Anda di halaman 1dari 97

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST JOHN,

PETI SURAT 248,89208 TUARAN SABAH

PENULISAN PENUH
KAJIAN TINDAKAN/INOVASI /ARTIKEL

NAMA:NORHANIM BT ABD JAMIL


JAWATAN: GURU AKADEMIK BIASA DG44
EMAIL:norhanim1506@gmail.com
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK Catatan


2022
1.0 Artikel/Journal Penyertaan
Penulisan Journal
Penggunaan Aplikasi Audio Visual Dalam Pembelajaran Berasaskan IPGK Kedah Darul
Projek(PBL) Membantu Murid Mencapai TP 6 Pentaksiran Bilik Darjah. Aman

2.0 Kajian Tindakan/Penyelidikan Pembentang


Seminar
4C Dalam “Kit 2F1M” Membantu Murid Memahami Dan Mengingat Penyelidikan
Bahagian Sistem Rangka Manusia SEDAR
2022 ,(online),Peri
QR-Video Pembentangan ngkat Kebangsaan
18 Okt 2022

3.0 Kajian Tindakan


Keberkesanan Aplikasi Quizizz & Liveworksheet) Sebagai Medium
Alternatif Ulangkaji Dan Pentaksiran Kendiri Terhadap Murid Visual
Kinestik

2021
4.0 Inovasi Pembentang
Seminar
Inovasi Bahan Bantu Mengajar : Penyelidikan dan
“Kiub Kat An” Pertandingan
Inovasi Peringkat
Sijil Pencapaian QR Video Pembentangan Kebangsaan,IPGK
Dato Razali Ismail,
21 -22September
2021
Pencapaian:
Kedudukan Perak

5.0 Kajian Tindakan Pembentang


Kolokium Kajian
Pentaksiran Pelbagai Dalam Kaedah M.A.P Membantu Menentukan Tindakan,Peringka
Tahap Penguasaan Murid Melaksanakan PBD t Daedah PPD
Kota
Marudu,Sabah
Pencapaian:
Pingat Emas

QR=Slide Pembentangan

1
6.0 Kajian Tindakan/Penyelidikan Pembentang
Seminar
Keberkesanan Penggunaan Media Pembelajaran Audio Visual Aplikasi Penyelidikan
Canva Dalam Project Based Learning STEM Membantu Murid Mencapai PINANG 2022
TP 6 STEM Digital
Peringkat
Sijil Penyertaan Video Pembentangan Kebangsaan,IPGK
Pulau Pinang ,12
Mei 2022
Pencapaian:
Penyertaan

7.0 Kajian Tindakan PdPR Pembentang PLC


Sains&
Meningkatkan Kemahiran Menguasai Penamaan Sebatian Kimia Dan Matematik,Peringk
Membina Formula Kimia Sebatian Ion Dengan Menggunakan KIUB KAT at Negeri
AN JPN,Sabah(online)
( 29 April 2021)
QR-Surat Jemputan QR-Slide Pembentangan Pra Prososal
/Perkongsian PLC

Pembentang Pra
Proposol dan
Penulisan Kajian
Tindakan Tahun
2021 semasa
Pandemik
Peringkat Daerah
Poster PLC Kota Marudu
(6 Mei 2021)

8.0 Abstrak Pembentang


Bicara I-STEM Bicara I-STEM-
Pendekatan Flipped Classroom dalam PDPC STEM. Inovasi STEM
Pemangkin
Kehidupan
Berkualiti
QR -Surat Jemputan QR-Penulisan Abstrak
Pencapaian:
PERAK

2
QR-Video Flipped Classroom QR-Poster Pencapaian

2020
9.0 Kajian Tindakan

Melukis Rajah dan Menulis Susunan Elektron Unsur Dalam Kumpulan


Mengikut Langkah Tertib Dengan Menggunakan “Kaedah Acara
Balapan”.
10. Kajian Tindakan

Meningkatkan Kemahiran Menentukan Perbezaan Tranformer Injak Naik


dan Transformer Injak turun Dengan Menggunakan “Kaedah Naik
Tangga Dan Turun Tangga”

3
2022

4
ARTIKEL/JOURNAL

5
PENGGUNAAN APLIKASI AUDIO VISUAL DALAM PEMBELAJARAN BERASASKAN
PROJEK(PBL) MEMBANTU MURID MENCAPAI TP6 PENTAKSIRAN BILIK
DARJAH(PBD

Norhanim Bt Abd Jamil

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu, Kota Marudu,Sabah

norhanim1506@gmail.com

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan media pembelajaran aplikasi audio visual
dalam pembentangan pembelajaran berasaskan projek STEM dalam menghasilkan
artifak/produk membantu murid 5 Kritis dari sekolah luar bandar mencapai TP6 PBD.Kajian
ini melibatkan seramai 7 orang responden. Reka bentuk kajian secara kualitatif
menggunakan pemerhatian,lisan,kaedah PBL dan analisis dokumen merujuk rubrik
pemarkahan dalam pentaksiran bilik darjah(PBD).PBD dilaksanakan bertujuan untuk
menentukan pencapaian standard prestasi murid.Dapatan kajian menunjukkan terdapat
peningkatan terhadap pencapaian prestasi murid selepas murid melaksanakan PBL ini
dengan menggunakan media pembelajaran audio visual.Hasil dapatan menunjukkan
penyampaian maklumat tentang artifak/produk yang dihasilkan dapat disampaikan secara
bersistematik,teratur dan jelas.Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat, hasil
pemerhatian dan temubual mendapati murid memberikan respons yang positif terhadap
penggunaan media pembelajaran audio video aplikasi canva di mana membantu dalam
mengingat dan memahami pembelajaran dan memudahkan murid dalam pembentangan
PBL. .Kesimpulannya,PBL dalam pengajaran dapat membantu untuk meningkatkan
kefahaman murid dalam topik Kimia sekaligus memantapkan pedagogi guru di dalam bilik
darjah ataupun luar bilik darjah dalam penggunaan teknologi maklumat.

Kata Kunci: Media Pembelajaran Aplikasi Audio-Visual , PBL dan PBD

6
PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran pada masa pandemik dijalankan secara dalam dan luar
talian.Namun, pembelajaran murid ke arah pembelajaran kendiri telah memberi satu ruang
baharu yang mencabar untuk pengkaji merancang satu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan terutama sekali dalam aspek pelaksanaan Pentaksiran
Bilik Darjah(PBD). Pentaksiran bilik darjah (PBD) merupakan satu proses pengumpulan
maklumat untuk membantu pengkaji mengesan tahap penguasaan murid terhadap
pembelajaran mereka.Penyataan masalah yang di hadapi semasa PdPR yang lalu dimana
murid menghantar tugasan PBL artifak/produk akhir mereka secara bergambar digital tanpa
sebarang maklumat bertulis dan tidak merujuk rubrik pemarkahan.Ini menyebabkan
kesukaran pengkaji dalam menetapkan tahap penguasaan(TP) murid semasa PBD.

Sejajar dengan kemajuan dunia digital dalam pendidikan, kaedah PdP dan pentaksiran
juga mengalami perubahan. Pelbagai alat digital dan aplikasi baharu dicipta, maka
penggunaannya boleh dioptimumkan mengikut kesesuaian pelaksanaan PdP dan PBD.
Dalam era pembelajaran “remote learning” pada era norma baharu, Project Based Learning
(PBL) dianggap kaedah yang paling sesuai. Dengan waktu kelas yang terhad(sejam sehari)
untuk kelas online, pembelajaran tidak seharusnya bergantung kepada pembelajaran
bersemuka sahaja, sebaliknya majoriti pembelajaran berlaku secara offline.Salah satu
kaedah dalam PBD yang melibatkan kaedah pentaksiran secara pemerhatian, bertulis dan
lisan yang boleh dijalankan dengan menggunakan aplikasi audio visual seperti canva bagi
membolehkan guru memerhati dan mentaksir proses kerja murid.

Lantaran itu, pembelajaran dengan membantukan media pembelajaran aplikasi audio


visual seperti aplikasi canva sangat berkesan apabila murid menjalankan aktiviti
pembelajaran berasaskan projek(PBL) semasa PdPR. Melalui kefahaman melalui Reka
bentuk(KmR) pendekatan PBL adalah kaedah pembelajaran yang membolehkan murid
mengkaji sesuatu topik yang diberi untuk menghasilkan produk pada akhir pembelajaran.
Sebelum ini, pentaksiran untuk mengukur tahap penguasaan murid mencapai TP6 bagi
kemahiran mereka bentuk semasa melaksanakan PBL adalah secara bersemuka tetapi
disebabkan keadaan pandemik, kesukaran dalam mengukur tahap penguasaan
murid.Namun begitu, penilaian pentaksiran berasaskan projek telah berubah apabila
keadaan pandemik covid-19 melanda negara di mana PBL dilaksanakan semasa PdPR
sebagai aktiviti PdP.

Secara umumnya,kajian ini bertujuan bagi menilai adakah penggunaan bahan bantu
belajar aplikasi audio visual seperti aplikasi canva dapat membantu meningkatkan
kemahiran,menganalisis, mengaplikasi, menilai dan mencipta dalam penyampaian
maklumat menghasilkan sesuatu artifak/produk PBL. Manakala kajian secara khusus pula
untuk mengubah strategi pengajaran guru bagi menggalakkan murid luar bandar untuk
menggunakan ICT dalam menyampaikan/membentangkan produk/artifak akhir dalam
PBL.Selain itu, dengan menggunakan bahan media pembelajaran aplikasi audio visual
sebagai bahan rangsangan dapat meningkatkan pemikiran aras tinggi dan kreatif dalam
pembelajaran.

Dalam menilai pencapaian murid mengikut standard prestasi, kefahaman merekacipta


menggunakan pengetahuan mengenai kimia konsumer dalam konteks penyelesaian
masalah sangat penting bagi murid kerana murid dapat membuat keputusan atau dalam
melaksanakan aktiviti/tugasan menghasilkan produk akhir semasa melaksanakan sesuatu
projek

7
Berdasarkan kepada objektif kajian, antara persoalan yang boleh dijawab ialah:

a) Adakah strategi menggunakan bahan media pembelajaran alat audio visual aplikasi
membantu murid dalam menyampaikan pembentangan pembelajaran berasaskan
projek secara berkesan bagi mencapai TP6 PBD?

b) Adakah penggunaan audio video ini berkesan dalam meningkatkan pemikiran kreatif
dan pemikiran aras tinggi seperti mengaplikasi, menganalisis,menilai dan mencipta bagi
murid?

c) Adakah bahan media pembelajaran audio visual aplikasi membantu guru dalam
menambah baik amalan dalam penilaian pentaksiran berasaskan projek semasa
pembentangan murid?

Tinjauan awal semasa melaksanakan PBL secara PdPR didapati murid hanya
menghantar gambar tugasan secara digital bergambar.Pembentangan artifak/produk yang di
hasilkan tidak dihuraikan oleh murid dengan sepenuhnya dan tidak merujuk rubrik
pemarkahan yang ditetapkan.Selain itu,murid juga kurang pendedahan dan tidak
mengetahui kaedah yang sesuai dalam penyampaian pembentangan projek mereka secara
keseluruhan. Maka, ini menyukarkan pengkaji dalam menetapkan dan menentukan tahap
penguasaan murid mencapai TP6 iaitu merekacipta dalam melaksanakan
aktiviti/tugasan.Perkongsian ilmu yang diperolehi melalui webinar,pengkaji mengubah
pendekatan pengajaran dan pembelajaran semasa PdPR dengan cuba membiasakan
murid dengan alat audio visual aplikasi dalam Projek Based Learning(PBL). Melalui
pemerhatian saya dapati 80% murid saya mempunyai kecerdasan visual-ruang.Oleh
itu,saya berpendapat bahawa penggunaan audio-video aplikasi canva dalam pembelajaran
dapat membantu murid bagi meningkatkan pemikiran aras tinggi dalam kemahiran teknologi
maklumat,kreatif dan komunikasi mereka semasa mereka melaksanakan PBL.Temubual
dengan murid, dapati mereka lebih mudah faham dalam menyampaikan maklumat hasil
artifak/produk melalui penggunaan alat audio visual aplikasi kerana lebih bersistematik dan
teratur dalam penyampaian tugasan PBL.

METODOLOGI

Kajian ini akan menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan pemerhatian,lisan


dan bertulis bagi menentukan pencapaian tahap penguasaan mengikut standard prestasi
murid dalam penyediaan maklumat dan laporan PBD. Pengkaji telah menggunakan model
kajian tindakan yang diasaskan oleh Kemmis dan Mc Taggart(1988) yang menghuraikan
sebuah reka bentuk dalam melaksanakan proses pelaksanaan kajian tindakan iaitu
merancang,bertindak, memerhati dan mereflek. Hasil tinjauan awal,isu dan punca masalah
yang timbul telah dikenal pasti dan perancangan tindakan dilakukan bagi menambahbaikan
amalan pengkaji dalam pelaksanaan PBD.Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) merupakan satu
kaedah yang diperkenalkan untuk mengukur proses perkembangan pembelajaran murid
secara berterusan(Jacob & Parkinson,2015).

Seterusnya, intervensi yang dikenal pasti dilaksanakan dan dilakukan secara


pemerhatian,bertulis dan lisan untuk melihat keberkesanan intervensi kajian yang
dijalankan ini juga lebih berfokus kepada penggunaan medium bahan media pembelajaran
audio visual aplikasi dalam pembentangan Pembelajaran Berasaskan Projek bagi
menentukan pencapaian standard prestasi murid TP 6 dalam penilaian pentaksiran (PBD)
berasaskan projek menghasilkan produk akhir berserta teknik penyoalan aras tinggi untuk
merangsang murid-murid berfikir.Melalui pernyataan dalam penulisan Jurnal Pendidikan
oleh Nur Aisyah et al penggunaan audio visual juga mampu menggalakkan murid-murid
untuk berfikir secara kritikal dan menyelesaikan masalah. Di samping itu, pembelajaran
berasaskan projek ini juga dianggap sebagai satu kaedah yang dapat menggalakkan

8
pembelajaran bermakna dan memupuk kemahiran kognitif aras yang lebih tinggi dalam
kalangan murid (Marx et al. 1997; Blumenfeld et al. 1991).

Sasaran Kajian

Seramai 7 orang responden daripada 17 orang di pilih dalam kelas 5 Kritis bersekolah di
SMK Kota Marudu dalam kategori sekolah luar bandar dan mereka berada di kawasan
berdekatan dengan pencawang talian komunikasi. Murid juga di pilih berdasarkan
mempunyai kemudahan alat peranti seperti telefon bimbit,tab atau laptop dan talian internet
yang stabil.

Instrumen kajian

Bagi kajian ini, instrumen yang digunakan melibatkan analisis dokumen iaitu borang
rubrik pemarkahan PBD dalam jadual 1 serta templat PBL dan media pembelajaran audio
visual aplikasi canva. Pada awalnya, templat panduan PBL dan medium yang terlibat adalah
melalui gambar foto secara digital semasa murid menghantar tugasan PBL sebagai pelantar
laporan PBD guru. Seterusnya, bagi menambahbaikan penilaian secara keseluruhan bagi
menentukan tahap penguasaan murid dengan merujuk kepada jadual 2 dan analisis
dokumen iaitu rubrik pemarkahan PBD pada jadual 1 serta templat PBL digunakan dalam
kemudahan merekod PBD mengikut standard prestasi.

Jadual 1
Panduan Rubrik Pemarkahan
Kriteria Aspek Dinilai Markah
Murid boleh:
Pengetahuan 1) mengemukakan pernyataan masalah
yang mampu menyelesaikan isu yang
dibangkitkan 20%
2) melaksanakan sorotan literatur
3) menterjemahkan pemahaman untuk
menyelesaikan sesuatu masalah melalui
kaedah inkuiri, kajian, analisis atau
pengalaman?

Proses
Murid boleh: 20%
1) melaksanakan langkah yang betul
melalui proses mengumpul, menganalisis
dan mempersembahkan data dengan
tepat untuk melengkapkan projek
2) menyiapkan projek dalam tempoh
masa yang dirancang
Rekabentuk
Murid boleh:
1) merancang projek secara terperinci 20%
dan dilaksanakan secara sistematik
2) menghasilkan projek yang menarik dan
kemas
3) mengutamakan konsep mesra alam
4) menulis laporan dengan literasi saintifik
yang sesuai
Persembahan Murid boleh:

9
1) mempersembahkan idea utama dan 20%
maklumat tambahan secara jelas dan
logik
2) membuat interaksi dengan audien
menggunakan sebutan yang jelas dan
Kemahiran bahasa badan yang betul
Abd ke-21 20%
Murid boleh:
1) menunjukkan kemahiran kolaboratif,
kritis, kreatif, komunikasi dan nilai.

Sumber: Templat Pelaporan PBD,kerja projek


Nota: Indikator Tahap Penguasaan PBD(sekolah):TP4(60%-70%), TP5(71%-80%),
TP6 (81%-100%).

Jadual 2
Standard prestasi
Tahap TEMA 4: KIMIA INDUSTRI
Penguasaa
n
1 Mengingat kembali pengetahuan dan kemahiran asas
mengenai kimia industri.
2 Memahami kimia industri dan dapat menjelaskan kefahaman
tersebut.
3 Mengaplikasikan pengetahuan mengenai kimia industri
untuk menerangkan kejadian atau fenomena alam dan dapat
melaksanakan tugasan mudah.
4 Menganalisis pengetahuan mengenai kimia industri dalam
konteks penyelesaian masalah mengenai kejadian atau
fenomena alam.
5 Menilai pengetahuan mengenai kimia industri dalam konteks
penyelesaian masalah dan membuat keputusan untuk
melaksanakan satu tugasan.
6 Merekacipta menggunakan pengetahuan mengenai kimia
industri dalam konteks penyelesaian masalah dan membuat
keputusan atau dalam melaksanakan aktiviti/ tugasan dalam
situasi baharu secara kreatif dan inovatif dengan mengambil
kira nilai sosial/ ekonomi/ budaya masyarakat.
Sumber: KSSM Kimia, DSKP Tingkatan 5 muka surat158

Analisis Data
Analisis data menunjukkan pencapaian tahap penguasaan murid sebelum
diperkenalkan penggunaan media pembelajaran aplikasi audio visual dengan merujuk jadual
3.

10
Jadual 3
Pencapaian murid dalam melaksanakan PBL dan PBD
Nama murid Pemarkahan Tahap Penguasaan
Projek PBL 100% PBD
Murid 1 75% TP5
Murid 2 65% TP4
Murid 3 68% TP4
Murid 4 70% TP4
Murid 5 77% TP5
Murid 6 64% TP4
Murid 7 79% TP5

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Intervensi
Bahagian ini membincangkan tentang intervensi 1 dan dan intervensi 2 bagi kajian ini.

Intervensi 1
Intervensi pertama kaedah digunakan dalam kajian ini hanya melibatkan medium
bergambar foto secara digital semasa murid menghantar tugasan dan templat perancangan
PBL.Penghantaran maklumat tugasan murid melalui medium aplikasi Telegram.

a) Hasil daripada tinjauan di dapati:


i. Pengkaji dapati murid tidak tahu cara yang sesuai dan sistematik dalam penyampaian
hasil projek akhir PBL.
ii. Murid kurang mahir atau belum di dedahkan dengan penggunaan media pembelajaran
audio visual dalam pembentangan PBL mereka secara talian dengan menggunakan
aplikasi.
b) Pemerhatian
i. Pengkaji dapati, murid menghantar tugasan PBL secara grafik(bergambar) tanpa
penjelasan yang kukuh.
ii. Selain itu, ada dalam kalangan murid yang menghantar tugasan video aktiviti tanpa
sebarang audio ataupun maklumat secara bertulis.
c) Refleksi
i. Kesukaran pengkaji dalam menentukan tahap penguasaan murid mengikut standard
prestasi PBD dalam pembelajaran berasaskan projek.
ii. Murid juga kurang jelas dalam penyampaian maklumat tugasan PBL.

Intervensi 2

Intervensi kedua berdasarkan maklumat yang dikumpul melalui temu bual dan
pemerhatian daripada tinjauan awal, bagi menambahbaikan pengkaji telah merancang
aktiviti yang perlu pengkaji laksanakan seperti menggunakan media pembelajaran audio
visual aplikasi canva dalam pembentangan PBL.Ini bertujuan untuk mendedahkan murid
cara penyampaian dalam pembentangan PBL bagi menghasilkan produk akhir secara
berkesan dengan berpandukan kepada rubrik pemarkahan dan standard prestasi dalam
PBD. Selain itu, penggunaan aplikasi canva melahirkan murid pemikiran aras tinggi dan
kreatif dalam pengisian maklumat secara sistematik dalam penyampaian penghasilan
produk/artifak.

