Anda di halaman 1dari 30

BMM3112 2014

1.0 Pengenalan tatabahasa

Tatabahasa ialah suatu kumpulan petua bagi membentuk perkataan frasa, klausa dan
ayat. Perkataan bergabung membentuk frasa. Frasa bergabung membentuk ayat. Dua
atau lebih ayat membentuk satu ayat majmuk. Ayat-ayat dalam ayat majmuk dipanggil
klausa.

Dan Secara umumnya, tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang:

 Morfologi: kajian tentang kata dan pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan.
 Sintaksis: kajian tentang pembentukan ayat.

Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata.
Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem.
Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana kedua-
dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.

Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan
binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat
tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

1.1 Objektif Kajian

Objektif Kajian adalah membandingkan ketiga-tiga pemikiran dan pandangan pelopor


tatabahasa di Negara Malaysia iaitu aliran Tradisional (Za’ba), Aliran Struktural (Asmah
Hj. Omar) dan aliran Transformasi Generati oleh Nik Safiah Karim.

Selain itu, menghasilkan rumusan esei dalam bentuk peta minda i-think atau
Kemahiran Aras Tinggi(KBAT). Dan menterjemahkan petikan ringkas atau artikel
bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia.

1
BMM3112 2014

1.2 Batasan Kajian

Batasan Kajian penulisan ilmiah penulis merangkumi penulisan esei tiga aliran dan
pemikiran tatabahasa iaitu tatabahasa tradisional yang dipelopori oleh Za’ba, aliran
tatabahasa Struktural yang dipelopori oleh Asmah Hj. Omar dan akhir sekali tatabahasa
aliran transformasi Generatif yang dipelopori oleh Nik Safiah Karim.Setelah itu, ketiga-
tiga aliran ini perlu dipindahkan dalam bentuk peta yang menggunakan peta kemahiran
Aras Tinggi(KBAT) atau peta i-Think.

Selain itu penulisan ilmiah yang mengterjemahkan penulisan karangan atau


artikel pendek dalam versi Bahasa Inggeris ke versi Bahasa Malaysia perlu
diterjemahkan secara global oleh penulis. Dan akhir sekali penulisan refleksi secara
menyeluruh.

1.3 Kaedah Kajian

Kaedah yang digunakan dalam kajian penulisan ini adalah menggunakan kaedah kajian
perpustakaan berdasarkan sumber buku yang didapati secara langsung mahupun tidak
langsung dengan menggunakan laman sesawang.

1.4 Definisi konsep

2.0 Pengenalan Tatabahasa

Tatabahasa adalah bidang yang menumpukan kepada pembentukan kata dan proses
pembinaan ayat sesuatu bahasa (Nik Safiah Karim & Norlidza Shamsudin, 2008).
Menurut Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1996) tatabahasa ialah peraturan-peraturan
bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung
dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasil ayat-ayat yang gramatis. Dengan
kata lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian
unsur-unsur ucapan menurut fungsinya.

2
BMM3112 2014

Menurut Noam Chomsky, seorang ahli bahasa, tatabahasa ditakrifkan sebagai suatu
kumpulan sistem yang harus dipatuhi oleh pengguna bahasa sesuatu bahasa itu, dan ia
menjadi dasar untuk melahirkan asperasi bahasa yang baik dan indah, serta menjamin
kemantapan bahasa sesuatu bahasa. Menurut Chomsky lagi, tatabahasa berfungsi
dalam memisahkan bentuk-bentuk bahasa yang gramatis, daripada yang tidak
gramatis. Tatabahasa berperanan untuk menghuraikan pemilihan pengguna bahasa itu
untuk membina ayat-ayat yang baik. Oleh itu, dapatlah dinyatakan bahawa ia
merupakan dasar yang menjadi pedoman dan pegangan dalam menentukan betul atau
salah sesuatu bentuk bahasa pertuturan atau penulisan yang dihasilkan.

Menurut Robin (1971:172) pula menyatakan bahawa tatabahasa merupakan suatu


yang menitik beratkan struktur uturan pertuturan atau penulisan dan dengan
penggolongan serta pengkelasan unsur-unsur pertuturan yang berulang-ulang
berdasarkan rumus-rumusnya.

Bagi A.Koutsaudas (1969:1) tatabahasa ditakrifkan sebagai suatu alat yang


menggunakan untuk menghasilkan ayat-ayat yang betul yang tidak terbatas jumlahnya
dalam sesuatu bahasa dan tidak ada satupun yang salah.

Menurut Tatabahasa Dewan, aspek tatabahasa menyentuh kepada dua sudut, iaitu
melibatkan cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa dan cara perkataan
disusun menjadi ayat. Huraian di peringkat perkataan disebut morfologi, manakala
huraian di peringkat ayat disebut sintaksis.

Dapat dirumuskan bahawa tatabahasa merupakan suatu teori bahasa yang harus
disusun dengan tepat, lengkap, dan mudah difahami. Ianya dapat dihuraikan dengan
jelas tentang kebolehan bahasa disusun dan digunakan oleh penutur natif sesuatu
bahasa. Tatabahasa sesuatu bahasa itu mengandungi tiga bidang utama, iaitu
sintaksis, semantik dan fonologi. Tatabahasa menjadi suatu dasar dalam menyusun
sesuatu ayat dengan betul.

