Anda di halaman 1dari 43

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui hasil kerja kursus berasaskan ilmu yang dihasilkan ini adalah hasil kerja saya
sendiri, segala contoh dan huraian yang dikemukakan adalah berdasarkan sumber
rujukan.

Tandatangan :............................
Nama penulis

: NASIR BIN YAKUB

NO. I/C

: 730606035625

Sekapur
Sirih
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Syukur kepada
Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan kurnianya, maka
dapat saya membuat kajian dan seterusnya menyiapkan
tugasan BMM 3105 Pengajaran dan Pembelajaran
berbantukan komputer ini
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan
tugasan ini terutama sekali kepada Pensyarah Pembimbing Encik Anua Bin Haris,
keluarga, dan sahabat.
Sebagai seorang guru Bahasa Malaysia, saya akan sentiasa berhadapan
dengan pelbagai cabaran dan perkembangan dalam bidang pengajaran bahasa.
Oleh yang demikian, tugasan yang perlu disiapkan ini amat bertepatan dengan
bidang tugas saya sekarang ini. Terdapat juga bidang kajian yang akan saya jalani
ini sememangnya telah saya laluinya semasa di sekolah.
Semasa proses menyiapkan tugasan ini, banyak maklumat yang telah saya
peroleh dan ianya amat bermanfaat kepada saya. Ia juga amat membantu saya
untuk menyediakan rancangan pengajaran yang lebih berkesan. Kemahiran yang
saya peroleh ini, bolehlah saya mempraktikkannya semasa pengajaran dan
pembelajaran.
Akhir bicara, semoga hasil tugasan ini dapat membantu saya menjadi guru
yang cemerlang dan berdedikasi. Sekian , terima kasih.

Audio
Pengenalan
Audio merupakan salah satu media yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Pada peringkat awalnya, ia sering digunakan dalam bidang bahasa terutama
bagi mengajar seseorang cara sebutan yang betul dan sebagainya. Kebanyakan media
berunsurkan audio pula adalah berasaskan teknologi analog seperti pita dan sebagainya. Kini
audio boleh digunakan dalam apa jua bidang ilmu dan dengan kecanggihan teknologi moden,
audio semakin penting sebagai salah satu elemen dalam proses pendidikan.
Audio sememangnya merupakan salah satu media yang mampu menarik perhatian pelajar
sekiranya digunakan secara berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun
ia agak sukar untuk diterjemahkan dalam bentuk praktikal, namun seseorang pendidik yang
baik sewajarnya berupaya mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka agar pelajar sentiasa
bersemangat dan bermotivasi dalam proses pembelajaran. Dengan sedikit kemahiran dan
kreativiti, seseorang pendidik itu mampu menghasilkan satu bentuk atau konsep pelajaran yang
menggunakan audio sebagai salah satu media yang utama.

Konsep Audio
Audio ialah gelombang bunyi yang boleh ditafsir oleh telinga manusia. Ia Membantu
menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar. Ia dapat
meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan berupaya meningkatkan daya
tumpuan terhadap isi persembahan. Kualiti bunyi bergantung kepada frequency hertz (hz) dan
loudness decibel (Db).
Audio terbahagi kepada dua iaitu mono dan stereo. Mono merupakan bunyi kepada satu
saluran sahaja, kurang realistik dan kurang bunyi. Manakala stereo merupakan bunyi kepada
dua saluran, realistik, berkualiti serta bersaiz dua kali dari mono. Pengiraan saiz fail bergantung
3

kepada masa rakaman, kadar sampel, bit sampel, mono atau stereo.
Terdapat 5 jenis audio yang digunakan dalam multimedia iaitu :

1) Audio
Digunakan untuk merakam bunyi yang didengar. Bentuk gelombang pada bunyi menerangkan
tentang amplitude, frekuensi dan kandungan yang harmoni.Format fail audio ialah wave.
2) Midi
Kemudahan yang efisien untuk merakam muzik. Merakam maklumat persembahan dalam chip
sound pada komputer untuk memainkan muzik. Terdapat MIDI kod untuk mengubah suai muzik
menjadi perlahan, kuat, tukar kualiti dan tambah kesan bunyi. Kebaikan Midi ialah mempunyai
fail yang lebih kecil dan padat, kualiti muzik yang bermutu serta mudah untuk melakukan
ubahsuai fail. Kelemahan Midi pula tidak boleh digunakan untuk memainkan dialog perbualan.
3) Audio Cakera Padat.
CD audio boleh menyimpan data selama 75 minit dengan kadar sampling 44,100 sampels per
saat. Keupayaan cepat untuk merakam video. Banyak digunakan untuk lagu yang dirakam dan
berkualiti.
4) MP3
Format fail audio yang boleh menggunakan codec audio MPEGuntuk enkod dan dekod muzik
yang dirakam.Boleh mampat track audio CD dalam saiz yang kecil. Pemain MP3 untuk
memainkan fail MP3.
5) HiperAudio
Dimainkan secara berulang kali. Audio dibenarkan untuk dimainkan secara selari dengan
persembahan multimedia, dirujuk sebagai hiperaudio.

Kelebihan Audio

Kelebihan utama audio ialah ia memastikan maklumat yang penting dapat disampaikan. Ini
adalah kerana bunyi dapat menarik perhatian pengguna kepada maklumat yang hendak
disampaikan. Ia juga mempunyai keupayaan yang unik untuk memberi waspada atau ingatan
kepada pengguna berkenaan sesuatu maklumat yang spesifik. Lebih-lebih lagi, mendengar
adalah lebih senang dari membaca.
Kelebihan audio yang seterusnya ialah ia dapat mempertingkatkan tarikan multimedia di
mana muzik, penceritaan atau kesan bunyi telah menyerikan lagi aplikasi multimedia yang
sebelum ini bersifat statik. Visual dan maklumat yang baik tidak akan sempurna sekiranya
muzik yang digunakan tidak sepadan dengan apa yang hendak disampaikan. Bunyi telah
menjadikan video atau animasi lebih nyata dan lebih dikenangi.

Kelemahan Audio
Walaupun penggunaan audio mempunyai banyak kelebihan, tetapi ia juga mempunyai
beberapa kelemahan yang ketara. Salah satu daripadanya ialah penggunaan audio yang
terlampau banyak (overused). Walaupun bunyi amaran, kesan bunyi, dan penceritaan adalah
sesuai untuk menarik perhatian pengguna, tetapi keberkesanannya akan hilang jika digunakan
terlalu banyak.
Kelemahan lain audio ialah ia memerlukan peralatan khas untuk menghasilkan produk
yang berkualiti. Walaupun penghasilan audio asas adalah mudah, tetapi untuk menghasilkan
audio yang berkualiti tinggi, ia memerlukan studio dan peralatan yang mahal. Oleh itu,
pengguna mesti mempunyai peralatan yang sesuai untuk menghasilkan bunyi yang berkualiti.
Contoh audio daripada laman web:
TAJUK
URL
SINOPSIS

KEMALANGAN
http://www.youtube.com/watch?v=kr2JdkPKJyo
Bunyi kemalangan

TAJUK
URL

BUNYI OMBAK
http://www.youtube.com/watch?
v=LJ4R6qnNUWk
Mengandungi bunyi ombak memukul pantai