Semasa pelaksanaan tindakan dan pemerhatian serta penilaian, murid disediakan


templat perancangan PBL dan rubrik pemarkahan bagi memudahkan murid
membentangkan tugasan PBL dengan merujuk kepada panduan PBL dan penyampaian
maklumat berpandukan teknik penyoalan KBAT.

11
Murid melaksanakan tugasan PBL mengikut tempoh ditetapkan.Pembelajaran murid
secara flipped-classroom di mana murid juga akan mengumpul maklumat yang diperolehi
dalam internet mengikut fasa perancangan.Murid akan merancang bahan dan kaedah
penyediaan yang diperlukan dalam menghasilkan sesuatu produk.Fasa seterusnya murid
akan menghasilkan satu produk bahan kosmestik semula jadi dan mengkaji kebaikan dan
keburukkan kepada pengguna.Fasa seterusnya adalah fasa pembentangan PBL.Dapatan
menunjukkan murid dapat menghasilkan produk topeng muka sendiri dengan menggunakan
bahan semula jadi bebas daripada bahan kimia.

Semasa fasa pembentangan, murid menyediakan maklumat menggunakan templat


audio visual aplikasi canva.Pengkaji menyediakan beberapa contoh link pengajaran
menggunakan alat audio visual aplikasi canva dalam pembentangan projek di mana murid
akan muat turun aplikasi Canva di App Store atau GooglePlay Store dalam peranti
telefon,tap ataupun laptop.Murid menerokai penggunaan media pembelajaran audio visual
aplikasi yang sesuai dan melaksanakan tugasan mengikut kreativiti sendiri dalam
pembentangan PBL.

Pemerhatian/Lisan/Bertulis
Semasa murid membentangkan PBL secara lisan dan bertulis menggunakan media
audio audio aplikasi, pengkaji melaksanakan pentaksiran melalui pemerhatian daripada link
penggunaan alat audio visual aplikasi yang diberi oleh murid.

Refleksi
Murid menggunakan media pembelajaran alat audio visual aplikasi canva dalam
pembentangan PBL mereka menjadi lebih sistematik.Dengan adanya media audio visual
animasi ini meningkat motivasi murid dan melahirkan pemikiran kreatif dan inovatif dalam
mencipta.Selain itu, didapati maklumat yang disampaikan secara bertulis menggunakan
aplikasi ini, memberi penjelasan yang tepat,berkesan dan teratur dalam sesuatu penerangan
topik. Murid juga dapat menjelaskan danmenghuraikan hasil tugasan mereka mengikut
kriteria rubrik pemarkahan berpandukan kepada templet PBL serta penyoalan aras tinggi
semasa pembentangan.Melalui pemerhatian, murid mudah faham dan memahami tentang
topik yang dipelajari dan dapat menghasil sesuatu produk.Secara tidak langsung murid
mencapai Tahap Penguasaan TP 6.
Langkah terakhir penilaian PBD terhadap murid melalui 3 cara iaitu pemerhatian,lisan
dan bertulis. Bagi pemerhatian,lisan dan bertulis, pengkaji melaksanakan pentaksiran
melalui pemerhatian daripada penggunaan alat audio visual aplikasi yang diberi oleh murid.
Dalam pembentangan murid, pengkaji akan menilai cara murid berkomunikasi mengolahkan
dan menjelaskan maklumat dalam menghasilkan sesuatu produk mengikut kreativiti mereka
dalam menggunakan aplikasi canva. Setelah selesai pentaksiran, penilaian murid akan
direkod secara 2 dalam 1 mengikut topik dan templat projek PBL. Berikut merupakan jadual
4 rumusan pencapaian murid dalam kerja projek dan tahap penguasaan PBD.

12
Jadual 4
Rumusan keseluruhan pencapaian murid PBL dan tahap penguasaan murid
Nama murid Pemarkahan Tahap Penguasaan
Projek PBL 100% PBD
Murid 1 94% TP6
Murid 2 90% TP6
Murid 3 90% TP6
Murid 4 88% TP6
Murid 5 90% TP6
Murid 6 88% TP6
Murid 7 92% TP6

Nota: Indikator Tahap Penguasaan PBD(sekolah):TP4(60%-70%), TP5(71%-80%),


TP6 (81%-100%).

Berdasarkan kepada keputusan, minat menggunakan komputer dalam kalangan murid


adalah memuaskan. Hampir 90% berminat dalam mengendalikan media pembelajaran
aplikasi audio visual. Daripada jumlah tersebut kebanyakan menyatakan bahawa media
pembelajaran audio visual aplikasi ini berperanan dalam membantu menghasilkan tugasan
pembentangan mereka dalam pembelajaran berasaskan projek dengan mudah dan
bersistematik.

Melalui penyoalan dapatan kajian adalah:

A) Adakah strategi menggunakan bahan media pembelajaran alat audio visual aplikasi
membantu murid dalam menyampaikan pembentangan pembelajaran berasaskan projek
secara berkesan bagi mencapai TP6 PBD?

Penggunaan media pembelajaran audio visual aplikasi dalam pembelajaran berasaskan


projek dalam kajian ini memudahkan murid berkomunikasi dalam menyampaikan maklumat
PBL secara berkesan dan bersistematik semasa pembentangan PBL.Melalui pemerhatian
pengkaji, dapati semasa pembentangan murid dengan menggunakan alat audio visual
aplikasi contohnya canva sangat jelas dan maklumat yang hendak disampaikan sangat
sistematik.Murid juga dapat mengaplikasi apa yang telah mereka pelajari melalui
pengalaman dan mencuba untuk menghasilkan produk mereka sendiri dan menerangkan
langkah-langkah penghasilan produk.Murid juga faham dan memahami topik yang dipelajari
dan dapat menyatakan kebaikan dan keburukan serta menjawab dan menghuraikan
penyoalaan KBAT yang dikemukakan oleh guru penggunaan sesuatu produk bahan
kimia.Secara tidak langsung merangkumi kriteria rubrik pemarkahan dan mencapai Tahap
Penguasaan TP6 dalam PBD.

B) Adakah penggunaan audio video ini berkesan dalam meningkatkan pemikiran kreatif dan
pemikiran aras tinggi seperti mengaplikasi, menganalisis,menilai dan mencipta bagi murid?

Dapatan mendapati teknik PdP berbantukan kemudahan Internet amat berkesan dan
berjaya mewujudkan suasana yang lebih berinovasi.Bantuan daripada Internet serta
panduan daripada guru juga memudahkan murid terutama ketika mencari bahan serta
maklumat berkaitan kursus serta ketika melakukan pembentangan.Penggunaan media
pembelajaran audio visual berkesan dalam meningkatkan pemikiran kreatif,inovatif dan
pemikiran aras tinggi seperti mengaplikasi, menganalisis,menilai dan mencipta bagi murid di
mana membolehkan murid meneroka sendiri dengan lebih mendalam mengenai topik yang
dipelajari dan menyampaikan melalui alat audio visual aplikasi.Aplikasi canva ini menjana
minda murid dengan menghasilkan gabungan audio visual video animasi yang sangat kreatif
dan ceria mengikut kreativiti murid malah mudah ingat dan faham tentang sesuatu topik
yang di pelajari .Selain itu,sebagai langkah persediaan awal murid ke peringkat tinggi,

13
kemahiran komunikasi teknologi maklumat sangat penting dalam pembelajaran kerana
memudahkan murid dalam menerokai sesuatu yang baharu.

C) Adakah bahan media pembelajaran audio visual aplikasi membantu guru dalam
menambah baik amalan dalam penilaian pentaksiran berasaskan projek semasa
pembentangan murid?

Dalam pembentangan murid, pengkaji dapat menilai cara murid berkomunikasi


mengolahkan dan menjelaskan maklumat dalam menghasilkan sesuatu produk mengikut
kreativiti mereka dalam menggunakan aplikasi canva.Pengkaji juga dapati penghasilan
produk yang dihasilkan oleh murid secara audio visual kelihatan lebih jelas dan nyata.Ini
memudahkan pengkaji meletakkan tahap penguasaan TP6 mengikut standard prestasi
terhadap murid.Secara tidak langsung media pembelajaran audio visual aplikasi canva ini
menambah baik amalan dalam penilaian pentaksiran berasaskan projek semasa
pembentangan murid?

KESIMPULAN

Kesimpulannya, murid kawasan luar bandar juga mampu dan seiring dengan murid di
bandar dalam menggunakan teknologi maklumat walaupun terdapat pelbagai cabaran
dalam talian Internet yang tidak stabil.Hasil dapatan kajian didapati penggunaan media
pembelajaran audio visual aplikasi canva memberi kebaikan di mana merupakan satu
medium yang kebanyakkan isiannya percuma.Sebelum ini, murid hanya menggunakan
gambar digital untuk menghantar tugasan projek akhir mereka.Namun, aplikasi ini
membantu murid ingat, dan faham apa yang mereka pelajari bagi mengkaji sesuatu
tugasan PBL malah memudahkan murid 5 Kritis membentangkan tugasan di beri dengan
baik kerana susunan murid dalam menyampaikan maklumat sangat jelas dan teratur di ikuti
dengan visual animasi yang dihasilkan oleh murid sangat kreatif,menarik dan ceria.Pengkaji
dapat melaksanakan penilaian secara menyeluruh merujuk rubrik pemarkahan dan standard
prestasi semasa menilai tugasan murid.

Melalui pembelajaran berasaskan projek STEM pula, murid dapat menerokai sesuatu
benda yang baharu di samping itu dapat melahirkan pemikiran yang kreatif dan inovatif
sejajar dengan PAK-21. Murid telah merentas kurikulum pembelajaran iaitu asas
keusahawanan dalam menghasilkan sesuatu produk baharu.Murid juga memberi responds
yang positif dalam penggunaan media pembelajaran audio visual aplikasi canva dan
mencapai 93% kefahaman mereka dalam penggunaan aplikasi canva ini dan kefahaman
mereka dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan projek.Selain itu, pengkaji juga
mendapati murid sudah kurang bergantung kepada guru berbanding sebelumnya dan
mereka sudah mampu untuk mencari maklumat di samping melakukan pembelajaran kendiri.

Secara keseluruhannya, pengkaji berpuas hati dengan hasil kajian tindakan ini.Kaedah
pembelajaran berasaskan projek yang digunakan dalam standard pembelajaran ubat-ubatan
dan bahan kosmetik ini berjaya memberi kesan yang positif kepada peningkatan
pemahaman murid tingkatan 5 Kritis malah mencapai pembelajaran merentas kurikulum
iaitu keusahawanan.Cadangan kajian lanjutan menggunakkan audio visual aplikasi sebagai
bahan pengajaran seperti penghasilan poster,simulasi ekperimen dan bahan pendidikan.

14
RUJUKAN

Abdul Jabbar, A. I. & Patrick, F. 2015. Gameplay engagement and learning in game-based
learning: a systematic review. Review of Educational Research, 85(4): 740-779.

Emlly, K.G. Keberkesanan Penggunaan Audio-Visual(video) Sebagai Bahan Bantu


BelajarTerhadap Peningkatan Pemikiran Aras Tinggi Murid Dalam Matapelajaran Sains
Tahun 5.Fakulti Pendidikan Dan Bahasa,Uni.Terbuka Malaysia.

Faridah Salam,Ramlam Mailik & Norhasbiah Ubaidullah (2015).Perubahan Pencapaian


Matapelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Melalui Pembelajaran
Berasaskan Projek dengan Scaffolding,Jurnal Pendidikan Malaysia.

Ishak Baba. (2009). Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dan kaitannya terhadap
prestasi akademik pelajar UTHM. Johor, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
40(1)(2015)

Noraini A,Chee Sian C.,Kamal Junaidi Z.Amali Process Sains Tingkatan 4.Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.2020,: 144-149.

Norhanim, A,J(2021). Pendekatan Pentaksiran Bilik Darjah Dalam Sains Dengan


Menggunakan Kaedah M.A.P, SMK Kota Marudu,Sabah

Surif,J.,Ibrahim,N,H & Rohaya, A.H.(n.d).Tahap Amalan Dan Pengintergrasian ICT


DalamProses Pengajaran Dan Pembelajaran Sains,Johor.

Yahya Othman (2014),Keupayaan Menguasai Kemahiran Menulis Melalui Pembelajaran


Berasaskan Projek Dalam Penulisan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu-JPPN Vol,4,Bil
1( Mei 2013).ISSN: 2180-4842

Wang, A. I. 2015. The wear out effect of a game-based student response system.
Computers & Education, 82: 217-227.

15
Kajian tindakan/
Penyelidikan

16
4C DALAM “Kit 2F1M” MEMBANTU MURID MEMAHAMI DAN MENGINGAT BAHAGIAN
SISTEM RANGKA MANUSIA

Norhanim Bt Abd Jamil


Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu.Kota Marudu Sabah
norhanim1506@gmail.com

Abstrak
Cabaran norma baharu pengajaran dan pembelajaran berlaku semasa sesi persekolahan
penggal bermula secara PDPC bersemuka. Kajian ini dijalankan untuk membantu murid
Tingkatan 4 Kreatif memahami dan mengingat bahagian sistem rangka manusia. Dalam
silibus KSSM Sains Tingkatan 4 di tambahkan subtopik baharu berkaitan Sistem Rangka
Manusia, di dapati 80% murid kurang mengingat bahagian dan peranan sistem rangka
manusia. Maka, penggunaan alat bantu mengajar iaitu “Kit 2F1M” di gunakan untuk
membantu murid memahami dan mengingat bahagian sistem rangka manusia.Kajian ini di
laksanakan secara kualitatif iaitu secara temubual/lisan,pemerhatian dan analisis
dokumen(latih tubi).Seramai 28 orang murid 4 Kreatif dari kategori sekolah luar bandar di
jadikan sebagai responden dalam kajian ini.Tinjauan awal di dapati, kesukaran murid dalam
mengingat sistem rangka manusia adalah mereka menganggap subjek ini sukar untuk
mengingat dan segelintir murid tidak mengikuti kelas PdPR. Hasil daripada kajian dijalankan,
penggunaan bahan bantu mengajar “Kit 2F1M”,pembelajaran berpusatkan murid
menekankan konsep 4C (Creativitiy,Critical Thinking,Collaboration,Communication) dapat
membantu murid dalam memahami dan mengingat secara tidak langsung meningkatkan
motivasi murid untuk belajar secara berkumpulan.Alat “Kit 2F1M” mengandungi 2F iaitu Flip
board dan Flash card berwarna warni dan 1M iaitu Model 3D rangka manusia.Dengan itu,
80% orang murid menunjukkan peningkatan memahami dan mengingat sistem rangka
manusia dengan mudah di mana murid dapat menyentuh dan menerokai secara visual
model 3D rangka manusia dan penyampaian maklumat menggunakan Flash card berwarna
warni membantu murid mengingat secara berkesan.Dari segi implikasinya, pengkaji harus
memastikan penggunaan bahan bantu mengajar mencukupi serta berada dalam keadaan
baik untuk mewujudkan pembelajaran yang berkesan untuk pelajar.

Kata kunci: Kit 2F1M, Pembelajaran Berpusatkan Murid, 4C (Creativity,Critical Thinking.


Collaboration,Communication).

PENDAHULUAN

Pendidikan merupakan aspek penting dalam menentukan kualiti kepada generasi baru
dalam menempuh perubahan peradaban global yang drastik (Norazlin Mohd Rusdin & Siti
Rahaimah Ali, 2019).Di Malaysia, pendidikan kini telah mengalami transformasi secara
berperingkat dari semasa ke semasa dan untuk bergerak seiring dengan arus pemodenan
abad ke 21, kurikulum di peringkat sekolah menengah dan rendah juga telah digubal oleh
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Transformasi ini turut melibatkan pembelajaran
subjek Sains di semua peringkat (Faridah Darus, Rohaida Mohd Saat, Abd Razak Zakaria,
2013).
Dalam pembelajaran abad ke 21, guru perlu menerapkan teknik pengajaran yang
memberi peluang kepada murid-murid untuk mencungkil potensi diri (Norazlin Mohd Rusdin
& Siti Rahimah Ali, 2019).Di sini, kreativiti guru memainkan peranan untuk memastikan
objektif ini tercapai (Aqmarollah Mohd Nasip,2016). Bagi menerapkan PAK 21, guru-guru

17
perlu memperkayakan diri dengan pemikiran kreatif, pemikiran inovatif, pemikiran kritis,
menitikberatkan penyelesaian serta kecekapan membuat keputusan (Badrul Hisham Alang
Osman & Mohd Nasruddin Basar, 2016). Menurut Langworthy (2013), cara guru
melaksanakan pengajaran akan mempengaruhi hasil PAK 21.
Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid merupakan satu elemen penting
dalam KSSM di sekolah.Penglibatan murid secara aktif dalam sesuatu pembelajaran tidak
bermaksud guru tidak memainkan peranannya dalam kelas malah penglibatan murid
bermakna murid bersama-sama guru berinteraksi untuk meneroka,menganalisis, mencuba
serta mencari jalan penyelesaian secara kritis,kreatif dan inovatif. Jika dulu, sistem
pengajaran konvensional hanya melibatkan guru memberi input kepada pelajar, dan kadang
kala berlaku murid menjadi bosan apabila hanya mereka hanya mendengar apa yang
diberikan oleh guru.Dalam melaksanakan pembelajaran berpusatkan murid, murid akan
diberi tugasan yang tentu sama ada dalam bentuk kumpulan ataupun individu. Murid
seterusnya perlu mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber untuk menyelesaikan
tugasan tersebut.

Menerusi perkongsian dalam blog Cikguhaimi(2016), Pembelajaran Abad 21 atau


ringkasnya PAK21 merupakan pendekatan yang semakin ditekankan di Malaysia sejak
kebelakangan ini malah pembelajaran Abad 21 bukanlah hanya berteraskan kepada
susunatur meja serta penggunaan tools seperti traffic light, reward, parking lot sahaja,
sebaliknya lebih besar daripada itu. PAK21 ini sebenarnya mestilah berasaskan kepada
konsep 4C.Dalam melaksanakan pembelajaran berpusatkan murid, terdapat beberapa
elemen yang diterapkan semasa PAK-21 iaitu menerusi kemahiran 4C iaitu
Komunikasi(Comunication),Kolaborasi(Colloboration),Pemikiran kritis(Critical Thinking),
kreatif(Creative).

Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) merupakan sebahagian daripada usaha


guru dalam usaha merangsang minat dan tumpuan murid terhadap pengajaran yang
seterusnya menjamin pemerolehan pengetahuan dan kemahiran oleh murid (Rashidi &
Abdul Razak, 1998).Strategi pembelajaran menggunakan BBM dapat meningkatkan
pengetahuan dan kefahaman membaca. Banyak penyelidikan telah membuktikan bahawa
penggunaan gambaran visual sebelum, semasa dan selepas membaca sesuatu bahan
bahan bantu mengajar akan dapat meningkatkan kefahaman (Gambrell & Bales, 1986;
Sadoski & Paivio, 2001). Sementara itu murid akan dapat membentuk kefahaman apabila
membuat penghuraian atau pengubahsuaian secara verbal semasa membaca teks. Ia
merupakan satu latihan bagi membentuk hubungan di antara maklumat lalu dan maklumat
baru menerusi imageri dan visualisasi ( Hanafi, 2007).

PENYATAAN MASALAH

Pengajaran dan pembelajaran pada masa pandemik dijalankan secara dalam dan luar
talian.Namun, pembelajaran murid ke arah pembelajaran kendiri telah memberi satu ruang
baharu yang mencabar untuk pengkaji kerana penglibatan murid mengikuti kelas PdPr
tindak mencapai tahap kehadiran yang maksimun.Ini di sebabkan masalah rangkaian talian
internet yang tidak stabil dan murid berada di kawasan pendalaman. Pada tahun 2020,
silibus KSSM dalam mata pelajaran Sains Tingkatan 4 telah ditambahbaikan.Namun
begitu,terdapat beberapa topik yang menjadi sukar untuk murid yang mengambil Sains
teras menguasai subtopik dan salah satu daripadanya ialah sistem rangka manusia.Pengkaji
menggunakan pendekatan pembelajaran secara visual animasi sistem rangka manusia
semasa pembelajaran secara online namun masih belum mencapai objektif pembelajaran.

Semasa sesi persekolahan bersemuka bermula pada penggal 2, pengkaji mengambil


pendekatan dengan mengenalpasti dan menggariskan sejauh mana topik atau kemahiran

18
yang diajar semasa sesi PdPR sampai kepada murid.Refleksi secara lisan dan
pemerhatian,dapatan menunjukkan murid masih belum menguasai subtopik sistem rangka
manusia.Murid juga tidak dapat menyatakan dan menyenaraikan kesemua nama bahagian
rangka manusia beserta perananya.Dapatan menunjukkan murid hanya mengetahui 20%
sahaja bahagian asas rangka manusia contohnya tulang belakang,tulang rusuk dan tulang
kaki.

