Anda di halaman 1dari 3

Projek: Mari Membuat “Tang Yuan”

Cadangan masa 2 hari


Tunjang utama Perkembangan Fizikal dan Estetika
Standard pembelajaran utama FK1.1.2 Menunjukkan koordinasi mata dan
tangan dan kemahiran motor halus melalui
aktiviti membuat “Tang Yuan”
Standard pembelajaran lain yang KM 4.1.4 Memerihalkan makanan
disepadukan tradisional
KE 3.3.4 Menghasilkan binaan kreatif
Objektif pelajaran Pada akhir pelajaran ,murid dapat:
a. Menyatakan perayaan tradisional
cina, iaitu “Dong Zhi” dan nama
makanan tradisonal perayaan
tersebut, iaitu “Tang Yuan”
b. Meramas dan mengentel doh
kepada bulatan dan pelbagai bentuk
c. Menghasilkan “Tang Yuan” mengikut
kreativiti sendiri
Kemahiran utama Meramas, mengentel dan membentuk doh
Kosa kata “Dong Zhi” “Tang Yuan ”, meramas,
mengentel, tepung pulut, halia
Alatan dan bahan Plastisin, tepung pulut , air , gula, daun
pandan, halia, sirap

Perancangan

Fasa Sebelum

1. Guru menyediakan bahan untuk membuat “Tang Yuan”.


2. Guru memperkenalkan perayaan tradisional Cina iaitu “Dong Zhi” dan makanan
perayaan tradisional tersebut, iaitu “Tang Yuan” kepada murid-murid.
3. Guru memperkenalkan bahan dan cara membuat “Tang Yuan” melalui tayangan
video.
4. Guru membuat demontrasi tentang cara meramas doh dengan menggunakan
plastisin.
5. Murid melakukan latihan meramas plastisin dengan bimbingan guru.
6. Guru membuat demontrasi tentang cara mengentel plastisin kepada bentuk bulat.
7. Murid mengentel plastisin kepada bentuk bulat dengan bimbingan guru.
8. Guru membuat demontrasi tentang cara membentuk plastisin kepada bentuk segi
empat dan segi tiga.
9. Murid membentuk plastisin kepada bentuk segi empat dan segi tiga dengan bimbingan
guru.
10. Murid diberi kebebasan untuk membentuk plastisin mengikut kreativiti sendiri.

Fasa Semasa

1. Murid mendengar penerangan guru mengenai prosedur aktiviti membuat “Tang Yuan”.
2. Murid melihat demontrasi guru untuk menghasilkan doh “Tang Yuan ”.
3. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan, setiap kumpulan terdiri daripada empat
orang murid dan setiap kumpulan dibahagikan kepada dua pasangan.
4. Setiap pasangan dalam kumpulan diberi semangkuk tepung pulut dan masing-masing
mendapat secawan air, sama ada air kosong, air sirap, jus daun pandan yang telah
ditapis, jus bunga anggerik, atau jus oren.
5. Setiap pasangan saling membantu untuk menghasilkan doh “Tang Yuan” dengan
bimbingan guru.
6. Semua jenis doh yang telah siap diramas akan dibahagikan kepada lima bahagian
untuk dibahagikan kepada kumpulan masing-masing, maka setiap kumpulan akan
mendapat lima jenis doh.
7. Murid diberi kebebasan untuk menghasilkan “Tang Yuan” mengikut kreativiti sendiri.
8. Hasil kerja diserahkan kepada pembantu untuk dimasak.
9. Murid menikmati “Tang Yuan” yang dihasilkan oleh sendiri.

Fasa Selepas

1. Murid diminta untuk menceritakan semula proses membuat “Tang Yuan”.


2. Murid diminta untuk menceritakan rasa dan tekstur “Tang Yuan”.
3. Murid diminta untuk menilai hasil sendiri dan berkongsi perasaan mengenai
pengalaman membuat “Tang Yuan”.

Anda mungkin juga menyukai