Anda di halaman 1dari 10

STRUKTUR

Kod Etika Profesioan


- Peraturan untuk membantu guru yang profesional mematuhi prinsip-prinsip yang
termaktub demi menjaga imej profesion.
- 3 aspek fungsi utama Kod Etika Profesion:
o memberikan pedoman kepada setiap ahli mengenai prinsip profesionalisme yang
dirangkakan.
o kawalan sosial untuk masyarakat atas profesion yang berkaitan. Masyarakat dapat
memahami kepentingan sesuatu profesion.
o membantu para profesional mencegah campur tangan pihak di luar organisasi
profesion tentang hubungan etika dalam keanggotaan profesion.
2) Kod Etika Keguruan
Tanggungjawab terhadap pelajar
- mengutamakan kebajikan dan dan keselamatan pelajar
- bersikap adil terhadap pelajar
- merahsiakan maklumat ikhtisas
- membimbing /mengajar pelajar tanpa sebarang bayaran
- menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku
- memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas
Tanggungjawab terhadap ibu bapa
- Menghormati tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
- Mewujudkan hubungan yang mesra dan kerjasama.
- Mengganggap semua maklumat yang diberi ibu bapa sulit.
- Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka.
- Mengelakkan daripada menggunakan/dipengaruhi oleh kedudukan sosial/ekonomi ibu
bapa.
Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
- Tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan pelajar, masyarakat atau negara
- Memupuk sikap dan nilai supaya menjadi warganegara yang taat setia,
bertanggungjawab
- Menghormati masyarakat tempat berkhidmat
- Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi
pendidikan dengan masyarakat.
- Berpegang pada tingkah laku yang sopan dan diterima masyarakat.
Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion
- Mengelakkan diri daripada membuat kenyataan yang boleh mencemarkan nama baik
rakan sejawat dihadapan pelajar atau ibu bapa.
- Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru.
- Berusaha menunaikan tanggungjawab.

- Sentiasa membantu rakan yang baru dalam profesion perguruan.


- Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
- Menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
1.0 ISU KESANTUNAN GURU
- Kesantunan merujuk kepada tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam
masyarakat.
- Fokus kesantunan guru ialah :
a) Perlakuan dalam percakapan
- Kawalan suara
- Memonopoli sidang perbualan
- Cakap banyak
- Puji diri secara langsung dan tidak
b) Tatacara berkomunikasi
- Ikut norma budaya setempat, bukan tatacara kita sahaja.

Kecekapan seorang guru harus ambil kira 7 teras pengetahuan :


1. Pengetahuan isi kandungan.
2. Pengetahuan pedagogi am.
3. Pengetahuan kurikulum.
4. Pengetahuan kandungan pedagogi.
5. Pengetahuan ttg pelajar dan ciri-ciri pelajar.
6. Pengetahuan ttg konteks pendidikan.
7. Pengetahuan ttg falsafah, matlamat dan nilai pendidikan.
Howard (2007); 4 ciri utama penampilan guru menghasilkan pembelajaran yang lebih baik.
1. Penampilan untuk perbezaan
-perlu mempunyai keterampilan berasaskan budaya iaitu mampu tampil dalam situasi
budaya berbeza tidak kira pelajar kulit putih/hitam, beragama dll.
-kebolehan menghadapi isu-isu sensitif, peka
2. Penampilan untuk berdialog
-merujuk kepada kerelaan untuk meneroka persamaan dan perbezaan individu.
-2 jenis dialog berkaitan profesion keguruan iaitu dialog profesional antara rakan sejawat
dan dialog di dalam bilik darjah antara guru dan pelajar.
Dialog antara rakan sejawat dapat menangani sikap guru, kepercayaan dan amalan rakan
dan peluang kepada guru membuat perbandingan dan belajar antara satu sama lain.
-dialog antara pelajar memberi peluang untuk berkomunikasi dan menerapkan pengalaman
hidup agar p&p lebih bermakna.
3. Disilusi
-guru yang tampil menghadapi kekecewaan merupakan guru yang menunjukkan
keterbukaan melihat luar daripada budaya sendiri dan kebolehan untuk meneliti
kepercayaan dan pandangan luar.

