Anda di halaman 1dari 5

PROGRAM SUKAN DAN REKREASI Jackwarior Jackol 930904-12-5203 Kelas PPISMP PJ 1611 telah diberikan satu tugasan untuk

uk merancang dan melaksanakan satu program sukan dan rekreasi. Ia merupakan program rekreasi di luar institut selama 4 hari 3 malam. Pada 15 hingga 18 Oktober 2012 , kelas PPISMP PJ 1611 telah menjalankan program sukan dan rekreasi di Kem Alapong, Lundu. Dalam program sukan dan rekreasi, kami dibimbing oleh 5 orang pensyarah Pendidikan Jasmani iaitu Encik Noor Bahar Mohd. Azhar, Encik Ahmadi Amnan, Encik Chin Ngien Siong, Puan Candrawati Binti Ibrahim dan Puan Salmi Lilek. Seramai 23 orang menyertai program sukan dan rekreasi termasuk saya. Tujuan sukan dan rekreasi dijalankan adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman bekerja dalam kumpulan, memupuk semangat saling membantu, melatih bakal guru dalam menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif, membentuk seorang bakal guru yang fleksibel atau mampu menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan, memberi kesedaran kepada bakal guru mengenai konsep pembelajaran sepanjang hayat, memupuk keyakinan diri, memahami dan meningkatkan kemahiran kepimpinan dalam menghadapi sebarang perubahan yang berlaku di persekitaran luar dengan membolehkan seseorang pemimpin membuat perancangan dan strategi, melatih bakal guru menjadi seorang insan pendidik yang tabah dan membentuk keperibadian sebagai seorang bakal guru. Pada hari pertama bersamaan 15 Oktober 2012, aktiviti yang dirancang adalah

aktiviti keyakinan dan keselamatan di air. Sebelum kami memulakan program aktiviti keyakinan dan keselamatan di air, kami berganding bahu mendirikan khemah induk, khemah dapur, khemah untuk peyimpanan barang-barang dan khemah peserta. Saya telah melihat satu kerjasama yang amat baik sekali semasa memasang khemah. Para peserta tidak kira lelaki atau perempuan bersama-sama bertungkus-lumus memasang khemah, menyusun atur kedudukan khemah dan memastikan semua khemah berada dalam keadaan yang baik. Nilai-nilai ini harus diterapkan dan dipupuk dalam diri kami agar dapat mendidik pelajar-pelajar generasi akan datang. Apabila selesai mendirikan

khemah serta menyusun atur barang-barang, para peserta disuruh berpakaian cerah untuk aktiviti keyakinan dan keselamatan di air. Pada aktiviti keyakinan dan keselamatan di air atau water confident ini, kami telah didedahkan dengan teknik-teknik untuk merasa yakin apabila berada di dalam air. Sebelum aktiviti dijalankan, setiap peserta diwajibkan memakai jaket keselamatan dan setiap peserta perlu memastikan rakan-rakan bersebelahan dengannya memakai jaket tersebut dengan betul dan membuat senaman regangan bagi mengelakkan kekejangan di dalam air. Apabila semua kelengkapan telah dipakai dan senaman telah dibuat, peserta akan masuk ke dalam air laut. Kami diberi keyakinan oleh pensyarah pembimbing yang terlibat agar yakin dan percaya kepada jaket keselamatan yang dipakai. Para peserta didedahkan dengan kemahiran berenang. Pada aktiviti ini saya dapat pendedahan yang amat baik sekali melalui teknik-teknik yang betul untuk berenang maka dengan ini dapatlah saya mengaplikasikannya pada aktiviti dengan para pelajar nanti. Pada malam pertama 15 Oktober 2012, para peserta diberikan taklimat ringkas mengenai kembara malam. Para peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan bagi memudahkan fasilitator untuk memastikan bilangan peserta pergi dan balik mencukupi. Aktiviti ini diadakan untuk menguji tahap keyakinan diri setiap individu dan merasai perasaan seorang yang buta. Aktiviti seperti ini sudah biasa saya ikuti. Perkara yang paling saya tidak boleh lupakan ialah memimpin rakan saya bergerak sambil matanya ditutup dengan kain kain. Dapat saya bayangkan bagimana cara orang buta yang berjalan.Saya diumpamakan seperti pemandu orang buta berjalan. Selesai semua peserta melakukan aktiviti ini kami sekali lagi digemparkan dengan perkhabaran bahawa salah seorang peserta telah hilang dari kumpulan saya. Semua fasilitator meminta respon dan tindakan susulan. Setelah kata sepakat semua peserta maka kami semua bergerak mengikut kumpulan untuk mencari rakan yang hilang.Kami tidak dapat menemui rakan kami yang hilang iaitu Thaddeus Immanuel. Pada keesokan harinya, rakan yang dicari telah muncul dengan baik tanpa ada masalah. Pada hari kedua 16 Oktober, aktiviti kayak di atas laut dijalankan dan ia adalah aktiviti yang saya tunggu-tunggukan. Dalam aktiviti ini saya berkayak bersama rakan iaitu Jessyca Anak Ungat. Dalam aktiviti sedemikian kami diterapkan kerjasama dan menerima arahan dengan betul untuk mengemudi kayak sehingga berjaya. Orang yang

