Anda di halaman 1dari 8

BATU BELAH BATU BERTANGKUP

Diringkaskan kisahnya berlegar disekitar seorang balu miskin dengan dua orang
anaknya yang masih kecil. Yang sulung, seorang perempuan, manakala yang
bongsu pula seorang lelaki. Ibu tersebut terpaksa menyara dan memelihara kedua
anak itu setelah suaminya meninggal dunia. Justeru ibu miskin tadi terpaksa
menyara kehidupan anaknya dengan membuat berbagai-bagai kerja, dari
bercucuk tanam, mengambil upah bekerja di rumah orang hinggalah menangkap
ikan. Matlamatnya cuma satu, yakni janganlah kedua anaknya mati kebuluran.

Pada suatu hari, ibu tadi berjaya menangkap seekor ikan Temakul yang
mempunyai telur. Setelah ikan ini siap dimasak, siibu tadi berpesan kepada anak
perempuannya agar memberi anak lelaki kecilnya makan. Manakala dia terpaksa
keluar kerana masih ada kerja yang hendak dibuatnya. Sebelum pergi siibu
mengingatkan anak perempuan agar menyimpan sedikit telur ikan Temakul yang
telah siap dimasak untuk dimakannya sewaktu pulang ke rumah nanti.
Sepeninggalan ibunya, kakak tadipun memberi adiknya makan. Setelah habis
bahagian siadik, kakaknya menjadi bimbang kerana siadik masih belum puas, dia
terus menerus minta tambah sedangkan tidak ada lagi telur ikan yang tinggal
kecuali yang telah disimpan untuk siibu.

Si adik terus menangis, merayu-rayu dan merengek-rengek minta tambah. Setelah


beberapa lama, si kakak tidak sampai hati, lalu memberi baki telur ikan Temakul
bahagian siibu untuk adiknya. Telur ikan itupun habis semuanya. Tidak lama
kemudian siibu pun pulang. Alangkah kecewa hatinya apabila didapati telur ikan
yang sangat diinginkannya telah habis dimakan oleh anaknya. Ia kecewa, marah
dan benar-benar terkilan. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk keluar
membawa dirinya ke batu belah batu bertangkup untuk ditelan. Dia pun berlari
ke tempat batu itu sambil berkata, batu belah batu bertangkup, telanlah aku,
ambillah aku aku keempunan telur ikan temakul. Begitu diseru berulang-
ulang sambil berlari dengan deras menuju batu belah batu bertangkup. Melihat
keadaan itu, sikakak pun mengejar ibunya sambil mengendung adiknya. Ibu,
ibu jangan, jangan tinggalkan kami. Pendek cerita, siibupun ditelan batu dan
tinggallah kedua anak tadi menjadi yatim piatu.

Babak 1 (Di sungai)

1
Mak Timah : Hmm sudah lama aku tidak makan telur ikan tembakul. Telur
ikan tembakul sunggah sedap. Kamu pernah cuba?

Kawan : Tidak. Rasanya aku hendak mencubanya hari ni. Senang ke cara
menangkap ikan tembakul?

Mak Timah : Tidaklah susah sangat.

Kawan : Timah, kamu pernah dengar cerita mengenai Batu Belah, Batu
Bertangkup?

Mak Timah : Tidak. Ada apa dengan Batu Belah err.?

Kawan : Batu Belah, Batu Bertangkup. Dengar kata, ia boleh menelan orang.

Mak Timah : Oh, dahsyatnya! Dimanakah terletaknya Batu Belah, Batu


Bertangkup tersebut?

Kawan : Ia terletak jauh ke dalam hutan.

Mak Timah : Ha, dah tangkap ikan tembakul!

Kawan : Wah, nampaknya kamu makan sedap hari ni!

Mak Timah : Oh, baru aku teringat! Aku kena balik rumah supaya anak-anak aku
tidak kelaparan.

2
Kawan : Sudah tentunya mereka akan menyukai ikan tembakul ini. Aku hendak
pulang ke rumah, hari pun sudah semakin gelap. Selamat tinggal.

Babak 2 (Di rumah)

Mak Timah : Melur, Pekan! Emak sudah pulang. Melur, emak ada bawa pulang
seekor ikan tembakul. Kamu pergilah menggoreng ikan tembakul ini.

Melur : Baiklah, mak.

Mak Timah : Mak hendak berehat sebentar. Kamu makanlah ikan tembakul itu
bersama Pekan. Jangan lupa menyimpan telurnya untuk mak.

Babak 3 (Setelah menggoreng ikan tembakul)

Pekan : Kakak, cepatlah! Pekan sudah lapar. Pekan hendak makan.

Melur : Sabarlah, adik.

Pekan : Mmm... Sedap sungguh ikan tembakul ini.

Melur : Janganlah gelojoh sangat. Nanti tercekik, masuk surat khabar.

Pekan : Tidak mengapalah, kak. Jika Pekan masuk surat khabar, terkenallah
Pekan.