SINOPSIS

Video
Pengenalan
Sebelum era teknologi multimedia berasaskan komputer, persembahan menggunakan pita
video telah lama dianggap sebagai satu persembahan multimedia. Ini adalah kerana video
biasanya menggunakan kebanyakan dari elemen-elemen di dalam multimedia seperti teks,
grafik, audio dan sebagainya. Ia juga menjanjikan satu corak persembahan yang hidup dan
menarik. Disebabkan kelemahan yang terdapat pada video jenis analog, maka muncullah
teknologi video digital. Kini video digital semakin mendapat tempat di dalam pembangunan
sesebuah perisian multimedia. Memasukkan elemen video ke dalam sesebuah persembahan
multimedia merupakan salah satu cara yang berkesan untuk menyampaikan maklumat yang
gagal dilaksanakan oleh media-media lain. Kebanyakan video mampu membawa unsur
menyerupai keadaan sebenar, mampu menarik perhatian dan emosi pengguna
Video merupakan salah satu elemen penting dalam pembangunan multimedia kerana ia
dapat menyampaikan maksud atau maklumat yang diingini dalam masa yang pendek. Video
telah wujud lebih daripada lima puluh tahun dan ianya bermula dengan televisyen hitam dan
putih.
Menurut Agnew dan Kellerman (1997), video adalah media digital yang menunjukkan
susunan atau urutan gambar-gambar pegun yang memberikan kita suatu ilusi seperti melihat
gambar yang sedang bergerak. Ilusi ini bergantung kepada dua fenomena fisiologi yang
dipanggil persistence of vision & flicker funsion.
Sebelum multimedia diperkenalkan, kita sering menonton video melalui pita video atau
siaran televisyen. Kesemua video ini adalah dalam bentuk analog dan tidak boleh disiarkan
melalui komputer. Selepas teknologi multimedia diperkenalkan, video digital dibangunkan dan
menjadi begitu popular. Secara umumnya, terdapat dua jenis video yang biasa dijumpai, iaitu
video analog dan digital.
6

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN VIDEO DALAM MULTIMEDIA


Video memainkan peranan yang penting dalam aplikasi multimedia. Ia boleh meransangkan
emosi, menyampaikan mesej, membekalkan arahan dan menunjukkan teknik-teknik tertentu.
Akan tetapi, keseimbangan penggunaannya adalah penting di mana anda harus mengetahui
situasi dan masa yang sesuai untuk menggunakan video. Perkara lain yang harus diingati ialah
anda mesti menggunakan video berkualiti tinggi yang disokong oleh mikropemprosesan dan
storan. Berikut ialah huraian beberapa kelebihan dan kelemahan penggunaan video dalam
multimedia.
Kelebihan Video
Penggunaan video yang sesuai akan mendatangkan hasil yang positif. Terdapat beberapa
kebaikan penggunaan video dalam aplikasi multimedia. Diantaranya ialah:
a) Video dapat menawan hati pengguna
Dalam aspek ini tidak ada media lain setanding video, kerana video terdiri daripada kombinaso
pelbagai warna, pergerakan dan bunyi. Ini menyebabkan ia sesuai digunakan untuk pemasaran
bahan aplikasi promosi.
b) Video dapat meningkatkan daya ingatan pengguna
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa manusia boleh mengingati sesuatu maklumat dengan
lebih banyak dan lebih lama jika mereka dapat melihat bahan itu dibandingkan dengan hanya
membaca atau mendengarnya. Video telah mewarisi keupayaan untuk meningkatkan ingatan
pengguna berbanding dengan media lain.
c) Video dapat menerangkan aksi fizikal dan perhubungan yang kompleks
Video dapat menunjukkan aksi fizikal dalam situasi yang realitik. Keupayaan video untuk
menunjukkan pergerakan dalam masa nyata membolehkan pengguna mempunyai idea atau
gambaran yang lebih jelas tentang perhubungan atau aksi fizikal jika dibandingkan dengan apa
yang disampaikan secara deskipsi atau ilustrasi.
7

d) Video dapat bergabung dengan media lain


Video dapat bergabung dengan media lain, terutama dengan media audio, bunyi, teks, grafik
dan pergerakan juga dapat digabungkan bersama dengan video dalam satu persembahan. Ini
merupakan faktor utama mengapa video adalah mediaa yang sesuai untuk menyampaikan
maklumat yang kompleks.
Kelemahan Video
Video mempunyai banyak kelebihan dalam aplikasi multimedia, tetapi ia juga mempunyai
beberapa kelemahan yang ketara.
a) Penghasilan video melibatkan kos yang tinggi
Penghasilan video memerlukan lebih banyak masa dan sumber dibandingkan dengan media
lain. Anda perlu mengambil masa beberapa minggu untuk perancangan dan pengambilan
video. Untuk menghasilkan satu klip video yang pendek anda mungkin memerlukan juruteknik
yang terlatih. Tambahan pula, banyak sumber diperlukan untuk mengedit video dan
menggabungkannya ke dalam sesuatu aplikasi multimedia.
b) Video memerlukan ingatan dan storan yang banyak
Video menggunakan lebih banyak ingatan system dan storan daripada media lain. Contohnya,
satu minit video menggunakan lebih banyak ruang storan daripada beribu-ribu muka surat teks.
Oleh itu, video hanya sesuai digunakan dalam situasi yang benar-benar memerlukannya seperti
pengiklanan dan demonstrasi.
c) Video memerlukan peralatan khas untuk penghasilan dan tontonan
Peralatan-peralatan seperti kamera, lampu, dan alatan untuk mengedit diperlukan untuk
menghasilkan satu video. Pelaburan anda untuk menghasilkan video adalah jauh lebih besar
daripada peralatan yang digunakan untuk kebanyakan media lain. Tambahan pula, penggunak
mesti mempunyai perkakasan dan perisian yang sesuai untuk menonton video, seperti kad
video dan perisian Quick Time atau Media Player.
d) Video tidak dapat menggambarkan atau menerangkan konsep abstrak atau situasi statik
dengan afektif.
Video adalah khas untuk menunjukkan pergerakan, ia tidak sesuai untuk ilustrasi konsep
abstrak, menunjukkan objek atau situasi yang statik. Dalam keadaan ini, teks atau grafik dapat
menyampaikan konsep abstrak dengan lebih afektif berbanding dengan video.Contoh video:

TAJUK
URL
SINOPSIS

KEPENTINGAN MENJAGA ALAM SEKITAR


http://www.youtube.com/watch?v=gJN7Eh3QR2o
Video ini mengandungi kepentingan manjaga alam sekitar. Penanaman pokok
adalah penting bagi mengekalkan kesegaran udara. Sampah sarap perlu
dibuang untuk mengelakkan penyakit yang berbahaya. Kesedaran kepada
perkara ini akan menjadikan kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera

Teks
Pengenalan
Teks merujuk kepada huruf-huruf yang tersusun bagi membentuk satu makna yang boleh
difahami satu makna yang boleh difahami atau membawa pengertian yang tertentu. Ia juga
merujuk kepada semua jenis simbol, huruf, abjad, nombor, statistik dan pelbagai jenis tulisan
dan fon yang menjadi asas utama bagi penyaluran maklumat masa dahulu dan juga masa kini.
Ianya amat penting sekiranya penerangan yang jelas dan menyeluruh diperlukan pengguna dan
penggunaan elemen-elemen atau media lain mungkin gagal menyampaikan makna seperti
mana yang dikehendaki.
Memandangkan penggunaan teks dalam suatu proses komunikasi maklumat telah lama
wujud, ianya sering kali dianggap sebagai satu media tradisi. Namun demikian, penggunaan
teks dalam satu sistem multimedia sememangnya merupakan sesuatu yang tidak dapat
dinafikan kepentingannya. Walaupun terdapat pelbagai elemen media yang bersifat lebih
menarik dan dinamik, teks masih lagi diperlukan sebagai salah satu elemen utama dalam
proses penyampaian maklumat.
Teks secara amnya merujuk kepada huruf-huruf yang tersusun bagi membentuk satu
makna yang boleh difahami atau membawa pengertian yang tertentu. Teks juga merujuk
kepada semua jenis simbol, huruf, abjad, nombor, statistik dan pelbagai jenis tulisan dan fon
yang menjadi asas utama bagi penyaluran maklumat masa dahulu dan juga masa kini.
Dalam satu sistem multimedia interaktif, teks turut memainkan peranan yang penting
dalam menyalurkan sesuatu informasi kepada pengguna. Ianya amat penting sekiranya
penerangan yang jelas dan menyeluruh perlu diberikan kepada pengguna dan penggunaan
elemen-elemen atau media lain mungkin gagal menyampaikan makna seperti mana yang
dikehendaki.
Penggunaan teks juga akan menjadi lebih menarik sekiranya ia digabungkan dengan
elemen-elemen multimedia yang lain dan gabungan penggunaan media ini menjanjikan

penyampaian maklumat yang lebih menarik, tepat dan menyeluruh.Teks juga merupakan
elemen asas bagi menyampaikan maklumat. Memberi penekanan bagi sesuatu isi kandungan
yang ingin disampaikan. Mempunyai pelbagai jenis dan bentuk tulisan yang berupaya memberi
daya tarikan dalam penyampaian maklumat. Kebanyakan sistem multimedia menggunakan teks
kerana ianya merupakan cara efektif untuk komunikasi, cara yang mudah untuk menyediakan
arahan kepada pengguna, dapat menyampaikan maklumat dalam pelbagai bidang dan
merupakan medium penghantaraan maklumat.
Teks terdiri daripada empat iaitu teks bercetak, teks yang diimbas, teks elektronik dan
hiperteks. Dalam aplikasi multimedia, teks akan menjelaskan maklumat yang diperlukan.
Kewujudan teks akan diperjelaskan lagi dengan penggunaan elemen multimedia yang lain dan
ianya adalah elemen yang cukup penting. Teks boleh dipersembahkan dalam pelbagai bentuk
untuk menarik minat pengguna seperti grafik, animasi, tajuk dan sebagainya. Persembahan
teks kepada pengguna adalah bergantung kepada tujuan dan bilangan pengguna.

Walaupun terdapat pelbagai elemen media yang bersifat lebih menarik dan dinamik,
teks masihlagi diperlukan sebagai salah satu elemen utama dalam proses penyampaian
maklumat. Dalam satu sistem multimedia interaktif, teks turut memainkan peranan yang penting
dalam menyalurkan sesuatu informasi kepada pengguna. Ianya amat penting sekiranya
penerangan yang jelas dan menyeluruh perlu diberikan kepada pengguna dan penggunaan
elemen-elemen atau media lain mungkin gagal menyampaikan makna seperti mana yang
dikehendaki. Teks merupakan salah satu media utama yang diperlukan dalam sesebuah
perisian multimedia sama ada sebagai menu utama, sistem navigasi (navigation) ataupun bagi
tujuan penyampaian sesuatu isi kandungan perisian. Ia adalah jenis data paling asas serta
menggunakan ruang storan paling sedikit berbanding dengan elemen-elemen multimedia lain.

Teks dalam bentuk perkataan, ayat dan perenggan adalah digunakan untuk
menyampaikan sesuatu idea, buah fikiran dan fakta yang berkaitan dengan apa jua aspek
dalam kehidupan kita sehari-hari. Jadi, tidak mustahil jikalau sesebuah produk multimedia itu
bergantung kepada teks didalam kebanyakan perkara seperti didalam menerangkan bagaimana
sesuatu aplikasi bekerja, membantu pengguna didalam menerokai sesuatu aplikasi dan untuk
menyebarkan

maklumat

melalui

aplikasi

aplikasi

yang

telah

direkabentuk.

Walaubagaimanapun, di dalam aplikasi multimedia, penggunaan teks yang terlalu banyak tidak
begitu digalakkan kerana teks tidak dapat mempamerkan maklumat dengan menarik. Ini bukan
10

bermakna teks tidak diperlukan langsung, tetapi ia hanya perlu digunakan pada bahagianbahagian penting sahaja.

Contoh teks:

11

Grafik
Pengenalan
Perkembangan dalam teknologi maklumat dan multimedia telah menjadikan grafik sebagai satu
media yang praktikal dan akan terus memainkan peranan penting dalam industri maklumat.
Dalam era digital ini, grafik telah digunakan dalam beberapa bidang seperti sains, kejuruteraan,
perubatan, bisnes, perindustrian , kerajaan, kesenian, hiburan, pengiklanan, pendidikan dan
latihan.

Pengunaan grafik yang relevan dan menarik memastikan kejayaan

dalam

pembangunan dan penggunaan perisian khasnya untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Grafik merupakan antara media paling popular digunakan bagi memperlihatkan ketrampilan,
kehebatan dan keberkesanan sesebuah aplikasi multimedia. Penggunaan grafik sama ada
dulu atau sekarang adalah sangat penting untuk seseorang individu untuk menyampaikan
sesuatu maklumat. Dalam aplikasi multimedia elemen teks sahaja tidak mencukupi untuk
menyampaikan maksud. Gambaran secara visual memberikan kesan yang lebih baik jika
dibandingkan dengan penggunaan teks semata-mata. Grafik memainkan peranan yang penting
dalam persembahan multimedia dan merupakan antara elemen yang paling popular dan utama
digunakan dalam pembangunan sesebuah aplikasi multimedia.

Konsep Grafik
Grafik adalah garisan, bulatan, kotak, bayangan, warna dan sebagainya yang dibina dengan
menggunakan program melukis. (Agnew dan Kellerman (1996) Menurut kamus Dewan Bahasa
dan Pustaka, grafik membawa maksud perkara berkenaan lukisan atau ukiran. Secara lebih
terperinci, lukisan merupakan salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus.
Lukisan menyediakan landasan asas untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara dan bidang.
Dari pengertian ini bolehlah kita membuat kesimpulan bahawa penggunaan grafik dalam