penting dalam kayak adalah orang duduk di tempat duduk belakang kerana mereka akan memberi arahan pada rakan di hadapan untuk melakukan pusingan, berpatah balik atau meneruskan perjalanan. Dalam aktiviti ini telah memberikan banyak pendedahan saya terhadap aktiviti kayak. Aktiviti kayak ini amat mencabar buat saya kerana inilah kali pertama saya berkayak di tengah laut. Sepanjang hidup saya saya tidak pernah merasai keadaaan berada di laut yang dalam. Semasa saya berkayak, saya telah berasa keadaan mabuk laut sehingga saya muntah-muntah. Saya telah muntah lebih dari tiga kali dalam aktiviti tersebut kerana terasa pening semasa berada dalam kayak itu. Dalam aktiviti ini telah mengajar saya bahawa pentingnya semangat tidak berputus asa dalam melakukan sesuatu aktiviti. Aktiviti berkayak berjaya dilaksanakan walaupun ada satu kayak telah karam di laut. Pada hari yang ketiga bersamaan 17 Oktober 2012, aktiviti abseling telah dijalankan. Pengalaman yang cukup menyeronokkan, buat pertama kali saya melakukan aktiviti abseling ini. Selalunya Flying fox dan rock climbing sahaja yang saya lakukan. Seperti nasihat dari Encik Noor Bahar Mohd Azhhar kepada salah seorang rakan perempuan saya, Ok just relax. Aktiviti ini sama sahaja seperti aktiviti-aktiviti pernah awak lakukan, dan saya tahu kamu boleh lakukan dengan baik .Kata-kata itu menjadi ayat pembakar semangat saya untuk melakukan aktiviti abseling ini. Abseling yang cantik dilakukan dengan loncatan dan mahir untuk menguruskan tali. Bagi saya yang pertama kali mencuba ini masih belum ada kekuatan untuk melakukan loncatan. Niat di hati ingin melakukannya tapi memandangkan waktu tidak mengizinkan maka setiap sekali cubaan sahaja pada setiap peserta. Pada malam yang ketiga bersamaan 17 Oktober 2012, aktiviti orientering dijalankan di kawasan hutan. Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan. Semua kumpulan diletakkan di kawasan yang berlainan dan diberikan bearing. Bearing yang diberikan setiap kumpulan digunakan untuk dijadi panduan bergerak. Sikap muafakat dapat dilihat semasa kami menentukan arah rasional. tujuan. Melalui aktiviti sedemikan, ia mengajar saya bahawa perbincangan dalam sesuatu hal dapat memastikan keputusan itu tepat dan