Tatabahasa juga boleh dilihat sebagai teori tentang peraturan yang


menghuraikan ayat-ayat dalam sesuatu bahasa dengan kaedah yang paling mudah,

3
BMM3112 2014

tepat, dan lengkap. Tinjauan dalam bidang tatabahasa dilakukan dalam dua segi iaitu
dari segi cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa (morfologi) dari segi
perkataan-perkataan disusun menjadi ayat (sintaksis)

Tatabahasa dapat dinyatakan sebagai satu konsep tatabahasa yang mempunyai


peraturan yang terdapat dalam sesuatu bahasa. Teori bahasa umumnya dipecahkan
kepada teori tradisional, teori struktural, teori transformasi generatif, dan teori
fungsional. Tiap-tiap aliran dipengaruhi oleh ilmu lain yang ada kaitan dengannya.

2.0 Definisi Tatabahasa

Tatabahasa ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan
proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang
tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna.
Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai
makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan.

Bidang tatabahasa mengkaji cara-cara perkataan itu terbentuk dan selanjutnya


bagaimana(cara) perkataan itu bercantum membentuk frasa dan ayat.

Kajian tentang bidang tatabahasa dilakukan dari dua segi, iaitu cara perkataan itu
dibentuk daripada bunyi bahasa dan cara perkataan itu disusun menjadi ayat.Contoh
pembentukan kata ialah perbincangan tentang cara perkataan terbentuk melalui
penggabungan awalan, akhiran dan apitan, manakala contoh pembentukan ayat ialah
perbincangan tentang subjek dan predikat serta pola ayat. Bidang huraian pada
peringkat perkataan dikenali sebagai morfologi manakala peringkat ayat dikenali
sebagai sintaksis.Dengan perkataan lain, bidang tatabahasa terbahagi dua, iaitu
morfologi dan sintaksis.

Menurut Abdullah Hassan dalam Tatabahasa Pedagogi Sekolah Menengah


(2008),Tatabahasa merupakan susunan perkataan yang menjadi ayat. Cara-
caraperkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun dalam ayat yang juga
mempunyai makna. Cara-cara inilah dikatakan sebagai tatabahasa.

4
BMM3112 2014

3.0 Aliran-Aliran Tatabahasa Mengikut Tokoh


3.1 Aliran Tradisional

Aliran tradisional merupakan aliran terawal bagi historografi nahu Melayu. Aliran ini
menekan kepada aspek makna dan logika semata-mata. Kita dapat lihat kepada acuan
yang dibuat dalam penghasilan nahu ini. Misalnya Za‟ba dalam Pelita Bahasa 1 dengan
jelasnya menggolongkan nama mengikut makna. Begitu juga Marsden (1812) dan
Winstedt (1927). Kita juga dapat perhatikan kepada penggolongan kata yang dibuat
oleh ketiga-tiga tokoh tersebut yang sama dasarnya.

3.2 Aliran Struktural

Aliran struktural merupakan aliran yang membangkang aliran tradisional. Linguistik di


Barat berkembang dengan pesatnya. Aliran ini begitu menekan kepada unsur dalam
sesuatu bahasa. Setiap unsur dikaji secara mendalam mengikut sistem bahasa. Bukti
yang nyata ialah penggolongan kata kerja yang dibuat oleh Asmah Hj. Omar dalam
buku Nahu Melayu Mutakhir yang berasas kriteria sintaksis.

3.3 Aliran Tranformasi Generatif

Nahu ini terkenal kerana percubaan pengasasnya Noam Chomsky (1957) yang
memperkenalkan konsep struktur permukaan dan struktur dalaman. Di samping itu,
proses ayat yang ditransformasikan daripada satu struktur kepada satu struktur yang
memberi kelainan kepada nahu TG. Aliran ini dilihat mengambil pendekatan
pertengahan di antara nahu tradisional dan nahu struktural. Aliran TG begitu pesat
berkembang di negara Barat dan di Malaysia perkembangannya bagaikan cendawan
tumbuh selepas hujan. Ini terbukti apabila ramai sarjana Melayu mengaplikasikan nahu
TG ke dalam bahasa Melayu. Antara tokoh-tokohnya ialah Arbak Othman, Nik Safiah
Karim et al, Asraf, Abdullah Hassan, Mashudi Kader dan ramai lagi. Kita dapat meneliti
penggolongan kata yang dibuat oleh mereka hampir sama dan tidak banyak beza

5
BMM3112 2014

kecuali atas dasar pemerian masing-masing.

4.0 Tatabahasa Tradisional

Tatabahasa Tradisional merupakan nahu tertua di antara jenis-jenis aliran linguistik.


Nahu ini mementingkan peraturan preskriptif yang mesti dipatuhi dan dituruti. Dalam erti
kata lain, menurut nahu ini, undang-undang atau tatabahasa telah disediakan dan
penggunaan bahasa mestilah berdasarkan kepada peraturan yang telah ditetapkan. Ini
bermaksud nahu seperti begini akan mewujudkan satu bentuk bahasa yang betul dan
tepat sepanjang masa.

Teori Tatabahasa Tradisional mengutamakan bahasa tulisan. Kemahiran menulis lebih


penting daripada kemahiran lisan yang merangkumi latihan terjemahan daripada
bahasa asaran kepada bahasa ibunda ataupun dikenali sebagai bahasa pertama. Ini
kerana bahasa adalah bersifat sejagat. Pengajaran tatabahasa ini lebih berkonsepkan
secara deduktif. Penghafalan hukum tatabahasa yang diajarkan secara deduktif dan
diaplikasikan ke dalam penulisan. Terdapat juga kekecualian daripada hukum-hukum
biasa kerana setiap hukum tidak dapat elak daripada kekecualian. Kesilapan ini
menjadikan masalah kepada murid dan ianya perlu diberikan perhatian.