12

sesebuah program multimedia bukan sekadar lukisan yang cantik untuk dipandang, malahan
juga sebagai sumber penyampaian maklumat yang amat berkesan.
Grafik juga memberi maksud penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak
dapat atau sukar diterangkan oleh teks. Ia mampu menambah daya tarikan kepada sesuatu
paparan atau persembahan. Grafik juga dapat mempercepatkan penyampaian sesuatu
maklumat dan dapat memberikan penerangan yang jelas, tepat dan konsisten antara individu
yang berbeza. Grafik dikatakan sebagai sumber penyampai maklumat yang amat berkesan
kerana segala bentuk mesej yang diterima oleh manusia melalui penglihatan mereka dapat
diterima secara terperinci dan ianya mempunyai daya ketahanan serta daya ingatan yang
tinggi.
Penggunaan grafik bukan hanya berperanan untuk menonjolkan keindahan atau
kecanggihan senibina sesebuah program multimedia tetapi juga berperanan sebagai suatu
sumber penyampaian sesuatu maklumat yang amat berkesan.
Grafik yang menarik merupakan salah satu daya tarikan utama multimedia, malah
pembangun multimedia sedar bahawa kejayaan sesuatu aplikasi multimedia amat bergantung
kepada kesan atau impak visual yang berjaya dihasilkannya. Visualisasi merupakan antara
proses yang amat penting dalam komunikasi maklumat. Ini disebabkan manusia lebih
cenderung untuk mempelajari, menghayati dan mengingati sesuatu yang dilihat, berbanding
dengan apa yang dibaca atau didengar.
Grafik sangat penting kerana paparan visual grafik mampu menyampaikan sesuatu
maklumat dengan lebih berkesan. Grafik seperti lukisan, gambar foto atau carta misalnya dapat
membantu di dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan efektif.
Visualisasi merupakan antara proses yang amat penting dalam komunikasi maklumat dan grafik
boleh digunakan untuk tujuan ini bagi meningkatkan penekananterhadap sesuatu maklumat. Ia
juga berperanan bagi menarik perhatian pengguna, mengilustrasikan sesebuah konsep dan
juga bertindak sebagai latar belakang bagi sesuatu konsep. Penggunaan grafik di dalam
kebanyakan halaman web mampu menjadikan sesebuah halaman internet itu menjadi lebih
ceria, menarik dan menyegarkan mata yang memandang serta menghidupkan lagi suasana
pencarian maklumat di sesebuah laman web.
Sebagai penyampai mesej atau maklumat yang amat berkesan. Grafik juga mampu
menyediakan visual bagi menerangkan sesuatu konsep yang sukar diterangkan menerusi
13

penggunaan teks semata-mata. Ia juga mempercepatkan proses penyampaian sesuatu


maklumat. Dahulu, grafik hanya digunakan sebagai penghias skrin semata-mata tetapi kini ia
bukan sekadar hiasan tetapi berperanan sebagai sumber penyampaian maklumat yang
berkesan, spontan dan pantas. Grafik seperti lukisan, gambar, foto atau carta misalnya, amat
membantu dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan efektif.

Contoh Grafik :

14

Laman Web
Laman web adalah satu halaman yang mengandungi maklumat yang dipaparkan oleh pelayar
Web dalam Internet. Web merupakan salah satu daripada ciri rangkaian internet dan ia adalah
salah satu kandungan yang aktif. Kandungan Web ini adalah bergantung kepada satu aplikasi
sahaja. Antara aplikasi yang terlibat ialah Pelayar ( Browsers ), Pelayan ( servers ), Penyunting
( editors ), Jara dan Pemalam ( pulging ). Ke lima-lima aplikasi tersebut adalah sebagai
pelengkap kepada piawai-piawai pembinaan laman Web yang telah dipersetujui oleh World
Wide Web Consortium.
Laman web atau lebih popular bagi masyarakat kita sebagai website atau web site
mengandungi kandungan seperti teks, imej, audio, video atau lain-lain yang telah dihoskan
pada sekurang-kurang satu pelayan web(web hosting). Biasanya laman web boleh dicapai
dengan menggunakan rangkaian seperti Internet atau rangkaian kawasan setempat swasta
(private local area network). Kesemua ruangan laman web yang boleh diakses oleh orang awan
secara kolektif membentuk World Wide Web(WWW).
Laman web terbahagi kepada dua kategori yang luas iaitu statik dan interaktif(dinamik). Laman
web statik akan menyampaikan maklumat kepada pengunjung laman web tetapi tidak
membenarkan interaksi antara laman web dengan pengunjung secara langsung manakala
laman web interaktif memberi interaksi pengunjung laman web tersebut
Berikut adalah beberapa klasifikasi laman web.

15

Laman web affiliate bertujuan utama untuk menjual pembekal produk atas talian. Selain
daripada itu setiap produk yang dijual terdapat komisen diberikan kepada ahli laman web
affiliate. Manakala agensi affiliate pula mengumpul beberapa pembekal produk di dalam sebuah
portal laman web. terdapat perjanjian yang telah dipersetujui antara pembekal produk dan
pemilik laman web untuk memudahkan segala transaksi di dalam portal laman web ini.

Secara umumnya digunakan untuk mencatatkan diari dalam atas talian yang mungkin termasuk
forum perbincangan. Dengan perkembangan teknologi yang terkini dan keperluan pengguna
Internet untuk mendapatkan maklumat dengan cepat ramai blogger menggunakan blog seperti
editor akhbar untuk meluahkan idea dan pengetahuan dari segi politik,teknologi, agama,
kekeluargaan, masakkan dan lain-lain lagi. Ada setengah laman web blog membayar blogger
mereka untuk subjek tertentu.

16

Sebuah Laman web di mana mengumpulkan pengunjung yang mempunyai minat yang sama
contohnya kereta antik, pasukan bola sepak,telefon atau bandar/daerah tertentu di dalam satu
laman untuk berkomunikasi antara sama sama lain. Laman ini digunakan untuk bertukar-tukar
pendapat,idea dan cadangan biasanya menggunakan chat atau papan mesej.

Laman web untuk perniagaan untuk menyebarkan penciptaan dan pengedaran


kandungan/maklumat. Biasanya bertujuan untuk membantu pengunjung laman web perniagaan
untuk mendapatkan maklumat perniagaan.

Laman web yang digunakan untuk menerbitkan iklan-iklan dalam satu rangkaian yang luas.
pengguna diberikan menerbitkan iklan secara percuma atau berbayar bergantung kepada
kategori produk dan pasaran geografi.

17

Laman web yang dibangunkan menggunakan tema warna bagi sesuatu organisasi. Laman ini
memberikan maklumat mengenai latar belakang mengenai perniagaan seperti carta organisasi,
perkhidmatan atau produk serta pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh organisasi.

Laman web yang menawarkan barangan dan perkhidmatan untuk dijual atas talian. Laman web
ini juga dikenali sebagai perniagaan atas talian (online shop). Laman web ini menawarkan
pembayaran atas talian dan penghantaran kepada pembeli.

Sebuah laman komuniti yang bertujuan untuk membincang pelbagai topik dengan ahli-ahli
laman web tersebut.

Sebuah laman web yang direka khusus untuk digunakan sebagai galeri gambar atau video.
Laman ini menyimpan galeri seni atau galeri foto dan bersifat komersial atau bukan komersial.

18

Sebuah laman web yang direka bentuk untuk badan-badan kerajaan samaada dalam peringkat
jabatan, daerah, negeri atau kerajaan bagi sesebuah negara. Biasanya laman web ini bertujuan
untuk memaklumkan mengenai aktiviti,pengumuman kepada ahli dan pengunjung kepada
laman web kerajaan.

Laman Web tentang individu atau kumpulan kecil (seperti keluarga) yang mengandungi
maklumat atau apa-apa kandungan yang hasrat individu untuk dimasukkan. Laman web ini juga
boleh digunakan untuk memaparkan portfolio akademik,kerjaya dan sebagainya.

