Anda di halaman 1dari 19

0

BACHELOR OF EARLY CHILDHOOD EDUCATION WITH HONOURS

JANUARY 2016 SEMESTER

HBSE3403

LIVING SKILLS FOR SPECIAL EDUCATION 1

NO. MATRIKULASI

860718295662001

NO. KAD PENGNEALAN

860718-29-5662

NO. TELEFON

019-9666905

E-MEL

fieyaiman@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

KELANTAN LEARNING CENTRE

ISI KANDUNGAN
PERKARA
1.0

MUKA SURAT

PENDAHULUAN
-

SEJARAH TENTANG JAHITAN ..2-4

2.0

FAEDAH MENJAHIT BAGI KANAK-KANAK


BERMASALAH PEMBELAJARAN5-8

3.0

KEPENTINGAN MENGAJAR KANAK - KANAK


BERMASALAH PEMBELAJARAN8-9

4.0

RANCANGAN PENAGAJARAN HARIAN10-11


4.1

LANGKAH LANGKAH PENGAJARAN HARIAN .11-17

5.0

RUJUKAN .18

1.0

PENDAHULUAN

2
SEJARAH TENTANG JAHITAN
Menjahit sudah dikenal orang sejak 20.000 tahun yang lalu, jauh sebelum orang
mengenal cara menenun. Jarum jahit sudah dikenal manusia sejak zaman Paleolitik. Pada
masa itu, jarum dibuat dari tulang dan gading mamut yang dipakai untuk menjahit kulit dan
bulu binatang. Jarum jahit tertua dari besi asal abad ke-3 SM ditemukan di Manching, Jerman.
Di makam kuno pejabat Dinasti Han, arkeolog Cina melaporkan penemuan perangkat jahitmenjahit berikut bidal. Jahit-menjahit dengan menggunakan jarum sudah dimulai pada awalawal peradaban manusia. Bahan jarumnya bermacam-macam. Ada yang terbuat dari batu,
tembaga, tulang ataupun gading. Jarum yang masih kasar itu digunakan untuk menyatukan
kulit haiwan menjadi pakaian. Jarum batu tidak hanya digunakan untuk menjahit, tetapi juga
untuk terapi akupuntur abad pertengahan dahulu.
Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai
kekuatan dan kelemahan yang ada bersama mereka. Sebagai pendidik, ataupun guruguru seharusnya memikirkan bahawa mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai
strategi dan seterusnya kreatif dalam pengajaran bagi membantu kanak-kanak ini melalui
pembelajaran mereka serta menjalani kehidupan secara optimum.

Pengajaran dan

pembelajaran kanak-kanak ini perlu menggunakan kepelbagaian teknik yang bersesuaian


berserta penggunaan sumber dengan mengambil kira kemahiran yang ada dan perlu mereka
capai (Yasmin, 2000;Khatijah & Yasmin 2006). Ini bertujuan mendidik dan membantu
kanak-kanak ini melalui perkembangan mental, kestabilan emosi, integrasi sosial
dan kemahiran motor mereka.
Pendidikan khas ialah pengajaran yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan
istimewa kanak-kanak berpengetahuan khas (Hallahan & Kaufman 2000). Mengikut Heward
(2000) pula, pendidikan khas boleh diterangkan dalam pelbagai perspektif. Pendidikan khas
sebagai intervensi iaitu proses mencegah, menghapus atau mengatasi halangan yang mungkin
menyebabkan pelajar daripada penyertaan aktif dalam sekolah atau masyarakat. Oleh itu
Pendidikan Khas secara umumnya didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus
untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang
upaya. Ia merupakan satu program pendidikan yang ditujukan kepada golongan kurang upaya
dari segi intelek, fizikal dan emosi serta sosialnya yang tidak mengalami pertumbuhan dan
perkembangan yang normal.
2