4.1 Pelopor Tatabahasa Tradisional

Tatabahasa tradisional di India telah bermula lebih awal daripada yang diketahui
berlaku di Yunani iaitu seawal 300 SM yang dipelopori oleh Panini. Teori Tatabahasa
Tradisional oleh Panini telah mendefinisikan tatabahasa tradisional sebagai ucapan
fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk
membunyikan suara.

4.2 Idea Asas Panini

Pengetahuan linguitik tatabahasa di India berasaskan daripada kajian yang dibuat


tentang bahasa Sanskrit iaitu bahasa yang dianggap suci dan digunakan dalam Rig-
Veda. Tatabahasa Sanskrit ciptaan Panini mengemukakan rencana bahasa yang
lengkap serta teliti yang tidak hanya bersandarkan kepada teori falsafah tetapi

6
BMM3112 2014

berdasarkan penelitian dan pemerhatian secara deskriptif. Selain itu, ciri nahu teori ini
mementingkan bahasa tulisan. Dalam hubungan ini, semua bahasa mempunyai
peraturan yang sama dengan bahasa Yunani. Lalu bahasa Yunani bertapak kepada
tatabahasa Inggeris yang amat mengutamakan makna bagi sesuatu unit nahu itu. Di
samping itu semua penutur diwajibkan mematuhi peraturan dan kesilapan yang
dilakukan dianggap sebagai kesalahan. Konsep teori ini diikuti oleh huraian.
pengajarannya lebih banyak tertumpu pada pengajaran nahu terjemahan. Penghasilan
tatabahasa tradisional pula bersifat anggapan yang merupakan kajian yang
berdasarkan kepercayaan atau tanggapan. Keistimewaan tatabahasa ini terletak pada
caranya dikaji, dihurai dan disusun berdasarkan pemerhatian yang halus.

4.3 Kepentingan teori yang dipelopori

Kajian Panini yang mengandungi lebih kurang seribu makalah yang memperlihat gejala
perkembangan ilmu linguistik struktural oleh orang Hindu. Tatabahasa tradisional atau
Sanskrit ini dijadikan pedoman memajukan ilmu linguistik di Eropah yang membuka
jalan kepada ilmu perbandingan bahasa. Tatabahasa dan tatabunyi yang dinyatakan
oleh Panini memperlihatkan cara-cara menganalisis bentuk-bentuk bahasa yang
memperlihatkan kesamaan tertentu di antara bahasa-bahasa yang berhubungan
kepada penemuan linguistik perbandingan. Teori ini seterusnya diperkembangkan oleh
Plato yang telah mendefinisikan ayat sebagai rentetan kata yang mempunyai pemikiran
yang lengkap iaitu ‘Logos’.

Rentetan sejarah perkembangan Tatabahasa Tradisional

Panini ( Zaman India 2- 200 SM)

Plato, Aristotles ( Zaman Yunani-300 SM )

Priscian ( Zaman Romawi- 500 SM )

Al-Khalil, Al-Masri ( Zaman Renaissance )

Jason Grimm ( Zaman Perbandingan )

7
BMM3112 2014

Linguistik moden Ferdinand de Saussure ( Abad ke-19 dan 20 )

4.4 Ciri-Ciri Tatabahasa Tradisional

Secara kasarnya, asas linguistik tradisional ditandai oleh beberapa ciri utama yang
penting iaitu:

Huraian bahasa berdasarkan makna dan logika (menurut falsafah Yunani)

Penguasaan bahasa tulisan lebih daripada bahasa lisan

Huraian aturan bahasa bersifat normatif dan preskriptif

Jika diteliti secara mendalam, kerangka asas kajian-kajian bahasa tradisional


dibuat berdasarkan bahasa tulisan. Huraian tatabahasa bersifat notion (bukan formal
dan struktur) dan berdasarkan anggapan disiplin-disiplin lain yang tiada kaitan dengan
bahasa. Akibatnya, huraian unsur-unsur bahasa menjadi tidak tepat dan tetap.

Contohnya dalam tatabahasa Melayu, „kata nama‟ didefinisikan sebagai segala


perkataan yang menyebut benda atau orang seperti budak, burung, kaki, tahun,
bulan….(Za‟ba, 1954). Sebenarnya huraian sebegini dikatakan sebagai berbentuk
notion. Kajian bahasa yang dijalankan adalah secara deduktif iaitu kajian yang
menekankan pemahaman undang-undang bahasa dahulu dan selepas itu diikuti
dengan misalan-misalan. Kajian bahasa yang dilaksanakannya menganggap bahawa
bahasa di dunia dihurai berasaskan ciri-ciri universal (seperti logik, falsafah dan yang
lainnya). Ahli bahasa tradisional berpendapat bahawa bahasa di dunia ialah variasi
bahasa Yunani dan Latin. Oleh itu, semua bahasa dihurai berasaskan unsur-unsur yang
sama.