Laman web di mana guru, pelajar atau pentadbir yang maklumat mengenai aktiviti dan peristiwa
semasa yang melibatkan sekolah mereka. Selain daripada ada juga setengah laman web
sekolah mengandungi Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System)
daripada konsep e-pembelajaran (E-learning).

19

Sebuah laman web yang indeks bahan di Internet atau intranet dan menyediakan pautan
kepada maklumat. Laman Web Enjin Carian yang popular ialah google.com, yahoo.com dan
beberapa lagi.

Sebuah laman web yang menyediakan perkhidmatan untuk aktiviti email.

Sebuah laman web yang menyediakan titik permulaan atau pintu masuk kepada sumbersumber lain di Internet atau intranet.

20

Sebuah laman web di mana pengguna boleh mengemaskini maklumat kandungan di Internet
atau intranet.Contoh laman web seperti adalah Wikipedia, WikiHow, Wikia.

Kepentingan Bahan Multimedia Dalam Pengajaran


Multimedia sudah lama digunakan dalam bidang pendidikan sebelum pengenalan komputer
peribadi di sekolah. Multimedia merujuk kepada bahan-bahan bantu mengajar audio-visual
seperti pita radio, televisyen, projektor slaid dan projektor filem.
Perkembangan yang pesat pada masa kini dalam bidang terknologi komputer dari segi
kelajuan pemprosesan data, ruang penyimpanan data, peranti sisian seperti pemacu CD-ROM,
pengimbas, dan kamera digital telah membolehkan guru dan pelajar menghasilkan sendiri
multimedia CD-ROM dengan menggunakan alat-alat sesuai.

Dapat melayan gaya pembelajaran yang berbeza

Selain itu ia juga dapat melayan gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar dengan
elemen-elemen yang terdapat dalam multimedia. Di samping itu multimedia mampu
memudahkan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme. Seseorang pelajar boleh
mencapai kepada maklumat yang dikehendaki dan belajar memilih untuk belajar sama ada
melalui teks, gambar, audio atau video mengikut gaya pembelajaran sendiri. Bagi pelajar yang
kurang cekap dalam pembelajaran, golongan tersebut boleh mengulangi perkara yang sudah

21

dilalui sehingga dapat memahami perkara yang dipelajari.

Boleh mewujudkan satu suasana pembelajaran yang menarik

Multimedia merupakan satu gabungan teks, grafik, audio, video dan animasi. Dengan
gabungan elemen-elemen ini dalam sesuatu pengajaran, guru boleh mewujudkan satu suasana
pembelajaran yang penuh dengan persembahan audiovisual yang bukan sahaja dapat menarik
minat pelajar serta merangsangkan deria.

Menggalakkan pembelajaran koperatif dan interaksi antara pelajar.

Multimedia interaktif juga menggalakkan pembelajaran koperatif dan interaksi antara pelajar.
Mereka berpeluang membentuk kumpulan kecil untuk berbincang dan memahami sesuatu
topik, menyelesai masalah dan membuat keputusan. Menurut konstruktivisme, pelajar adalah
bertanggungjawb atas pembelajaran.

Guru dapat merancang strategi yang sesuai


Dalam proses penyediaan laporan atau persembahan pula, pelbagai gaya pembelajaran dan
kemahiran digunakan dan seterusnya pembelajaran aktif terhasil. Gaya pembelajaran pelajar
boleh dikenal pasti dengan pelbagai instrumen, antaranya ialah Indeks Gaya Pembelajaran
yang dibangunkan berasaskan Model Gaya Pembelajaran Felder-Silverman. Dengan mengenal
pasti pelbagai gaya pembelajaran kepunyaan pelajar, guru dapat merancang strategi yang
sesuai untuk memenuhi kehendak pelajar mengikut gaya pembelajaran yang menjadi
kecenderungan mereka. Walau bagaimanapun, objektif pendidikan bukan sahaja
mementingkan gaya pembelajaran kecenderungan pelajar tetapi gaya pembelajaran yang
dirasai kurang kecenderungan oleh pelajar juga perlu diperkembangkan.

Pembelajaran yang lebih berkesan

Dalam hubungan ini, proses pengajaran dan pembelajaran harus dapat melayan pelbagai gaya
pembelajaran pelajar supaya pembelajaran yang lebih berkesan terhasil. Kajian-kajian dalam
22

bidang ini telah menunjukkan bahawa multimedia merupakan satu daripada alat-alat yang boleh
digunakan ke arah mencapai tujuan ini kerana penggunaan multimedia boleh menggalakkan
perbincangan, interaksi dan refleksi di kalangan pelajar dan guru. Ia dapat melayan pelbagai
gaya pembelajaran pelajar. Oleh itu, penggunaan multimedia harus dieksploitasikan
sepenuhnya dalam sistem pendidikan untuk kepentingan pelajar.

Segala perancangan dibuat mengikut turutan aktiviti supaya objektif pembelajaran tercapai
Penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran dilihat dalam konteks

aspek pengajaran guru (guru menggunakan multimedia) dan aspek pembelajaran (murid
menggunakan multimedia).Dalam konteks pembelajaran, penggunaan multimedia dalam
pengajaran dan pembelajaran boleh dikategorikan sebagai tutorial, penerokaan, aplikasi dan
komunikasi.Dalam konteks pengajaran pula multimedia digunakan sebagai tutor dan alat
demonstrasi.Guru berperanan sebagai penyampai maklumat dan memastikan bahawa pelajar
telah mempunyai pengetahuan sedia ada. Oleh itu segala perancangan dibuat mengikut turutan
aktiviti supaya objektif pembelajaran tercapai. Guru boleh menggunakan multimedia untuk
pengurusan proses pembelajaran, Pengurusan Rekod Pelajar, dan Penjanaan Tabung Soalan.
Guru dapat menyediakan persembahan pengajaran yang menarik dengan menggunakan
aplikasi multimedia seperti Authoware, Freehand, Page Maker dan sebagainya kerana ia
mengandungi grafik yang menarik yang boleh diaudiokan, divideo, dan dianimasikan secara
bijaksana.

Memudahkan pelajar memahami konsep yang abstrak

Penggunaan teks sama ada dalam bentuk perkataan atau nombor menimbulkan masalah
bagaimana untuk menerangkan bahagian-bahagian yang sukar untuk diterangkan atau
difahami melalui penggunaan teks. Maka penggunaan multimedia dapat memudahkan pelajar
memahami konsep yang abstrak dengan bantuan adunan elemen-elemen teks, audio,video,
animasi, dan grafik. Ini menjadikan membolehkan sesuatu proses penerangan dilakukan
dengan lebih mudah dan pantas.
Contohnya dalam menghuraikan kesan pencemaran alam kepada hidupan dan
manusia.Saya menayangkan rakaman video tentang punca-punca pencemaran dan gambargambar yang dirakam menggunakan kamera digital akibat daripada tindakan manusia yang
tidak bertanggungjawab.Saya menggunakan aplikasi Photo Story untuk menyediakan bahan
bantu belajar. Pada akhir sesi pembelajaran saya dapati murid-murid saya dapat menguasai isi

23

pelajaran dengan lebih cepat.Ini terbukti apabila murid-murid saya menulis karangan tentang
kesan-kesan pencemaran alam terhadap manusia dan hidupan air.

Membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep.

Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan menggunakan bahan visual grafik,


teks, muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar
terhadap sesuatu konsep.Penggunaan muzik dan video sebagai alat bantu membolehkan
murid-murid saya lebih memberikan perhatian terhadap apa yang saya ajar. Murid-murid dapat
menghayati isi pelajaran Bahasa Melayu dengan lebih jelas dan penuh komitmen.

Dapat menyampaikan maklumat dengan lebih efektif

Melalui bahan multimedia pelbagai bentuk maklumat dapat disampaikan dengan berkesan dan
menarik.Penggunaan grafik, ilustrasi, dan apa bentuk gambar rajah yang digunakan dapat
meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran. Tambahan pula penggunaan pelbagai media
seperti audio, video dan animasi yang dinamik dapat meyampaikan maklumat dengan lebih
efektif lagi bila diadunkan dengan teks dan grafik.

Menggalakkan percambahan pemikiran dan memantapkan kemahiran berfikir serta


komunikasi

Penggunaan bahan multimedia sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata
dalam perkongsian maklumat dan komunikasi. membolehkan murid dan guru daripada lokasi
yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen
multimedia. Hal ini akan mewujudkan hubungan kerja berpasukan dalam kalangan murid di
samping memantapkan kemahiran berkomunikasi,terutamanya dalam pengajaran Bahasa
Melayu. Penilaian boleh dijalankan oleh guru secara individu dan kumpulan, perbincangan akan
dibuat selepas hasil tugasan dibentangkan di dalam kelas. Hal ini akan menggalakkan
percambahan pemikiran dan memantapkan kemahiran berfikir serta komunikasi murid-murid.

24

Penggunaan multimedia dalam pengajaran kemahiran bahasa melayu


1. Penggunaan elemen teks
Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses
penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen media lain akan gagal
menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna teks ini penting dalam
menyampaikan P&P. Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi adat.Gunakan typeface dan
fon yang bersesuaian.Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai. Pemilihan jenis tulisan
dan warna teks bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan.
Contoh penggunaan teks:

25

2. Penggunaan elemen grafik dan visual


Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak bergerak seperti
gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya. Grafik merupakan elemen
multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian
maklumat. Sebagai contoh sekiranya maklumat padat telah dimasukkan dalam bentuk grafik, ia
mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan.
Tambahan pula, ia boleh memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin
disampaikan. Contoh penggunaan grafik:

26

3. Penggunaan elemen audio


Penggunaan audio dalam membina bahan P&P bahasa Melayu boleh digunakan bagi
membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Ser
ingkali bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Hal
ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan menimbulkan suasana yang menarik dan
menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan. Audio juga merupakan
elemen yang mampu menimbulkan mood dalam sesebuah persembahan multimedia. Antara

27

contoh penggunaan audio dalam aplikasi multimedia ialah narasi, kesan bunyi dan muzik latar.
Contoh penggunaan audio. Audio dimasukkan ke dalam persembahan powerpoint:

4. Penggunakan elemen video


Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan
realitistik berbanding elemen-elemen multimedia lain. Video berupaya mempengaruhi motivasi
seseorang terhadap proses penerimaan maklumat dan juga mempengaruhi perasaan dan
emosi para pengguna dengan lebih nyata. Contoh video untuk mengajar Kemahiran Bahasa
Melayu :

28

Langkah-langkah untuk pengawasan penyalahgunaan komputer


Kerajaan hendaklah mengorak langkah dengan menguatkuasakan undang-undang siber .Di
bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,SKMM atau Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia bertanggungjawab memantau dan menangani isu sensitif yang
mengancam keselamatan negara seperti isu perkauman dan agama.Akta Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia pula bertanggungjawab mengendalikan semua urusan berkaitan

29

dengan internet serta mengambil alih kuasa perlesenan terhadap spektrum penyiaran dan
komunikasi.Selain itu,terdapat juga Akta Jenayah Komputer 1997 yang membantu kerajaan
untuk membanteras unsur-unsur yang berbaur hasutan melalui internet yang akan
mendatangkan bahaya kepada negara. Walaupun kerajaan tidak menapis bahan-bahan dalam
internet tetapi kerajaan mengawal laluan masuk (gateway) bahan -bahan Internet, itu
bermakna satu bentuk penapisan. Semua ini merupakan langkah pengawasan yang dilakukan
oleh kerajaan dalam penyalahgunaan komputer.

Sekolah harus memainkan peranan dalam mengadakan kawalan dalaman dan kawalan
luaran

Penggunaan komputer dalam pendidikan pula melibatkan pengintegrasian teknologi seperti CDROM, pangkalan data, multimedia dan internet. Perubahan pendidikan melalui revolusi
teknologi maklumat sudah tentu memberi cabaran kepada kreadibiliti kaum guru.Perkembangan
ICT yang pesat juga turut menyaksikan guru bukan hanya akan didapati di sekolah, malah
pelajar akan mempunyai lebih ramai "guru" menerusi pembelajaran menggunakan internet.
Guru dan institusi sekolah memainkan peranan dalam mengadakan kawalan dalaman dan
kawalan luaran. Kawalan secara dalaman kepada pelajar boleh dilaksanakan melalui
penghayatan nilai moral, etika, budaya dan agama dalam organisasi dan masyarakat,
pengukuhan falsafah dan prinsip kehidupan dengan menanamkan niat untuk membawa
kebaikan kepada alam sejagat dan juga kekuatan rohani dalam menempuh sebarang cubaan.
Kawalan secara luaran pula dilaksanakan dalam bentuk penguatkuasaan etika dan peraturan
yang berkaitan dengan penggunaan komputer. Bagaimanapun, kawalan luaran hanya dapat
dilaksanakan semasa pelajar berada di sekolah sahaja.Kawalan luaran ini termasuklah kawalan
masa,kawalan turutan,isi pelajaran,keputusan dan kawalan paparan.Manakala kawalan
dalaman berlaku secara berterusan tanpa mengira masa dan tempat. Ini jelas menunjukkan
bahawa dalam setiap perkara, kawalan dalaman perlu diutamakan dan penghayatan kepada
FPK merupakan suatu kemestian sama ada kepada guru ataupun pelajar. Langkah
pengawasan yang melibatkan kawalan luaran ini perlu diambil tindakan oleh pihak
sekolah dan guru.

Melakukan penapisan dan sekatan

30

Pihak sekolah haruslah melakukan penapisan dan sekatan bagi sebarang bahan yang mahu
dimuat turun dan diakses oleh guru dan murid bagi mengelakkan penggunaan dan hanya
membenarkan memuat turun bahan yang sah seperti perisian yang berdaftar.Selain itu pihak
sekolah juga perlu mengadakan latihan teknikal kepada guru-guru cara mengendalikan
komputer.Penggunaan komputer adalah bergantung kepada latihan teknikal yang
diperolehi.Latihan teknikal ini adalah perlu seperti mengadakan kursus dalaman kepada guru
yang belum mahir . Latihan atau kursus penggunaan komputer ini perlu sebagai satu langkah
mengawasi penyalahgunaan komputer.Pihak sekolah juga perlu melengkapkan perisian
software tertentu bagi mencegah kemasukan kemasukan virus dan merosakkan semua perisian
dalam komputer.Sebagai contoh, software anti spyware sebagai langkah untuk mengesan dan
mencegah program jahat.Software anti virus sebagai langkah pencegah program jahat perosak
data seperti virus,warm dan Trojan.Berbagai program lain lagi yang boleh pihak sekolah fikir
dan laksanakan dalam menjalankan langkah pengawasan terhadap penyalahgunaan komputer
di sekolah.