Bagi kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran ini amat memerlukan latihan yang
sempurna dan konsisten dalam mempelajari sesuatu kemahiran yang lebih sesuai untuk
mereka. Oleh itu, pelajaran Kemahiran Hidup juga perlu diajar kepada kanak-kanak yang
bermasalah pembelajaran. Mata pelajaran ini adalah merupakan mata pelajaran yang penting
dalam komponen mata pelajaran pendidikan khas. Selain daripada kemahiran membaca
menulis dan mengira, Kemahiran Hidup boleh membantu murid-murid ini untuk memperoleh
kemahiran asas yang dapat membantu mereka ke arah masa depan lebih berdaya saing.
Kanak-kanak berkeperluan khas yang datang ke sekolah kadang-kadang mempunyai masalah
tingkah laku, masalah pengamatan, masalah motor, sosialisasi dan masalah emosi. Bagi
membantu mereka, salah satu cara iaitu aktiviti yang melibatkan jahitan ataupun menjahit.
Menjahit adalah aktiviti yang menggalakkan sifat berdikari bagi kebanyakkan kanakkanak bermasalah pembelajaran. Mereka boleh mempelajari bagaimana untuk menjahit bahan
yang mudah bagi mencantikkan persekitaran di dalam rumah mereka serta dapat memberi
kepuasan kepada mereka. Ini sekali gus juga dapat membantu kanak- kanak ini
mengembangkan personaliti dan fizikal mereka. Sebelum ditemukannya teknologi mesin
jahit, pekerjaan jahit menjahit dilakukan dengan tangan atau secara manual dengan
menggunakan jarum dan benang. Bahkan sebelum ditemukan jarum dan benang, manusia
memakai tulang haiwan atau gading Mammoth (sejenis gajah dari zaman purbakala) sebagai
jarumnya, sedangkan untuk keperluan benangnya, manusia memakai tanam-tanaman ataupun
kulit hewan yang cukup lentur dan kuat untuk dipakai sebagai benang. Menjahit dapat
dikatakan sebagai suatu kesenian.
Menjahit adalah pekerjaan menyambung kain, bulu, kulit binatang, pepagan,

dan

bahan-bahan lain yang boleh menggunakan jarum jahit dan benang. Menjahit juga dapat
dilakukan dengan

memakai jarum tangan atau dengan mesin jahit. Produk-produk yang

dihasilkan oleh para penjahit pada umumnya berupa pakaian, sama ada pakaian sehari-hari,
pakaian seragam sekolah, seragam kerja maupun pakaian yang khusus seperti pakaian pesta,
pakaian untuk pernikahan dan sebagainya. Selain pakaian, penjahit juga dapat membuat, tirai,
seprai, taplak, sapu tangan, keset, lap, dasi, topi dan lain sebagainya.
Pendidikan

menjahit

dapat

diperoleh

melalui kursus menjahit

atau

sekolah.

Perkembangan menjahit sekarang sering dengan era pembangunan serta mendapat permintaan
yang tinggi. Upah jahitan untuk membuatkan baju memberi impak yang lumayan kepada
3

4
tukang jahit. Perkembangan teknologi juga turut memberi kesan perkembangan dunia jahitan.
Teknik jahitan terdiri daripada tahap pembuatan pola, pemotongan bahan, dan menjahit.
Teknik jahitan juga melibatkan pelbagai alatan antaranya :

Meteran digunakan untuk mengukur bagian-bagian tubuh dan mengukur pola, agar

memperoleh ukuran yang pas.


Alat tulis (pensil, bolpoint, kertas) untuk mencatat ukuran tubuh.
Kertas pola (koran bekas, kertas payung) untuk membuat pola.
Penggaris pola (penggaris lengkung dan siku) sebagai alat bantu membuat pola.
Gunting kertas digunakan untuk memotong pola yang telah dibuat.
Jarum pentul adalah jarum sebagai penyemat yang memiliki kepala di pangkalnya.
Gunting kain digunakan untuk memotong kain.
Rader ( rata dan bergerigi) untuk menjiplak gambar pola pada bahan dengan

memakai kertas karbon jahit.