-guru yang dapat meneroka dan mengetepikan ilusi adalah lebih responsif dari segi budaya
dalam persekitaran pelbagai
4. Demokrasi
-semua pelajar diberi peluang sama melibatkan diri dalam apa jua aktiviti.
-guru bersikap terbuka dan beri peluang pelajar libatkan diri dalam proses p&p.
Akauntabiliti Guru
- merujuk kepada sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu tindakan,
keputusan serta bersedia memberikan penjelasan dan justifikasi yang diperlukan. Dalam erti
kata yang lain, akauntabiliti ialah tanggungjawab guru terhadap profesionnya.
- Guru mempunyai beberapa akauntabiliti iaitu :
o Akauntabiliti terhadap pelajar guru mendidik pelajar ke tahap yang cemerlang
dalam pencapaian akademik di samping membentuk potensi mereka secara
menyeluruh. JERIS
o Akauntabiliti terhadap diri sendiri guru harus berpengetahuan luas dan
berketerampilan dalam bidang mata pelajaran yang diajar.
o Akauntabiliti terhadap ibu bapa guru melaksanakan tugas dengan memastikan
anak-anak mereka menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara.
o Akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara guru mempunyai tanggungjawab
untuk memenuhi hasrat negara sebagai rakyat Malaysia berlandaskan prinsip-prinsip
yang termaktub dalam Rukun Negara.
Akauntabiliti terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan guru perlu menjalin hubungan
sesama rakan sejawatnya serta bertanggungjawab sesama sendiri dalam profesion yang
disandang oleh mereka.
Jenis-Jenis Kepemimpinan
1.
2.
3.
4.

Kepemimpinan Semula Jadi


Kepemimpinan Berkarisma
Kepemimpinan Birokratik
Kepemimpinan Teragih

1. Kepemimpinan Semula Jadi


Seringkali anggota kumpulan yang tertua, paling berpengalaman, serta mempunyai
kemahiran interpersonal yang tinggi akan secara semula jadi dianggap dan diterima oleh
ahli-ahli kumpulannya sebagai ketua mereka.
2. Kepemimpinan Berkarisma
Menurut House dan Howell (1992), pemimpin berkarisma mempunyai tret-tret personaliti
seperti berikut:
Berorentasikan pencapaian

2)

Berorentasikan kreativiti dan inovasi


Amat bertenaga dan penglibatan diri yang tinggi
Keyakinan diri yang tinggi
Keperluan untuk menggunakan pengaruhnya terhadap orang lain
Sanggup menanggung risiko
Membina (nurturning), bertimbang rasa dan sensitif.
3. Kepemimpinan Birokratik
Tujuan kepemimpinan birokratik dalam sesebuah organisasi formal bertujuan
memaksimumkan kecekapan melalui pengurusan dengan menggunakan pendekatan
rasional (Weber, 1989)
Model kepemimpinan birokratik tulen mengikut Weber (1989) memberikan penekanan
terhadap aspek-aspek seperti:
Organisasi yang berorentasikan matlamat
Pembahagian bidang pengkhukusan
Strutur berhierarki
Mementingkan peraturan dan tatatertib
Mempunyai prosedur kerja yang amat teknikal
Perjawatan berdasarkan kelayakan dan kecekapan bidang.
Antara ciri kepemimpinan birokratik dalam organisasi sekolah adalah:
Struktur organisasi sekolah yang berhierarki dengan Guru Besar atau Pengetua di
pucuk kepemimpinan
Guru-guru mempunyai bidang kepakaran masing-masing
Terdapat peraturan sekolah dan jadual waktu akademik untuk dipatuhi
Ketua bidang/panitia mata pelajaran bertanggungjawab dalam memastikan aktiviti
kurikulum dilaksanakan mengikut garis panduan dan sukatan yang telah ditetapkan.
4. Kepemimpinan Teragih
Kepemimpinan teragih dianggap sebagai gaya kepemimpinan yang paling sesuai untuk
organisasi sekolah dan institusi pendidikan di mana sebilangan besar ahli-ahli terdiri
daripada golongan profesional.
Keputusan yang dibuat merupakan keputusan bersama berdasarkan maklumat yang lebih
menyeluruh dan situasi ini akan membawa kepada peningkatan keberkesanan
pelaksanaannya.
Kepemimpinan teragih berkait rapat dengan konsep sekolah berkesan dan kemajuan
sekolah.
carta organisasi (http://www.moe.gov.my/?id=143)
-