Guru perlu memantau setiap perlakuan murid

Selain itu guru merupakan orang yang paling hampir dengan murid sewaktu sesi pembelajaran.
Oleh itu guru perlu memantau setiap perlakuan murid sewaktu mengguna bahan multimedia
ini. Guru perlu menilai setiap perisian yang sesuai sebelum menjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran serta melakukan persediaan yang rapi dalam penyediaan peralatan
multimedia. Kesilapan dalam memilih isi pelajaran yang sesuai boleh mengakibatkan
pembaziran masa dan tenaga serta menghalang penggunaan kemudahan multimedia yang
lebih produktif.

Guru a perlu menyediakan garis panduan yang jelas dan terperinci

Guru juga perlu menyediakan garis panduan yang jelas dan terperinci untuk memastikan
disiplin murid semasa penggunaan e-mail, chat room dan sebagainya. Guru sewajarnya
mendedahkan etika dan undang-undang menggunakan komputer kepada para pelajarnya. Akta
31

Jenayah Komputer 1997 yang telah wujud boleh membantu guru dalam mengadakan etika
penggunaan komputer pada peringkat sekolah bagi membendung pengaruh negatif internet
kepada pelajar.

Mengadakan jadual waktu penggunaan

Strategi guru menggunakan bahan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran
harus selaras dengan isi kandungan mata pelajaran dan menekankan implikasi atau hasil
pembelajaran yang diharapkan berdasarkan tahap murid.Langkah penyalahgunaan bahan
multimedia ini dapat diawasi dengan mengadakan jadual waktu penggunaan.Sebagai contoh
guru menyediakan buku catatan penggunaan bahan multimedia ini setiap kali digunakan .
Catatan penggunaan ini merupakan salah satu langkah pengawasan penyalahgunaan
komputer.Guru juga perlu sentiasa mengawasi setiap kali murid menggunakan komputer.
Sebagai contoh dengan menggunakan software firewall dimana guru dapat mengesan laman
web yang dilayari oleh murid-murid dari jauh walaupun guru tidak berada berhampiran meja
murid.

Ibubapa atau penjaga perlu membuat pemantauan

Ibubapa atau penjaga juga memainkan peranan yang penting dalam mengawasi
penyalahgunaan komputer ini. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah seperti
membuat pemantauan.Dengan pemantauan daripada ibu bapa sewaktu dirumah mereka tidak
akan terlalu bebas untuk bergaul dengan teman-teman yang kurang baik di internet.Ibu bapa
juga harus memeriksa laman web sosial anak mereka dari semasa ke semasa.Hal ini bagi
memastikan pergaulan anak-anak mereka danibubapa juga perlu tetapkan masa dan adakan
jadual anak-anak untuk melayari internet agar anak-anak tidak leka dan abaikan pelajaran.

Sebagai kesimpulannya sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat
menyediakan pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih
mencabar. Dari masa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di
Malaysia dapat dipertingkatkan. Dalam keghairahan mengguna teknologi maklumat dalam
pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan
32

yang tidak terkawal. Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak
pendidikan masa depan dan tingkah laku kanak-kanak. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan
yang rapi harus diberikan apabila menggunakan teknologi canggih ini.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Mata Pelajaran

: Bahasa Melayu

Tahun

: 4 Naim

Bilangan Murid

: 25 orang
33

Tema

: Lestari Alam

Tajuk

: Alam Ceria Kita Selesa

Masa

: 60 minit (1 jam)

Fokus Utama

: 4.3 Aras 2 (i)


Memberikan pendapat dengan alas an tentang sesuatu
topik.

Fokus Sampingan

: 4.3 Aras 3 (1)


Menyokong sesuatu tajuk dengan mengemukakan hujah yang
bernas

Objektif

: a) Memberikan pendapat dan alas an tentang tajuk dengan jelas.


b) Murid dapat mengemukakan hujah dengan bernas.

Kemahiran Bahasa

: Mendengar dan bertutur.

Sistem Bahasa

1.Tatabahasa golongan kata- kata adjektif


2. Sebutan dan intonasi- ayat penyata
3. Kosa kata - pencemaran.

Ilmu

: Pendidikan Moral. Sains dan Pendidikan Kesihatan

Nilai

: Bekerjasama, hormat, adil dan berani

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT):


1.Kemahiran Berfikir

: Mengkategori, membuat inferens, membuat keputusan,


mengenal pasti sebab dan akibat, membuat banding beza
dan menghubungkait
dan menjana idea.

2.Kemahiran Belajar : Mengingat, mendengar secara aktif, mencatat.


3. Kecerdasan Pelbagai

: Visual, interpersonal, dan intrapersonal.

Pengetahuan Sedia Ada

: Murid tahu serta kenal akan keadaan bersih dan kotor.

BBM

: Komputer riba, persembahan powerpoint gambar, LCD, kertas


A4 dan pensil

LANGKAH
/ MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

34

Set Induksi
(5 minit)

1. Murid ditunjukkan
Paparan gambar
tempat kotor.
Soalan :
1. Bagaimanakah

sebuah gambar

menghubungkait

persekitaran yang

dan menjana idea.

kotor.
2. Murid diminta

keadaan

membayangkan

persekitaran dalam

keadaan diri jika hidup

gambar?
2. Bayangkan
sekiranya
persekitaran
tempat tinggal
kamu seperti
dalam gambar.
3. Mengapakah

KB :Menjana idea,

di situ.
3. Murid bebas memberi
pendapat masingmasing.
4. Murid dikaitkan
dengan pelajaran hari

BCB: Mendengar
secara aktif
BBB: Komputer
riba, LCD dan
slaid gambar.
Nilai :Berani
Lampiran A

ini.
Gambar

perkara ini boleh


berlaku?
4. Berikan sebab
keadaan dalam
gambar boleh
berlaku?

LANGKAH
/ MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

35

Langkah 1
(15 minit)

Memberikan pendapat
tentang gambar.

Perihal gambar A,

B, C dan D.
Tindakan bagi
mengekalkan

1. Murid dibahagikan
kepada 4 kumpulan
dan melantik seorang
ketua kumpulan..
2. Murid ditunjukkan
gambar dengan slaid
3. Murid bersoal jawab

keadaan pada

dengan guru tentang

gambar A dan C.
Sebab keadaan

gambar yang

pada gambar B
dan C boleh
berlaku.

ditunjukkan.
4. Murid diberi tugasan
yang ditayangkan
pada slaid.
5. Murid diminta
berbincang tentang

KB :Menilai,
mengkatogori,
membanding beza,
menjana idea, dan
menghubungkait.
BCB: mendengar
secara aktif ,
mengingat dan
mencatat
BBB: Komputer,
slaid ,
Lampiran B

gambar yang
ditayangkan.

Langkah 2
(20 minit)

1. Murid berbincang dan


1. Perbincangan
kerja

mengambil nota hasil


kerja mereka sebagai
persediaan untuk sesi
pembentangan.

