Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN KOTA BELUD, SABAH

PROJEK BASE LEARNING (PBL)

“Projek Tanaman Hidroponik


dan Penghalau Serangga Organik

Tema :

“Kemenjadian Murid Aspirasi Kami”

Kod Sekolah : XBA5317


Nama PPD : PPD Kota Belud
1.5 PENGENALAN.

I) Latar Belakang

Hidroponik merupakan satu kaedah penanaman tumbuh-tumbuhan tanpa tanah.


Hidroponik adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu perkataan ‘hydro’
bermaksud ‘air’ dan ‘ponos’ bermaksud ‘kerja’. Secara amnya hidroponik adalah
aktiviti kerja air. Penanaman tumbuh-tumbuhan secara biasa di atas tanah dikenali
sebagai ’geoponics’.

Projek ini sangat sesuai dilaksanakan semasa PdPR. Pengajaran dan


Pembelajaran di Rumah (PdPR) ialah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang
dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang
bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan dalam talian dan/ atau luar talian dan/
atau off-site dengan berstruktur dan terancang.Murid-murid dapat melaksanakan
projek dengan selesa kerana projek ini dilaksanakan di rumah masing-masing.

II ) Pegawai / guru / Komuniti yang terlibat :

Projek ini mengabbungkan beberapa mata pelajaran iaitu, Sains, Matematik,


Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Berikut ialah antara yang terlibat dalam
melaksanakan projek ini ialah En Rusdi bin Suin (Guru Besar SK Pekan Kota
Belud), En Jamidia bin Belun (Penolong Kanan Pentadbiran SK Pekan Kota
Belud., Pn. Jessica Edward (Rakan Elit SK Pekan Kota Belud. ,Pn Murni Hj Kadis
(Setiausaha TS25 SK Pekan Kota Belud) ,En Riduan bin Mohd Yassin
(Penyelaras Projek) ,Pn Surainah binti Loh (MLT Sains)
Pn Zubaidah binti Jakop (MLTRBT) ,Pn Hazzel Jonis (MLT BI) , Pn Zuraidah
binti Rajim (MLT Matematik) dsn Murid-murid tahun 6 SK Pekan Kota Belud.

II) Objektif Pelaksanaan Projek Tanaman Hidroponik dan Penghalau


Serangga Organik.

i. Menggalakkan murid mempelajarai sesuatu melalui pengalaman,


pemerhatian dan percubaan.

ii. Murid akan berasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti yang dilakukan dalam
situasi sebenar dan bermakna.

iii. Meningkatkan mutu dan pengetahuan murid di mana murid boleh menimba
ilmu dengan lebih praktikal dan tidak bergantung kepada pemusatan
terhadap guru semata-mata.
.
1.5 KAEDAH PENULISAN PENYELESAIAN MASALAH.

DEFINISI PENYELESAIAN MASALAH

Penyelesaian Masalah boleh didefinisikan sebagai satu proses kognitif di mana


maklumat digunakan sebagai usaha mencari cara-cara yang sesuai bagi mencapai
sesuatu matlamaat. Torrence (1973), mendefinisikan penyelesaian masalah
sebagai:

“ Proses seseorang itu menjadi peka terhadap masalah dan ini melibatkan
seseorang individu itu cuba mencari penyelesaian membuat andaian, mengubah
hidup, dan akhirnya melaporkan silannya”

Memandangkan projek Tanaman Hidroponik dan Projek Penghalau Serangga


Organik ini dilaksanakan semasa PdPR. Beberapa masalah dapat dikenalpasti iaitu
:
I) Murid-murid tidak mempunyai bahan-bahan yang diperlukan.
II) Murid-murid sukar untuk mengadakan perbincangan.

Kaedah Penyelesaian Masalah :


Guru membenarkan murid menggunakan apa sahaja bahan-bahan yang ada di
rumah. (kitar semula). Projek yang dihasilkan oleh murid ini dipersembahkan dalam
bentuk video untuk penilaian dan perkongsian.
II) Impak

I
Projek ini memberikan impak yang sangat besar di kalangan murid yang terlibat.
Murid-murid mula berminat untuk menjalankan aktiviti pertanian iaitu tanaman
menggunakan kaedah hidroponik.

III) Kekuatan dan kekurangan

Projek ini telah dibentangkan dan dikongsikan kepada guru-guru RBT di seluruh
daerah Kota Belud dan Sabah amnya. Perkongsian Guru PdPR bermakna dalam
TVET pada 10 September 2021 melalui aplikasi yotube Chanel Sektor
Pembelajaran PPD Kota Belud. https://youtu.be/gpPhdMVqzNg.

Sokongan daripada ibu bapa juga merupakan antara kekuatan utama dalam
melaksanakan projek ini. Projek penanaman Hidroponik dan Penghalau Serangga
Organik ini dilaksanakan di rumah masing-masing. Ibu bapa memberikan sokongan
yang padu dan membuat pemantauan melalui bimbingan yang diberikan oleh guru.
Ibu bapa sanggup membeli bahan dan peralatan untuk menjayakan projek ini.

Selain itu, murid-murid yang terlibat sentiasa memberikan respons yang


menggalakkan. Kreativiti murid sangat terserlah semasa membuat pembentangan
hasil projek dalam bentuk video. Ada di kalangan murid yang sebelum ini pasif di
dalam kelas. Tetapi semasa melaksanakan projek ini, murid-murid tersebut sangat
aktif dan mereka bebas menyuarakan idea dalam setiap pembentangan. Sebagai
ganjaran, ibu bapa dan murid yang dapat menyiapkan tugasan ini akan diberikan
sijil penghargaan.

Pelaksanaan projek ini juga mengalami beberapa masalah dan


kekangan.Antaranya, ada di kalangan murid tidak mempunyai peralatan dan bahan
untuk melaksanakan projek kerana pergerakan semasa PKP ini sangat terhad. Ibu
bapa tidak dapat ke pekan untuk membeli peralatan yang diperlukan.

PENUTUP
Projek tanaman hidroponik ini merupakan aktivit kemahiran atau ikhtiar hidup yang
perlu dipelajari oleh semua murid. Penjagaan dan kos untuk melaksanakan ini tidak
besar dan mampu dilaksanakan oleh semua murid.

DISEDIAKAN OLEH :

RIDUAN MOHD YASSIN


Penyelaras Projek Tanaman Hidroponik,
SK Pekan Kota Belud.

Anda mungkin juga menyukai