3
Babak 4 (Setelah makan)

Pekan : Kakak, Pekan masih lapar lagi. Boleh tak Pekan ambil bahagian kakak?

Melur : Habis tu? Kakak nak makan apa?

Pekan : Alaa... perempuan tidak payah makan pun boleh.

Melur : Ish Nah, ambil sahaja bahagian kakak.

Pekan : Pekan masih lapar lagi.

Melur : Kakak akan gorengkan telur mata kerbau untuk Pekan. Tunggu sebentar,
ya?

Pekan : Lambat betul kakak menggoreng telur mata kerbau. Aku ambil bahagian
ibu sahajalah.

Melur : Nah, ambil telur ini! Jangan minta lagi.

Babak 5 (Mak Timah merajuk)

Mak Timah : Segar rasanya, setelah dapat berehat sebentar.

Pekan : Mak, Pekan laparlah. Nak susu.

4
Mak Timah : Baiklah, mak buatkan susu untuk Pekan. Sabar, ya? Melur,
dimanakah kamu menyimpan telur ikan tembakul untuk mak?

Melur : Ada di atas para, mak.

Mak Timah : Mana? Tiada pun.

Pekan : Eh ada kucing masuk pulak!

Mak Timah : Pekan, kamu jangan berpura-puralah. Mana ada kucing, kamu
hendak tukar topik sahaja kerana bersalah kan?

Pekan : Tapi memang ada kucing tadi.

Mak Timah : Mak sudah masak dengan perangai kamu. Kamu memamng degil
dan terlalu mengikut perasaan. Baiklah, memandangkan kamu berdua sudah tidak
menyayangi mak lagi, lebih baik mak mati ditelan Batu Belah Batu Bertangkup.

Babak 6 (Mak Timah ditelan Batu Belah, Batu Bertangkup)

Pekan : Mak! Mak! Mak tidak boleh mati, mak belum lagi memberikan susu
kepada Pekan.

Mak Timah : Nah, ini susu terakhir yang mak beri kepada kamu.

5
Melur : Mak, untuk Melur tak ada ke?

Mak Timah : Ish ish. Ish Kamu sudah besar, Melur. Tak payahlah.

Melur/Pekan : Mak! Mak! Janganlah pergi, kami sudah insaf, kami tidak akan
mengulangi perbuatan itu lagi.

Mak Timah : Mak sudah malas melayan kamu berdua. Selamat tinggal, anak-
anak aku. Wahai Batu Belah, Batu Bertangkup, telanlah aku. Anak-anak aku
sudah tidak menyayangiku lagi.

*Lagu*

Babak 7 (Jumpa nenek kebayan)

Melur : Pekan, sekarang kita sudah menjadi anak yatim. Siapa yang hendak
menjaga kita?

Pekan : Ayah kan ada.

Melur : Pekan, kamu ini memang sakit otak betullah! Tidak sedar dan pelupa.
Arwah ayah kan dah tak ada, kamu masih nk ungkitkan pasal itu.

Pekan : Maafkan Pekan, kakak.

Melur : Eh, nenek tidak apa-apa ke?

6
Nenek Kebayan : Nenek baik sahaja. Apa yang cucu buat dalam hutan ini?

Pekan : Nek... kesian kami. Mak... mak... baru sahaja ditelan Batu Belah Batu
Bertangkup. Kami kami anak yatim. Kami tidak tau nak ke mana lagi.

Nenek Kebayan : Cu, jangan risau. Mulai hari ini, nenek akan pelihara dan jaga
kamu berdua.

Melur/Pekan : Terima kasih, nek. Kami amat menghargai jasa nenek.

Babak 8 (Selepas 5 tahun)

Pemangku : Perhatian! Perhatian! Rakyat jelata sekalian, pada pagi ini


pertandingan ayam sabung akan diadakan di istana. Sesiapa yang menpunyai
ayam jaguh, bolehlah menurut serta. Sekian.

Pekan : Cepat Felix, kamu boleh melakukannya! Hooray! Ayam aku sudah
menang!

Rakyat : Tahniah, Pekan!

Raja Tior : Pekan, jika kamu ingin, kamu boleh menjadi adik angkat beta.

Pekan : Tapi tapi

7
Raja Tior : Sudahlah, anggap sahaja kamu sudah a Pekan, siapa ini?

Pekan : Tuanku, janganlah buka mulut besar sangat, nanti lalat masuk. Ini Melur,
kakak kesayangan saya.

Melur : Ampun tuanku, gembira patik berjumpa dengan tuanku.

Raja Tior : Beta pun Eh, maksud betaerr

Pekan : Tuanku terpegun dengan kejelitaan Melur eh?

Raja Tior : Senyaplah kamu, Pekan. Melur, kamu memang seorang wanita yang
jelita. Sudikah kamu mejadi pendanping hidup beta?

Melur : Ya.

Anda mungkin juga menyukai