Anda di halaman 1dari 6

PERSEDIAAN IBU BAPA

Persediaan awal ibu bapa untuk anak-anak mereka masuk ke Tahun Satu turut berperanan menjayakan Program Transisi di samping membantu anak-anak memulakan proses pendidikan secara formal dengan jayanya. Antara persediaan yang boleh dilakukan melalui persediaan di rumah seperti persediaan sosio-emosi, mental dan fizikal anak-anak. Persediaan yang lain termasuklah mewujudkan hubungan mesra dengan pihak guru-guru dan pengurusan sekolah di samping melihat dan memerhati perkembangan diri, tingkah laku dan pencapaian akademik anak-anak secara berterusan. Keprihatinan ibu bapa terhadap perkembangan anak-anak dan Program Transisi akan memberi kesan yang baik terhadap proses pengajaran dan pembelajaran serta kemajuan diri anak-anak. Tajuk 1 PERSEDIAAN IBU BAPA DI RUMAH 1.1 Menyediakan persiapan awal untuk anak-anak sebelum masuk Tahun Satu. Tujuan Supaya anak-anak lebih bersedia daripada segi mental, sosio emosi dan fizikal untuk memasuki Tahun Satu. LANGKAH-LANGKAH Ibu bapa atau penjaga perlu: 1. Memastikan anak telah didaftarkan dan ditempatkan di sekolah yang ditentukan. 2. Mengkaji dan meneliti rekod perkembangan serta pencapaian anak mereka di Prasekolah. 3. Bagi kanak-kanak yang tidak mengikuti Prasekolah, ibu bapa perlu memaklumkan tahap perkembangan anak-anak mereka seperti tahap kesihatan anak-anak, alahan anak-anak dan tahap kebolehan akademik anak-anak mereka kepada guru kelas Tahun Satu. 4. Membuat persiapan awal dengan menyediakan kanak-kanak seperti keperluan fizikal anak-anak seperti pakaian, alat tulis, buku-buku dan sebagainya. 5. Membawa anak-anak melihat keadaan dan persekitaran sekolah sebelum hari pendaftaran . 6. Memaklumkan kepada jiran dan masyarakat setempat bahawa anak akan memasuki Tahun Satu supaya mendapat kerjasama dan perhatian daripada mereka. 7. Memberikan dorongan dan gambaran positif tentang sekolah baru. a. ramai kawan b. banyak aktiviti c. jadi pandai

Tajuk 1 PERSEDIAAN IBU BAPA DI RUMAH (Disambung) 1.2 Berinteraksi dan memberi perhatian terhadap hasil kerja dan persiapan anak-anak. Tujuan Supaya ibu bapa dapat mengikuti perkembangan perkembangan anak-anak LANGKAH-LANGKAH Ibu bapa atau penjaga perlu : 1. Bertanya kepada anak-anak tentang apa yang telah dipelajari di sekolah. 2. Menyemak dan meneliti kerja-kerja sekolah anak- anak melalui buku-buku latihan dan lembaran kerja. 3. Meneliti dan mengenal pasti tahap pencapaian anak-anak melalui rekod profil. 4. Memberi lebih perhatian terhadap aspek yang perlu diperbaiki dengan membeli bukubuku dan bahan rujukan. 5. Memberi bimbingan dan motivasi yang berterusan. 6. Menyedarkan anak-anak tentang kepentingan ilmu dalam hidup seharian.

PERSEDIAAN IBU BAPA DI RUMAH (Disambung) 1.3 Mewujudkan hubungan dua hala antara ibu bapa/penjaga dengan pihak sekolah Tujuan 1. Supaya dapat mewujudkan kesefahaman antara ibubapa dan pihak sekolah. 2. Menjalin hubungan mesra antara ibu bapa dengan pihak sekolah LANGKAH-LANGKAH Ibu bapa atau penjaga perlu : 1. Menghadiri perjumpaan dan perbincangan dengan pihak sekolah khususnya guru kelas bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan dan pencapaian anak-anak. 2. Melibatkan diri dengan setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah seperti memberikan sumbangan dari segi idea, tenaga dan kewangan. 3. Sentiasa memberi kerjasama dan sokongan padu terhadap setiap aktiviti yang dirancang dan dijalankan oleh pihak sekolah seperti gotong-royong, sukaneka, pertandingan mewarna, nyanyian dan sebagainya.