Salah satu sifat nahu tradisional ialah berasaskan kepada satu model bahasa,
iaitu bahasa yang ideal yang dianggap baik dan lengkap segala-galanya dan daripada
model itulah diaplikasikan kaedah-kaedah penganalisisan ke dalam bahasa-bahasa

8
BMM3112 2014

lain. Biasanya model bahasa yang menjadi acuan atau pola ialah bahasa Greek dan
Latin kerana nahu ini berasal daripada zaman Yunani – Latin. Antara pengkaji terawal
ialah Plato dan Aristotle yang mengkaji penggolongan kata dengan pemerian terhadap
definisi-definisi tertentu yang pokok pangkalnya makna dijadikan analisis kajian nahu
ini.
Walau bagaimanapun, tidak semua isu penggolongan kata sependapat antara para
sarjana bahasa. Hal sedemikian bergantung terhadap pemerian dan kefahaman ahli
bahasa dalam memerihal bahasa tersebut. Dalam nahu tradisional, seorang ahli
bahasa dikatakan cuba sedaya mungkin untuk mencari unsur-unsur dalam bahasanya
dan dibahagikan atau diperikan berdasarkan model bahasa tadi. Satu keadaan yang
tidak praktikal atau tidak saintifik ialah tidak semua yang terdapat dalam model bahasa
itu terdapat juga dalam bahasa lain. Disebabkan itu, kita akan dapati bahawa huraian
atau pemerian golongan kata seolah-olah sengaja diada-adakan.
Oleh demikian, dapat dirumuskan bahawa nahu tradisional masih tidak bercirikan
saintifik, ia seolah-olah berusaha memerikan bahasa mengikut sesuatu model yang
dijadikan pola acuan. Perkara ini menggambarkan satu bentuk bahasa peniruan.
Namun apa yang pro mengenai nahu tradisional ialah sikap preskriptif yang mana akan
berjaya mewujudkan peraturan berbahasa dengan betul dan tepat sepanjang bahasa
itu hidup.
Secara khususnya, ciri-ciri Tatabahasa Tradisional ialah:
o Bersifat nasional iaitu bukan formal dan struktural
o Percampuran teori semantik dan gramatik
o Ketiadaan pola contoh yang dijadikan dasar pembentukan pelbagai
struktur

o Ketiadaan pemilihan dan pemeringkatan bahan-bahan yang disampaikan


sama ada gramatikal atau leksikal, sama ada berasaskan yang mudah
atau yang kompleks, sama ada kekerapan dan kenyataan butir-butir itu
boleh diajar atau tidak.
o Ayat-ayat dibina menggunakan konsep „word building‟
o Dalam memerikan bahasa, TT bersifat preskriptif, humanistik dan
normatif.
o Ilmu falsafah dan logika menjadi teras pegangan.

9
BMM3112 2014

5.0 Tatabahasa Struktural

Hasilan nahu Asmah Omar dilihat berunsurkan aliran struktural. Ini jelas apabila beliau
menyatakan kaedah yang digunakan berdasarkan teori sistemik-fungsional, dari aliran
Linguistik London. Ini kerana asas linguistik Asmah berpangkal daripada Universiti of
London di mana beliau mendapat Ijazah Kedoktoran pada tahun 1969. Pemerian beliau
terhadap nahu secara bersistem. Maksudnya kajian bahasa Melayu dihuraikan dari
tingkat bawah iaitu morfem kepada tingkat paling atas iaitu ayat dari segi skala
tatatingkat dalam nahu. Penghuraian nahu beliau lebih cenderung kepada deskriptif
iaitu mengkaji dan menghurai segala bentuk gejala bahasa sebagaimana ia wujud dan
digunakan oleh penuturnya. Asmah juga banyak menerangkan secara terperinci aspek
morfologi dan sintaksis secara mendalam.

5.1 Ciri-Ciri Tatabahasa Struktural

Fokus pengkajian Tatabahasa Struktural ialah aspek penghuraian struktur bahasa.


Struktur bahasa merupakan perkaitan antara fonem, sebagai unit bunyi, dengan fonem
sebagai unit tatabahasa. Asasnya tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian
struktur tersendiri. Sekarang kita teliti dahulu ciri-ciri bahasa yang dibawa aliran
struktural ini:

o Bahasa ialah pertuturan bukan tulisan


o Bahasa ialah satu sistem
o Sistem bahasa ialah arbitrari
o Bahasa adalah untuk perhubungan

Seperti yang dinyatakan di atas, aliran struktural menekankan pertalian struktur


tersendiri, maka kajian bahasa dijalankan dalam pelbagai peringkat tatabahasa iaitu
mofologi dan sintaksis. Pada peringkat morfologi, sesuatu kata itu digolongkan dalam
10
BMM3112 2014

kelas tertentu berdasarkan taburan kata-kata itu dalam struktur ayat. Pada peringkat
sintaksis, aliran struktural memberi tumpuan kepada perkembangan antara elemen

11
BMM3112 2014

dalam ayat ataupun konstituen-konstituen dalam ayat. Hal ini merupakan analisis ayat
yang memecahkan bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituennya dan
selanjutnya mengaitkan tiap-tiap konstituen kepada konstituen yang lebih besar.
Konstituen yang lebih besar dikaitkan pula dengan yang lain. Cara pembahagian ini
digelar analisis konstituen terdekat (Immediate Constituent Analysis). (Fries, 1957).
Secara khususnya.

Ciri-ciri Tatabahasa Struktural ialah:

o Mementingkan bentuk atau struktur yang sebenarnya terdapat dalam


sesuatu bahasa, justeru makna tidak diambil kira.
o Tidak mencampuradukkan ciri-ciri bahasa yang lain.

o Tidak bertitik tolak daripada ciri-ciri semantik yang terkandung dalam


sesuatu unsur tatabahasa.
o Tidak ada tatabahasa universal atau tatabahasa sejagat.
o Menghindari faktor berkaitan dengan psikologi, logika dan metafizik.
o Kajian dibuat secara objektif dan saintifik dengan bukti yang tepat dan
betul.