Punca yang dikenal pasti menunjukkan murid tidak memberi fokus semasa PdPR
kerana menganggap kurang penting subtopik yang dipelajari.Kedua, kesukaran dalam
mengingat nama dan peranan bahagian sistem rangka manusia apabila pengkaji
mengemukakan soalan.Akhir sekali, murid tidak nampak dengan jelas dan nyata rangka
manusia dan hanya melalui bergambar ataupun animasi.

Walau bagaimanapun, satu program Pembelajaran Program Catch Up Plan oleh


Kementerian Pendidikan Malaysia bermula Februari 2022 bagi merapatkan semula jurang
pembelajaran ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah(PdPR).Tujuan program
ini dilaksanakan kepada kumpulan murid yang memerlukan pemulihan tambahan.Pengkaji
mengambil inisiatif daripada program ini melalui pembelajaran berpusatkan murid dengan
menggunakan bahan bantu mengajar bagi membantu murid menguasai memahami dan
mengingat sistem rangka manusia.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya objektif kajian dalam kajian ini adalah untuk


meningkatkan kefahaman murid dalam mengingat dan memahami bahagian sistem rangka
manusia.Manakala objektif secara khususnya untuk membantu murid memahami,
mengingat dan menerokai bahagian sistem rangka manusia dengan membantukan alat
bahan bantu mengajar iaitu “Kit 2F1M’.Selain itu, menerapkan pembelajaran berpusatkan
murid dengan aktiviti pembelajaran menepati kurikulum dan PAK 21 dalam subjek Sains
menerusi kemahiran 4C iaitu komunikasi(Comunication),
Kolaborasi(Colloboration),Pemikiran kritis(Critical Thinking), kreatif(Creative) dan pengkaji
dapat menambah baik aktiviti pengajaran dan pembelajaran subjek Sains.

PERSOALAN KAJIAN

Secara khususnya persoalan kajian adalah

i. Adakah penggunaan alat bantu mengajar “Kit 2F1M” dapat membantu murid memahami,
mengingat dan menerokai bahagian sistem Rangka Manusia?
ii. Adakah aktiviti kemahiran 4C dalam “Kit 2F1M” menerapkan pembelajaran berpusatkan
murid dalam PAK-21?

METODOLOGI

Rekabentuk kajian

Kajian ini akan menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan pemerhatian,lisan dan
bertulis bagi menentukan pencapaian tahap penguasaan murid. Pengkaji telah
menggunakan model kajian tindakan yang diasaskan oleh Kemmis dan Mc Taggart(1988)
yang menghuraikan sebuah reka bentuk dalam melaksanakan proses pelaksanaan kajian
tindakan iaitu merancang,bertindak, memerhati dan mereflek. Hasil tinjauan awal,isu dan
punca masalah yang timbul telah dikenal pasti dan perancangan tindakan dilakukan bagi

19
menambahbaikan amalan pengkaji dalam menentukan tahap penguasaan murid dan objektif
PdPc tercapai.

Seterusnya, intervensi yang dikenal pasti dilaksanakan dan dilakukan secara


pemerhatian,bertulis dan lisan untuk melihat keberkesanan intervensi kajian yang dijalankan
ini juga lebih berfokus pembelajaran abad ke 21 iaitu kaedah 4C dalam Kit 2F1M
berpusatkan murid dengan penggunaan alat bantu mengajar iaitu “Kit 2F1M” di samping
menerapkan elemen 4C iaitu komunikasi(Comunication), Kolaborasi(Colloboration),
Pemikiran kritis(Critical Thinking), kreatif(Creative)

Persampelan

Seramai 28 orang murid dalam kelas 4 Kreatif dari kategori sekolah luar bandar di jadikan
sebagai responden dalam kajian ini bersekolah di SMK Kota Marudu dalam kategori sekolah
luar bandar.Pencapaian mereka dalam subjek Sains adalah sederhana.

Instrumen kajian

Kajian ini juga menggunakan sebuah alat bantu mengajar yang terdiri daripada flash
card,flip board dan Model 3D seperti yang boleh dilihat dalam Rajah 1.Penggunaan bahan
bantu mengajar mampu mewujudkan tumpuan murid sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran serta berupaya meningkatkan pembelajaran yang cekap . Pelajar dapat
mengingat melalui penggunaan bahan bantu mengajar yang melibatkan gambar dan visual
(Abdullah, Abdullah, Rosman, & Ilias, 2015). Selain itu dengan penggunaan flash card yang
berwarna warni semasa murid menulis maklumat,dapat mempertingkatkan memori ingatan
murid.Murid juga dapat menerokai rangka manusia secara visual dengan menggunakan
Model 3D rangka manusia.Hasil kutipan data secara bertulis menunjukkan murid dapat
menulis dan mempamerkan maklumat pada flash card dan melabelkan pada setiap
bahagian rangka manusia.

Rajah 1. Alat Bantu Mengajar iaitu “Kit 2F1M”(Flash Card,Flip Board dan Model 3D)

20
Prosedur Kajian

Sebelum melaksanakan kajian ini ke atas murid, pengkaji merancang keperluan yang
diperlukan bagi menyediakan bahan.Aktiviti pembelajaran abad ke 21 ini berpusatkan murid
dilaksanakan secara Round table.Rajah 2 menunjukkan aliran langkah-langkah
perlaksanaan kajian menggunakan kaedah 4C dalam 2F1M:-

Guru memberi taklimat aktiviti dan murid dibahagikan


kepada beberapa kumpulan

Aktiviti kumpulan Round Table: Murid diberi “Kit 2F1M

Model 3D rangka manusia dibina dan murid menerokai


dan mengkaji setiap bahagian rangka manusia

Seterusnya, setiap ahli kumpulan di beri tugasan menulis


dan melabel rangka manusia menggunakan flash card

Selepas itu, murid akan menampalkan maklumat pada


setiap bahagian rangka manusia di atas flip board
mengikut kreativiti.

Sesi perbincangan dan mengemukakan penyoalan KBAT


-menerapkan elemen 4C iaitu komunikasi(Comunication),
Kolaborasi(Colloboration),Pemikiran kritis(Critical
Thinking), kreatif(Creative)

Setelah selesai sesi perbincangan, murid diberi masa


menjawab soalan pengukuhan

Rajah 2. Aliran menunjukkan perlaksanaan kaedah 4C dalam Kit 2F1M


DAPATAN KAJIAN
Tahap penguasaan murid dalam memahami dan mengingat struktur sistem badan manusia
dengan menggunakan kaedah 4C dalam Kit 2F1M menunjukkan peningkatan.Hasil
daripada tinjauan dan pemerhatian di dapati:
iii. pengkaji dapati murid menunjukkan semangat bekerjasama dan membantu dalam
aktiviti pembelajaran semasa menggunakan Kit 2F1M.
iv. murid berasa seronok kerana dapat menerokai dan menyentuh setiap bahagian Model
3D rangka manusia secara tidak langsung memudahkan mereka mengingat nama
bahagian tulang rangka dalam manusia.
v. Aktiviti pembelajaran PAK 21,Round Table berpusatkan murid menerapkan konsep 4C
dalam pembelajaran.

21
Berdasarkan rajah 2,3 dan 4 menunjukkan penggunaan Kit 2F1M di samping
menerapkan konsep 4C pembelajaran berpusatkan murid.

Rajah 2,3 dan 4. Pembelajaran berpusatkan murid menerapkan 4C dalam Kit 2F1M

Melalui dapatan penyoalan kajian adalah

A) Adakah penggunaan alat bantu mengajar “Kit 2F1M” dapat membantu murid memahami,
mengingat dan menerokai bahagian sistem Rangka Manusia?

Ya.Alat Bantu mengajar “Kit 2F1M membantu murid memahami , mengingat dan menerokai
bahagian sistem rangka manusia.Penggunaan Flash card yang berwarna warni yang
interaktif ini membolehkan murid membezakan setiap bahagian rangka manusia.Selain
itu,model 3D rangka manusia membolehkan murid melihat secara visual bentuk tulang
manusia.Aktiviti berkumpulan ini menggalakkan murid bertukar-tukar idea dan pandangan
mereka di samping membantu rakan-rakan yang belum menguasai subtopik.

B) Adakah aktiviti kemahiran 4C dalam “Kit 2F1M” menerapkan pembelajaran berpusatkan


murid dalam PAK-21?

Ya.Melalui kemahiran 4C, salah satunya murid digalakkan untuk berkomunikasi iaitu
menggunakan bahan dan juga pendekatan bagai menyampaikan ilmu yang mereka faham
daripada pembelajaran.Penerangan berpandukan buku teks dan alat Kit 2F1M
membolehkan murid berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan-rakan lain.

Selain itu, bagi menjana pemikiran kreatif murid diberi agihan tugasan di mana akan
menggunakan Flash card berwarna warni dalam menulis maklumat dan menyampaikan
maklumat ditulis pada Flipboard mengikut kreativiti mereka.Murid juga akan menerokai
bahagian model 3D rangka manusia.

Murid digalakkan untuk berkomunikasi iaitu menggunakan bahan dan juga


pendekatan bagai menyampaikan ilmu yang mereka faham daripada
pembelajaran.Penerangan berpandukan buku teks dan alat Kit 2F1M membolehkan murid
berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan-rakan lain.

Akhir sekali, dalam menerapkan PdP yang berunsurkan KBAT, pengkaji


melaksanakan beberapa strategi berkesan bagi membimbing murid untuk berfikir secara
KBAT dengan mengemukakan penyoalan KBAT mengikut aras murid.Pada masa yang
sama juga ahli dalam kumpulan juga akan mengemukakan soalan kepada rakan yang lain.

PERBINCANGAN

Keputusan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan iaitu mencapai 80%


kefahaman murid dalam menguasai dan memahami subtopik tersebut.Di dapati terdapat

22
perubahan pada diri murid di mana dapat mempertingkatkan kefahaman mereka melalui
pembelajaran secara berkumpulan.Selain itu,meningkatkan motivasi diri murid apabila
mereka belajar bersama.Manakala bagi pengkaji pula, dapat meningkatkan kebersanan
PdPC di samping menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran. Walaupun
terdapat sedikit limitasi penggunaan alat ini di mana murid tidak dapat memadam
kesalahan dalam penulisan mereka apabila menggunakan flash card.Ini di sebabkan
penggunaan marker pen yang tidak sesuai.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya,menunjukkan kaedah 4C dalam Kit 2F1M ini membantu


mempertingkatkan kefahaman murid dalam memahami dan mengingat sistem rangka
manusia.Di samping itu dapat menerapkan kemahiran 4C semasa aktiviti pembelajaran PAK
21 berpusatkan murid berlangsung.Dapatan kajian menunjukkan bahawa objektif kajian
tercapai dan pengkaji dapat menambahbaikkan amalan pengajaran dan
pembelajaran.Cadangan seterusnya adalah memurnikan semula flash card supaya lebih
berkualiti dan mesra pengguna di samping itu, alat bantu mengajar “Kit 2F1M” juga di
aplikasi penggunaanya dalam matapelajaran Sains menengah rendah dan subjek Biologi.

RUJUKAN
.
Aqmarollah Mohd Nasip (2016). PANDANGAN GURU TERHADAP TAHAP KESUKARAN
TOPIK- TOPIK SAINS TAHUN SATU.Fakulti Pembangunan Manusia,
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Badrul Hisham Alang Osman & Mohd Nasruddin Basar. (2016). Amalan pengajaran dan
pembelajaran abad ke- 21 dalam kalangan pensyarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Ipoh.Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 10.

Faridah Darus, Rohaida Mohd Saat & Abd Razak Zakaria. (2013). Transformasi guru dalam
pengajaran dan pembelajaran mengenai kemahiran membuat hipotesis dalam
kalangan murid sekolah rendah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 1(3),
47-57.

Gambrell, L. B., & Bales, R.1986. Mental imagery and the comprehension-monitoring
performance of fourth and fifth grade poor readers. Reading Research
Quarterly,21(4), 454-464

Mohd. Hanafi Mohd Yasin, Hasnah Toran, Mohd Mokhtar Tahar.(2007).PENGGUNAAN


BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN MURID-MURID PEMULIHAN
KHAS,Universiti Kebangsaan Malaysia 2007

Norazlin Mohd Rusdin & Siti Rahaimah Ali. (2019). Amalan dan cabaran pelaksanaan
pembelajaran abad ke-21. Proceedings of the international conference on Islamic
civilization and technology management.

Rashidi Azizan & Adbul Razak Habib. (1998.) Pengajaran dalam bilik darjah: Kaedah dan
strategi. Kajang, Selangor: Masa Enterprise

https://www.academia.edu/42952064/ELEMEN_4C_1N_DALAM_PENDIDIKAN

https://www.cikguhailmi.com/2016/03/konsep-4c-dalam-pembelajaran-abad-21.html

23
KEBERKESANAN APLIKASI (QUIZZIZ, & LIVEWORKSHEET) SEBAGAI
MEDIUM ALTERNATIF ULANGKAJI DAN PENTAKSIRAN KENDIRI TERHADAP
MURID VISUAL KINESTIK

NORHANIM BT ABD JAMIL


Sekolah Menengah Kebangsaan St John Tuaran
norhanim1506@gmail.com

Abstrak

Cabaran norma baharu Pembelajaran dan Pengajaran era transisi endemik telah berubah
semasa sesi pembelajaran bersemuka bermula.Dalam menguji tahap penguasaan dan
kefahaman murid di akhir sesi pembelajaran, proses ulangkaji merupakan antara bahagian
terpenting dalam aktiviti pembelajaran. Namun, semasa sesi PDPc bersemuka,situasi
pembelajaran abad ke-21 masih di laksanakan sepenuhnya oleh guru di dalam kelas dan
situasi ini tidak mencabar tahap penguasaan dan kefahaman murid kerana murid lebih
gemar kepada penggunaan elemen digital secara e-pembelajaran.Kajian ini bertujuan
untuk melihat keberkesanan aplikasi berasaskan permainan iaitu Quiziz dan aplikasi
liveworksheet sebagai medium ulangkaji serta membantu pembelajaran kendiri terhadap
murid visual kinestik.Respondan kajian seramai 24 orang murid dan mereka berada pada
tahap yang GALUS(mempunyai harapan untuk lulus).Melalui penggunaan Quizizz, guru
menyediakan soalan ulangkaji berbentuk kuiz untuk topik pelajaran tertentu, sebagai
tambahan bagi memperkukuhkan lagi topik tersebut guru juga menyediakan soalan dengan
menggunakan liveworksheet berbentuk formatif.Data analisa pentaksiran tahap penguasaan
murid dalam tajuk dipelajari diperolehi setelah murid selesai menjawab. Dapatan kajian
menunjukkan peningkatan dalam memahami sesuatu topik yang dipelajari dengan
mudah.Hasil kajian juga mendapati kebanyakkan responden bersetuju penggunaan aplikasi
interaktif dapat membantu dalam melaksanakan pentaksiran kendiri dan pentaksiran rakan
sebaya semasa proses ulangkaji di samping meningkatkan motivasi diri manakala pengkaji
dapat melaksanakan penilaian PBD murid di samping menambahbaikan amalan pengajaran
dan pembelajaran

Kata Kunci: Pembelajaran berpusatkan murid,Aplikasi Berasaskan Permainan.Murid visual


kinestik

1.0 Refleksi PdPC yang lalu

Semasa sesi bersemuka, proses ulangkaji bagi sesuatu topik di akhir pembelajaran adalah
berpusatkan kepada guru.Murid membuat latih tubi dan sesi soal jawab di dalam kelas.Saya
terpaksa menunggu hasil tugasan murid kerana ada di antara murid menyiapkan tugasan
dengan lambat dan akhirnya tidak hantar tugasan di beri.Saya dapati murid kurang proaktif
dalam sesi PdPC dan ada di antara mereka kurang fokus apabila saya mengajar.Sebelum
ini,semasa sesi PdPR pembelajaran lebih kepada teknologi iaitu menggunakan tablet,
telefon pintar dan komputer.Murid juga di lihat kurang bermotivasi dan tidak bersemangat
dalam mempelajari sesuatu topik Sains kerana menganggap subjek Sains sangat sukar
difahami dan tidak dapat di lihat dengan nyata dan gaya pembelajaran yang berpusatkan
kepada guru di mana saya masih menggunakan papan putih dalam menulis nota dan
memberi latihan pengukuhan menggunakan buku aktiviti murid.Secara tidak langsung murid
hilang konsentrasi apabila tidak bergerak.

24
Selain itu,kehadiran murid yang tidak kosisten juga menyebabkan murid tercicir
dalam pembelajaran.Saya juga tidak dapat menguji tahap penguasaan murid mengikut
subtopik yang di pelajari malah murid juga ketinggalan dalam topik yang telah dipelajari.

Secara tidak langsung memberi kesan kepada pengkaji di mana tidak dapat menguji
tahap penilaian murid melalui PBD dan murid pula tidak tahu sejauh mana kefahaman
mereka sesuatu subtopik.

Saya mengambil pendekatan dengan mengubah kaedah dan strategi pengajaran


saya di mana saya bertanggapan bahawa murid saya lebih ke arah visual dan kinestik dan
saya mengambil pendekatan menggunakan aplikasi teknologi pembelajaran.

Guru : Kamu semua ada handphone atau tab?


Semua Murid: Ada cikgu.
Guru : Handphone kamu ada jugakan internet.Cikgu harap internet kamu stabil.
Murid 1: Kenapa cikgu tanya tentang Handphone?
Guru: Untuk pembelajaran akan datang,cikgu cadangkan kamu bawa handphone.Cikgu
akan bagi soalan ulangkaji menggunakan aplikasi berasaskan permainan.Pastikan
handphone kamu cikgu pegang sebelum sesi kelas bermula dan juga di akhir sesi
pembelajaran.
Semua murid: ok cikgu..(nada yang gembira)
Murid 2: waa, bestnya cikgu..Terima kasih cikgu.

2.0 Fokus Kajian

Mengoptimunkan penggunaan aplikasi sebagai medium alternatif ulangkaji dan pentaksiran


bilik darjah.

3.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Umun

Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan penggunaan aplikasi sebagai medium
alternatif ulangkaji dan Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) mengikut bidang pembelajaran di
mana aktiviti pembelajaran menepati kurikulum dan PAK 21 dalam subjek Sains dan
pengkaji dapat menambah baik aktiviti pengajaran dan pembelajaran subjek Sains.

3.2 Objektif Khusus

I. Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran seperti aplikasi quizziz, dan liveworksheet


bagi menentukan pencapaian murid.
II. Mendedahkan murid kepada soalan berbentuk peperiksaan SPM Sains kertas 1 dan
Kertas 2.
III. Mewujudkan pembelajaran yang interaktif bagi mempertingkatkan motivasi murid.

3.3 Persoalan Kajian

1. Adakah penggunaan aplikasi quizziz dan liveworksheet dapat menarik minat murid
dalam mempelajari Sains dengan mudah?
2. Adakah penggunaan aplikasi quizziz dan liveworksheet memudahkan murid
membuat ulangkaji soalan peperiksaan dan pentaksiran kendiri?

25
3. Adakah penggunaan aplikasi pembelajaran berasaskan permainan ini sebagai
alternatif tambahan selain aktiviti secara “hands on” membantu murid memahami
sesuatu topik?

4.0 Kumpulan Sasaran

Responden kajian ini melibatkan 24 orang murid tingkatan 5 Lumia dan bilangan murid
mengikut jantina adalah lelaki seramai 15 orang manakala perempuan seramai 9
orang.Melalui keputusan peperiksaan Pertengahan Tahun 2022,pencapaian murid berada
pada tahap rendah dengan GPMP 8.71. Murid-murid ini juga tidak menduduki Pentaksiran
Tingkatan 3(PT3) pada tahun 2020.

5.0 Perlaksanaan Kajian

Bagi melaksanakan kajian tindakan ini, penyelidik telah menggunakan model kajian tindakan
yang di asaskan oleh Kemmis dan Mc Taggart(1988) yang menghuraikan sebuah reka
bentuk dalam melaksanakan proses pelaksanaan kajian tindakan iaitu merancang,bertindak,
memerhati dan mereflek.