Jarum tangan digunakan untuk menjelujur dan memasang kancing. Jarum ini memiliki

lubang di pangkalnya.
Kapur jahit digunakan untuk penanda pola.

Selain itu juga, teknologi juga membantu arus jahitan lebih dikenali serta menjadi lebih
moden dan berguna. Teknologi dalam bidang Menjahit adalah suatu ilmu keterampilan yang
mempelajari cara atau teknik , metode pembuatan atau penyelasaian menjahit. Teknologi juga
memberi keseluruhan kemudahan untuk menyediakan barang-barang yang diperlukan bagi
kelangsungan dan keselesaan hidup manusia. Teknologi memberi kesan kepada ilmu jahitan
kerana ia bertujuan untuk:

Memberikan bekalan pengetahuan dan ketrampilan kepada individu mahaupun

kelompok dalam kumpulan menjahit


Individu atau kelompok dapat mengetahui, memahami dan mengoperasikan alat
menjahit dengan lebih cekap dan teratur.

2.0

FAEDAH BELAJAR MENJAHIT BAGI KANAK-KANAK BERMASALAH


PEMEBELAJARAN.
Setelah memperkenalkan ilmu jahitan kepada kanak- kanak bermasalah pembelajaran

ini, mereka akan dapat menikmati faedah yang baik apabila belajar jahitan. Kanak- kanak
4

5
yang bermasalah dapat meneroka dalam memberikan impak yang positif kepada mereka.
Antara faedah yang boleh diperolehi oleh kanak- kanak setelah mereka belajar menjahit iaitu
dapat mengembangkan kemahiran otot- otot mereka. Dari segi fizikal kanak-kanak khas dan
kanak-kanak normal cuma terdapat sedikit perbezaan namun dari sudut penggunaan,
fungsinya masih sama kerana manusia diciptakan mempunyai ketulan otot-otot yang terdiri
daripada otot-otot besar dan otot-otot kecil. Melalui otot-otot besar, kita dapat melatih
kemahiran motor kasar kanak-kanak khas apabila kita menggunakan aktiviti menjahit.
Contoh kemahiran motor kasar ialah berlari, berjalan, melompat dan lain-lain. Manakala, bagi
otot-otot kecil pula dapat kita bantu dengan mengembangkan kemahiran-kemahiran motor
halus mereka, seperti memasukkan benang di dalam straw jarum, menggunting kain,
menampal, melipat kertas atau pakaian serta kain, membutangkan baju, menjahit dan lain-lain
yang memerlukan mereka melakukan kawalan terhadap penggunaan otot-otot yang paling
kecil untuk melakukan pergerakan berfungsi pada tahap yang paling mudah.
Kepentingan dan faedah menjahit ke atas kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang
seterusnya ialah membantu kanak- kanak bermasalah pembelajaran menghilangkan tekanan.
Disebabkan kekurangan yang terdapat pada diri mereka, masyarakat sekeliling seperti muridmurid normal, guru-guru dan jiran tetangga banyak memandang rendah kepada kanak-kanak
khas ini. Ada yang mengambil pendekatan menjauhkan diri apabila didekati oleh kanak-kanak
khas, tidak kurang juga yang berasa jijik melihatkan mereka ini walaupun tidak dizahirkan
melalui percakapan tetapi hal ini dapat ditafsirkan melalui tingkah laku mereka. Justeru,
perkara-perkara seumpama ini akan mendatangkan tekanan kepada kanak-kanak khas dari
segi emosi dan mempengaruhi tingkah laku mereka.
Melalui aktiviti menjahit yang dijalankan kepada kanak-kanak bermasalah
pembelajaran ini, ia akan berfungsi sebagai satu saluran kepada mereka bagi melepaskan
sebarang tekanan yang dihadapi. Antara contoh pendekatan yang boleh dilakukan ke atas
kanak-kanak khas ini bagi membantu mereka melepaskan tekanan ialah menghasilkan aktiviti
jahitan dengan membuat hasil kerja tangan. Sebagai contoh membuat sarung bantal, kotak
pensel, uncang syiling dan macam- macam lagi.. Melalui hasil kerja tangan ini, murid-murid
akan berasa seronok dan melupakan segala masalah dan tekanan yang sedang mereka hadapi.
Begitu juga dengan kreativiti jahitan ini, dapat memberi luahan seni dan mereka akan dapat
memahami cara untuk mendedahkan keperluan dalaman dan konflik jiwa sekaligus dapat
memberi bantuan dalam pencarian resolusi.
5