Rumusan

Rumusannya, aliran struktural lebih menekan terhadap konsep struktur permukaan


kerana dengan jelasnya ia berkaitan tingkah laku, bentuk dan struktur sesuatu bahasa

Dalam tahun-tahun empat puluhan dan lima puluhan , muncul tokoh-tokoh bahasa
seperti Bloch, Haris, Wells dan Hocket yang membawa pengertian metadologi mereka.
Aliran ini digelar Struktural, taxonomist dan Bloomfieldian. Tatabahasa Struktural dikait
dengan era Linguistik Moden. Antara tokoh yang menjadi pengasas teori deskriptif
ialah Ferdinand de Saussure. Ferdinand menjadi tersohor kerana hasil karyanya
dibukukan oleh murid-muridnya yang mana buku tersebut dikenal dengan nama Course
in general Lingistik. Sesungguhnya Ferdinand menyatakan bahasa mempunyai jirim
dan bentuk.

12
BMM3112 2014

Dengan itu lahirlah Tatabahasa Struktural yang menekankan aspek sistem dan
unsur-unsur huraian bahasa secara mendalam. Aliran Ferdinand berkembang dengan
pelbagai mazhab antaranya ialah mazhab Geneva, Draha dan Glosematik. Sementara
itu di Amerika, L. Bloomfield , Franz Boas dan Edward Sapir juga banyak menurut
langkah Ferdinand. Seorang lagi ahli linguistik Amerika yang terkenal ialah Z.S Haris
menjalankan kajian linguistik secara struktur. Usaha Haris jelas terpapar dalam buku
berjudul Struktural Linguistik (1951). Dalam bukunya itu, Haris didapati sangat
mementingkan langkah-langkah dan kaedah yang patut dijalankan untuk mengkaji
bahasa. Sementara itu tokoh Tatabahasa Struktural Melayu Era Tahun 1960-an ialah
Asmah Hj. Omar (1968) -Morfologi- Sintaksis, Bahasa Melayu (Malaya) dan Bahasa
Indonesia Satu Perbandingan Pola.” Asmah Hj. Omar dan Rama Subbiah (1968) - An
Introduction to Malay Grammar. Asmah Hj. Omar (1970) - Bahasa Malaysia Kini: Satu
Pengenalan Melalui Struktural (Buku 1-V) dan asraf (1971) - Mari Belajar Bahasa Kita.

6.0 Tatabahasa Transformasi Generatif

Tatabahasa Transformasi Generatif mula diperkenalkan dalam bidang linguistik pada


tahun 1957 oleh Avram Noah Chomsky. Beliau ialah seorang ahli linguistik , pendidik ,
aktivis politik dan penulis Amerika Syarikat yang prolifik. Beliau dilahir dan dibesarkan di
Philadelphia, Pennsylvania. Beliau menamatkan ijazah pertamanya pada tahun 1945
dan pengajian sarjananya pada tahun 1955 di Universiti Pennsylvania. Chomsky telah
mencipta dan memperkenalkan satu bidang linguistik baharu yang diberi nama
tatabahasa generatif berdasarkan teori yang beliau usahakan sepanjang tahun 1950-
an. Beliau telah menerbitkan teori yang dipanggil tatabahasa tranformasi generatif
dalam bukunya yang bertajuk Syntactic Structures (1975) dan Aspects of the Theory of
Syntax (1965) iaitu buku yang telah menghuraikan nahu tranformasi dengan eksplisit
dan formal. Teori ini terkenal kerana kelainan yang ditonjolkan iaitu penggunaan rumus
semacam rumus matematik.

13
BMM3112 2014

Tatabahasa Transformasi Generatif mendapat sambutan dan popular dalam kalangan


para linguistik antarabangsa termasuklah pakar-pakar bahasa di Malaysia. Pengaruh
terhadap tatabahasa Transformasi Generatif ini bukan hanya setakat di Amerika sahaja
malah telah menular ke negara-negara Eropah dan juga ke Asia Tenggara khususnya
Malaysia. Antara tokoh-tokoh bahasa Melayu yang sealiran dan seangkatan dengan
tatabahasa ini ialah Lutfi Abas melalui bukunya iaitu Linguistik Deskriptif dan Nahu
Bahasa Melayu yang ditulisnya pada tahun 1971 , Abdullah Hassan melalui bukunya
iaitu Linguistik Am tahun 1980 , Nik Safiah Karim melalui buku Tatabahasa Dewan
(1991) dan Bahasa Malaysia Syntax (1978) dan beberapa orang lagi ahli bahasa
Transformasi Generatif Melayu.

Tatabahasa Transformasi Generatif (TG) merupakan satu aliran mazhab pengkajian


bahasa. TG memberi tumpuan terhadap bidang sintaksis serta mengutamakan bidang
semantik. Dasar utama teori ini ialah dengan menganggap bahawa setiap ayat yang
dihasilkan sebenarnya mengandungi dua peringkat. Peringkat-peringkat tersebut ialah
struktur dalaman dan struktur permukaan.

Struktur dalaman ialah struktur yang mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat inti
yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat atau membentuk semantik ayat.
Struktur permukaan ialah struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan
daripada struktur dalamannya. Ia juga merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya
diucapkan oleh si penutur untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa atau komponen
fonologi.

