Anda di halaman 1dari 3

BAB 13 PERKAMUSAN

Menurut Arbak Othman (2000), tidak ada teori tertentu yang dikhususkan bagi maksud penyusunan kamus.

Apa yang berlaku dalam perkamusan ialah pandangan tertentu yang digunakan oleh seorang penyusun kamus sebagai panduan supaya kamus yang disusunnya mencapai mutu yang baik dan termuat di dalamnya nilai-nilai kebahasaan, semantik dan semiotik, lengkap dan dapat dipertanggungjawabkan. Maksud teori untuk perkamusan ialah kecenderungan aplikasi ilmu linguistik, semantik, dan pragmatik selengkap mungkin dalam sesebuah kamus. Tugas kamus adalah untuk memberi makna atau takrif kepada kata dan pemberian ini juga menggunakan kata-kata. Dengan kata lain, dalam perkamusan kita terpaksa memberi makna kepada sesuatu lambang dengan menggunakan lambang itu sendiri. Lambang ini ialah lambang linguistik. Oleh itu, setiap kamus yang disusun mestilah mengutamakan prinsip kesarjanaan sebagai asas penyusunan kamus.

Prinsip-prinsip penyusunan kamus perlulah memerhatikan perkara-perkara yang berikut: 1) Perancangan Pertadbiran yang berkaitan dengan perbelanjaan, penentuan individu, dan penentuan prasarana. 2) Siapakah yang terlibat? Individu yang terlibat bersangkutan dengan persyaratan keahlian dan

kemampuan individu melaksanakan program perkamusan. 3) Aspek linguistik Aspek linguistik digarap menurut cabang ilmu linguistik yang berkaitan dengan leksikologi termasuklah tatabahasa, lafaz, pengetahuan dialek, maklumat ensiklopedia dan sebagainya. 4) Pemasaran Aspek yang berkaitan dengan penyebaran kamus secara meluas sebagai satu produk. 5) Pra-syarat kemampuan peneliti atau penyusun kamus Penguasaan dua atau tiga bahasa di samping bahasa ibunda akan menentukan kepekaan linguistik dan keterbukaan terhadap isu-isu bahasa. Penyusun kamus juga perlulah mempunyai ketekunan yang konsisten, ketelitian dan kecermatan. Selain daripada itu, semangat untuk terus belajar dan cinta kepada bahasa serta ilmu bahasa juga tidak kurang penting. 6) Bagaimanakah penelitian dilakukan? Penelitian leksikologi termasuklah yang bersangkutan dengan korpus bahasa dalam penyusunan pangkalan data. Penelitian aspek bahasa lain seperti tatabahasa sebagai maklumat pelengkap mengenai data yang disajikan. Beberapa prinsip perlu dijadikan pegangan dalam penyusunan kamus, iaitu: 7) Keaslian kamus haruslah memuatkan bahasa yang ada bukti bahawa bentuk tersebut benar-benar digunakan oleh penutur jati.

Sistem Ejaan Kamus Dewan Edisi Ketiga dan menggunakan sistem ejaan yang berpandukan kepada Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu (DBP, 1991). Bentuk standard dan ejaan rasmi Variasi Kata (khanduri kenduri) Variasi Ejaan (ejaan lama kepada ejaan baru) balek balik keritik kritik ( kata pinjaman)

Susunan Kata Masukan Kata dasar (mengikut abjad, huruf tebal, homonim ditulis berasingan dengan angka roman). Kata terbitan (ditulis dibawah kata dasar berkenaan, ) Frasa, ungkapan, kata majmuk dan kata ganda. ( dimuatkan di bawah kata pertama)

Anda mungkin juga menyukai