KPM didokong oleh 31 Bahagian, 2 Bahagian Berkanun dan 16 Jabatan Pendidikan


Negeri (JPN)
Pengetua akan dibantu oleh 3 Penolong Kanan iaitu PK 1-bertanggungjawab terhadap
kurikulum dan pentadbiran
PK2 bertanggungjawab dlm HEM
PK3 menguruskan hal-hal kokurikulum

Pengetua

GPK 1

GPK 2

GPK 3

pentadbiran &
kurikulum

hal ehwal
murid (HEM)

kokurikulum

Penyelidik
Sentiasa meneroka ilmu dan kemahiran baharu
Mempunyai pemikiran reflektif, kritis dan kreatif
Sentiasa bersikap terbuka
Membudayakan kajian tindakan
Berusaha meningkatkan kualiti p&p
a) tindakan yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk menunjukkan amalan dalam reflektif
tersebut
Sesungguhnya, seseorang guru yang berfikir secara reflektif dapat dilihat daripada
tindakan-tindakan berikut:
a)

Mengaitkan sesuatu idea dengan pengalaman-pengalaman yang sedia ada.

b)

Mengemukakan soalan-soalan sendiri.

c)

Mengusulkan hipotesis dan andaian.

d)

Mengemukakan pelbagai kemungkinan penyelesaian yang wajar.

e)

Menilai kemungkinan penyelesaian secara kritis dan kreatif.

Agen sosialisasi
Bina hubungan guru-murid
Bina hubungan dgn ibu bapa dan masyarakat setempat bagi mendalami dan memahami
budaya serta menerapkan nilai
Sebagai jurutera kemanusiaan dlm kehidupan bermasyarakat
Membantu murid menyesuaikan diri dlm persekitaran pembelajaran yg menekan dan
pelbagai
5. Agen Sosialisasi
Agen sosialisasi :
1. Penyumbang ilmu dan kemahiran
2. Pembentk sahsial sosial yg positif
3. Pembentuk budaya penyayang

4. Teladan sosial
5. Penghubung natara institusi sekolah dan masyakat am.

Sekolah berperanan sbg tempat yg memberikan peluang kpd murid-murid untuk


memperoleh pelbagai jenis pengetahuan dan kemahiran yg diperlukan untuk kemajuan dan
pembangunan negara.
Sek sbg institusi kemasyarakatan menekankan perkembangan dan prubahan TL murid
berasaskan nilai, norma dan keperluan masyarakat.
Guru berperanan menyampaikan ilmu kpd murid di samping membentuk sikap, nilai dan
personaliti yg cemerlang selaras dgn keperluan individu dan jangkaan masyarakt.
Sbg agen sosialisasi, guru berperanan mmbntuk individu yg mmpu bersosialisasi dan
memiliki kecerdasan emosi yg tinggi agr dpt sesuaikan diri dlm dunia pekerjaan kelak.
Dg segi hbgn sosial guru perlu bersifat penyayang dan hormati perbezaan individu.
Guru perlu bersifat empati dan mmbtu pelajar membentuk emosi yg sihat.
Guru harus terlibat dlm aktiviti kemasyarakatan yg dianjrkan oleh komuniti setempat
seperti :
1. Karnival keluarga
2. Ekspedisi mendaki bukit
3. Aktiviti kebudayaan
4. Gotong-royong
Cara nk jd guru pakar:
Guru boleh hulurkan khidmat bantuan dr segi kewangan, kepakaran, tenaga dan masa utk
jayakan aktiviti kemasyaraktan.
Guru wajar pamerkan amalan nilai murni spt berbudi bahasa, bersopan santun, prihatin,
penyanyang, hormat hak asasi sbb guru dianggap baik dlm klgn masyakt.
Guru harus sggup belajar dan sesuaikan diri dgn penggunaan teknologi baharu dlm
komunikasi spt penggunaan laman web, emel, blog dsb supaya maklumat dapat disalurkan
dengn lbih cpt dan efisien.
Sokongan dan bimbingan yang diterima semasa ikut program keguruan (pensyarah, tutor
dan guru mentor) secara menyeluruh & intensif bagi capai penguasaan aras kompeten.
Latihan atau aktiviti yg menjurus kpd perkembangan domain pengetahuan yg spesifik (isi
kandungan, pengetahuan kandungan pedagogi dan pedagogi am) agar dapat meningkatkan
kemahiran pengamatan dan membuat perwakilan proses p&p di dalam BD yg mantap.
Kursus-kursus yg ditawarkan dlm program latihan keguruan seimbangkan teori dan amali
latihan praktikal benarkan pengalaman secara langsung (hands on).
Dedahkan kpd pengalaman terancang (analisis kajian kes, senario BD), pengalaman
vikarious (perhati guru mentor kendalikan kelas), pengalaman situasi (main peranan) untuk
menghayati pengurusan BD.