Menurut Nik Safiah Karim (1993), teori TG mengandaikan adanya dua peringkat
struktur ayat iaitu peringkat struktur dalaman dan peringkat struktur permukaan. Kedua-
dua peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa.
Rumus-rumus tersebut ialah Rumus Struktur Frasa (RSF) dan Rumus Transformasi.
RSF akan membentuk ayat pada struktur dalaman manakala Rumus Transformasi akan
menerbitkan ayat pada peringkat permukaan. Ayat-ayat yang terhasil daripada kedua-
dua bentuk tersebut biasanya tidak mempunyai persamaan. Ayat yang terhasil daripada
struktur dalaman akan menjadi input kepada pembentukan ayat pada peringkat

14
BMM3112 2014

permukaan. Teori ini juga mengandaikan bahawa kedua-dua jenis rumus tatabahasa ini
menjadi sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa seseorang individu.

Menurut Chomsky (1965), nahu terdiri daripada set rumus untuk menghasilkan ayat
yang tidak terhad jumlahnya. Nahu ini menganalisis bahasa berdasarkan himpunan-
himpunan tulisan dan bertujuan untuk memudahkan seseorang yang mempelajari
sesuatu bahasa itu dapat membentuk ayat-ayat baharu dan memahami pertuturan
orang lain yang tidak pernah didengarinya. TG juga dinyatakan bahawa nahu
dibahagikan kepada tiga komponen iaitu sintaksis, semantik dan fonologi.

Menurut Hashim Haji Musa (1993), komponen nahu mengikut aliran TG mengandungi
lima komponen iaitu komponen leksikon, komponen kategori atau struktur frasa,
komponen transformasi, komponen fonologi dan komponen semantik. Komponen
leksikon dan komponen struktur frasa sekaligus membentuk komponen dasar dan
bergabung dengan komponen transformasi untuk membentuk komponen sintaksis.

Rumusan

Kemunculan Tatabahasa Transformasi Generatif yang diasaskan oleh Chomsky


memberi impak kepada arus perkembangan tatabahasa sejagat. Aliran tersebut telah
memberi satu dimensi baru dalam suatu kesatuan tatabahasa dunia. Teori ini telah
mengisi ruang kosong yang ditinggalkan oleh aliran-aliran tatabahasa sebelumnya.
Pendekatan tatabahasa transformasi generatif telah pun diterapkan ke dalam
pengajaran bahasa Melayu di Malaysia. Penerapan ini dilakukan dengan beberapa
pengubahsuaian dengan kehendak dan kriteria bahasa Melayu.

Tokoh-tokoh bahasa di Malaysia seperti Nik Safiah Karim, Arbak Othman, Asmah Hj
Omar dan Hashim Hj Musa telah menggunakan pendekatan Tatabahasa Transformasi
Generatif dalam penulisan buku teks dan pengajaran bahasa Melayu di peringkat
universiti. Kemunculan Tatabahasa Transformasi Generatif telah mempengaruhi
senario penyelidikan bahasa dan merancakkan lagi perkembangan tatabahasa Melayu
di Malaysia.

15
BMM3112 2014

16
BMM3112 2014

PETA I-THINK

Peta buih

17
BMM3112 2014

18
BMM3112 2014

19
BMM3112 2014

Sejarah perkembangan ejaan jawi di Malaysia

1.0 Pengenalan Tulisan Jawi

Tulisan Jawi telah wujud sejak sekitar tahun 1300 M di Kepulauan Melayu.
Perkembangannya berhubung kait dengan ketibaan Islam, khususnya daripada orang
Parsi. Abjad Arab yang diperkenalkan ini diubah suai agar sesuai dengan bahasa
Melayu klasik lisan. Tulisan Jawi ditulis dari kanan ke kiri, dan ditokok dengan 6 huruf
yang tiada dalam bahasa Arab, iaitu ca pa, ga, nga va dan nya. Tulisan ini telah
berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan
Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di
Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H
atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun
ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding
tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama
Islam dan adat istiadat Melayu di Malaysia. Pada zaman dahulu, tulisan Jawi
memainkan peranan penting dalam masyarakat. Tulisan ini digunakan sebagai
perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan.
Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak Raja
Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu,
Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad
Jawi.

2.0 Pendahuluan

Sejarah tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui.Tulisan ini telah
berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan
Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di
Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganuyang bertarikh 702H
atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun

20
BMM3112 2014

ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding
tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama
Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah,Kelantan, Perlis,
dan Terengganu.

Pada zaman dahulu, tulisan jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia
digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat
dan perdagangan. Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara
pihak-pihak di Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan
Inggeris.

Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga
tertulis dalam abjad Jawi. Abjad Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan
Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi. Dokumen
Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 telah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu
yang ditulis Jawi dan bahasa Inggeris.

3.0 Sejarah perkembangan tulisan Jawi

Banyak kajian telah dilakukan tentang perkembangan sistem tulisan Jawi di Kepulauan
Melayu yang dijalankan oleh orang Barat. Mereka berbuat demikian kerana tugas atau
ada kaitan dengan keperluan pentadbiran, perniagaan dan agama Kristian. Ada juga
yang melakukannya disebabkan oleh kecenderungan kesarjanaan mereka, iaitu
sebagai pembawaan daripada tradisi pengajian yang dialami mereka di Universiti
Cambridge, Oxford, Leiden dan lain-lain.