Selain itu juga, melalui aktiviti menjahit, ia dapat memberi faedah kepada kanakkanak bermasalah pembelajaran untuk gemar mengkaji dan akan menyelidik. Apabila mereka
melakukan aktiviti jahitan yang melibatkan kreativiti, ini dapat memberikan mereka dan
makna terhadap hasil ciptaan mereka. Mereka akan kerap bertanya bagi mencapai sesuatu
jawapan dan penyelesaian untuk setiap sesuatu pekerjaan yang mereka hasilkan. Selain dari
itu, kanak- kanak ini yang kreatif akan berusaha untuk mencari sesuatu penemuan baharu
melalui idea dan hasil kerja tangan yang mereka hasilkan. Tambahan lagi, faedah menjahit
juga menjadikan kanak- kanak bermasalah pembelajaran akan lebih berkeyakinan. Apabila
menghasilkan jahitan yang kreatif, mereka akan lebih memiliki sifat keyakinan yang tinggi.
Kanak- kanak ini dapat menggunakan pendekatan yang fleksibel mengikut situasi yang
sesuai.
Selain daripada itu, kanak- kanak ini juga akan lebih berdikari, untuk menyelesaikan
sesuatu masalah mengikut kreativiti mereka sendiri tanpa meminta bantuan guru atau orang
lain. Mereka juga akan memiliki kekuatan perasaan dan emosi sendiri. Penampilan kanakkanak bermasalah apabila berhadapan dengan khalayak umum juga akan dapat diatasi.
Mereka tidak akan berasa takut kerana dengan adanya kemahiran menjahit yang mereka
pelajari, mereka juga akan mendapat tempat di depan semua orang. Keyakinan kanak- kanak
bermasalah untuk bercakap dengan guru dan kawan- kawan akan dapat di atasi. Mereka akan
lebih berkembang dalam komunikasi sesama manusia.
Kanak- kanak juga dapat menerima faedah untuk melatih membina idea sendiri. Kanakkanak yang melibatkan diri dalam aktiviti jahitan, mereka akan berupaya untuk membina,
mencipta dan menghasilkan sesuatu yang baru. Mereka akan mencuba dengan teknik dan
gaya yang baru serta memanipulasikan idea yang baru dengan pelbagai tindakan yang luar
biasa. Mereka juga akan cuba menyelesaikan masalah dengan sendiri dan cuba untuk
meneroka pelbagai pendekatan. Faedah menjahit juga supaya kanak- kanak bermasalah
pembelajaran dapat mempraktikkan asas jahitan dalam kehidupan seharian mereka. Mereka
akan dapat menyelesaikan permasalah yang berkaitan diri mereka tanpa bantuan orang lain.
Sebagai contoh mereka boleh menjahit seluar mereka yang terkoyak dengan usaha sendiri
tanpa bantuan orang lain. Terdapat beberapa jahitan asas yang dapat dipraktikkan dan
dilaksanakan oleh kanak- kanak bermasalah pembelajaran. Antara jenis- jenis jahitan ialah :

7
Jahitan kia

Jahitan kia digunakan untuk memulakan sesuatu jahitan atau mematikan jahitan
tangan, ia kukuh, rapat dan kelihatan seperti jahitan mesin. Jahitan kia juga
boleh digunakan untuk menjahit kelim yang meretas.