ESEI
Integriti Guru
- Integriti ialah kesempurnaan atau keikhlasan atau kejujuran. Integriti guru bermaksud guru
perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan
umum.
- Integriti guru merangkumi:
o Tanggungjawab yang berat dalam mendidik pelajar dengan penuh keikhlasan dan
kejujuran.
o Melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai keprihatinan serta penuh
kasih sayang
o Tanggungjawab dan berkewajipan menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang
terbaik untuk pelajar.
-

Integriti bermaksud wholeness atau completeness- kesempurnaan


Nillsen 2004, bermaksud keikhlasan dan kejujuran
Institut Integriti Malaysia- kualiti yg wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu
dan organisasi
- Berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari
- Integriti guru bermaksud guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang
dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum.
- Guru harus mengamalkan Kod Etika Profesion dan Piagam Pelanggan demi mewujudkan
budaya kerja organisasi yang bersistem.
- Guru yang berintegriti akan melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai
keprihatinan serta penuh kasih sayang kepada pelajar
- Guru yang melaksanakan tugas dengan ikhlas mampu merancang p&p yang terbaik
Ciri-ciri guru profesional (Abdul Shukor Abdullah,1998);
- Bersikap profesional
- Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori
- Berilmu
- Patuh dengan Kod Etika.
- Bermoral
- Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran
- Prihatin terhadap murid dan ibubapa
- Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid.
- Mempunyai kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
- Memastikan suasana guru mengajar murid belajar dalam bilik darjah.
- Melahirkan persekolahan berwatak supaya murid mempunyai kekuatan ilmu,
berpersonaliti sihat dan serba boleh.
- Taat dan setia terhadap perkhidmatannya.
- Mempertahankan martabat profesionnya.
- Menunjukkan kesetiaan terhadap kerajaan, bebas pendirian & tidak berbelah bahagi.

Kecekapan guru dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pengurus adalah memastikan


rutin bilik darjah dapat dilaksanakan dengan teratur, suasana sosioemosi dan fizikal yang selesa
serta disiplin yang terkawal akan dapat membina dan mengekalkan bilik darjah yang kondusif
dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan
untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Seorang guru perlu membina keadaan bilik
darjah yang kondusif dan mengurus disiplin murid secara berkesan. Selain mengajar,
guru juga berperanan sebagai pengurus, iaitu mengurus rutin bilk darjah, mengurus
murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti
membersihkan bilik darjah dan menyusun kerusi-meja, mengurus murid-murid supaya
memamtuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya
menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengurus bahanbahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan, dan mengurus
aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan.
5.2

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pengurusan Bilik Darjah


Untuk melaksanakan peranan pengurus yang berkesan, guru perlu tahu iklim
persekitaran bilik darjah dan apakah faktor-faktor yang boleh membantu untuk
mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat. Terdapat beberapa faktor yang
menyumbang kepada suasana tersebut. Antaranya adalah susunan fizikal dan tempat
duduk bilik darjah dan persekitaran psikososial semasa di dalam bilik darjah.