5.1 Tinjauan Masalah

Melalui tinjauan awal di dapati penglibatan murid dalam kelas PdPC kurang proaktif.Ini
dapat di lihat melalui pemerhatian secara tingkah laku murid.Apabila pengkaji mengajar, di
dapati mereka kurang memberi maklum balas.Secara tidak langsung menyebabkan pengkaji,
mengulang beberapa kali topik pengajaran tersebut.Manakala melalui analisa dokumen
buku aktiviti murid,menunjukkan segelintir tidak dapat menyiapkan tugasan di beri tanpa
bantuan dan bimbingan guru.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Hasil dapatan analisis tinjauan melalui analisa dokumen,pemerhatian dan temu bual secara
lisan di dapati murid mudah memahami sesuatu pembelajaran dengan menggunakaan gaya
pembelajaran visual kinestik.Ini dapat di lihat semasa pengkaji melaksanakan gaya
pembelajaran secara visual kinestik seperti aktiviti amali “hands on” dan membuat model 3D
isomer Alkana.Di dapati murid lebih faham dan nampak dengan lebih jelas dalam
pembelajaran tersebut.

26
Gambar 1: Pemerhatian- Gaya pembelajaran secara visual -kinestik melibatkan aktiviti Hand
on memudahkan murid memahami sesuatu pembelajaran dengan jelas

5.3 Tindakan Yang Dijalankan

Bagi menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran, intervensi yang diperkenalkan


adalah menggunakan Aplikasi (Quzizz,liveworksheet) sebagai medium alternatif ulangkaji
dan pentaksiran kendiri selain daripada menggunakan pembelajaran secara aktiviti
“Hands on” terhadap murid visual-kinestik. .

Pembelajaran berasaskan permainan dapat meningkatkan motivasi, penglibatan,


tumpuan dan keseronokan belajar (Wang et al.2016; Abdul Jabbar & Patrick
2015). . Tujuan intervensi diperkenalkan untuk menguji keberkesanan penggunaan aplikasi
Quizziz dan liverworksheet sebagai medium alternatif ulangkaji dan pentaksiran kendiri di
samping mengukur sejauh mana tahap penguasaan murid dalam menguasai pembelajaran
semasa PdPC.Aplikasi Quizizz menginterarasikan teknologi maklumat, ilmu pengetahuan
dan konsep permainan yang menyeronokkan untuk menarik minat murid dan pengguna
melalui pemaparan animasi serta untuk menyatakan betul atau salah (Amirul M. M.,2017).

5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian

Semasa melaksanakan aktiviti pembelajaran berasaskan permainan ini, pengkaji akan


mengumpulkan soalan berbentuk sumatif dan formatif dan link aplikasi akan di kongsiakan
di dalam group Whatsap.Prosedur kajian dimulakan dengan pengendalian sesi ulangkaji
secara konvensional oleh pengkaji. Proses ini melibatkan penggunaan soalan latihan
bertulis serta sesi soal-jawab biasa antara guru dan murid.Selepas sesi konvensional,

27
responden di beri latihan pengukuhan menggunakan aplikasi Quizizz.Bagi meningkatkan
motivasi murid,pengkaji akan memaparkan kedudukan pencapaian murid di papan putih
kelas.Ini dapat mewujudkan persaingan aktiviti yang sihat dan meningkatkan motivasi murid
malah murid dapat melaksanakan pentaksiran kendiri dan pentaksiran rakan
sebaya(Norhanim A.J.,2021).

Rajah 3 dan 4: Murid menjawab soalan dan pencapaian murid di paparkan di papan putih

 Pemerhatian dan Penilaian

28
Rajah 5 dan 6: Analisa dan pentaksiran bagi menentukan tahap penguasaan murid

Melalui pemerhatian dan penilaian dalam rajah 5 dan rajah 6,pengkaji akan melaksanakan
pentaksiran bagi menentukan tahap penguasaan murid menerusi data yang diperolehi
dengan aplikasi Quizizz.Di akhir aktiviti,pengkaji akan berbincang dengan murid soalan
pentaksiran.Sebagai latihan tambahan dalam rajah 7,pengkaji menggunakan aplikasi
liveworkshet dan di berikan kepada murid.Penilaian murid di teruskan dan perbincangan
soalan di dalam kelas dalam rajah 8

Rajah 7: Aplikasi Interaktif Liveworksheet

Rajah 8: Perbincangan soalan latihan di dalam kelas

Melalui penggunaan aplikasi interaktif ini, murid yang tidak hadir dapat juga melaksanakan
pentaksiran kendiri di samping membuat ulangkaji.

29
5.5 Dapatan Kajian

Dapatan Analisis berdasarkan temu bual dan bertulis, dapatan kajian yang diperoleh
daripada 20 orang murid dengan menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan
permainan aplikasi ini dapat meningkatkan motivasi murid dalam memahami Sains di
samping itu dapat mengukur sejauh mana tahap penguasaan murid dalam menguasai
pembelajaran semasa PdPC.Pembelajaran berasaskan permainan Quizziz,dan
penggunaan aplikasi Liveworksheet da menyeronokkan murid. Sebagai contoh murid (M)
berikut:

M1:“Seronok...”
M5: “Yaaaa..best cikgu..”
M13: “Teruja belajar cikgu....saya rasa excited..”
M14: “Cepat dapat jawapan kalau salah..”

Impak dapatan menunjukkan dengan penggunaan aplikasi interaktif dapat meningkatkan


motivasi murid untuk belajar di samping itu, murid juga dapat melaksanakan pentaksiran
kendiri dan pentaksiran rakan sebaya. Maka,murid juga bertanggapan bahawa subjek Sains
itu menjadi mudah jika cara pembelajaran dengan menggunakan kaedah yang betul.

5.5.1 Persoalan Dapatan Kajian

1. Adakah penggunaan aplikasi quizziz dan liveworksheet dapat menarik minat murid
dalam mempelajari Sains dengan mudah?

Ya.Penggunaan aplikasi pembelajaran berasaskan permainan ini dapat menarik


minat murid dalam mempelajari sains dengan mudah.Ini kerana,pergerakkan animasi
yang berwarna warni menimbulkan minta murid untuk belajar di samping wujudnya
persaingan yang sihat dengan rakan sebaya.

2. Adakah penggunaan aplikasi quizziz dan liveworksheet memudahkan murid


membuat ulangkaji soalan peperiksaan dan pentaksiran kendiri?

Ya.Kebanyakkan soalan yang diberikan oleh guru,adalah berbentuk soalan


peperiksaan SPM.Sebagai langkah persediaan murid dalam membuat soalan
ulangkaji menjelang peperiksaan percubaan SPM.

3. Adakah penggunaan aplikasi pembelajaran berasaskan permainan ini sebagai


alternatif tambahan selain aktiviti secara “hands on” membantu murid memahami
sesuatu topik?

Ya.Kebanyakkan murid 5 Lumia menpunyai gaya pembelajaran secara visual-


kinestik.Mereka lebih mudah faham sekiranya melibatkan aktiviti pembelajaran
secara berkesan.Secara tidak langsung memudahkan mereka menjawab soalan
secara sumatif dan formatif.

5.6 Refleksi Kajian

Sepanjang perlaksanaan penggunaan aplikasi Quiziz dab aplikasi liveworksheet, pengkaji


dapat melihat perubahan yang berlaku dalam aktiviti perbincangan murid dengan pengkaji
dan murid dengan murid. Penggunaan aplikasi ini dapat membantu murid dalam pentaksiran
kendiri, pentaksiran rakan sebaya, meningkatkan kefahaman murid terhadap kandungan

30
mata pelajaran dan meningkatkan motivasi diri.Murid juga menunjukkan kesungguhan
dalam mempelajari ilmu Sains.

Keseluruhannya, kajian tindakan ini telah menambahbaik kaedah atau amalan


pengajaran dan pembelajaran pengkaji dalam subjek Sains semasa melaksanakan PBD di
samping keberkesanan penggunaan aplikasi ini sebagai alternatif ulangkaji dan pentaksiran
sangat berkesan, .

6.0 Cadangan Kajian Seterusnnya

Cadangan kajian seterusnya penggunaan aplikasi classpoint dijadikan PdPc bersemuka


memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Melalui program Kecemerlangan ,murid
disediakan QR kod bahan pengajaran maka pengkaji akan jadikan QR kod dalam bentuk
“Bookmark” supaya memudahkan murid menyimpan, membawa dan membuat ulangkaji di
mana-mana mereka berada.

Rujukan

Norhanim A,J., 2021.MENINGKATKAN PENGLIBATAN MURID DALAM PENTAKSIRAN


BILIK DARJAH(PBD) SEMASA PDPR SUBJEK SAINS DENGAN
MENGGUNAKAN KAEDAH M.A.P,Sek. Men.Keb Kota Marudu,Sabah

Noraini A,Chee Sian C.,Kamal Junaidi Z.Amali Process Sains Tingkatan 5.Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.2020,: 144-149

Wang, A. I. 2015. The wear out effect of a game-based student response system.Computers
& Education, 82: 217-227.

31
2021

32
INOVASI

33
PENULISAN PROJEK INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

“KIUB KAT AN” Meningkatkan Kefahaman Dalam Mengingat Dan Menulis


Penamaan Sebatian Kimia Dan Membina Formula Kimia Sebatian Ion.

Norhanim Bt Abd Jamil


Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu,Kota Marudu Sabah
norhanim1506@gmail.com

ABSTRAK

Projek inovasi “Kiub KAT AN” dalam pembinaan bahan bantu mengajar(BBM) di
cadangkan bagi membantu murid untuk mengingat senarai formula ion serta
meningkatkan kemahiran murid dalam menulis formula kimia. Berdasarkan temubual dan
pemerhatian yang di lakukan semasa proses PdPr secara dalam dan luar talian di dapati
18 orang murid kelas 4 Kritis sukar menguasai kemahiran menulis dan penamaan formula
kimia dengan betul. Oleh itu, pendekatan kaedah “Kiub KAT AN” iaitu KAT bermaksud
kation yang bercas positif manakala AN bermaksud anion yang bercas negatif, di
gunakan bagi membantu murid menyelesaikan masalah dalam mengingat dan menulis
formula kimia serta penamaan sebatian kimia yang melibatkan teknik kaedah silang. Alat
yang di gunakan adalah mesra pengguna, kos murah atau menggunakan bahan kitar
semula, lazim dimiliki oleh setiap murid dan berbentuk kiub 3D di mana setiap permukaan
kiub tersebut mengandungi simbol unsur, cas kation atau cas anion dan nama unsur.
Penggunaan alat ini, memerlukan dua jenis kiub berlainan warna di mana terdiri daripada
kiub anion dan kiub kation di gabung bagi membolehkan membina dan menulis
penamaan formula kimia. Belajar sambil bermain merupakan aktiviti menyeronokkan dan
dapat membantu murid mengingat. Teknik simulasi pergerakkan psikomotor yang
digunakan semasa menggerakkan kiub ini dapat membantu murid mengingat nama unsur,
menulis penamaan formula kimia yang betul dan mudah. Berdasarkan refleksi guru dan
maklum balas murid mendapati bahawa pendekatan Kaedah Kiub KAT AN sangat
interaktif dan membantu murid dalam mengingat dan menguasai asas kimia.

Kata kunci: Kiub KAT AN, Formula Kimia, Penamaan Sebatian Kimia

34
1.0 PENGENALAN KIUB KAT AN

Pembinaan bahan bantu mengajar dalam projek inovasi yang saya gunakan adalah
bertujuan membantu murid dalam meningkatkan kemahiran menulis penamaan kimia
dan membina formula kimia ion yang merupakan konsep asas kimia yang wajib di
kuasai oleh murid yang mengambil mata pelajaran kimia. Kiub KAT AN ini
merupakan alat yang berbentuk seperti kiub 3D yang menggabungkan senarai
formula ion, nama unsur dan cas ion bagi memudahkan murid untuk mengingati
semasa mereka membina formula kimia dan menulis penamaan sebatian kimia.
Dalam subjek Kimia khususnya tajuk asas kimia yang wajib di kuasai oleh murid
yang mengambil mata pelajaran KImia, inovasi perlu diketengahkan agar murid
dapat melalui proses pengajaran dan pembelajaran dalam suasana pembelajaran
yang pelbagai dan tidak hanya terbatas dengan penggunaan buku teks.

Setiap permukaan Kiub KAT AN mengandungi simbol dan nama unsur kimia
dan cas kation dan cas ion.Ini memudahkan penyampaian maklumat oleh guru
kepada murid kerana dengan menggunakan gambar atau simbol memudahkan
murid mengingati. Terdapat warna yang berbeza pada setiap kiub mengikut cas
positif dan cas negatif. Ini menarik minat murid untuk belajar dan fokus kerana otak
lebih cepat mengingat maklumat yang berwarna.

2.0 OBJEKTIF INOVASI


Bagi mengatasi isu kelemahan murid dalam menghafal,mengingat dan menulis
penamaan sebatian kimia dan membina formula kimia, kaedah Kiub KAT AN
berbentuk 3D diperkenalkan. Selain itu, BBM ini juga memudahkan murid dalam
menulis penamaan sebatian IUPAC semasa menulis penamaan sebatian kimia dan
membantu murid dalam membina formula kimia sebatian ion yang menggunakan
teknik kaedah silang.

2.1 KUMPULAN SASARAN


Murid tingkatan 4 Kritis Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu.

2.2 TOPIK
Tema : 2 Asas Kimia
Bidang Pembelajaran : 3.0 Konsep mol, Formula dan Persamaan Kimia
Standard Kandungan : 3.3 Formula Kimia

35
3.0 Tindakan Yang Dicadangkan

Dalam kajian ini, penyelidik ingin menggunakan kaedah KIUB KAT AN memberi
makna untuk menerangkan cara mudah mengingat dan membina formula sebatian
ion serta menulis penamaan sebatian kimia berpandukan alat KIUB KAT AN. Alat
yang di gunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kiub segi empat. Maksud KAT
ialah KATion iaitu mempunyai cas ion positif manakala AN bermaksud ANion yang
mempunyai cas negatif. Kajian tindakan inovasi ini dilaksanakan secara dalam talian
semasa guru memberi penerangan iaitu melalui platform digital video dan hasil
pemerhatian terhadap pelajar adalah melalui dalam talian atau luar talian dengan
menggunakan platform Telegram atau aplikasi digital video.

i) KIUB KAT AN

Gambar 1 : KIUB KAT AN

ii) BAHAN-BAHAN DI GUNAKAN


1. Gunting
2. Gam
3. Pembaris
4. Marker Pen
5. Kertas berwarna-6 keping

36
iii) CARTA ALIRAN
a) Proses Membina Kiub KAT AN

Penyediaan Bahan-
Guntingkan lakaran
pelan Kiub segiempat

n Melukis lakaran pelan kiub


segiempat sama sisi 7cmx7cm

KIUB KAT AN di hasilkan Bentuk kertas menjadi kiub Tulis nama ion anion dan ion
segiempat sama sisi dan kation pada kertas lakaran
gamkan yang

berlainan

Gambar 1: Carta alir dalam langkah-langkah menghasilkan kiub Kat An

37
ii) PDPR DALAM TALIAN -Goggle Classroom DELIMA/VIDEO

Gambar 2 : Pdpr dalam talian -Goggle Classroom sesi pembelajaran dan


pengajaran

iii) PDPR LUAR TALIAN – Melalui Telegram semasa sesi PdPR tutorial

Gambar 3 : Makluman tugasan melalui Gambar 4 : Penerangan pengajaran &


Telegram pembelajaran dalam bentuk video

38
4.0 KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN

Secara umunnya, sebelum menggunakan kiub Kat An sebagai bahan bantu


mengajar di dalam subjek Kimia, guru hanya menggunakan power point dan buku
teks dalam pengajaran. Sebaliknya, penggunaan slide power point dalam PDPR
secara luar talian dan juga dalam talian sebenarnya kaedah ini mencapai 80%
objektif pengajaran dan pembelajaran, namun masih ada berkurangan seperti murid
hanya dapat mengingat formula kimia sekejap sahaja dan keliru dalam menulis
dalam menulis formula kimia sebatian ion melibatkan formula molekul kation dan
anion.Tetapi apabila di tanya pada kelas akan datang, mereka jadi lupa kerana
mereka tidak menghafal dan membuat ulangkaji berulang kali.

Lantaran itu, inovasi ini dapat menyelesaikan beberapa masalah yang terdapat pada
teknik dan kaedah yang digunakan dalam subjek Kimia. Hal ini kerana, penggunaan
Kiub Kat An berbentuk 3D bukan sahaja menarik malah ia lebih mesra penggunaan
dan fleksibel iaitu dapat digunakan dalam pelbagai cara selain membantu murid
dapat mengingat dan menulis formula kimia malah menjadikan satu aktiviti di mana
murid menghasilkan bahan bantu mengajar mereka sendiri semasa pengajaran dan
pembelajaran di rumah,PDPR. Konsep dalam inovasi ini belajar sambil bermain
dapat membantu murid mengukuhkan lagi ingatan murid malah menjana minda
murid melalui penggunaan psikomotor halus semasa membina kiub KAT AN.

5.0 MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI SEMASA MEREBENTUK KAEDAH

Salah satu masalah yang di hadapi adalah berpunca daripada murid yang tidak
mahu menghafal walaupun buku teks dan slide power point yang digunakan sebagai
rujukan utama guru untuk menyampaikan pengajaran. Hal ini kerana, dalam buku
teks dan rujukan tambahan dapat dilihat secara kasar sahaja tanpa melibatkan
simulasi pergerakkan yang timbul walaupun berwarna warni. Menurut teori Edward
Lee Thorndike(1949) menyatakan bahawa Hukum pembelajaran antara gerak balas
stimulus dapat membantu murid dalam kesediaan diri untuk belajar jika hukum
latihan pembelajaran di lakukan secara berulang kali. Oleh itu, pengisian Kiub Kat An
berbentuk 3D yang menggunakan ayat yang ringkas dalam bentuk simbol,huruf yang
berwarna warni dan dapat di gerakkan mengikut perlakuan mampu meransang minat
dan perhatian murid.

39
6.0 INOVASI YANG TELAH DI LAKSANAKAN/LANGKAH
PERLAKSANAAN SECARA RINGKAS/IMPAK PELAKSANAAN/SASARAN

A) Hubungkait dengan pengajaran dan pembelajaran

“Kiub KAT AN” iaitu KAT bermaksud kation dan AN bermaksud Anion merupakan
bahan bantu mengajar yang sangat fleksibel di mana kiub ini berbentuk 3D
membolehkan gerakan mengikut perlakuan seseorang. Hal ini kerana, pengisiannya
boleh direka sendiri oleh guru mengikut perancangan dan topik pengajaran yang
ingin disampaikan. Dalam masa yang sama, ia juga boleh digunakan secara optimun
di dalam satu tempoh pengajaran yang sama dan kemudian menggunakkanya untuk
tujuan pelaksanaan aktiviti murid.

I) Kenapa kaedah penggunaan Kiub KAT AN dalam pengajaran dan pembelajaran


KIMIA.

Penggunaan Kiub KAT AN dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Kimia adalah
bertujuan untuk memastikan objektif PdP dapat di capai dengan mudah dan
menyeluruh. Selain itu, inovasi kiub KAT AN memberi gambaran yang mudah
difahami dan menarik kerana alat inovasi ini juga membantu murid dapat
meningkatkan kefahaman dalam mengingati formula kimia sesuatu unsur dan cas-
cas ion kation dan anion. Guru menunjukkan langkah cara penyediaan kiub KAT AN,
pelajar menghasilkan kiub dan penggunaan warna menghasilkan Kiub KAT AN ini
mengikut kreativiti murid sendiri. Ini memantapkan lagi proses daya ingatan dalam
pembelajaran mereka kerana murid menggunakan psikomotor halus iaitu membina
dan menulis. Bahan penyediaan kiub ini juga mudah diperolehi, kos yang murah dan
menggunakan bahan kitar semula. Seterusnya, bentuk fizikal yang bersaiz mengikut
keselesaan murid dan ringan memudahkan penggunaan murid pada bila-bila masa
dan dimana jua.Ia juga berpusatkan murid dalam menghasilkan bahan bantu
mengajar.

B ) Keluaran atau perkhidmatan baru.


Kaedah penggunaan “ Kiub Kat AN” merupakan kaedah yang belum digunakan
sebelum ini dalam PdP subjek Kimia dan sangat releven dan mendatangkan
pelbagai faedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran semasa pembelajaran
mengikut norma baharu iaitu secara PDPR berasaskan pembelajaran kendiri di
rumah.

40
C) Langkah Perlaksanaan
Pelbagai bentuk aktiviti yang boleh dijalankan dengan menggunakan “Kiub KAT AN”.
Berikut merupakan langkah salah satu aktiviti yang dilaksanakan.

I. Murid diperkenalkan dengan “KIUB Kat An” dan cara membina


kiubserta konsep dan elemen yang digunakan pada setiap bahagian permukaan sisi
kiub.

