Anda di halaman 1dari 2

KELAB PERMAINAN OLAHRAGA,

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO SAGOR


36800 KAMPONG GAJAH, PERAK. (ABA 8228)
TEL/FAX 0!"63###$3
1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SKDS.Kg.Gjh/07/02/07(01)
Tarikh : 2 Januari 2014
Guru Besar,
SK Dato Sagor,
36800 Kampong Gajah,
Perak Darul Ridzuan
Tuan,
PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB PERMAINAN OLAHRAGA
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Berhubung perkara di atas, dimaklumkan bahawa saya berdasarkan Peraturan
(4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998, P.U. (A) 196, yang berkait dengan
Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan Kelab
Permainan Olahraga, Sek. Keb. Dato Sagor, berkuatkuasa mulai 1 Januari hingga
31 Disember 2014.
3. Sehubungan itu, bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat
berikut:
3.1 Draf Perlembagaan.
3.2 Draf Aktiviti Asas.
3.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.
Segala kerjasama dan jasa baik tuan bagi meluluskan perkara diatas amat dihargai
dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menjalankan tugas,
(MOHD HASRIL BIN ABU HASSAN ASHAARI)
Guru Penasihat,
Kelab Permainan Olahraga,
Sek. Keb. Dato Sagor

Anda mungkin juga menyukai