Jahitan jelulur kasar

Jahitan jelulur kasar merupakan jahitan sementara sebelum jahitan kekal dibuat.
Ia juga digunakan untuk menetapkan kelim di kedudukan dan senang dicabut.

Akhir sekali, melalui jahitan juga, kanak- kanak bermasalah pembelajaran akan dapat
faedah dalam mengembangkan psikomotor halus mereka dengan baik. Seperti kata Tokoh
Pendidikan Awal Kanak- kanak iaitu Jean Piaget ( 1986- 1980) yang mengatakan kanakkanak perlukan pembelajaran bersifat kognitif yang melibatkan daya pergerakan dan
fizikalkanak- kanak. Perkembangan ini berkembanh mengikut satu ciri turutan ataupun
berperingkat. Psikomotor halus kanak- kanak untuk memasukkan benang ke dalam lubang
jarum yang kecil akan berjaya. Kanak- kanak juga akan pandai menggunakan gunting dengan
baik dan pandai untuk menggunakan jarum untuk menjahit. Segala otot tangan dan sendisendi kanak- kanak bermasalah ini juga akan lebih lembut dan mudah melakukan pergerakan
yang melibatkan psikomotor halus.
Kanak-kanak berkeperluan khas juga dapat mengembangkan motor halus mereka
dengan melakukan dekorasi mudah. Menurut Doherty dan Brennan (2008), pendidikan fizikal
adalah sebahagian daripada proses pendidikan yang berlaku melalui pengalaman dalam
pelbagai situasi. Permainan motor dapat meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor
halus kanak-kanak. Kemahiran motor yang melibatkan pergerakan otot-otot kasar dan halus
kanak-kanak dapat dikembangkan melalui aktiviti fizikal. Kemahiran motor halus melibatkan
manipulatif otot-otot kecil seperti menggengam, mengoyak, menggunting, meramas,
menggentel dan menguli. Kemahiran motor halus penting untuk kanak-kanak mempelajari
konsep-konsep asas seperti menjalankan tugas-tugas harian. Contohnya membutang baju,
memegang pensel, mengikat tali kasut dan sebagainya.
3.0

KEPENTINGAN

MENGAJAR

MENAJAHIT

KEPADA

KANAK-KANAK

BERMASALAH
Kepentingan Pendidikan khas bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid melalui
7

8
perkembangan mental, kestabilan emosi dan intergasi sosial. Program ini dilaksanakan oleh
guru-guru terlatih khas dan menggunakan kurikulum khas. Pendidikan Khas adalah
pengajaran yang direka bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas.
Pendidikan ini dirancang secara tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta dinilai
kebekesanannya secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap
berdikari tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan.

Kanak- kanak bermasalah pembelajaran juga dapat melibatkan diri dalam pergerakan
motor halus mereka apabila membuat jahitan mudah. Menurut Froebel, permainan konstruktif
berlaku apabila kanak-kanak membina sesuatu dengan memanipulasi persekitaran sebagai
aktiviti yang melibatkan pergerakan motor halus seperti menjahit, mengayam, menggentel,
melipat kertas dan menyulam (Roopnarine & Johnson 2005). Permainan seperti membina
bangunan daripada blok, bermain pasir dan mencipta bahan-bahan kraf merupakan permainan
konstruktif. Permainan konstruktif memberi peluang kepada murid-murid belajar membuat
sesuatu dan apabila kanak-kanak bermain secara konstruktif, mereka belajar melakukan
sesuatu tugas sehingga selesai. Bermain secara kontruktif juga melibatkan kemahiran
manipulatif. Murid-murid yang memiliki kemahiran manipulatif berupaya memanipulasi idea,
konsep dan pendapat
Apabila belajar menjahit kanak- kanak ini akan dapat mengembangkan pengurusan diri
menjadi berdikari dan menjalankan aktiviti seharian tanpa bantuan , serta meraka dapat
menyediakan diri menghadapi situasi sebenar. Di samping itu juga mengamalkan kebersihan
dan kesihatan yang baik untuk diri serta persekitaran dan dapat mengaplikasi pengetahuan di
dalam bilik darjah untuk kehidupan sebenar mereka.
Selain itu juga, manfaat yang diterima dalam mengajar menjahit kepada kanak- kanak
bermasalah pembelajaran iaitu dapat memberi keseronokan kepada pengajar dan kanakkanak juga. Kurikulum Kemahiran Hidup untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran
diwujudkan yang mana ianya dapat menyediakan pendekatan proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta
kebolehan murid bermasalah pembelajaran. Komponen-komponen Bidang Pengurusan
Kehidupan seperti pengurusan diri, kemahiran manipulatif, pengurusan tingkahlaku dan
kemahiran hidup dapat menarik minat belajar dalam suasana yang menggembirakan.

