Anda di halaman 1dari 6

Laporan Ketua AJK Sukan Badminton

Nama
No Kad

: JACKWARIOR JACKOL
: 930904-12-5203

Pengenalan
Kumpulan /

: PISMP PJ 1113

Opsyen
Jawatan

: AJK Sukan Badminton

Sukan Badminton diadakan adalah bertujuan untuk memenuhi proforma bagi subjek WAJ
3131(Persatuan). Sukan ini diadakan adalah bagi melahirkan guru sekolah rendah yang
berkualiti

dari

segi

penguasaan

ilmu

pengetahuan,

kemahiran

dan

ketrampilan

profesionalisme sekaligus merealisasikan salah satu prinsip dalam Falsafah Pendidikan


Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial. Keadaan ini juga adalah bertujuan memupuk semangat perpaduan antara guru
pelatih, staf dan pensyarah di IPG Kampus Tun Abdul Razak.

i.

SEBELUM
Sebelum Sukan Badminton Peringkat IPGKTAR dijalankan, para guru pelatih PISMP PJ
1113 ambilan Januari 2013 telah mengadakan perjumpaan bagi membentuk ahli
jawatankuasa tertinggi dalam menjayakan sukan tersebut. Dalam perjumpaan tersebut,
saya telah diberi kepecayaan oleh rakan-rakan saya untuk memegang jawatan sebagai
ketua ajk badminton. Pada hari tersebut, saya telah memilih beberapa ajk kecil bagi
membantu saya dalam menjayakan .
Pada hari tersebut, saya dan penolong saya Ras Anisha Binti Rashid telah memilih
beberapa ajk kecil antaranya ialah ajk urusetia, ajk persiapan gelanggang dan peralatan, ajk
hadiah, ajk kepegawaian dan kepengadilan, ajk keselamatan, ajk dokumentasi dan ajk
kebajikan. Dengan adanya ajk kecil, ia membantu menjayakan kejohanan tersebut.
Kami telah membuat surat peminjaman Dewan Sri Samarahan sebagai lokasi
permainan dan menghantarnya kepada pengarah tetapi tidak dapat diluluskan kerana
dikuatiri lantai dewan akan rosak. Oleh kerana itu, saya dan ajk yang lain telah membuat
perjumpaan sekali lagi. Melalui perjumpaan tersebut, saya dan rakan yang lain sebulat
suara menyokong lokasi permainan badminton dijalankan di Gimnasium bagi menjayakan

sukan berkenaan. Saya juga telah membuat perjumpaan dengan setiap ajk kecil bagi
menerangkan dengan lebih lanjut bidang tugas mereka dalam menjayakan sukan ini sambil
memantau perkembangan tugas mereka. Saya juga memastikan ajk persiapan tempat dan
peralatan dan sebagainya menjalankan tugas mereka masing-masing. Kami juga telah
bersetuju untuk menyediakan satu stesen penjualan bulu tangkis semasa sukan badminton
tersebut.

ii.

SEMASA
Pada hari sukan badminton tertutup IPGKTAR, saya dan beberapa ajk turun awal bagi
memastikan setiap kelengkapan telah disediakan dengan sepenuhnya dan setiap ajk
memainkan peranan masing-masing. Sebelum memulakan sukan badminton, kami sebagai
pengajur memastikan semua pelajar, staf dan pensyarah yang hadir mendaftarkan diri.
Selepas sahaja selesai sesi pendaftaran, satu taklimat disampaikan terlebih dahulu.
Antara perkara yang disampaikan dalam taklimat tersebut adalah:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Peserta harus mendaftar sebelum memulakan permain badminton.


Sistem pertandingan.
Jenis bulu tangkis yang dibenarkan.
Kesihatan
Menjaga tingkah laku.
Menjaga kebersihan tempat pertandingan.

Selepas sahaja peserta selesai mendaftarkan diri, sukan badminton diteruskan. Semasa
sukan tersebut, saya memastikan ajk urusetia, ajk persiapan gelanggang dan peralatan, ajk
kepegawaian dan kepegadilan

melaksanakan tugas. Saya selaku ketua ajk sukan

badminton membuat rondaan bagi memastikan tiada sebarang masalah yang berlaku
sepanjang kejohanan tersebut. Sebaik sahaja peserta selesai menghabiskan sukan
badminton, sesi penyampaian hadiah dijalankan.

iii.

SELEPAS
Kami telah mengadakan gotong-royong sebaik sahaja pertandingan selesai bagi
memastikan kawasan yang telah digunakan dalam keadaan bersih dan teratur. Setiap
ajk memastikan setiap peralatan yang dipinjam hendaklah dihantar dan dikembalikan
semula. Kami juga telah mengadakan post-mortem di gimnasium bersama ahli-ahli ajk
badminton bagi mengenalpasti kelemahan ataupun kekurangan yang berlaku semasa
sukan tersebut. Dalam kesempatan tersebut, saya memastikan setiap ketua ajk

membuat laporan mengenai program tersebut berdasarkan peranan masing-masing.