Shellabear yang menulis artikel tentang perkembangan ejaan Melayu (Jawi) pada
tahun 1901 (the Evolution of Malay Spelling, JMBRAS, 1901,Vol. 36: 75 – 135), telah
menyebut dan memberi ulasan terhadap beberapa orang pengkaji Barat yang telah
menyelidiki bahasa Melayu, termasuk ejaannya (Jawi). Antaranya ialah van
Rongkel,van Elbinck, Robinson, Gerth v. Wijk, Werndly, van der Wall, Cohen Stuart, de

21
BMM3112 2014

Hollander, van der Tuuk, Pihnappel, Klinkert dan Wilkinson dan Shellabear. Mereka
telah menyuarakan rasa kagum kerana keseragaman ejaan Jawi yang terkandung
dalam manuskirp-manuskrip, sebelum kurun ke -17 Masihi yang tertulis di seluruh
pelosok Kepulauan Melayu dari Acheh ke Sulawesi. Beliau telah memberi dua sebab
tentang hal itu. Pertama, kemahiran menulis pada masa itu, hanya dikuasai oleh
beberapa orang tukang tulis. Mereka ini tentu sekali terlatih dalam kaedah penulisan
dan dengan itu dapat menjaga keseragamannya. Kedua, teks pada masa itu tentang
agama dan kerajaan, yang ditulis oleh mereka yang terpelajar sahaja.

Satu perkara yang amat menarik yang dinyatakan oleh Shellabear (ibid.: 77-78) ialah
orang Melayu menerima sistem tulisan Jawi ini secara langsung daripada orang Arab,
dan orang Arablah yang mula-mula menggunakan sistem tulisan Arab untuk menulis
bahasa Melayu yang seterusnya terkenal dengan nama tulisan Jawi itu.

Oleh sebab kebanyakan sistem tulisan Arab tidak menggunakan tanda baris, maka
penulisan tanpa tanda baris telah menimbulkan kekeliruan dalam bahasa Melayu.
Kekeliruan tersebut berlaku kerana tanda baris bahasa Melayu tidak dapat diramalkan
seperti dalam bahasa Arab. Oleh itu pada awal penggunaan tulisan Jawi, mengikut
Shellabear, tanda baris digunakan, termasuklah tanda tasydid. Tetapi setelah jurutulis-
jurutulis sudah biasa dengan ejaan perkataan-perkataan, maka tanda baris itu
ditiadakan kecuali;

”... in the cases of unusual words and peculiar derivatives.”

Demikianlah caranya kata Shellabear, bahasa Melayu ditulis dengan tulisan Jawi pada
awal abad ke-17 Masihi. Pada tahun 1812 Marsden telah memperkatakan tulisan Jawi
dalam bukunya A Grammar of the Malayan Language (London, 1812). Marsden
menyebut tentang 28 abjad Arab (yang sebenarnya 29, iaitu abjad hamzah ” ‫ ” ﺀ‬tidak
diambil kira olehnya), yang dipinjam oleh bahasa Melayu dan mencipta enam abjad
baru (termasuk ” ‫ ” ﺫ‬yang kemudian digugurkan). Marsden menghuraikan penggunaan
tiap-tiap abjad dalam perkataan dan menamakan abjad-abjad itu sebagai konsonan
seperti halnya dalam bahasa Arab (Marsden, 1812: 14). Tentang vokal, Marsden

22
BMM3112 2014

mengatakan tulisan Melayu juga menggunakan sistem pemvokalan seperti bahasa


Arab (ibid.) dengan menggunakan tanda-tanda baris, iaitu atas, bawah, dan hadapan.
Marsden juga membincangkan tanda-tanda ortografi dalam tulisan Jawi seperti jezm
(tanda mati), tasydid, hamzah, meddah (panjang pendek) dan angka (ibid,:20).

Pada tahun 1913, R.O. Winstedt telah memperkatakan ejaan Jawi dalam bukunya
Malay Grammar (Oxford, 1913). Kajian Winstedt tentang ejaan ini jelas berasaskan
kajian-kajian terdahulu, terutamanya yang dilakukan oleh Marsden (1812) dan
Shellabear (1901). Oleh itu tidak banyak perkara baru yang diperkatakannya, kecuali
tentang tiga teori yang berkaitan dengan penggunaan huruf saksi oleh tukang tulis Jawi
yang berpendidikan Arab dan kemunculan penggunaan hamzah ” ‫( ” ﺀ‬Winstedt, 1913:
41-42). Selain ejaan Jawi, Winstedt juga telah memperkatakan ejaan Rumi bahasa
Melayu (ibid.:43) Di kalangan orang Melayu, Raja Ali Haji ialah tokoh yang mula-mula
memperkatakan sistem ejaan Jawi seperti yang tercatat dalam tulisannya Bustan al-
Katibin (1267 H./1857 M.) Huraian Raja Ali Haji tentang ejaan Jawi, sebenarnya
merupakan panduan untuk mengenal, menyebut dan menggunakannya dalam bentuk
tulisan.

Tokoh Melayu seterusnya yang memperkatakan sistem tulisan Jawi ialah Muhammad
Ibrahim, iaitu anak Abdullah Munshi, yang telah menerbitkan Kitab Pemimpin Johor
pada tahun 1878 M. Buku ini juga merupakan panduan tentang kaedah ejaan
Jawi.Tokoh Melayu yang mula-mula menganalisis sistem ejaan Jawi dengan
bersungguh-sungguh dari segi prinsip dan segala permasalahannya ialah Zainal Abidin
bin Ahmad (Za’ba) dalam tulisannya yang bertajuk ”Jawi Spelling” (JMBRAS, vol. IV,
1928, hlm. 80-104). Beliau telah memperkatakan tulisan Jawi dari segi sebab-sebab
timbulnya ketidakseragaman ejaan, sistem pemvokalan dalam Jawi, sistem ejaan
dalam suku kata terbuka dan tertutup, kepanjangan, tekanan dan intonasi,
perkembangan penggunaan abjad ” ‫ﻭ‬, ‫ﻱ‬, ‫ ” ﺍ‬penggunaan abjad-abjad ” ‫ ﺍ‬, ‫ ” ﺀ‬dan
penyebutan serta pengejaan bunyi a pada akhir kata. Za’ba seterusnya menerbitkan
buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi pada tahun 1949. Beliau juga telah
membincangkan kaedah ejaan Jawi dan Rumi dalam buku nahunya yang termasyhur,