II. Murid di terangkan mengenai isi pelajaran cara membina formula kimia
sebatian ion dan menulis penamaan sebatian kimia dengan menggabungkan 2
kiub iaitu kiub Kation dan Kiub Anion -- Kaedah KIUB Kat An

41
III. Murid mula membina kiub Kat An dan menulis formula Kation dan
Formula Anion mengikut kreativiti mereka.

Gambar: Penghasilan Kiub KAT AN mengikut kreativiti murid.

42
IV. Setiap murid akan memegang alat Kiub dan menggabungkan Kiub Kation dan
Kiub Anion mengikut perlakuan mereka dan memusingkan alat tersebut untuk
membina formula kimia dan menulis sebatian kimia.

- Melalui pemerhatian guru daripada gambar yang dihantar oleh murid.

10
D) Bidang utama yang menjadi tumpuan inovasi
Tumpuan inovasi dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Kimia menggunakan
Kiub KAT AN adalah berfokuskan kepada memudahkan murid untuk meningkatkan
kefahaman dalam mengingati asas kimia yang wajib di kuasai oleh semua pelajar
yang mengambil mata pelajaran Kimia.

E) Tarikh Perlaksanaan Projek Inovasi.

Bilangan Aktiviti Tarikh Pelaksanaan


1 Kelas PDPR dalam talian Goggle classroom 25 FEB 2021
2 Penyediaan Alat Bantu mengajar-KIUB Kat AN dan 2 Mac 2021
video pengajaran

3 Memberi tugasan kepada pelajar 2 Mac 2021


4 Perlaksanaan kelas PDPR luar talian platform 3 Mac 2021
telegram.
6 Perlaksanaan Kelas Pdpr dalam talian 4 Mac 2021
5 Hasil tugasan pelajar 2-4 Mac 2021
7 Penulisan Kajian Tindakan/inovasi 4 Mac 2021

7.0 FAEDAH-FAEDAH DARIPADA INOVASI YANG DIPERKENALKAN.


Pembinaan inovasi bahan bantu mengajar ini, memberi banyak faedah dan manfaat
kepada guru dan murid.Selain daripada penggunaan Kiub Kat An ini dalam mata
pelajaran Kimia, kiub Kat An juga boleh di guna pakai untuk mata pelajaran Sains
seperti pengenalan kepada nama unsur, sebatian dan formula kimia.

A) IMPAK HASIL DAPATAN MURID


1) Murid dapat menjana minda mereka dengan membina kiub KAT AN.
2) Meningkatkan kefahaman murid dalam mengingat dan mereka lebih mudah
menulis formula kimia dan penamaan sebatian kimia mengikut cantuman 2 kiub
Kation dan Anion.

11
Gambar : Murid dapat membina kiub dan menulis formula kimia

3) Murid YAKIN dan dapat menunjukkan hasil tugasan diberi dan perbentangan
cara mengaplikasi Kiub KAT AN melalui video .

Gambar: murid menghantar tugasan melalui video

B) HASIL DAPATAN INOVASI


BAGAIMANAKAH PENGGUNAAN “KIUB KAT AN” DAPAT MEMBANTU MURID
MENGINGAT DALAM MENULIS PENAMAAN SEBATIAN KIMIA DAN MEMBINA
FORMULA ION?

 PEMERHATIAN
Terdapat perubahan dalam tingkah laku murid, dimana semasa PdP bersemuka
didapati murid dapat membina formula kimia menggunakan alat Kiun KAT AN.Selain
itu, guru juga dapat melihat murid lebih fokus menyiapkan tugasan diberi tanpa
menggunakan kiub.

12
 TEMUBUAL
Berdasarkan temubual, di dapati responden berasa seronok menggunakan Kiub
KAT AN ini kerana dapat membantu mereka mengingat dan membina formula kimia
sebatian ion dan penamaan sebatian kimia. Saya dapat melihat mereka memberi
maklum balas dalam talian dan semasa PdP bersemuka wajah mereka menunjukkan
mereka yakin.

 ANALISIS DOKUMEN JURNAL REFLEKSI


Murid menunjukkan sedikit peningkatan daripada 80% kepada 90% dalam
mengingat formula kation dan formula anion.Mereka juga berkolaborasi sesama
mereka dan membantu rakan mereka yang tidak mengikuti kelas PdPR bagi
memahami cara mengapliksi penggunaan Kiub KAT AN. Murid jug dapat membuat
latihan diberi tanpa menggunkan Kiub KAT AN.

8.0 CABARAN KAJIAN INOVASI KIUB KAT AN

Dalam perlaksanaan inovasi ini, terdapat sedikit sahaja masalah yang di hadapi oleh
pengkaji, masalah utama yang di hadapi adalah pelajar perlu menyediakan enam biji
kiub mengikut bilangan cas-cas ion. Selain itu, tidak semua semua kiub formula
kation dan anion dapat membentuk formula kimia sebatian ion contohnya apabila
kiub ion Hidrogen digabung dengan kiub ion hidroksida akan menghasilkan air(H20).
Cadangan masa akan datang kiub ini berubah kepada bentuk lain contonya oktagen
3D dimana digabungkan cas-cas ion 1+, 2+ dan 3+ dapat dijadikan sebagai oktagen
3D KATion dan cas-cas ion 1-,2- dan 3- sebagai oktagen 3D ANion.

13
9.0 PENUTUP

Murid dapat mencapi objektif dan kriteria kejyaan dimana inovasi bahan bantu mengajar
Kiub KAT AN ini dapat menyelesaikan masalah murid, dan memperkukuhkan lagi dalam
mengingat dan menulis penamaan formula kimia sebatian ion. Ini juga dapat meningkatkan
interaksi dua hala antara guru dan murid. Adalah diharapkan agar inovasi yang dihasilkan
ini dapat memberi manfaat dan sumbangan bermakna terhadap pembelajaran murid malah
dapat merangsang inisiatif guru dalam membudayakan amalan preastsi kerja yagng kreatif
dan inovasi.

14
KAJIAN TINDAKAN/
PENYELIDIKAN

15
PENTAKSIRAN PELBAGAI DALAM KAEDAH M.A.P MEMBANTU MENENTUKAN
TAHAP PENGUASAAN MURID MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH(PBD)

NORHANIM BT ABD JAMIL


Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu,Kota Marudu Sabah

norhanim1506@gmail.com

ABSTRAK

Pembelajaran murid semasa pandemik Covid-19 mengikut norma baharu ke arah pembelajaran kendiri.
Namun begitu,bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan
pencapaian murid pendekatan Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) semasa PdPR dilaksana. Seramai 20
orang murid dijadikan responden kajian, iaitu murid daripada kelas 4 Kreatif yang mengambil subjek
Sains.Tinjauan awal PdPR didapati penglibatan murid secara dalam talian dan luar talian kurang
memberangsangkan dan secara tidak langsung memberi kesan semasa melaksanakan PBD. Kajian ini
bertujuan mengkaji pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dengan menggunakan pentaksiran
pelbagai iaitu Kaedah M.A.P bagi menentukan tahap penguasaan murid merujuk Standard Prestasi
dalam bidang pembelajaran. Model Kemmis dan McTaggart(1988) digunakan dalam kajian ini di mana
reka bentuk kajian secara kualitatif iaitu melalui kaedah pemerhatian,temu bual dan analisa dokumen.
Penggunaan “Kaedah M.A.P” dijalankan kepada responden merangkumi modul PdPR, aplikasi dan
projek mudah melalui kaedah pentaksiran yang menggunakan bentuk komunikasi dan aplikasi yang
bersesuaian bagi mengukur pencapaian murid.Hasil kajian didapati, pentaksiran pelbagai dapat
menentukan tahap penguasaan murid semasa melaksanakan PBD mengikut kesesuaian murid. Kajian
juga mendapati kebanyakkan responden bersetuju penggunaan aplikasi interaktif dapat membantu
dalam melaksanakan pentaksiran kendiri dan pentaksiran rakan sebaya manakala pengkaji dapat
melaksanakan penilaian PBD murid di samping menambahbaikan amalan pengajaran dan
pembelajaran.

Kata kunci Pentaksiran Bilik Darjah(PBD), Kaedah M.A.P(Modul,Aplikasi,Projek)

1.0 PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran pada masa pandermik melibatkan secara dalam talian dan luar
talian di mana pembelajaran murid ke arah pembelajaran kendiri.Situasi ini telah memberi
satu ruang baru yang mencabar untuk guru merancang satu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan terutama sekali dalam aspek pelaksanaan Pentaksiran Bilik
Darjah(PBD).PBD merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan,
kebolehan dan pencapaian murid di samping memberikan maklum balas berkaitan pengajaran
guru.Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk memilih dan menentukan kaedah serta instrumen
pentaksiran yang sesuai dalam perlaksanaan penilaian PBD mengikut standard prestasi
khususnya untuk subjek Sains, guru perlu mengikut kesesuaian keadaan semasa dan latar
belakang murid supaya penglibatan murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah PBD dilaksanakan.

Dalam usaha meningkatkan penglibatan murid semasa PdPR bagi tujuan melaksanakan PBD,
maka pembelajaran ini di laksanakan secara dalam talian dan luar talian.Semasa
melaksanakan penilaian pentaksiran, pengkaji menilai murid secara lisan,pemerhatian dan
bertulis melalui Kaedah M.A,P. Kaedah M.A.P adalah melibatkan penggunaan modul PdPR
iaitu M.Manakala A pula merujuk kepada Aplikasi permainan terdiri daripada
Quizziz,liveworksheet dan Classpoint. Bagi P pula merujuk kepada pembelajaran berasaskan
projek di mana murid akan menghasilkan produk/artifak sendiri.

16
Pembelajaran ini juga lebih kepada pembelajaran berbentuk Flipped Classroom di mana
pembelajaran berpusatkan murid.Kaedah ini merupakan salah satu strategi pembelajaran
abad ke-21 yang menekankan pembelajaran kendiri menggunakan bahan pengajaran yang
disediakan oleh guru sebelum sesi pengajaran sebenar dilaksanakan.

2.0 PENYATAAN MASALAH

Masalah yang di hadapi oleh pengkaji ialah kesukaran mendapatkan maklumat tentang
perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid dalam standard kandungan yang
di pelajari semasa PdPR. Ini kerana kehadiran murid semasa kelas PdPR yang tidak konsisten.
Aktiviti PdPc yang lebih berfokuskan kepada pengkaji dan kurang menjalankan aktiviti murid
menyebabkan penglibatan murid kurang memuaskan. Puncanya, penggunaan platform media
sosial dan medium pengajaran dalam penggendalian PdPR sentiasa berubah-ubah mengikut
kesesuaian murid.Namun begitu,pengkaji juga kurang jelas atau keliru dalam kaedah yang
sesuai digunakan dalam melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) semasa PdPR.

Hasil dari isu masalah bagi murid ialah, capaian talian internet tidak stabil dan
penggunaan data internet terhad atau kehabisan data. Selain itu, segelintir murid hadir ke
PdPR tetapi tidak menghantar tugasan diberi.Ketidaksesuaian peranti seperti skrin telefon
bimbit pintar yang kecil atau berkongsi peranti.Di sebabkan cuti PKP yang terlalu lama
menyebabkan murid kurang motivasi diri dalam menjalankan PdPR kendiri.Nur Izzati Hazwani
(2021) menyatakan kehadiran kelas secara virtual (maya) membuatkan murid-murid kurang
fokus ketika sesi pembelajaran ditambah lagi dengan suasana persekitaran yang tidak
memberangsangkan kerana kurangnya sokongan daripada ibu bapa, capaian internet yang
lemah dan kekurangan gajet untuk digunakan oleh anak-anak. Kenyataan ini disokong oleh
Mahizer (Berita Harian, 2020) yang menyatakan faktor penyumbang kepada hilang tumpuan
murid ialah persekitaran di rumah yang tidak sesuai untuk pembelajaran, bahan pembelajaran
tidak menarik, masalah capaian internet, kegagalan peralatan teknologi yang digunakan,
penjadualan tidak sesuai, kurang sokongan ibu bapa dan murid yang lemah dalam mata
pelajaran.

Secara tidak langsung memberi kesan kepada pengkaji di mana tidak dapat menguji
tahap penilaian murid melalui PBD dan murid pula tidak tahu sejauh mana kefahaman mereka
sesuatu subtopik.

3.0 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan merupakan tindakan terhadap proses pengajaran dan


pembelajaran.Tindakan kepada pengajaran dan pembelajaran dilakukan bagi memastikan
murid mencapai Standard Prestasi (Tahap Penguasaan) objektif pengajaran dan pembelajaran
yang di ajar berdasarkan DSKP yang telah ditetapkan semasa melaksanakan penilaian
Pentaksiran Bilik Darjah(PBD).Selain itu, mengoptimunkan penglibatan murid dalam
melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) dengan mempelbagaikan kaedah
pentaksiran mengikut bidang pembelajaran(topik) dalam DSKP. Subjek yang di beri fokus
dalam kajian ini ialah subjek Sains Tingkatan 4.Berdasarkan perlaksanaan PBD yang
dinyatakan, fokus utama kajian ini dilakukan adalah untuk memastikan penambahbaikan
dalam amalan pengajaran dan pembelajaran guru.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

4.1 Objektif Umun

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penglibatan murid dalam melaksanakan Pentaksiran
Bilik Darjah(PBD) mengikut bidang pembelajaran di mana aktiviti pembelajaran menepati
kurikulum dan PAK 21 dalam subjek Sains dan pengkaji dapat menambah baik aktiviti
pengajaran dan pembelajaran subjek Sains.
17
4.2 Objektif Khusus

Berikut adalah beberapa objektif kajian khusus yang ingin dicapai dalam kajian ini, iaitu:

IV. Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran seperti kuiz, tugasan, latihan dan projek untuk
menentukan pencapaian murid.
V. Menyediakan bahan yang mudah didapati, diakses dan bersesuaian dengan kaedah
PdPR yang digunakan bagi mengelakkan keciciran murid dalam pembelajaran.
VI. Menggalakkan penglibatan murid dalam penyelidikan STEM dan mencapai Tahap
Penguasaan 6 dalam PBD.
VII. Mewujudkan pembelajaran yang interaktif bagi mempertingkatkan motivasi murid.

5.0 TINJAUAN LITERATURE

Berdasarkan manual PdPR versi pertama yang dilancarkan KPM pada 2 Oktober 2020, ia
boleh dijalankan secara dalam talian, luar talian dan pembelajaran secara off-site.Pembinaan
modul menyeluruh PdPR ini perlu dibuat bagi memastikan ia relevan untuk mengelakkan
keciciran murid terutama sekali murid-murid yang mengalami masalah kesukaran akses
internet.Mengikut Mohd Syaubari dan Ahmad Yunus (2017), penguasaan proses menyoal
secara menyeluruh adalah salah satu pendekatan yang di bahaskan sebagai teknik
pengajaran berteraskan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Pembelajaran berasaskan permainan dapat meningkatkan motivasi,


penglibatan, tumpuan dan keseronokan belajar (Wang et al.2016; Abdul Jabbar &
Patrick 2015). Kaedah gamifikasi bersifat interaktif dan mampu mempengaruhi minat murid
untuk mengikuti pengajaran dalam talian kerana konsep pembelajaran gamifikasi
mengaplikasikan teknik permainan sambil belajar (Irma Mahad , Zamri Mahamod &Nurul Azira
Sapian 2021).

Menurut Amirul,Quizizz mengintegrasikan teknologi maklumat, ilmu pengetahuan dan


konsep permainan yang menyeronokkan untuk menarik minat pelajar dan pengguna melalui
pemaparan animasi serta memes untuk menyatakan betul atau salah (Amirul M.M.
2020).Selain itu, Problem Based Learning merupakan salah satu kaedah pembelajaran aktif
yang berasaskan teori konstruktivisme sosial di mana merupakan pembelajaran yang bermula
dengan masalah dan pelajar membina idea baru menggunakan bahan sokongan, maklumat
dan pengetahuan sedia ada (Mohamed A.H, Mohan R., Salmah O.,Nor Hanani I.2019)

6.0 METADOLOGI KAJIAN

6.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini akan menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan melalui kaedah
pemerhatian,temu bual dan analisa dokumen bagi mengenal pasti inisiatif pentaksiran
pelbagai dalam penyediaan maklumat dan laporan PBD melalui kaedah
M.A.P(modul,aplikasi,projek) yang telah dilaksanakan semasa Perintah Kawalan
Pergerakkan(PKP) di mana pembelajaran secara PdPR.Bagi melaksanakan kajian tindakan ini,
pengkaji telah menggunakan model kajian tindakan yang di asaskan oleh Kemmis dan Mc
Taggart(1988) yang menghuraikan sebuah reka bentuk dalam melaksanakan proses
pelaksanaan kajian tindakan iaitu merancang,bertindak, memerhati dan mereflek.

18
Rajah 1: Model Kemmis dan Mc Taggart (1988)

6.2 Sampel Kajian

Responden kajian ini melibatkan 20 orang murid tingkatan 4 Kreatif dan bilangan murid
mengikut jantina adalah lelaki seramai 8 orang manakala perempuan seramai12 orang dan
didapati 85% murid dari golongan B40. Melalui keputusan peperiksaan Pertengahan Tahun
2021,pencapaian murid berada pada tahap sederhana. Murid-murid ini juga tidak menduduki
Pentaksiran Tingkatan 3(PT3) pada tahun 2020.

6.2.1 Responden Kajian

Melalui tinjauan awal di dapati penglibatan murid dalam kelas PdPR secara online dan offline
kurang memberangsangkan.Ini dapat di lihat melalui analisis dokumen yang di sediakan oleh
pengkaji rekod kehadiran dan penghantaran tugasan kerja murid sama ada secara grafik
bergambar ataupun semasa hari penyerahan modul PdPR di sekolah. Manakala melalui
temubual mengenai tugasan kerja murid, hanya segelintir sahaja yang memberi maklum balas
dalam Telegram kelas.Melalui pemerhatian, penggunaan data internet yang terhad dan talian
tidak stabil menyebabkan penglibatan murid dalam kelas PdPR secara goggle classroom
kurang mendapat sambutan. Aktiviti PdPc yang lebih berfokuskan kepada pengkaji dan
kurang menjalankan aktiviti murid menyebabkan penglibatan murid kurang memuaskan dan
cuti PKP yang terlalu lama menyebabkan murid kurang motivasi diri dalam menjalankan PdPR
kendiri.Menurut Ishak(2009), perubahan persekitaran pembelajaran juga dapat mempengaruhi
sistem pembelajaran seseorang murid

Gambar 2: Pemerhatian dan temubual/lisan (Goggle Classroom/Telegram Video)

19
Gambar 3 : Analisa Dokumen- Penyemakan tugasan secara bertulis(Modul Pdpr) di hantar
melalui digital atau semasa penyerahan modul

6.3 Instrumen Kajian

Semasa melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah, instrumen Standard Prestasi di rujuk


bertujuan menentukan tahap penguasaan murid semasa melaksanakan pentaksiran secara
formatif, sumatif dan pembelajaran berasaskan projek/projek ringkas.

6.3.1 Intervensi Kajian

Bagi kajian ini, intervensi yang di gunakan iaitu “Kaedah M.A.P” melibatkan 3 medium iaitu
penggunaan modul PdPR(M),Aplikasi Permainan(A) dan Projek Ringkas(P).

Rajah 4: Kaedah M.A.P- penggunaan modul PdPR(M),Aplikasi Permainan(A) dan Projek


Ringkas(P).
6.3.2 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian

Semasa melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah, instrumen Standard Prestasi di rujuk


bertujuan menentukan tahap penguasaan murid semasa melaksanakan pentaksiran secara
formatif, sumatif dan pembelajaran berasaskan projek/projek ringkas.

20
Rajah 2 : Instrumen Pentaksiran PBD-Standard Prestasi

6.3.2.1 Langkah-langkah Kaedah M.A.P

Dalam menentukan pencapaian standard prestasi murid semasa melaksanakan pelaksanaan


Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) adalah menggunakan Kaedah M.A.P.

A) Kaedah M=Modul PdPR

Membolehkan murid mengikuti PdPR secara optimun dan menggelakkan murid daripada
tercicir dalam pembelajaran.Penyediaan Modul PdPR merangkumi

i. Tajuk atau tema modul.


ii. Objektif pembelajaran (DSKP & RPH).
iii. Arahan danTempoh perlaksanaan.
iv. Nota/latihanberstruktur .
v. Penerangan berkaitan dengan perlaksanaan aktiviti.