4.0

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Bagi melengkapkan lagi pengajaran dan pembelajaran dalam bidang jahitan kanak-

kanak bermasalah pembelajaran, beberapa kanak- kanak yang mempunyai tahap kecerdasan
9

10
yang lebih saya lakukan uji kaji untuk aktiviti menjahit. Rancangan Pengajaran Harian ini
telah disediakan. Aktiviti menjahit iaitu membuat perhiasan rumah alas meja didalam rumah.
Ia boleh dijadikan hiasan dan juga alas di meja makan.
Tarikh

: 11 Mac 2016

Masa

: 1 jam

Kelas

: 4 Budiman (Pendidikan Khas)

Matapelajaran

: Kemahiran Hidup

Tajuk

: 6.0 Sains Rumah Tangga

Standard Kandungan

: 6.1 Menghasilkan Artikel Jahitan

Standard Pembelajaran : 6.2.1 Menghasilkan artikel mudah seperti hiasan


dinding ,kain alas meja, dan beg uncang
Objektif Pembelajaran

: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

1. Mengenal pasti alatan dan bahan jahitan.


2. Menyatakan kegunaan alatan dan bahan jahitan.
3. Menghasilkan hiasan rumah daripada hasil kerja jahitan
4. Melahirkan kreativiti kanak- kanak dalam menghasilkan hiasan rumah iaitu beg uncang
Aktiviti Pembelajaran :
1. Murid berbincang dengan guru tentang jenis alatan dan bahan jahitan yang biasa
digunakan.
2. Murid diterangkan oleh guru mengenai kegunaan alatan dan bahan jahitan.
3. Murid diterangkan oleh guru tentang mata jahitan asas serta kegunaannya.
Elemen merentas kurikulum :
1. Keusahawanan : (EK3) berjaya menjalankan tugasan mengikut perancangan
2. Kreativiti dan inovasi boleh menjana idea
3. Penerapan Nilai
Pengetahuan Sedia Ada

: Sabar, rajin, ekun, ketelitian, kerjasama, yakin


:Murid sudah tahu jahitan asas dan tahu menggunakan
peralatan menjahit seperti gunting

10

11
Elemen-elemen Bestari:
Strategi Pembelajaran

: Berpusatkan murid, berpusatkan guru, berpusatkan bahan

Teknik pengajaran

: Penyoalan, Perbincangan, Demonstrasi, Simulasi, Koperatif

Bahan bantu mengajar

: Power Point, klip video, latihan amali, laman web

Alat bantu mengajar

: LCD, komputer

4.1

LANGKAH-LANGKAH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Fasa dan Isi Kandungan dan cadanganCadangan komunikasi

Catatan

masa
aktiviti
Set Induksi 1. Pengenalan

Strategi
i. Adakah kamu tahu tentang jahitan?

(5 Minit)

Pembelajaran:

ii. Apakah yang digunakan untukBerpusatkan guru.


menjahit?
Teknik pengajaran :
1.
2.
3.
4.
5.
6.

iii.

jarum peniti
jarum tangan
benang
gunting fabrik
roda surih
kertas karbon

guru

menerangkan

beberapa

peralatan menjahit melalui slide danBBM : Slide power


video ,sebelum memulakan projekpoint
jahitan iaitu membuat beg uncang
Nilai : Kasih sayang
iv.

sebelum

membuat

memulakan

beg

uncang

proses

ini

guru

menerangkan satu persatu peralatan


yang
a.

