papan
kenyataan yang diwujudkan di kelas. Papan kenyataan ini dijadikan sebagai rujukan tambahan
bagi para pelajar. Papan kenyataan tersebut perlu dipenuhi dengan maklumat subjek yang
berkaitan seperti Sains, Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan banyak lagi. Pelajar
akan mengemas kini papan kenyataan tersebut supaya mereka sentiasa mengingati pelajaran
yang mereka pelajari sekarang. Melalui pemerhatian penulis, murid-murid akan melihat sudut-
sudut maklumat ini pada masa terluang seperti masa rehat. Sudut maklumat ini amat penting
bagi membantu murid-murid dalam subjek-subjek yang tertentu.

Selain itu, penulis juga tertarik dengan beberapa buah kelas lain yang mewujudkan
sebuah sudut bacaan di dalam kelas. Sudut bacaan ini digunakan bagi membaca buku cerita
atau majalah yang berkaitan dengan pengetahuan umum. Sudut bacaan yang penuh dengan
bahan bacaan ini membantu murid-murid untuk mengetahui tentang dunia luar. Ini secara tidak
langsung, mampu merangsang pengetahuan mereka tentang pengetahuan umum.

Contoh papan maklumat di kelas


c) Catatkan bahan dan sumber PdP yang mudah digunakan oleh murid?

Banyak bahan dan sumber PdP yang mudah digunakan oleh murid yang terdapat di
dalam bilik darjah. Salah satunya adalah ‘flashcard’ ataupun kad imbasan. Gambar-gambar
yang menarik serta mempunyai kobinasi warna yang baik telahpun digunakan dalam ‘flashcard’
ini. Perkara ini dapat menarik lagi minat pelajar untuk menggunakannya dan juga merangsang
perkembangan kognitif mereka. Jika gambar-gambar yang digunakan tidak menarik, ini akan
menyebabkan murid cepat bosan dan tidak menumpukan perhatian semasa pengajaran.

Selain itu, terdapat banyak bahan bacaan seperti jurnal, surat khabar dan risalah.
Melalui penyediaan bahan bacaan ini ia akan memperkayakan lagi pengalam pelajar. Selain itu,
pembelajaran akan menjadi lebih seronok. Ini kerana, murid-murid dapat melihat gambar-
gambar yang mampu merangsang minat mereka. Ia juga membantu dalam memperjelaskan
penyampaian mesej bahan pengajaran.

Sumber PdP yang mudah digunakan


d) Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) ?

Melalui pemerhatian penulis ketika di sekolah tersebut, guru-guru di Sekolah


Kebangsaan Demit 2 ini kurang menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) ini. Para guru di sini lebih memilih untuk
menggunakan cara pembelajran yang berasaskan buku teks, buku aktiviti, papan putih dan pen
marker.

Namun, murid-murid ini didedahkan dengan cara pembelajaran TMK ini ketika subjek
TMK. Ketika subjek ini, setiap murid akan masuk ke makmal komputer untuk belajar TMK.
Ketika inilah murid-murid didedahkan dengan cara pembelajaran TMK.

e) Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti
pembelajaran?

Melalui pemerhatian penulis, murid-murid di sekolah ini sangat digalakkan untuk


melibatkan diri secara aktif ketika sesi PdP di kelas. Ini dapat dibuktikan apabila guru-guru akan
melakukan interaksi dua hala dengan murid. Melalui ini, murid-murid dapat memberikan
pendapat mereka dan jawapan mereka yang tersendiri terhadap soalan yang diberi. Interaksi
dua hala di dalam kelas amat penting kerana melalui cara ini murid-murid akan lebih fokus
ketika sesi PdP dan ia akan membantu supaya sesi PdP itu akan lebih efektif.

Selain itu, guru-guru di sini juga lebih gemar untuk melakukan aktiviti kumpulan seperti
pembentangan. Melalui aktiviti kolaboratif ini, secara tidak langsung setiap murid akan
melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Aktiviti ini mampu untuk meningkatkan kemahiran
sosial mereka selain kemahiran intelek.
f) Bagaimanakah murid-murid dibahagikan kepada kumpulan tertentu?

Melalui sesi temu bual saya bersama seorang guru matematik, beliau telah menjawab
soalan ini dengan menyatakan bahawa murid-murid disini dibahagikan kumpulan mengikut
tahap intelektual mereka. Pengukuran tahap intelektual ini dilakukan mengikut keputusan
mereka pada peperiksaan. Murid yang mendapat markah yang tinggi dalam subjek tertentu
akan dijadikan sebagai mentor bagi murid-murid yang lain. Mentor inilah yang akan membantu
guru untuk mengajar murid-murid yang lain.

Kedudukan mereka di dalam kelas juga mengikut kumpulan tersebut. Kedudukan secara
berkumpulan ini mampu untuk meningkatkan keberkesan sesi PdP tersebut. Murid-murid di
dalam kumpulan tersebut perlu untuk mengikut arahan daripada mentor mereka. Melalui cara
ini, guru telah menerapkan cara pembelajaran abad ke-21 pada sesi PdP.

Anda mungkin juga menyukai