21
 i) Pemerhatian

Gambar 5: Penyediaan dan Penyerahan Modul, murid menjawab soalan latihan di rumah dan
pemulangan modul PdPR

 ii) Penilaian

Gambar 6 : Penyemakan latihan murid

B) Kaedah A = Aplikasi Interaktif

Aplikasi yang berbentuk permainan,murid tidak perlu muat turun aplikasi dan menggunakan
link diberi.Aplikasi interaktif yang digunakan adalah aplikasi Quizziz, Liveworksheet dan
Microsoft Classpoint.Lembaran kerja, kuiz dan latihan dan bentuk digital diberikan kepada
murid dengan penggunaan data internet yang rendah. Selain itu, aplikasi ini di laksanakan
secara dalam talian dan luar talian. Dapat mewujudkan persaingan aktiviti yang sihat dan
meningkatkan motivasi murid malah murid dapat melaksanakan pentaksiran kendiri dan
pentaksiran rakan sebaya.

 i )Pemerhatian dan Penilaian

Gambar 7: Penggunaan Aplikasi Interaktif Quizziz dalam menentukan tahap penguasaan


murid dalam PBD

22
Gambar 8: Penggunaan Aplikasi Interaktif Liveworksheet dalam menentukan tahap
penguasaan murid dalam PBD

Gambar 9: Penggunaan Aplikasi Interaktif Classpoint membantu pengkaji dan murid


berkomunikasi secara bertulisdan lisan.

C) Kaedah P - Projek Mudah/PBL

Bagi mencapai Tahap Penguasaan 6, murid perlu mempunyai kemahiran mereka cipta
(KmR-PBL). Nation (2008) menyatakan bahawa pembelajaran berasaskan projek ini
merupakan satu kaedah instruksional yang menggalakkan murid membina kemahiran dan
mendapatkan ilmu melalui projek, pembelajaran koperatif dan teknik “hands on”.Penyediaan
tugasan Projek bersama Modul PdPR merangkumi tajuk, arahan perlaksanaan,tempoh masa
dan pembentangkan hasil projek (video/folio& artifak). Pengkaji menggunakan teknik D.I.P ( D
= Diagram,I = Informasi(maklumat) ,P= Penyoalan KBAT) dalam memberi arahan bagi
membantu murid yang tidak dapat mengakses internet dan maklumat ke dalam telegram kelas
dan modul PdPR.

 i) Pemerhatian dan Penilaian

Pengkaji akan menilai murid melalui pembentangan dan penghasilan artifak/produk dengan
merujuk kepada rubrik pemarkahan.

Gambar 9: Tugasan Projek dan Video pembentangan murid


23
7.0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan Analisis berdasarkan temu bual dan bertulis, dapatan kajian yang diperoleh daripada
20 orang murid dengan menggunakan kaedah M.A.P dapat meningkatkan 85% penglibatan
murid dalam melaksanakan PBD mengikut kesesuaian keadaan semasa murid di samping
itu dapat mengukur sejauh mana tahap penguasaan murid dalam menguasai pembelajaran
semasa PdPR. Antara kaedah PdPR yang dicadangkan oleh KPM dalam modul PdPR 2.0
ialah kaedah pembelajaran menggunakan modul, pembelajaran berasaskan projek, kelas
berbalik, pembelajaran berasaskan inkuiri, pembelajaran masteri, pembelajaran kontekstual
dan pembelajaran penyelesaian masalah (KPM, 2021). Pembelajaran berasaskan permainan
Quizziz, penggunaan aplikasi Liveworksheet dan Microsoft Classpoint menyeronokkan
murid.Impak dapatan menunjukkan dengan penggunaan aplikasi interaktif dapat eningkatkan
motivasi murid untuk belajar di samping itu, murid juga dapat melaksanakan pentaksiran
kendiri dan pentaksiran rakan sebaya (Amirul M.M. 2020). Pembelajaran projek menghasilkan
rakaman video ini dapat merangsang kreativiti murid untuk meningkatkan kemahiran
berbahasa dan keyakinan diri dalam proses pembelajaran yang berkesan.

Selain itu, dengan melaksanakan projek mudah merentasi kurikulum bidang


keusahawanan iaitu menghasilkan minyak urut aromaterapi memberi pengalaman kepada
murid cara menghasilkan dan mengeluarkan produk minyak urut aromaterapi sendiri secara
kaedah tradisional.Pembelajaran projek menghasilkan rakaman video ini dapat merangsang
kreativiti murid untuk meningkatkan kemahiran berbahasa dan keyakinan diri dalam proses
pembelajaran yang berkesan (Irma Mahad , Zamri Mahamod &Nurul Azira Sapian 2021). Bagi
pengkaji pula, Kaedah M.A.P membantu pengkaji menentukan tahap penguasaan murid
dengan mudah dan berkesan.

I) Maklum balas murid

Rajah 10: Maklum balas murid melaksanakan penilaian PBD

8.0 PERBINCANGAN

Berdasarkan intervensi Kaedah M.A.P yang digunakan dalam melaksanakan PBD, di dapati
penglibatan murid menunjukkan peningkatan. Intervensi penggunaan modul PdPR membantu
murid daripada tercicir malah dapat mengikuti kelas PdPR secara luar talian. Pengambilan dan
penyerahan modul PdPR mengikut tempoh masa yang di tetapkan membolehkan murid
menyiapkan tugasan latihan di beri. Murid juga dapat mengetahui sejauh mana kefahaman
mereka tentang sesuatu subtopik apabila guru menyemak dan memulangkan modul PdPr
kepada murid.

Manakala intervensi penggunaan aplikasi seperti Quizziz, livewoeksheet dan classpoint


membantu murid melaksanakan pentaksiran kendiri dan rakan sebaya.Walaupun terdapat
masalah talian internet yang tidak stabil,murid masih lagi dapat menguji kendiri membuat
latihan diberi pada bila-bila masa di samping dapat menguasai penggunaan teknologi
maklumat
24
Bagi mencapai tahap penguasaan 6, murid melaksanakan tugasan projek ringkas.
Pengkaji perlu merancang dan mengkaji latar belakang murid semasa bercadang
melaksanakan projek.Ini kerana radas dan bahan yang digunakan mesti mudah di dapati,
murah ataupun boleh di kitar semula.Arahan yang hendak di sampaikan kepada murid juga
perlulah jelas supaya memudahkan murid dalam melaksanakan Projek ringkas STEM.

Cadangan kajian seterusnya penggunaan aplikasi classpoint dapat dijadikan PdPc


bersemuka bagi memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Akhir sekali bagi
membudayakan amalan KBAT dan memartabatkan STEM sejajar dengan program
Transformasi Sekolah TS25 murid digalakkan untuk mengikuti pertandingan dan penyertaan
aktiviti-aktiviti STEM dan mempamerkan projek(artifak/produk) yang dihasilkan.

9.0 RUMUSAN

Sepanjang perlaksanaan Kaedah M.A.P, pengkaji dapat melihat perubahan yang berlaku
dalam aktiviti perbincangan murid dengan pengkaji dan murid dengan murid. Penggunaan
aplikasi ini dapat membantu murid dalam pentaksiran kendiri, pentaksiran rakan sebaya,
meningkatkan kefahaman murid terhadap kandungan mata pelajaran dan meningkatkan
motivasi diri.

Manakala dengan melaksanakan projek mudah telah merentasi kurikulum bidang


keusahawanan iaitu menghasilkan minyak urut aromaterapi. Aktiviti ini memberi pengalaman
kepada murid cara menghasilkan dan mengeluarkan produk minyak urut aromaterapi sendiri
secara kaedah tradisional. Bagi murid yang tidak dapat mengikuti kelas secara dalam talian,
penggunaan modul PdPR dijadikan sebagai Penilaian PBD untuk menentukan tahap
penguasaan murid.

Penggunaan modul PdPR juga membantu murid daripada keciciran dalam


pembelajaran semasa pandemik.Murid juga dapat menyiapkan tugasan yang diberi mengikut
tempoh masa yang telah di tetapkan.Secara tidak langsung penilaian pentaksiran bilik darjah
dapat di laksanakan dan pengkaji juga dapat mengetahui perkembangan pembelajaran murid.

Keseluruhannya, kajian tindakan ini telah menambahbaik kaedah atau amalan


pengajaran dan pembelajaran pengkaji dalam subjek Sains semasa melaksanakan PBD .

25
RUJUKAN

Abdul Jabbar, A. I. & Patrick, F. 2015. Gameplay engagement and learning in game-based
learning: a systematic review. Review of Educational Research, 85(4): 740-779.

Amirul Mukminin Mohammad,(2020).Keberkesanan Quiziz sebagai Medium Alternatif


Ulangkaji dan Pembelajaran Kendiri (Quizizz Effectiveness as an Alternative
Revision and Self-LearningMedium).http://journalarticle.ukm.my/15973/1/Artikel-
5_Encik-Amirul-Mukminin_Citra.pdf

Ishak Baba. (2009). Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dan kaitannya terhadap
prestasi akademik pelajar UTHM. Johor: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Wang, A. I. 2015. The wear out effect of a game-based student response system.
Computers & Education, 82: 217-227.

Noraini A,Chee Sian C.,Kamal Junaidi Z.Amali Process Sains Tingkatan 4.Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.2020,: 144-149

Irma Mahad , Zamri Mahamod &Nurul Azira Sapian 2021,Kaedah Pengajaran Dalam Talian
Guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan di Kawasan Bandar Sepanjang Tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan.Jurnal Dunia Pendidikan e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 3,
381-394, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Mohamed Ali Haniffa Mohan Rathakrishnan Salmah Omar Nor Hanani Ismail,PROBLEM
BASED LEARNING DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KURSUS
KENEGARAAN MALAYSIA DI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA.
Volume: 4 Issues: 32 [September, 2019] pp.351-366] International Journal of
Education, Psychology and Counseling eISSN: 0128-164X Journal website:
www.ijepc.com

Nur Izzati Hazwani Abdul Hadi. (2021). Cabaran pengajaran dan pembelajaran di rumah
terhadap para pendidik. https://www.jejaktarbiah.com/cabaran-pengajaran-dan
pembelajaran-di-rumah-pdpr-terhadap-para-pendidik/ [23 Jun 2021].

26
KEBERKESANAN PENGGUNAAN MEDIA PEMBELAJARAN AUDIO -VISUAL
APLIKASI CANVA DALAM PROJECT BASED LEARNING (PBL) STEM MEMBANTU
MURID 5 KRTIS MENCAPAI TP 6 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH(PBD)

NORHANIM BT ABD JAMIL

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu, Kota

Marudu,Sabah norhanim1506@gmail.com

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan keberkesanan penggunaan media pembelajaran
audio visual aplikasi dalam pembentangan pembelajaran berasaskan projek STEM dalam
menghasilkan artifak/produk membantu murid 5 Kritis dari sekolah luar bandar mencapai
TP6 PBD.Kajian ini melibatkan seramai 7 orang responden yang mengambil subjek Kimia.
Reka bentuk kajian secara kualitatif menggunakan pemerhatian,lisan,kaedah PBL dan rubrik
pemarkahan dalam pentaksiran bilik darjah(PBD).PBD dilaksanakan bertujuan untuk
menentukan pencapaian standard prestasi TP6 murid dalam merekacipta menggunakan
pengetahuan mengenai kimia konsumer dalam konteks penyelesaian masalah dan
membuat keputusan atau dalam melaksanakan aktiviti/tugasan.Dapatan kajian
menunjukkan terdapat peningkatan terhadap pencapaian prestasi murid selepas murid
melaksanakan PBL ini dengan menggunakan media pembelajaran audio visual.Sejajar
dengan perkembangan teknologi maklumat, hasil pemerhatian dan temubual mendapati
murid memberikan respon yang positif terhadap penggunaan media pembelajaran audio
video aplikasi canva di mana membantu dalam mengingat dan memahami pembelajaran
dan memudahkan murid dalam pembentangan PBL. Kesimpulannya,PBL dalam pengajaran
dapat membantu untuk meningkatkan kefahaman murid dalam topik Kimia sekaligus
memantapkan pedagogi guru di dalam bilik darjah ataupun luar bilik darjah dalam
penggunaan teknologi maklumat.

Kata Kunci: Media Pembelajaran Audio-Visual, PBL dan PBD

1.0 PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran pada masa pandermik melibatkan secara dalam talian dan
luar talian di mana pembelajaran murid ke arah pembelajaran kendiri. Situasi ini telah
memberi satu ruang baharu yang mencabar untuk guru merancang satu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan terutama sekali dalam aspek
pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah(PBD). Pentaksiran bilik darjah (PBD) merupakan satu
proses pengumpulan maklumat membantu guru mengesan tahap penguasaan murid
terhadap pembelajaran mereka.

Sejajar dengan kemajuan dunia digital dalam pendidikan, kaedah PdP dan pentaksiran juga
mengalami perubahan. Pelbagai alat digital dan aplikasi baharu dicipta, maka
penggunaannya boleh di optimunkan mengikut kesesuaian untuk pelaksanaan PdP dan
PBD. Di dalam era pembelajaran “remote learning” pada era norma baharu, Project Based
Learning (PBL) di anggap kaedah yang paling sesuai. Dengan waktu kelas yang
terhad(sejam sehari) untuk kelas online, pembelajaran tidak seharusnya bergantung kepada
pembelajaran face to face sahaja, sebaliknya majoriti pembelajaran berlaku secara
offline.Salah satu kaedah dalam PBD yang melibatkan kaedah pentaksiran secara
pemerhatian, bertulis dan lisan yang boleh dijalankan dengan menggunakan aplikasi audio
visual seperti canva bagi membolehkan guru memerhati dan mentaksir proses kerja murid.

Pembelajaran dengan menggunakan media pembelajaran audio visual aplikasi ini sangat
27
berkesan apabila murid menjalankan aktiviti pembelajaran berasaskan projek(PBL) semasa
PdPR. Melalui kefahaman melalui rekabentuk(KmR) pendekatan PBL adalah kaedah
pembelajaran yang membolehkan murid mengkaji sesuatu topik yang diberi untuk
menghasilkan produk pada akhir pembelajaran. Sebelum ini, pentaksiran dalam mengukur
tahap penguasaan murid mencapai TP6 bagi kemahiran mereka bentuk semasa
melaksanakan PBL adalah secara bersemuka tetapi di sebabkan keadaan pandemik,
kesukaran dalam mengukur tahap penguasaan murid.Namun begitu, penilaian
pentaksiran berasaskan projek telah berubah apabila keadaan pandemik covid-19 melanda
negara di mana PBL dilaksanakan semasa PdPR sebagai aktiviti PdP.

Secara umumnya,kajian ini bertujuan bagi menilai adakah penggunaan bahan bantu belajar
seperti audio visual aplikasi seperti aplikasi canva dapat membantu meningkatkan
kemahiran,menganalisis, mengaplikasi, menilai dan mencipta dalam penyampaian
maklumat menghasilkan sesuatu artifak/produk PBL. Manakala kajian secara khusus pula
untuk mengubah strategi pengajaran guru bagi menggalakkan murid luar bandar untuk
menggunakan ICT dalam menyampaikan/membentangkan produk/artifak akhir dalam
PBL.Selain itu, dengan menggunakan bahan media pembelajaran audio visual aplikasi
sebagai bahan rangsangan dapat meningkatkan pemikiran aras tinggi dan kreatif dalam
pembelajaran.

Dalam menilai pencapaian murid mengikut standard prestasi, kefahaman merekacipta


menggunakan pengetahuan mengenai kimia konsumer dalam konteks penyelesaian
masalah sangat penting bagi murid kerana murid dapat membuat keputusan atau dalam
melaksanakan aktiviti/tugasan menghasilkan produk akhir semasa melaksanakan sesuatu
projek

Berdasarkan kepada objektif kajian, antara persoalan yang boleh dijawab ialah:

3 Adakah strategi menggunakan bahan media pembelajaran alat audio visual aplikasi
membantu murid dalam menyampaikan pembentangan pembelajaran berasaskan projek
secara berkesan bagi mencapai TP6 PBD?
4 Adakah penggunaan audio video ini berkesan dalam meningkatkan pemikiran kreatif
dan pemikiran aras tinggi seperti mengaplikasi, menganalisis,menilai dan mencipta bagi
murid?

5 Adakah bahan media pembelajaran audio visual aplikasi membantu guru dalam
menambah baik amalan dalam penilaian pentaksiran berasaskan projek semasa
pembentangan murid?

Tinjauan awal semasa melaksanakan PBL secara PdPR di dapati murid hanya menghantar
gambar tugasan secara digital bergambar.Pembentangan artifak/produk yang di hasilkan
tidak dihuraikan oleh murid dengan sepenuhnya dan tidak mengikut rubrik pemarkahan yang
di tetapkan.Maka, ini menyukarkan pengkaji dalam menetapkan dan menentukan tahap
penguasaan murid mencapai TP6 iaitu merekacipta menggunakan pengetahuan mengenai
kimia konsumer dalam konteks penyelesaian masalah dan membuat keputusan atau dalam
melaksanakan aktiviti/tugasan.Perkongsian ilmu yang diperolehi melalui webinar,pengkaji
mengubah pendekatan pengajaran dan pembelajaran semasa PdPR dengan cuba
membiasakan murid dengan alat audio visual aplikasi dalam Projek Based Learning(PBL).
Melalui pemerhatian saya dapati 80% murid saya mempunyai kecerdasan visual-
ruang.Oleh itu,saya berpendapat bahawa penggunaan audio-video aplikasi canva dalam
pembelajaran dapat membantu murid bagi meningkatkan pemikiran aras tinggi dalam
kemahiran teknologi maklumat,kreatif dan komunikasi mereka semasa mereka
melaksanakan PBL.Temubual dengan murid, dapati mereka lebih mudah faham dalam
menyampaikan maklumat hasil artifak/produk melalui penggunaan alat audio visual aplikasi
kerana lebih bersistematik dan teratur dalam penyampaian tugasan PBL.
28
2.0 KAJIAN LITERATUR

Pendedahan penggunaan ICT dalam menghasilkan tugasan projek di kalangan murid luar
bandar sangat rendah di sebabkan oleh masalah talian internet yang tidak stabil.Ini bukan
satu penghalang untuk menidakkan murid dalam penggunaan teknologi maklumat
sebaliknya menggalakkan mereka menggunakan alat komunikasi teknologi maklumat ini
dalam pelbagai cara sebagai satu medium pembelajaran yang sangat penting dalam abad
kini sejajar dengan pembelajaran abad ke 21.Penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk
meningkatkan kecekapan proses dan pengajaran.Hal ini bertepatan dengan Jamaluddin
Badusah& Hashimah Haji Hashim(2005) menyatakan penggunaan aplikasi dalam
pembelajaran berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap
pelajaran,meningkatkan motivasi murid, membolehkan pembelajaran kendiri,membolehkan
murid mengakses dan mengumpul maklumat.Dalam masa yang sama penggunaan media
pembelajaran audio video media elektronik yang digunakan sebagai bahan bantu mengajar
yang memanfaatkan bunyi dikombinasikan dengan gambar bergerak secara tidak langsung
dapat menarik minat murid dalam pembelajaran. Melalui pernyataan dalam penulisan Jurnal
Pendidikan oleh Nur Aisyah et al penggunaan audio visual juga mampu menggalakkan
murid-murid untuk berfikir secara kritikal dan menyelesaikan masalah.

Sehubungan dengan itu, kepelbagaian kaedah pedagogi merupakan aspek yang penting
untuk memastikan aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan berlaku dengan berkesan.Dalam
memastikan pengajaran yang optimun, pengkaji perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran
selaras dengan teknologi pada masa kini.Pelbagai pendekatan pedagogi diperlukan untuk
mengajar sesuatu topik khasnya dalam subjek Kimia.Pendekatan yang berasaskan projek
ini sebenarnya membolehkan murid meneroka sendiri dengan lebih mendalam mengenai
topik yang dipelajari sewaktu pengajaran dan pemudahcaraan di dalam bilik darjah. PBL
juga merupakan satu pendekatan yang berasaskan kepada alternatif dan sesuai
diaplikasikan untuk semua subjek yang ada dalam pendidikan (Guthrie 2008; Chinowsky,
Brown, Szajnman, & Realph 2006; Gulbahar & Tinmaz 2006).Di samping itu, pembelajaran
berasaskan projek ini juga dianggap sebagai satu kaedah yang dapat menggalakkan
pembelajaran bermakna dan memupuk kemahiran kognitif aras yang lebih tinggi dalam
kalangan murid (Marx et al. 1997; Blumenfeld et al. 1991).

Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) merupakan satu kaedah yang diperkenalkan untuk mengukur
proses perkembangan pembelajaran murid secara berterusan(Jacob &
Parkinson,2015).Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah lisan,bertulis dan
pemerhatian semasa melaksanakan pentaksiran berasaskan projek bagi menentukan
standard prestasi murid. Pembentangan PBD menjadi lebih mudah dengan menggunakan
media pembelajaran audio visual aplikasi seperti aplikasi canva kerana aplikasi ini
percuma.Secara tidak langsung, dengan penggunaan media pembelajaran dalam
pembentangan PBL murid, pengkaji dapat membuat penilaian PBD terhadap murid melalui
secara pemerhatian,bertulis dan lisan bagi menentukan standard prestasi murid dalam
mencapai Tahap Penguasaan TP6.

b) METODOLOGI

Kajian ini akan menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan pemerhatian,lisan dan
bertulis bagi menentukan pencapaian tahap penguasaan mengikut standard prestasi murid
dalam penyediaan maklumat dan laporan PBD. Pengkaji telah menggunakan model kajian
tindakan yang di asaskan oleh Kemmis dan Mc Taggart(1988) yang menghuraikan sebuah
reka bentuk dalam melaksanakan proses pelaksanaan kajian tindakan iaitu
merancang,bertindak, memerhati dan mereflek. Hasil tinjauan awal,isu dan punca masalah
yang timbul telah dikenal pasti dan perancangan tindakan dilakukan bagi menambahbaikan
amalan guru dalam pelaksanaan PBD.
29
Seterusnya, intervensi yang dikenal pasti dilaksanakan dan dilakukan secara
pemerhatian,bertulis dan lisan untuk melihat keberkesanan intervensi kajian yang dijalankan
ini juga lebih berfokus kepada penggunaan medium bahan media pembelajaran audio visual
aplikasi dalam pembentangan Pembelajaran Berasaskan Projek bagi menentukan
pencapaian standard prestasi murid TP 6 dalam penilaian pentaksiran (PBD) berasaskan
projek menghasilkan produk akhir berserta teknik penyoalan aras tinggi untuk
merangsang murid-murid berfikir.

c) Sasaran Kajian

Seramai 7 orang responden daripada 17 orang di pilih dalam kelas 5 Kritis bersekolah di
SMK Kota Marudu dalam kategori sekolah luar bandar dan mereka berada di kawasan
berdekatan dengan pencawang talian komunikasi. Murid juga di pilih berdasarkan
mempunyai kemudahan alat peranti seperti telefon bimbit,tab atau laptop dan talian internet
yang stabil.
d) Instrumen kajian

Bagi kajian ini, instrumen yang digunakan melibatkan analisis dokumen iaitu borang rubrik
pemarkahan PBD dalam jadual 1 serta templat PBL seperti dalam rajah 2 dan media
pembelajaran audio visual aplikasi canva. Pada awalnya, templat panduan PBL dan medium
yang terlibat adalah melalui gambar foto secara digital semasa murid menghantar tugasan
PBL sebagai pelantar laporan PBD guru. Seterusnya, bagi menambahbaikan penilaian
secara keseluruhan bagi mencapai tahap penguasaan TP 6 jadual 3, medium aplikasi canva
dan analisa dokumen iaitu rubrik pemarkahan PBD serta templat PBL digunakan dalam
kemudahan merekod PBD mengikut standard prestasi.

Jadual 1:
Panduan rubrik pemarkahan

30
Jadual 2:
Templat Perancangan PBL

Jadual 3
Standard Prestasi

• DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

• Intervensi

Bahagian ini membincangkan tentang intervensi 1 dan dan intervensi 2 bagi kajian ini.

Intervensi 1

Intervensi pertama kaedah digunakan dalam kajian ini hanya melibatkan medium bergambar
31
foto secara digital semasa murid menghantar tugasan dan templat perancangan
PBL.Penghantaran maklumat tugasan murid melalui medium aplikasi Telegram.

Rajah 1
Maklumat tugasan dan templete PBL disampaikan melalui aplikasi telegram.

iv) Hasil daripada tinjauan di dapati:


F) Pengkaji dapati murid tidak tahu cara yang sesuai dan sistematik dalam penyampaian
hasil projek akhir PBL.
G) Murid kurang mahir atau belum di dedahkan dengan penggunaan media pembelajaran
audio visual aplikasi dalam pembentangan PBL mereka secara talian dengan
menggunakan aplikasi.

v) Pemerhatian
V. Pengkaji dapati, murid menghantar tugasan PBL secara grafik(bergambar) tanpa
penjelasan yang kukuh.
VI. Selain itu, ada di kalangan murid yang menghantar tugasan video aktiviti tanpa
sebarang audio ataupun maklumat secara bertulis.

b) Refleksi
C) Kesukaran pengkaji dalam menentukan tahap penguasaan murid mengikut standard
prestasi PBD dalam pembelajaran berasaskan projek.
D) Murid juga kurang jelas dalam penyampaian maklumat tugasan PBL.

32
Rajah 2
Hasil tugasan PBL menggunakan digital secara bergambar

Intervensi 2

Intervensi kedua berdasarkan maklumat yang dikumpul melalui temubual dan pemerhatian
daripada tinjauan awal, bagi menambahbaikan pengkaji telah merancang aktiviti yang perlu
pengkaji laksanakan seperti menggunakan media pembelajaran audio visual aplikasi seperti
canva dalam pembentangan PBL.Ini bertujuan untuk mendedahkan murid cara
penyampaian dalam pembentangan PBL bagi menghasilkan produk akhir secara berkesan
dengan berpandukan kepada rubrik pemarkahan dan standard prestasi dalam PBD. Selain
itu, menggalakkan murid pemikiran aras tinggi dan kreatif dalam penggunaan aplikasi canva
dengan cara pengisian maklumat secara sistematik perlaksanaan berasaskan projek dalam
penyampaian penghasilan produk/artifak.

Semasa pelaksanaan tindakan dan pemerhatian serta penilaian, murid di sediakan templat
perancangan PBL dan rubrik pemarkahan bagi memudahkan murid membentangkan
tugasan PBL dengan merujuk kepada panduan PBL dan penyampaian maklumat
berpandukan teknik penyoalan KBAT.

Murid melaksanakan tugasan PBL mengikut tempoh di tetapkan.Murid juga akan


mengumpul maklumat yang di perolehi di dalam internet mengikut fasa perancangan.Murid
akan merancang bahan dan kaedah penyediaan yang di perlukan dalam menghasilkan
sesuatu produk.Di mana fasa seterusnya murid akan melaksanakan menghasilkan satu
produk bahan kosmestik semulajadi dan mengkaji kebaikan dan keburukkan kepada
pengguna.Fasa seterusnya adalah fasa pembentangan

33
PBL.Refleksi dapatan, murid dapat menghasilkan produk topeng muka sendiri dengan
menggunakan bahan semulajadi bebas daripada bahan kimia.

Gambar 4
Pembelajaran flipped classroom-Murid menunjukkan cara menghasilkan produk dan
menyatakan kegunaannya.

2. FASA PELAKSANAAN 3. FASA PEMBENTANGAN

Semasa fasa pembentangan, murid menyediakan maklumat(slide) menggunakan templat


audio visual aplikasicanva.Pengkaji menyediakan beberapa contoh link pengajaran
menggunakan alat audio visual aplikasi canva dalam pembentangan projek di mana murid
akan muat turun aplikasi Canva di App Store atau GooglePlay Store dalam peranti
telefon,tap ataupun laptop.Murid menerokai penggunaan media pembelajaran audio visual
aplikasi yang sesuai dan melaksanakan tugasan mengikut kreativiti sendiri dalam
pembentangan PBL.

Pemerhatian/Lisan/Bertulis

Gambar 5
Pembentangkan PBL secara lisan dan bertulis menggunakan aplikasi canva.Guru
melaksanakan pentaksiran melalui pemerhatian daripada penggunaan alat audio visual
aplikasi yang diberi oleh murid.

Refleksi

Murid menggunakan media pembelajaran alat audio visual aplikasi canva dalam
pembentangan PBL mereka menjadi lebih sistematik.Dengan adanya media audio visual
animasi ini meningkat motivasi murid dan melahirkan pemikiran kreatif dan inovatif dalam
mencipta.Selain itu, di dapati maklumat yang di sampai secara bertulis menggunakan
aplikasi ini, memberi penjelasan yang tepat,berkesan dan teratur dalam sesuatu penerangan
topik.Murid juga dapat menjelaskan dan menghuraikan hasil tugasan mereka mengikut
kriteria rubrik pemarkahan berpandukan kepada templet PBL serta penyoalan aras tinggi
semasa pembentangan.Melalui pemerhatian, murid mudah faham dan memahami tentang
topik yang dipelajari dan dapat menghasil sesuatu produk.Secara tidak langsung murid
mencapai Tahap Penguasaan TP 6.
34
Langkah terakhir penilaian PBD terhadap murid melalui 3 cara iaitu pemerhatian,lisan dan
bertulis. Bagi secara pemerhatian,lisan dan bertulis, pengkaji melaksanakan pentaksiran
melalui pemerhatian daripada penggunaan alat audio visual aplikasi yang diberi oleh murid.
Dalam pembentangan murid, pengkaji akan menilai cara murid berkomunikasi mengolahkan
dan menjelaskan maklumat dalam menghasilkan sesuatu produk mengikut kreativiti mereka
dalam menggunakan aplikasi canva. Setelah selesai pentaksiran, penilaian murid akan di
rekod secara 2 dalam 1 di rekod pentaksiran bilik darjah PBD mengikut topik dan templat
projek PBL.

Rajah 1/Rajah 2
Penilaian Pentaksiran PBD murid di rekod dan Pemarkahan Projek PBL di rekod

Berdasarkan kepada keputusan minat menggunakan komputer dalam kalangan murid


adalah memuaskan. Hampir 95% berminat dalam mengendalikan media pembelajaran
aplikasi audio visual. Daripada jumlah tersebut kebanyakan menyatakan bahawa media
pembelajaran audio visual aplikasi ini berperanan dalam membantu menghasilkan tugasan
pembentangan mereka dalam pembelajaran berasaskan projek.

• Melalui penyoalan dapatan kajian adalah:

 Adakah strategi menggunakan bahan media pembelajaran alat audio visual aplikasi
membantu murid dalam menyampaikan pembentangan pembelajaran berasaskan projek
secara berkesan bagi mencapai TP6 PBD?

Penggunaan media pembelajaran audio visual aplikasi dalam pembelajaran berasaskan


projek dalam kajian ini memudahkan murid berkomunikasi dalam menyampaikan maklumat
PBL secara berkesan dan bersistematik semasa pembentangan PBL.Melalui pemerhatian
pengkaji, dapati semasa pembentangan murid dengan menggunakan alat audio visual
aplikasi contohnya canva sangat jelas dan maklumat yang hendak di sampaikan sangat
sistematik.Murid juga dapat mengaplikasi apa yang telah mereka pelajari melalui
pengalaman dan mencuba untuk menghasilkan produk mereka sendiri dan menerangkan
langkah-langkah penghasilan produk.Murid juga faham dan memahami topik yang dipelajari
dan dapat menyatakan kebaikkan dan keburukan serta menjawab dan menghuraikan
penyoalaan KBAT yang di kemukakan oleh guru penggunaan sesuatu produk bahan
kimia.Secara tidak langsung merangkumi kriteria rubrik pemarkahan dan mencapai Tahap
Penguasaan TP6 dalam PBD.

 Adakah penggunaan audio video ini berkesan dalam meningkatkan pemikiran kreatif dan
pemikiran aras tinggi seperti mengaplikasi, menganalisis,menilai dan mencipta bagi murid?
Dapatan mendapati teknik PdP berbantukan kemudahan internet amat berkesan dan
berjaya mewujudkan suasana yang lebih berinovasi.Bantuan daripada internet serta
panduan daripada guru juga memudahkan murid terutama ketika mencari bahan serta
maklumat berkaitan kursus serta ketika melakukan pembentangan.Penggunaan media
pembelajaran audio visual aplikasi ini berkesan dalam meningkatkan pemikiran
kreatif,inovatif dan pemikiran aras tinggi seperti mengaplikasi, menganalisis,menilai dan
mencipta bagi murid di mana membolehkan murid meneroka sendiri dengan lebih
35
mendalam mengenai topik yang dipelajari dan menyampaikan melalui alat audio visual
aplikasi.Aplikasi canva ini menjana minda murid dengan menghasilkan gabungan audio
visual video animasi yang sangat kreatif dan ceria mengikut kreativiti murid malah mudah
ingat dan faham tentang sesuatu topik yang di pelajari .Selain itu,sebagai langkah
persediaan awal murid ke peringkat tinggi, kemahiran komunikasi teknologi maklumat
sangat penting dalam pembelajaran kerana ia memudahkan murid dalam menerokai
sesuatu yang baharu.

 Adakah bahan media pembelajaran audio visual aplikasi membantu guru dalam
menambah baik amalan dalam penilaian pentaksiran berasaskan projek semasa
pembentangan murid?

 Dalam pembentangan murid, pengkaji dapat menilai cara murid berkomunikasi


mengolahkan dan menjelaskan maklumat dalam menghasilkan sesuatu produk mengikut
kreativiti mereka dalam menggunakan aplikasi canva.Pengkaji juga dapati penghasilan
produk yang di hasilkan oleh murid secara audio visual kelihatan lebih jelas dan nyata.Ini
memudahkan pengkaji meletakkan tahap penguasaan TP6 mengikut standard prestasi
terhadap murid.Secara tidak langsung media pembelajaran audio visual aplikasi canva ini
menambah baik amalan dalam penilaian pentaksiran berasaskan projek semasa
pembentangan murid?

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, murid kawasan luar bandar juga mampu dan seiring dengan murid di
bandar dalam menggunakan teknologi maklumat walaupun terdapat pelbagai cabaran
dalam talian internet yang tidak stabil.Hasil dapatan kajian di dapati penggunaan media
pembelajaran audio visual aplikasi canva memberi kebaikkan di mana ia merupakan satu
medium yang kebanyakkan isiannya percuma.Aplikasi ini membantu murid ingat, dan
faham apa yang mereka pelajari bagi mengkaji sesuatu tugasan PBL malah memudahkan
murid di mana murid 5 Kritis dapat membentangkan tugasan di beri dengan baik kerana
susunan murid dalam menyampaikan maklumat sangat jelas dan teratur di ikuti dengan
visual animasi yang dihasilkan oleh murid sangat kreatif,menarik dan ceria.Selain itu,
aplikasi ini juga sangat berkesan,mudah, aplikasi canva tidak perlu berbayar dan
menjimatkan masa di mana merangkumi penyampaian audio dan visual(video animasi)
dalam masa yang sama.

Melalui pembelajaran berasaskan projek STEM pula, murid dapat menerokai sesuatu benda
yang baharu di samping itu dapat melahirkan pemikiran yang kreatif dan inovatif sejajar
dengan PAK-21. Murid telah merentas kurikulum pembelajaran iaitu asas keusahawanan
dalam menghasilkan sesuatu produk baharu.Murid juga memberi respond yang positif dalam
penggunaan media pembelajaran audio visual aplikasi canva dan mencapai 93%
kefahaman mereka dalam penggunaan aplikasi canva ini dan kefahaman mereka dalam
melaksanakan pembelajaran berasaskan projek.Selain itu, pengkaji juga mendapati murid
sudah kurang bergantung kepada guru berbanding sebelumnya dan mereka sudah mampu
untuk mencari maklumat di samping melakukan pembelajaran kendiri.

Secara keseluruhannya, pengkaji berpuas hati dengan hasil kajian tindakan ini.Kaedah
pembelajaran berasaskan projek yang di gunakan dalam standard pembelajaran ubat-
ubatan dan bahan kosmetik ini berjaya memberi kesan yang positif kepada peningkatan
pemahaman murid tingkatan 5 Kritis malah mencapai pembelajaran merentas kurikulum
iaitu keusahawanan.

36
RUJUKAN

Abdul Jabbar, A. I. & Patrick, F. 2015. Gameplay engagement and learning in game-based
learning: a systematic review. Review of Educational Research, 85(4): 740-779.

Emlly, K.G. Keberkesanan Penggunaan Audio-Visual(video) Sebagai Bahan Bantu Belajar


Terhadap Peningkatan Pemikiran Aras Tinggi Murid Dalam Matapelajaran Sains
Tahun 5.Fakulti Pendidikan Dan Bahasa,Uni.Terbuka Malaysia.

Faridah Salam,Ramlam Mailik & Norhasbiah Ubaidullah (2015).Perubahan Pencapaian


Matapelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Melalui Pembelajaran
Berasaskan Projek dengan Scaffolding,Jurnal Pendidikan Malaysia.

Ishak Baba. (2009). Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dan kaitannya


terhadap prestasi akademik pelajar UTHM. Johor, Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia.
40(1)(2015)

Noraini A,Chee Sian C.,Kamal Junaidi Z.Amali Process Sains Tingkatan 4.Penerbitan Pelangi Sdn.
Bhd.2020,: 144-149.

Norhanim, A,J(2021). Pendekatan Pentaksiran Bilik Darjah Dalam Sains Dengan


Menggunakan Kaedah M.A.P, SMK Kota Marudu,Sabah

Surif,J.,Ibrahim,N,H & Rohaya, A.H.(n.d).Tahap Amalan Dan Pengintergrasian ICT


DalamProses Pengajaran Dan Pembelajaran Sains,Johor.

Yahya Othman (2014),Keupayaan Menguasai Kemahiran Menulis Melalui Pembelajaran


Berasaskan Projek Dalam Penulisan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu-JPPN Vol,4,Bil
1( Mei 2013).ISSN: 2180-4842

Wang, A. I. 2015. The wear out effect of a game-based student response system. Computers &
Education, 82: 217-227.
KAJIAN TINDAKAN PDPR

TAJUK

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGUASAI PENAMAAN SEBATIAN KIMIA DAN MEMBINA


FORMULA KIMIA SEBATIAN ION (KATION DAN ANION) DENGAN MENGGUNAKAN “KAEDAH
KIUB KAT AN”

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA MARUDU,


PETI SURAT 11, 89107 KOTA MARUDU SABAH

Oleh;

NORHANIM BT ABD JAMIL


GURU MATA PELAJARAN SAINS DAN KIMIA
2021
1.0 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Lalu

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran mengikut norma baharu yang di sampaikan oleh
guru melalui dalam talian berkenaan dengan cara menulis penamaan sebatian kimia dan formula
kimia sebatian ion, di dapati segelintir murid dalam kelas PdPr dalam talian mengambil masa
untuk mengingati apa yang mereka pelajari. Buktinya dalam analisis secara lisan semasa guru
bertanya soalan yang berbentuk nama sebatian cas-cas ion seperti senaraikan nama sebatian
kation dan anion dan tuliskan formula kimia sebatian ion, di dapati pelajar mengambil masa untuk
mengingat formula kation dan formula anion.

Di dapati beberapa soalan yang di kemukan oleh pelajar adalah cikgu, bagaimana hendak
mengingat formula kation dan formula anion?.Bagaimanakaj kaedah silang digunakan dalam
pembinaan formula kimia? Kesannya, sekiranya pelajar tidak dapat menulis penamaan sebatian
kimia dan mengenali cas-cas ion kation dan ion anion dengan tepat, ini akan memberi impak
yang besar kepada mereka dalam subjek Kimia SPM. Sebaliknya mereka mengalami
kehilangan markah jika tidak dapat menulis persamaan kimia seimbang dan menyelesaikan
masalah stoikiometri di sebabkan tidak dapat mengingat formula kation dan formula anion yang
menjadi asas dalam subjek kimia yang perlu di ingat oleh setiap pelajar yang mengambil subjek
kimia.

2.0 Fokus Kajian

Kajian tindakan ini adalah kajian tindakan tentang pengajaran dan pembelajaran mengikut norma
baharu secara dalam talian. Subjek yang di pilih adalah Subjek Kimia KSSM Tingkatan 4 Sekolah
Menengah.

Kelas : 4 Kritis
TEMA : 2 ASAS KIMIA
Bidang Pembelajaran : 3.0 Konsep Mol, Formula dan Persamaan Kimia
Standard Kandungan : 3.3 Formula Kimia

3.0 Objektif Kajian

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid d iharap akan mencapai objektif berikut:

3.1 Objektif Umun

1. Menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran guru melalui penyelidikan dalam subjek
KSSM Kimia SPM Sekolah Menengah secara norma baharu PdPr.

2. Pengajaran dan pembelajaran yang interaktif merangkumi gabungan kaedah pengajaran


dalam talian dan amalan berdasarkan pembelajaran yang menggunakan psikomotor
halus(membina).

3.2 Objektif Khusus

1. Murid dapat membina dan menulis formula kimia sebatian ion dan penamaan sebatian kimia.

2. Murid boleh mengingat cas-cas anion dan kation dengan menggunakan kaedah Kiub KAT
AN.
3. Murid dapat menggunakan psikomotor halus semasa membina kiub KAT AN.
4.0 Kumpulan sasaran

Iaitu pelajar daripada kelas Tingkatan 4 Kritis seramai 24 orang iaitu 12 orang pelajar lelaki dan 12
orang murid perempuan. Semasa pdpr di laksanakan secara Goggle Classroom (GM) di dapati
pelajar yang hadir adalah seramai 18 orang iaitu 8 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan.
Murid-murid di kelas 4 Kritis mereka berada di tahap sederhana bagi subjek Sains semasa mereka
berada di Tingkatan 3.