Murid

diuji

sejauh

akan

digunakan

semasa

manapembuatan beg uncang tersebut,dan

pengetahuan mereka tentang alatanjenis-jenis jahitan .


dan bahan jahitan.
b.

Guru

bertanyakan

tentang

dan bahan jahitan tersebut.

pengalaman murid sama ada mereka


mempunyai

pengalaman

Sebutkan nama setiap alatan

baju
11

12
Fasa dan Isi Kandungan dan cadanganCadangan komunikasi
masa

Catatan

aktiviti
terkoyak dan bagaimana ia dibaiki.
c.

Memberi

pendedahan

kepada

murid mengenai tajuk jahitan.

Langkah 1

1.

Memperkenalkan

matai. Jenis-jenis mata jahitan yang akanStrategi

jahitan asas
(20 Minit)
a. Guru membuat demonstrasi cara
menjahit

mata

jahitan

tayangan power point

melalui

dipelajari ialah:

pembelajaran

- Jahitan jelujur kasar

Berpusatkan murid

- Jahitan jelujur halus


- Jahitan silang pangkah

Teknik pengajaran :

-Jahitan sembat

Penyoalan, Simulasi,

- Jahitan jelujur kasar

Koperatif
ii. Guru menerangkan kegunaan mata
jahitan asas untuk membaiki pakaianABM : Laptop, LCD
melalui tayangan power point.

- Jahitan jelujur halus

i. Jahitan jelujur kasar

BBM : Slide power

- jahitan sementara

point

- untuk menetapkan 2 atau lebih


lapisan fabrik

Nilai : Bekerjasama,
bertolak ansur,

ii. Jahitan jelujur halus


- untuk menetapkan 2 atau lebihEMK : Kreativiti dan
lapisan fabrik

inovasi

- sebagai jahitan hiasan

Keusahawanan

- Jahitan silang pangkah

(EK3)
iii. Jahitan silang pangkah

kelepet, lipatan atau mengemas tepiperancangan

12

berjaya

menjalankan tugasan

- jahitan pengemas untuk menetapkanmengikut


kain.

13
Fasa dan Isi Kandungan dan cadanganCadangan komunikasi
masa

aktiviti
-Jahitan sembat

Catatan

iv. Jahitan sembat


-untuk kekalkan lipatan atau kelepet

b. Murid menjalankan
projek Jahitan.
.
Langkah 2
(25 Minit)

Strategi
1. Guru

menunjukkan

cara

membuat beg uncang

pembelajaran
-

guru memberi 2 helai kainBerpusatkan guru


cotton berwarna pink setiapBerpusatkan murid
murid
Teknik pembelajaran :
Demonstrasi
Simulasi

Langkah 1:

Koperatif

Pindahkan tanda pola ke atas fabrik


dengan menggunakan roda surih

guru

tunjuk

cara

kemudian

,kemudian gunting

membuatnya

dahulu,

murid-murid
sendiri

dengan

bimbingan oleh guru yang lain.


-

ABM : Laptop, LCD


BBM : Slide power
point

Murid-murid mendengar arahan


dari

SetiapNilai : Bekerjasama,
langkah yang ditunjukkan.
bertolak
ansur,
Langkah 2:

mengikut

Semasa menggunakan jarum,bertanggungjawab


murid dibimbing oleh guru

Lipat fabrik ke sebelah dalam pada


bahagian atas untuk membuat kelepet

guru

selebar 1cm

Menggunakan peralatan tajam


dengan berhati-hati

13

14
Fasa dan Isi Kandungan dan cadanganCadangan komunikasi
masa

aktiviti

Langkah 3:
Semat dengan jarum peniti dan jahit
dengan jahitan jelujur kasar dan
jelujur halus (tempat reben)- ulang 5
langkah pada hujung fabric yang satu
lagi