Gambar

KB: Mencirikan,
membanding-beza,
menilai
BCB: menulis nota
BBB: kertas A4 dan
pencil
Nilai: Bekerjasama.
Berani dan adil
Lembaran kerja

LANGKAH
/ MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

36

KB: Menjana idea,


Langkah 3
(15 minit)

Membentang hasil
kerja

1. Ketua murid
membentangkan hasil
kumpulan
2. Guru membuat
penilaian dan
bimbingan jika ada
kekurangan

menilai, membuat
banding beza.
BCB: Kemahiran
mendengar,
kemahiran
mengingat.
Nilai: Berani.
Contoh jawapan

Penutup
(5 minit)

Rumusan isi pelajaran


Kognitif
- Jawapan sebenar
tugasan.
- Mengaitkan

1. Guru memberikan
jawapan yang tepat.
2. Murid ditayangkan
video dan menyanyi
bersama-sama.
3. Guru dan murid

KB: Membanding
beza dan membuat
penilain
BCB: Kemahiran
mendengar,

kebersihan dengan

bersoal jawab tentang

kemahiran

kesihatan.

pelajaran dan

mengingat.

- Mengaitkan

membuat rumusan

kekotoran dengan

pelajaran dan nilai

penyakit.

murni

Nilai: Berani.

Sosial

BBM: Komputer

- Berani bercakap

riba, LCD, Video

untuk menyatakan

Lagu Hijau

idea atau pendapat.

Nyanyian Zainal

-Menonton video dan

Abidin.

menyanyi bersamasama.
Video :Lagu Hijau

37

Lampiran A

Bayangkan jika anda hidup di sini..

Memberikan pendapat tentang gambar.

38

Perihal gambar A, B, C dan D.


Tindakan bagi mengekalkan keadaan pada gambar A dan C.
Sebab keadaan pada gambar B dan C boleh berlaku.

Jawapan untuk tugasan.


39

Memberikan pendapat tentang gambar


Gambar A:

Gambar C

Suatu kawasan taman yang indah.


Pokok-pokok ditanam rapi.
Ada saliran yang baik.
Udara di sini segar.

Kawasan air terjun yang bersih.


Ada tempat pembuangan sampah.
Ada tempat rehat yang cantik.
Suasananya nyaman dan beberapa
orang mandi.

Gambar B

Kawasan yang kotor.


Pokok-pokok kering dan mati.
Sampah bersepah-sepah.
Kemudahan yang ada dirosakkan

Gambar D

Satu kawasan perkelahan yang kotor.


Sampah bersepah-sepah.
Menimbilkan suasana tidak selesa
kepada orang yang berkelah dan
mandi-manda.

Tindakan yang perlu dilakukan:

Keadaan ini berlaku disebabkan sikap

Mengadakan kempen kesedaran.


Mengenakan denda kepada orang

tidak bertaanggung jawab orang ramai.

yang membuang sampah di merata-

mengambil berat akan hal ini.

Selain itu, pihak berkuasa mungkin tidak

rata tempat.
Memberikan kesedaran kepada muridmurid sekolah.

Refleksi
Assalamualaikum wbr., salam 1 Malaysia kepada semua rakan web sekalian.
Terlebih dahulu dipanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana dengan izin dan
40

inayahNya, maka dapatlah saya menyiapkan kerja kursus untuk subjek Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer (BMM3105) ini. Kesempatan ini juga,
ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah yang bertanggungjawab memberi tunjuk ajar
dan bimbingan.Seterusnya keluarga dan kawan-kawan yang sanggup berkongsi pengalaman.
Dewasa ini pelajaran Bahasa Melayu adalah semakin mencabar. Kewujudan sumbersumber ICT membuatkan pelajaran ini semakin mencabar kredibiliti para guru. Guru perlu
memainkan peranan yang sesuai dengan arus perdana. Kebolehan mengaplikasikan kemahiran
berkomputer merupakan suatu bonus bagi para guru. Namun, terdapat sebilangan kecil
daripadanya yang masih ketinggalan.
Pendekatan pengajaran menggunakan kemudahan ICT mampu menarik minat pelajar
untuk belajar dengan lebih mendalam lagi mengenai sesuatu tajuk pelajaran. Guru yang
berkemahiran pastinya tidak menghadapi masalah. Pun begitu, pihak kementerian telah banyak
membelanjakan kos untuk menghasilkan alat atau bahan bantu mengajar berteraskan ICT bagi
memudahkan dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran merentasi kurikulum.
Sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang amat mencabar
masakini, pelajar sebenarnya lebih tertarik jika seseorang guru dapat mengaplikasikan
pengajarannya menggunakan teknologi semasa dengan baik. Oleh itu, kursus ini banyak
memberi manfaat dan kelebihan kepada saya untuk menggunakan kemahiran yang diperoleh
bagi membina bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai semasa di sekolah.
Sepanjang menjalani kursus ini terutamanya dalam membina laman web ini, banyak
pengalaman dan ilmu serta kemahiran baru yang saya perolehi. Sesungguhnya, sebagai
seorang pendidik yang telah lama mengajar, pengalaman dan pengetahuan baru haruslah
digarap sebanyak mungkin sebagai penambahan dan bekalan ilmu setelah tamat pengajian
nanti.
Menjalani kursus ini, secara tidak langsung saya belajar cara bagaimana mencari dan
mengesan maklumat, mengumpul dan menyimpan bahan pengajaran dan sebagainya yang
selama ini dilakukan secara manual. Semua ini merupakan input baru dalam kerjaya saya
sebagai seorang guru.
Saya sedar bahawa sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
memerlukan perancangan dan pelaksanaan yang pelbagai, menarik dan menyeronokkan para
pelajar. Pemerolehan ilmu menghasilkan bahan menggunakan power point, penghasilkan video
dan lain-lain akan saya manfaatkan sebaik mungkin.
Perkembangan telekomunikasi yang serba canggih yang boleh dicapai di hujung jari
sahaja, menjadikan kursus ini amat penting bagi saya yang perlu seiring dengan kehendak
41

pelajar masa kini. Kebolehan mengaplikasikan kemahiran ini akan menjadikan pengajaran dan
pembelajaran lebih mudah di samping dapat mempertingkatkan kemahiran pelajar dalam
menggunakan kemahiran TMK.
Kesimpulannya, kursus ini memberi peluang dan ruang kepada saya dalam memperbaiki
diri yang serba kekurangan dalam bidang ICT khususnya dalam proses P&P sepanjang
perkhidmatan saya kelak. Akhir kata, segala pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang
dimiliki sepanjang mengikuti kursus ini diharapkan dapat dikembangkan dan digunakan
semaksimum mungkin. Terima kasih atas segala budi dan jasa. Harta yang dikumpul akan
berkurangan akhirnya tetapi ilmu pengetahuan akan berkembang dan berkekalan selamanya
selagi ianya diamalkan. InsyaAllah. Terima Kasih.

Bibliografi
Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2003). Multimedia dalam Pendidikan.
Pahang: PTS Publications & Distributors.
Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

42

http://binhakim.blogspot.com
ttp://www.scribd.com/doc/14164216/Pengajaran-Dan-PembelajaranBerbantukan-Komputer
http://notagurupelatih.blogspot.com/2012/04/konsep-audio.html
http://www.scribd.com/doc/100718734/Teknologi-Pendidikan-Topik-9-

LAMPIRAN

43

Anda mungkin juga menyukai