Selain daripada itu, setiap penganjur dikehendaki membuat refleksi kendiri tentang
penganjuran kejohanan sukan tersebut.

Disediakan oleh,
...............................
(JACKWARIOR JACKOL)
AJK Sukan Badminton,
PIMSP PJ 1113,
IPG Kampus Tun Abdul Razak Kota Samarahan,
Sarawak.

Kekurangan, Kelebihan Dan Cadangan Penambahnaikan Sukan Badminton


Terlebih dahulu syukur kepada Tuhan kerana pengelolaan Sukan Badminton Tertutup
peringkat IPGKTAR dapat dilaksanakan dalam tempoh yang telah dirancang. Saya berpuas
hati kerana kejohanan badminton ini dapat saya dan rakan-rakan seperjuangan laksanakan

mengikut perancangan yang telah dibuat. Tujuan pengelolaan sukan badminton ini
dijalankan adalah untuk memenuhi proforma kursus WAJ 3131(Persatuan). Aktiviti ini dapat
menyihatkan tubuh badan serta dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara
pensyarah, staf dan guru pelatih.
Pada 21-25 Julai 2015 saya bersama beberapa orang guru pelatih IPGKTAR telah
membuat satu sukan badminton tertutup IPGKTAR. Tujuan pengelolaan sukan ini adalah
untuk melengkapi kursus WAJ 3131(Persatuan). Sebelum mengelolakan sukan badminton,
kami sekelas telah membuat perbincangan dan perjumpaan untuk memilih ahli
jawatankuasa serta mengetahui peranan ajk masing-masing.

i.

Kekuatan
1. Dalam sukan badminton tertutup IPGKTAR mendapat ramai sambutan dan ramai
penyertaan dari golongan pelajar, staf dan penyarah.
2. Semasa menjalankan sukan badminton tertutup peringkat IPGKTAR pengajur
menepati masa datang awal ke tempat pertandingan sebelum peserta tiba.
3. Terdapat minuman percuma disediakan oleh penganjur kepada peserta.
4. Terdapat stesen penjualan bulu tangkis.
5. Kebersihan kawasan kejohanan badminton dijaga dengan baik.

ii.

Kelemahan
1. Kelemahan yang pertama adalah memikirkan tarikh yang sesuai perlaksanaan
sukan badminton. Kami sekelas berusaha mencari tarikh yang sesuai untuk
melaksanakan sukan badminton kerana banyak aktiviti IPG yang perlu
dilaksanakan pada semester ini
2. Kelemahan yang kedua adalah lokasi bagi sukan badminton tidak mendapat
kelulusan maka lokasi yang telah dirancang perlu diubah.

3. Kelemahan ketiga adalah keadaan langsir gimnasium yang tidak dipasang


menyebabkan peserta silau semasa bermain badminton.
4. Kelemahan keempat adalah terdapat beberapa mentol di gimnasium tidak
berfungsi dengan baik menyebabkan ada sesetengah tempat gimnasium
kelihatan gelap lalu menyusahkan peserta melihat bulu tangkis.
5. Kelemahan kelima adalah terdapat beberapa orang yang betugas sebagai
penjaga garisan tidak peka terhadap permainan sehingga tidak tahu sama ada
bulu tangkis itu masuk ataupun tidak.
6. Ajk badminton keliru dalam menganalisis keputusan pertandingan.
7. Ajk badminton kurang mahir dalam merangka jadual perlawanan.
iii.

Cadangan Penambahbaikan
1. Masalah mencari tarikh yang sesuai boleh diatasi dengan merujuk kepada
penyarah-penyarah yang lain supaya sesuatu aktiviti tidak berlanggar walaupun
tidak ada takwim yang lengkap.
2. Lokasi sukan perlu dipertimbangkan.
3. Untuk mengelakkan peserta pertandingan badminton tidak silau, langsir haruslah
dicari dan dipasang.
4. Untuk mengatasi beberapa bahagian gimnasium yang kelihatan gelap sehingga
menyusahkan peserta melihat bulu tangkis, boleh memohon kepada pihak
tertentu agar masalah dapat diatasi.
5. Kelemahan kelima iaitu terdapat beberapa orang yang betugas sebagai penjaga
garisan tidak peka terhadap permainan sehingga tidak tahu sama ada bulu
tangkis itu masuk ataupun tidak dapat diatasi dengan melantik umpire yang
tegas. Umpire berkuasa memberi amaran kepada penjaga garisan sekiranya
penjaga garisan tidak peka dan leka terhadap tanggungjawabnya.
6. Ajk badminton perlulah mempunyai pengetahuan dalam menganalisis keputusan
pertandingan.
7. Ajk badminton perlu diberi pendedahan dalam merangka jadual perlawanan.

Disediakan oleh,
...............................
(JACKWARIOR JACKOL)
AJK Sukan Badminton,
PIMSP PJ 1113,
IPG Kampus Tun Abdul Razak Kota Samarahan,

Sarawak.

Anda mungkin juga menyukai