5.0 Tindakan Yang Dicadangkan

Dalam kajian ini, penyelidik ingin menggunakan kaedah KIUB KAT AN memberi makna untuk
menerangkan cara mudah mengingat dan membina formula sebatian ion serta menulis penamaan
sebatian kimia berpandukan bahan KIUB KAT AN. Bahan yang di gunakan dalam kajian ini adalah
berbentuk kiub segi empat. Maksud KAT ialah KATion iaitu mempunyai cas ion positif manakala AN
bermaksud ANion yang mempunyai cas negatif. Kajian tindakan ini dilaksanakan secara dalam talian
semasa guru memberi penerangan iaitu melalui platform digital video dan hasil pemerhatian terhadap
pelajar adalah melalui dalam talian atau luar talian dengan menggunakan platform Telegram atau
aplikasi digital video.

i) KIUB KAT AN

Gambar 1 : KIUB KAT AN

ii) BAHAN-BAHAN DI GUNAKAN

1. Gunting
2. Gam
3. Pembaris
4. Marker Pen
5. Kertas berwarna-6 keping
iii) CARTA ALIRAN
a) Proses Membina Kiub KAT AN

Penyediaan Bahan- Guntingkan lakaran


pelan Kiub segiempat

n Melukis lakaran pelan kiub


segiempat sama sisi 7cmx7cm

KIUB KAT AN di hasilkan Bentuk kertas menjadi kiub Tulis nama ion anion dan ion
segiempat sama sisi dan kation pada kertas lakaran
gamkan yang

berlainan

ii) PDPR DALAM TALIAN -Goggle Classroom DELIMA/VIDEO

Gambar 2 : Pdpr dalam talian -Goggle Classroom sesi pembelajaran dan pengajaran
iii) PDPR LUAR TALIAN – Melalui Telegram semasa sesi PdPR tutorial

Gambar 3 : Makluman tugasan melalui Gambar 4 : Penerangan pengajaran &


Telegram pembelajaran dalam bentuk video

iv) PELAKSANAAN TUGASAN PELAJAR SEMASA PDPR

Gambar 5 : Pelajar menonton video pengajaran dan pembelajaran guru


Gambar 6: Tugasan pelajar yang di hantar secara gambar dimana pelajar menggunakan psikomotor
halus dalam membina kiub KAT AN

Gambar 7 : Tugasan pelajar di hantar secara platform digital video


v) IMPAK HASIL TUGASAN PELAJAR

Gambar 8: Pelajar dapat menulis formula kimia dan nama penamaan sebatian kimia mengikut
cantuman 2 kiub ion Kation dan ion Anion
Vi) SOAL SELIDIK-Maklum Balas

6.0 Jadual Perlaksanaan Kajian

Bilangan Aktiviti Tarikh Pelaksanaan


1 Kelas PDPR dalam talian Goggle classroom 25 FEB 2021
2 Penyediaan Alat Bantu mengajar-KIUB Kat AN dan 2 Mac 2021
video pengajaran

3 Memberi tugasan kepada pelajar 2 Mac 2021


4 Perlaksanaan kelas PDPR luar talian platform 3 Mac 2021
telegram.
6 Perlaksanaan Kelas Pdpr dalam talian 4 Mac 2021
5 Hasil tugasan pelajar 2-4 Mac 2021
7 Penulisan Kajian Tindakan 4 Mac 2021

7.0 Kos Kajian

Tiada Kos .Mengguna barang terpakai.


RUMUSAN

Hasil daripada penyelidikan kajian saya terhadap pelajar, sebagai langkah permulaan dalam
memahami, mengingat dan mempelajari konsep asas kimia, hampir 70% pelajar mencapai objektif
kajian.Melalui pentaksiran secara penulisan dan pemerhatian daripada video,telegram dan gambar
yang di beri oleh pelajar mereka dapat menulis formula kimia sebatian ion dan penamaan kimia
sebatian dengan baik berpandukan Kiub KAT AN yang digunakan. Selain itu, segelintir daripada
mereka juga dapat mengingat cas-cas ion kation dan ion anion dengan baik . Bagi memperkukuhkan
lagi mengingati cas-cas ion, guru mengalakan pelajar sentiasa menggunakan kiub KAT AN sebagai
latihan ulangkaji untuk mengingat cas-cas ion dan formula kimia.
BORANG PENYERTAAN
BICARA i-STEM PERINGKAT NEGERI SABAH
ANJURAN PEJABAT DAERAH RANAU TAHUN 2021

TARIKH: 27 MEI 2021

Live Streaming (Google Meet dan Youtube)

NAMA PESERTA 1.Josil Kidutah.

Pegawai SISC+ Sains Matematik PPD Kota Marudu.

2.Disimon Edmund Gansoi.

Guru STEM SMK Kota Marudu.

3.Norhanim Abd Jamil.

Guru STEM SMK Kota Marudu.

AMALAN Pendekatan Flipped Classroom dalam PDPC STEM.


TERBAIK

NAMA SEKOLAH SMK Kota Marudu.

PPD PPD Kota Marudu.

ABSTRAK (Tidak Perubahan dalam sistem pendidikan di negara ini turut menuntut guru
melebihi 200 patah untuk melakukan transformasi dalam amalan Pembelajaran &
perkataan) Pemudahcaraan (PDPC) di bilik darjah. Tinjauan di SMK Kota Marudu
pada tahun 2019 mendapati bahawa majoriti guru bidang STEM di
sekolah tersebut menyedari bahawa mereka harus melakukan
transformasi dalam amalan PDPC mereka agar kekal relevan dengan
kehendak Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). Di bawah bimbingan
Pegawai SISC+ Sains Matematik PPD Kota Marudu, sekumpulan 12
orang guru STEM telah meneroka pelbagai pendekatan dan kaedah di
bawah PAK21. Salah satu pendekatan yang telah dipilih ialah Flipped
Classroom kerana ia amat sesuai diintergrasi dengan kaedah Project
Based Learning (PBL) dalam PDPC STEM. Berdasarkan refleksi guru
dan maklum balas murid, mendapati bahawa
pendekatan Flipped
Classroom dalam PDPC STEM telah berjaya merealisasikan prinsip
pembelajaran berpusatkan murid, mengoptimumkan peruntukan masa
sebenar PDPC; termasuk kemahiran PAK21 yang lain seperti kolaboratif,
komunikasi, kreativiti, kritis dan nilai murni (4K1N). Penggunaan kaedah
PBL dalam salah satu projek rintis Flipped Classroom PDPC STEM ini
telah berjaya menghasilkan satu produk ringkas yang dikenali sebagai
Solar Oven System (SOS System). Dengan mengambil contoh kejayaan
murid menghasilkan artifak PBL SOS System ini, membuktikan bahawa
pembelajaran STEM amatlah menyeronokkan dan bermakna jika dengan
pendekatan dan kaedah PDPC yang sesuai. Akhirnya, sejak tahun 2019,
pendekatan Flipped Classroom dalam PDPC STEM telah diisytihar
sebagai amalan terbaik oleh SMK Kota Marudu dan harus diikuti oleh
semua guru.

Kata Kunci: STEM, Flipped Classroom, Masa Optimum PDPC, PAK21,


4K1N, PBL, Berpusatkan Murid dan SOS System.

Borang penyertaan ini mestilah dihantar kepada Urusetia BICARA i-STEM 2021 PERINGKAT
NEGERI SABAH selewat-lewatnya 20 Mei 2021 melalui aplikasi telegram atau WhatsApp kepada Pn.
Dg. Noor Aidah Binti Abdul Momin (HP 0146791775) bersama-sama dengan slide pembentangan
(power point).

PENGESAHAN KETUA JABATAN:

DATU ROSLIN B. DATU SIABOK


Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah
KOTA MARUDU

48
2020

49
KAJIAN TINDAKAN

TAJUK

MELUKIS RAJAH DAN MENULIS SUSUNAN ELEKTRON UNSUR DALAM KUMPULAN


MENGIKUT LANGKAH YANG TERTIB DENGAN MENGGUNAKAN
“KAEDAH ACARA BALAPAN”

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA MARUDU,


PETI SURAT 11, 89107 KOTA MARUDU SABAH

Oleh;

NORHANIM BT ABD JAMIL


GURU MATA PELAJARAN SAINS DAN KIMIA

50
1.0 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Lalu

Cikgu, apa itu orbit? Apa beza elektron dan proton, cikgu. Macam mana elektron itu
bergerak cikgu? Apa beza nombor proton dan bilangan elektron. Cikgu, saya keliru
dengan maksud orbit dan petala. Macam mana nak isi bilangan elektron di dalam petala 1,
petala 2 dan petala seterusnya. Itulah soalan yang sering timbul di dalam pemikiran
pelajar dan berusaha bertanyakan soalan kepada guru yang mengajar.Konsep jirim sudah
di pelajari semasa di bangku sekolah rendah dan apabila pelajar memasuki sekolah
Menengah Rendah konsep jirim masih lagi di pelajari.Pelajar akan menghadapi masalah
sekirannya pelajar tidak dapat memahami dan menguasai konsep jirim menyebabkan
mereka tidak dapat membayangkan bentuk zarah-zarah jirim yang terdapat di sekeliling
mereka. Semasa tingkatan satu, pelajar sudah mempelajari Topik 6 Jadual Berkala
dimana pelajar sudah mempelajari tentang unit asas jirim iaitu atom dan subatom terdiri
daripada proton, neutron dan elektron di mana elektron bergerak di garisan orbit.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang di sampaikan oleh guru berkenaan
susunan elektron dalam Jadual Berkala Unsur Moden dengan melakar dan menulis
susunan elektron dalam unsur yang terdapat di dalam Jadual Berkala Unsur Moden ,
majoriti pelajar dalam kelas mengambil masa yang sangat lama untuk melakar susunan
elektron mengikut bilangan petala yang sesuai. Buktinya dalam analisis secara lisan dan
pemerhatian semasa guru mengimbas semula sukatan pelajaran mereka semasa di
Tingkatan satu bertanya soalan yang berbentuk soalan peperiksaan beserta dengan
pemarkahan jawapan kepada beberapa orang pelajar di dalam kelas mengenai
lakaran lukisan susunan elektron nama unsur yang diberi. Di dapati pelajar tidak
mencapai dan menguasai markah penuh. Sebaliknya mereka mengalami kekeliruan
perbezaan antara orbit dan petala. Selain itu, berapa elektron yang perlu di isi dalam
setiap petala dan berapa lakaran lukisan petala perlu di lukis. Namun begitu, terdapat juga
pelajar yang akan berusaha untuk memahami dan menjawab sekadar yang mampu.
Akhirnya, pelajar yang kurang memahami mereka berputus asa.untuk mencuba
menjawab soalan tersebut. .

2.0 Fokus Kajian

Kajian tindakan ini adalah kajian tindakan tentang pengajaran dan pembelajaran.
Subjek yang di pilih adalah Subjek Sains KSSM Tingkatan 4 Sekolah Menengah.

Tema : 3 Penerokaan Unsur Dalam Alam


Bidang pembelajaran : 8.0 Unsur Dan Bahan
Subtopik : 8.2 Jadual Berkala Unsur Moden

3.0 Objektif Kajian

Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai objektif
berikut:

3.1 Objektif Umun

Menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran guru melalui penyelidikan dalam


subjek Sains KSSM Tingkatan 4 Sekolah Menengah.

3.2 Objektif Khusus


1. Pelajar dapat mencerakinkan Jadual Berkala Unsur Moden.
2. Pelajar dapat mendeduksikan prinsip susunan unsur dalam Jadual Berkala Unsur
Moden.

51
3. Melakar dan menulis susunan elektron unsur dalam kumpulan.

4.0 Kumpulan sasaran

Iaitu pelajar daripada kelas Tingkatan 4 Refleksif seramai 26 orang iaitu 18 orang pelajar
lelaki dan 8 orang pelajar perempuan. Murid-murid di kelas 4 Refleksif mereka berada di
tahap lemah bagi subjek Sains.

5.0 Tindakan Yang Dicadangkan

Dalam kajian ini, penyelidik ingin menggunakan kaedah “ ACARA BALAPAN” memberi
makna untuk menerangkan perbezaan kedudukan elektron yang terletak di pada garis orbit
dan petala.Murid perlu fahami perbezaan asas kedua-dua kata kunci iaitu orbit dan petala.
Setelah fahami, murid juga di ajar cara melakar dan melukis susunan elektron mengikut
tertib yang betul supaya kelihatan lebih kemas.

i) Kaedah “ACARA BALAPAN”

Rajah 1 : Penerangan dan lakaran lukisan yang di ajar oleh guru semasa PdP

Penerangan Kaedah

- Dalam kaedah ini, semasa guru mengajar.guru perlu menekankan konsep dan
pemakahan yang berkaitan dengan lakaran dan menulis susunan elektron pada
Jadual Berkala Unsur Moden.
 Berapakah bilangan elekron Natrium 1 markah
 Tuliskan susunan elektron Natrium 1 markah

52
 Lukis rajah dan tuliskan susunan elektron yang terbentuk pada unsur
Natrium,Na. 3
markah

Murid di ingatkan supaya petala pertama di isi dengan 2 elektron kecuali


Hidrogen kerana Hidrogen mempunya bilangan proton 1 dan jisim atom relatif 1.
Manakala petala ke dua, petala ketiga maksud elektron di isi sebanyak lapan
atau kurang bergantung kepada bilangan elektron pada petala terluar.

Contoh
Natrium, Na = 11
Mesti sama jumlah
Susunan elektron : 2 . 8 .1
( 2+8+1 = 11 )

Petala 1
Di isi duplet 2 elektron

Petala ke 2
Di isi Oktet 8 elektron
Petala ke 3
Di isi petala terluar 1 elektron

ii) Langkah melukis rajah susunan elektron

Rajah 2 :Guru menerangkan bentuk soalan. Rajah 3 : Guru menunjukkan langkah


melukis Susunan elektron

53
iii) AKTIVITI PELAJAR SEMASA PDP

Rajah 3 : Pelajar mencuba melukis rajah susunan elektron di mulakan dengan melukis
atom Natrium, Na.

Rajah 4 : Pelajar menyiapkan hasil tugasan yang di berikan oleh guru soalan tanpa bantuan
rakan dan guru dengan menggunakan Kaedah Acara Balapan.

54
Rajah 5 : Pelajar yang berjaya menyiapkan tugasan dengan betul dan pelajar yang kurang
mahir dibantu oleh rakan dan guru.

Rajah 6: Pelajar memahami dan dapat menguasai langkah melukis rajah susunan elektron
dengan betul.

55
6.0 Jadual Perlaksanaan Kajian

Bilangan Aktiviti Tarikh Pelaksanaan


1 Mengenal pasti masalah dan pengumpalan data 6 Ogos 2020
awal
2 Melaksanakan tindakan 7 Ogos 2020
3 Membincangkan masalah yang timbul dalam 7 Ogos 2020
tindakan 1
4 Latih tubi untuk mengesan pencapaian murid 7 Ogos 2020
5 Menulis laporan kajian 8 Ogos 2020
7 Perbentangan

7.0 Kos Kajian

Tiada Kos .

RUMUSAN

Hasil daripada penyelidikan kajian saya terhadap pelajar, hampir 80 % pelajar dapat
memahami dan melukis rajah susunan elektron dengan baik manakala 20% pelajar
hampir menguasai melukis dan guru dan rakan-rakan sekelas membantu pelajar
tersebut. Pelajar juga menunjukkan peningkatan diri kerana dapat menjawab soalan
dengan kadar masa yang sangat pantas dan cepat. Pelajar juga dapat menguasai dan
mencapai target permakahan apabila mereka menjawab soalan.

56
KAJIAN TINDAKAN

TAJUK

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENENTUKAN PERBEZAAN DI ANTARA


TRANSFORMER INJAK NAIK DAN TRANSFORMER INJAK TURUN DENGAN
MENGGUNAKAN KAEDAH “ NAIK TANGGA DAN TURUN TANGGA”.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA MARUDU,


PETI SURAT 11, 89107 KOTA MARUDU SABAH

Oleh;

NORHANIM BT ABD JAMIL


GURU MATA PELAJARAN SAINS DAN KIMIA

57
1.0 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Lalu

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang di sampaikan oleh guru berkenaan
dengan perbezaan Tranformer injak naik dan Transformer Injak Turun, majoriti murid
dalam kelas mengambil masa untuk mengingati perbezaan Transformer injak naik dan
transformer injak turun yang mereka pelajari. Buktinya dalam analisis secara lisan
semasa guru bertanya soalan yang berbentuk soalan peperiksaan PT3 beserta dengan
pemarkahan jawapan kepada beberapa orang pelajar di dalam kelas mengenai
perbezaan Transformer injak naik dan Transformer injak turun di dapati pelajar tidak
mencapai dan menguasai markah penuh. Sebaliknya mereka mengalami kekeliruan
perbezaan antara bilangan lilitan primer dan bilangan lilitan sekunder yang terdapat
pada transformer injak naik dan transformer injak turun yang melibatkan kenaikan dan
penurunan voltan arus ulang alik. Selain itu, terdapat segelintir pelajar masih juga
tidak dapat melabel rajah transformer injak naik dan transformer injak turun dengan
tepat .

2.0 Fokus Kajian

Kajian tindakan ini adalah kajian tindakan tentang pengajaran dan pembelajaran.
Subjek yang di pilih adalah Subjek Sains PT3 Sekolah Menengah. Bidang
pembelajaran yang di pilih adalah dalam bidang pembelajaran keenam iaitu Elektrik dan
Kemagnetan, subtopik
6.2 Transformer.

0 Objektif Kajian

Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai objektif
berikut:

3.1 Objektif Umun

Menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran guru melalui penyelidikan


dalam subjek sains PT3 Sekolah Menengah.

3.2 Objektif Khusus

1. Pelajar dapat mengingati perbezaan diantara Transformer injak naik dan


Transformer Injak turun

2. Pelajar boleht melukis dan melabel rajah transformer injak Naik dan Transformer
Injak turun dengan tepat dan betul.

4.0 Kumpulan sasaran

Iaitu pelajar daripada kelas Tingkatan 3 Kritis seramai 30 orang iaitu 15 orang pelajar lelaki
dan 15 orang pelajar perempuan. Murid-murid di kelas 3 Kritis mereka berada di tahap
sederhana bagi subjek Sains.

5.0 Tindakan Yang Dicadangkan

Dalam kajian ini, penyelidik ingin menggunakan kaedah “ Naik Tangga dan Turun Tangga ”
memberi makna untuk menerangkan perbezak` kadar pengaliran arus pada voltan primer
dan voltan sekunder melalui bilangan lilitan pada gegelung primer dan lilitan pada gegelung
sekunder yang terdapat pada Transformer injak naik dan Transformer injak turun.

58
i) Kaedah “Naik Tangga dan Turun Tangga”

RAJAH 1 : Lakaran Lukisan

Rajah 2 : Lukisan yang di ajar oleh guru semasa PdP

59
ii) AKTIVITI PELAJAR SEMASA PDP

Rajah 3 : Pelajar mencuba menjawab soalan dalam buku latihan

Rajah 4 : Pelajar menjawab soalan tanpa bantuan rakan dan buku teks dengan
menggunakan kaedah Naik Tangga dan Turun Tangga

60
Rajah 5 : Majoriti kesemua pelajar menjawab soalan dengan sendiri

Rajah 6: Pelajar memahami dan dapat menguasai teknik menjawab soalan.

61
Rajah 8: Pelajar menguasai markah penuh apabila menjawab soalan

6.0 Jadual Perlaksanaan Kajian

Bilangan Aktiviti Tarikh Pelaksanaan


1 Mengenal pasti masalah dan pengumpalan data 23 Julai 2020
awal
2 Melaksanakan tindakan 23 Julai 2020
3 Membincangkan masalah yang timbul dalam 23 Julai 2020
tindakan 1
4 Latih tubi untuk mengesan pencapaian murid 23 Julai 2020
5 Menulis laporan kajian 26 Julai 2020
7 Perbentangan

7.0 Kos Kajian

Tiada Kos . Pelajar membeli buku Mastery Sains.

RUMUSAN

Hasil daripada penyelidikan kajian saya terhadap pelajar, hampir semua pelajar dapat
memahami dan membezakan jenis transformer injak naik dan Transformer injak turun.
Pelajar juga dapat menjawab soalan dengan kadar masa yang sangat pantas dan
cepat.Pelajar juga dapat menguasai dan mencapai target permakahan apabila mereka
menjawab soalan.

62
63

Anda mungkin juga menyukai