Pada hari terkahir 18 Oktober 2012, kami bersama-sama mencuci kayak serta membersihkan tapak perkhemahan. Sikap tolong-menolong dan berkerjasama memudahkan kerja yang berat seperti bak pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Segala kesusahan dapat dikurangkan. Program sukan dan rekreasi merupakan satu program yang memberi banyak pengalaman dan input yang berguna kepada saya. Saya berasa amat bersyukur dan gembira kerana berpeluang mengikuti progam ini. Segala input yang saya dapat ini sangat berguna dalam kehidupan seharian saya terutama semasa bergelar seorang pendidik kelak. perkhemahan. Pertama sekali, program ini mendedahkan saya kepada alam Ini kerana dalam program ini kami sendiri yang mengatur dan

merancangkan segala persiapan perkhemahan dan dibantu serta bimbingan dari para pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan . Ini sangat penting sebagai latihan untuk saya sekiranya ingin membawa pelajar-pelajar saya untuk mengadakan perkhemahan kelak. Tanpa pengalaman seperti ini, kita pasti akan kelam kabut untuk menguruskan perkhemahan semasa di sekolah nanti. Dari program ini juga saya belajar bagaimana kehidupan dalam satu kumpulan. Segala cabaran, halangan atau kenangan manis dan pahit yang dikongsi bersama mengajar pelbagai nilai yang amat berguna. Nilai yang paling ketara ialah semangat setiakawan dan kerjasama. Selain itu, saya dapat melihat nilai toleransi dan persefakatan berlaku dalam kumpulan kecil mahupun besar. Secara tidak langsung, apabila berada dalam lingkungan masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai sedemikian, kita juga akan belajar untuk mengamalkan nilai yang sama. Dalam satu kumpulan, jika tiada kesefakatan dan toleransi, maka semua -tugas akan menjadi berat. Ini kerana semua orang bersikap mementingkan diri sahaja dan tidak mahu berkorban untuk melakukan sesuatu. Sikap inilah yang akan merosakkan sesuatu kumpulan itu. Dalam kehidupan sebagai seorang guru, kita haruslah bekerjasama, bertoleransi dan mempunyai persefakatan yang baik dengan semua orang di sekeliling kita supaya tugas kita mendidik pelajar-pelajar kita menjadi mudah. Apa yang dapat saya pelajari melalui program sukan dan rekreasi ini adalah sikap yang sentiasa ingin mencari ilmu. Semua benda yang berada di sekeliling kita merupakan guru yang sentiasa memberi pelbagai ilmu kepada kita. Namun semua ilmu itu tidak akan datang bergolek sahaja. Jadi tanggungjawab kita

adalah mencari dan mengggali ilmu-ilmu tersebut. Ilmu sangat penting untuk menghadapi apa jua rintangan yang tidak dapat kita duga. Manusia tanpa ilmu merupakan manusia yang paling malang dan miskin dalam dunia ini. Dalam kehidupan seorang guru, ilmu di dada haruslah mencukupi. Ilmu yang harus ada pada seorang guru bukan sahaja dari segi intelek, malah dari semua segi kehidupan ini. Ini kerana guru dijadikan tempat rujukan dan mendapatkan apa jua maklumat. Maka, kita haruslah terus mencari ilmu-ilmu yang baru untuk memantapkan ilmu yang sudah kita dapat. Sesungguhnya, program sukan dan rekreasi ini banyak memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki dan menilai diri saya sendiri. Di sebalik semua keseronokan dan kesedihan yang saya hadapi, saya dapat melakukan refleksi terhadap diri saya sendiri dan mengenal pasti kekurangan yang ada pada diri saya. Semua aktiviti yang dijalankan mengajar saya banyak nilai dan input yang berguna untuk memperbaiki kekurangan diri saya. Selain itu, pengalaman ini merupakan satu pengalaman yang melatih diri saya untuk menjadi seorang pendidik yang berjiwa kental, tidak mudah mengalah dan lasak. Akhir sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kerana sentiasa memberikan sokongan kepada saya dan rakan-rakan saya yang lain untuk melakukan yang terbaik. Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang sentiasa memberikan dorongan semasa saya sedang menjalani kursus perguruan .

Sekian.

Anda mungkin juga menyukai