PERSEDIAAN IBU BAPA DI RUMAH (Disambung) 1.4 Memberi komitmen dan mengikuti perkembangan aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Tujuan Supaya ibu bapa dapat : 1. Memupuk minat, semangat kerjasama serta rasa tanggungjawab dikalangan ibu bapa LANGKAH-LANGKAH Ibu bapa atau penjaga perlu : 1. Menghadiri sesi penerangan dan taklimat yang dianjurkan oleh pihak sekolah. 2. Menyertai aktiviti yang memerlukan penglibatan ibubapa. 3. Melibatkan diri secara aktif dalam PIBG

Tajuk 2 HUBUNGAN DENGAN GURU 2.1 Berinteraksi dengan guru terhadap hasil kerja dan persiapan anak-anak. Tujuan Supaya ibu bapa dapat mengikuti perkembangan anak- anak LANGKAH-LANGKAH Ibu bapa atau penjaga perlu : 1. Bertanya guru tentang apa yang telah dipelajari oleh anak-anak di sekolah. 2. Menyemak dan meneliti kerja-kerja sekolah anak-anak melalui buku-buku latihan dan lembaran kerja yang diberi oleh guru. 3. Meneliti dan mengenal pasti tahap pencapaian anak-anak melalui rekod profil. 4. Memberi lebih perhatian terhadap aspek yang perlu diperbaiki dengan membeli bukubuku dan bahan rujukan. 5. Memberi bimbingan dan motivasi yang berterusan selepas perbincangan bersama guru.

HUBUNGAN DENGAN GURU (Disambung) 2.2 Membuat tindakan susulan terhadap aktiviti pembelajaran di sekolah. Tujuan Supaya ibu bapa dapat : Membantu agar kesinambungan pembentukan budaya sekolah diteruskan di rumah. LANGKAH-LANGKAH Ibu bapa perlu: 1. Bertanya kepada anak-anak tentang aktiviti yang dijalankan di sekolah. 2. Menggalakkan anak-anak mengamalkan budaya yang dipelajari di sekolah diteruskan di rumah seperti budaya membaca, berjimat cermat dan sebagainya. 3. Mengesan tahap kemajuan diri anak-anak: a. tingkah laku b. semangat pergi sekolah c. semangat untuk belajar

d. pencapaian dalam kemahiran 3M 4. Membantu meningkatkan tahap pengurusan diri dikalangan anak-anak dan bekerjasama melakukan sendiri: a. mandi b. sikat rambut c. pakai baju / seluar d. pakai kasut 5. Mengelolakan kemahiran sosio-emosi di kalangan anak-anak: a. komunikasi dengan ahli keluarga b. memberi pendapat d. suka bertanya e. menerima pandangan atau nasihat 6. Berbincang dengan guru-guru tentang tahap pencapaian akademik, pengurusan diri dan sosio- emosi anak-anak.

Tajuk 3 HUBUNGAN DENGAN GURU BESAR DAN SEKOLAH 3.1 Mewujudkan hubungan dua hala antara ibu bapa atau penjaga dengan pihak sekolah Tujuan 1. Supaya dapat mewujudkan persefahaman antara ibubapa dengan pihak sekolah 2. Meningkatkan hubungan mesra antara ibu bapa dengan pihak sekolah LANGKAH-LANGKAH Ibu bapa atau penjaga perlu : 1. Menghadiri perjumpaan dan perbincangan dengan pihak sekolah. 2. Melibatkan diri dengan setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah seperti memberikan sumbangan dari segi idea, tenaga dan kewangan. 3. Sentiasa memberi kerjasama dan sokongan padu terhadap setiap aktiviti yang dirancang dan dijalankan oleh pihak sekolah seperti gotong-royong, sukaneka,pertandingan mewarna, nyanyian dan sebagainya. 4. Memahami matlamat Progaram Transisi dan tidak terlalu ghairah dengan aktiviti bercorak akademik pada 3bulan pertama persekolahan.

Anda mungkin juga menyukai