Langkah 4:
Temukan kedua-dua sebelah luar
fabric dan
sematkan
dengan
jarum
peniti

14

Catatan

15
Fasa dan Isi Kandungan dan cadanganCadangan komunikasi
masa

aktiviti

Langkah 3 Langkah 5:
(10 Minit)

Catatan

Strategi

Jahit jelujur kasar dan diikuti jelujur


halus

pada

garisan

Jahit jelujur secara halus untukpembelajaran :


mencantumkan antara 2 helaiBerpusatkan guru

pemadam

kain tadi..

sehingga pada jahitan kelepet atas

Teknik pembelajaran :

(tempat reben)
Tinggalkan

bahagian

Perbincangan
yang

telah

dibuat kelepet tadi

Jahit dengan kemas supaya


benangnya tidak tersimpul.

Langkah 6:
Terbalikkan uncang ke sebelah luar

Penyoalan
ABM : Laptop, LCD
BBM : Slide power

Potong dua helai tali atau reben

point

berukuran 40cm
-

Beg uncang yang telah siap,Nilai


:
Hormatmurid-murid
menggunakanmenghormati
reben sebagai tali untuk untukBertolak ansur
mengemaskan lagi ikatan beg
EMK : Kreativiti dan
inovasi

15

16
Fasa dan Isi Kandungan dan cadanganCadangan komunikasi
masa

Catatan

aktiviti

masukkan
menggunakan

reben

dengan

pin

dari

bahagian

kanan lubang tali uncang dan Tarik


sehingga punca reben keluar dari
lubang kiri
Langkah 7:
Reben B dimasukkan dari bahagian
kiri ke kanan uncang

Uncang telah siap dijahit

Penutup
(5 Minit)

Strategi
-

Beg

Murid-murid

menunjukkanpembelajaran :

hasil kerja masing masingBerpusatkan guru

uncang yang telah siap dijahit


-

Guru

membuat

yang telah siap dijahit


Berpusatkan bahan
Murid-murid
menjawab

pertanyaan guru
Berpuas hati dengan

rumusan,

masing-masing.

kegunaan beg uncang tersebut

REFLEKSI:

16

kerja

17
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku didapati kanak- kanak merasa
sangat teruja untuk membuat perhiasan beg uncang ini. Ini adalah kerana beg uncang ini boleh
dijadikan tempat penyimpanan duit, alat tulis dan sebagainya lagi. Pada permulaan sesi
pengajaran, berjalan dengan lancara, semua murid dapat mengikuti aktiviti ini dengan
sempurna .,ada juga segelintir murid-murid tidak pandai menjahit.. Tetapi setelah diberikan
penerangan dan tunjuk ajar yang berterusan, kanak- kanak dapat melakukan dengan baik.
Semasa proses pengajaran berlaku nilai-nilai dan aspek keselamatan ditekankan kepada
mereka agar berwaspada dalam menggunting dan menjahit. Saya juga menerangkan kepada
murid-murid langkah demi langkah bagi menghasilkan dekorasi mudah. Bimbingan dan
dorongan diberikan dari masa ke semasa kepada mereka.

(3220 PATAH PERKATAAN)


5.0

RUJUKAN

Online].Available:http

http://blog-sakti.blogspot.my/2011/06/sejarah-dan-asal-usul-mesin-

jahit.html
Online].Available:http http://husnaima.blogspot.my/2013/01/sejarah-menjahit_17.html

Online].Available:http http://nashfesyen.blogspot.my/search/label/kelebihan%20menjahit

Online].Available:http

http://powerpuffgirlsawesome.blogspot.my/2015/08/rancangan-

pengajaran-harian-rph-rbt.html

Online].Available:http

http://documents.tips/documents/rancangan-mengajar-harian-

jahitan.html

Online].Available:http http://www.skrinaku.com/kelebihan-belajar-menjahit-di-rumah.html

17

18

18

Anda mungkin juga menyukai