5.2.1 Faktor fizikal

Faktor pertama yang mempengaruhi suasana bilik darjah adalah persekitaran fizikal.
Bilik darjah yang menarik adalah kondusif untuk pembelajaran. Susunan peralatan dan
kemudahan dalam bilik darjah seperti kerusi-meja, buku rujukan, pusat pembelajaran,
bakul sampah, papan tulis dan lain lain akan membantu keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran serta mengekalkan disiplin murid-murid dalam bilik
darjah. Sebagai rumusan, suasana fizikal bilik darjah yang boleh meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ialah: Penyusunan kerusi-meja murid
mengikut kumpulan yang sesuai akan memudahkan interakssi di antara murid dengan
murid dan guru dengan murid.
Suasana di bilik darjah yang dihiasi dan diatur kemas dengan pelbagai carta, gambar
dan alat bantu mengajar. Saiz bilik yang mencukupi memberi keselesaan kepada muridmurid unruk menjalankan pelbagai aktiviti kumpulan atau permainan. Tingkap dan pintu
yang mencukupi untuk pencahayaan dan pengedaran udara dengan baik serta
keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah.
5.2.2 Faktor psikososial
Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran
sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri seperti
berikut:

Suasana selesa dan mesra.


Bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal
Perasaan diterima
Sensitif dan peka kepada perbezaan individu.
Suasana yang merangsang pembelajaran
Mewujudkan komunikasi terbuka dan menggalakkan perkongsian
idea.
Menggalakkan pembelajaran koperatif.
Peluang yang sama untuk semua pelajar.

tiga tanggungjawab guru cemerlang dalam kepimpinan guru.


1. Membuat perancangan pengajaran , melaksanakan pengajaran mata pelajaran
kepakaran dan pembentukan serta pembangunan diri pelajar mengikut tahap
yang tertinggi yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Menyediakan Rancangan Pengajaran berasaskan peraturan-peraturan
Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan ) 1997, kurikulum Kebangsaan dan suratsurat pekeliling berkaitan.
Mengajar mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan yang
ditetapkan mengikut garis panduan dan tahap kebolehan pelajar.
Mengamalkan kaedah/strategi pengajaran dengan mengguna pakai atau
menghasilkan pelbagai bahan pembelajaran dan pengajaran yang terkini
,reatif, inovatif, menarik dan berkesan.
Mengenal pasti secara spesifik kelemahan dan kekuatan setiap pelajar dalam
mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
Menyediakan program pengayaan untuk pelajar cemerlang dan pemulihan
bagi pelajar yang berpotensi rendah.
2. Memimpin dan membantu dalam tugas kurikulum dan kokurikulum berkaitan
dengan mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
menjadi ahli panitia dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang
pengkhususan.
Menjadi pakar rujuk mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
Membantu mengatasi kelemahan dan membimbing pelajar dalam mata
pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
Menyelaras penyediaan rangcangan strategik, tatikal dan operasi pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
Menjadi penasihat persatuan akademik mata pelajaran kepakaran atau
bidang pengkhususan.

3. Menjadi pakar rujuk, memberi khidmat nasihat , dan membimbing guru dalam
mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.

Merancang dan melaksanakan aktiviti perkembangan staf bidang kurikulum


dan kokurikulum dalam mata pelajaran kepakaran/ bidang pengkhususan.
Menjadi mentor kepada guru dalam bidang pedogogi khususnya berkaitan
dengan strategi pengajaran.
Member maklum balas tentang kemajuan guru yang dibimbingnya kepada
pengetua/ pengarah dan guru berkesan.
Memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada guru di institusi persekitaran
yang memerlukan kepakarannya.

Jangkaan Guru
Merupakan harapan dan keinginan guru yg sangat kuat untuk memperoleh sesuatu ganjaran
atau hasil setelah melakukan sesuatu tugasan
Bentuk jangkaan:
Terhadap pelajar
penentuan hasil pembelajaran
Terhadap pentadbir atau pengurus sekolah
pihak pentadbir dapat memimpin dengan penuh amanah, berintegriti dan bersungguhsungguh
Terhadap ibu bapa dan komuniti
merancang strategi bg membina jambatan yg menghubungkan ibu bapa dan komuniti
dengan pihak sekolah
Terhadap diri sendiri
meletakkan jangkaan bahawa guru berpeluang luas dalam laluan kerjaya di samping
insentif dari sudut kebajikan

Anda mungkin juga menyukai