23
BMM3112 2014

iaitu Pelita Bahasa Melayu penggal I (1940).Dua orang tokoh Melayu lagi yang pernah
memperkatakan ejaan Jawi ialah Raja Haji Muhammad Tahir bin almarhum Murshid
Riau yang termuat di dalam bukunya Rencana Melayu (1928). Seorang lagi tokoh
Melayu ialah Mejar Datuk Haji Muhammad Said Sulaiman yang telah menulis buku
Buku Katan (1936) dan Panduan Bagi Ejaan PBmPB (1936).

Pada tahun 1954, sebuah jawatankuasa penyiasat tulisan Jawi-Rumi dalam Kongres
Persuratan Melayu se-Malaya Kedua di Seremban, telah membandingkan sistem
tulisan Jawi dan Rumi. Hasil daripada penyiasatan itu maka disimpulkan (dalam
Memorandum Mengenai Tulisan Rumi untuk Bahasa Melayu 1954) 11 kelebihan tulisan
Rumi berbanding dengan 12 kelemahan tulisan Jawi, dan satu kelemahan tulisan Rumi
berbanding dengan satu sahaja kelebihan tulisan Jawi.

Daripada hasil penyiasatan di atas, maka Angkatan Sasterawan 50 telah


mengesyorkan bahawa tulisan Rumi dirasmikan bagi persuratan Melayu dengan tidak
menghapuskan tulisan Jawi sehingga masa akan menentukannya. Pengesyoran ini
telah diterima oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga, di Singapura/Johor
Bahru, 1956, sambil mengambil ketetapan membentuk satu badan untuk mengkaji
bagaimana hendak memelihara tulisan Jawi dan bagaimana hendak menyamakan
ejaan tulisan Jawi di Malaya dan Indonesia.

Dalam tahun 1972, Raja Mukhtaruddin Dain, telah mengesyorkan satu sistem
pemvokalan ejaan Jawi melalui penggunaan tanda-tanda baris sepenuhnya dengan
mengetepikan penggunaan abjad ” ‫ﺍ‬, ‫ﻱ‬, ‫ ” ﻭ‬untuk menandakan bunyi vokal (Raja
Mukhtaruddin Dain, 1972: 309-312). Beliau mengesyorkan tanda baris di atas
melambangkan vokal a, tanda baris di bawah melambangkan vokal i, tanda baris di
hadapan melambangkan vokal u, dan sebagainya.

Pada tahun 1981 Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia di bawah


naungan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengesyorkan supaya ejaan Jawi
pada masa itu dikaji semula dan diperkemaskan. Oleh itu, pada tahun 1983, melalui
daya usaha Dewan Bahasa dan Pustaka, Awang Mohamad Amin, telah membuat

24
BMM3112 2014

penyelidikan tentang tulisan Jawi yang berjudul ”Satu Kajian Terhadap Kaedah Ejaan
Jawi Za’ba”. Tujuannya adalah untuk mencari data tentang ejaan Jawi bahasa Melayu
dengan harapan bahawa data itu akan digunakan sebagai asas untuk
menyempurnakan ejaan tersebut.

Bagaimanapun, hasil kajian tersebut telah dibahaskan oleh Raja Mukhtaruddin bin Raja
Mohd. Dain dalam artikelnya ”Laporan Tentang Satu Kajian Kaedah Ejaan Melayu
Za’ba yang dibuat oleh Tuan Awang Mohd. Amin” dan Haji Hamdan bin Haji Abdul
Rahman dalam artikelnya ”Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu Bagi Memenuhi
Keperluan Masa Depan” dalam satu bengkel yang diadakan di Dewan Bahasa dan
Pustaka pada bulan Februari 1983. Sebagai kesan daripada perbincangan dalam
bengkel itu, satu jawatankuasa ejaan Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka, telah dibentuk
untuk menyemak sistem tulisan yang ada pada masa itu (khususnya sistem tulisan Jawi
Za’ba) dan memperkemaskannya.

Sistem ejaan itu dibengkelkan dalam Konvensyen Kebangsaan Tulisan Jawi di


Terengganu pada bulan April, 1994. Sistem ejaan itu diterima oleh konvensyen, dan
sebagai natijahnya, pada tahun 1986, diterbitkanlah buku Pedoman Ejaan Jawi Yang
Disempurnakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku ini mengandungi tiga bab,
iaitu tentang pengenalan abjad dan huruf, bentuk huruf dan cara penulisan dan kaedah
mengeja Jawi. Pada tahun 1988, Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan pula buku
Daftar Ejaan Rumi-Jawi.Di kalangan orang Timur, Kang Keong Seock (1986) dari Korea
telah menyiapkan satu kajian berjudul ”Perkembangan Tulisan Jawi dalam Masyarakat
Melayu” sebagai satu tesis Sarjana Sastera di Universiti Malaya, yang kemudiannya
diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (1990). Dalam kajiannya, Kang
menyentuh tentang sejarah perkembangan tulisan Jawi daripada bentuk Arab kepada
Melayu asli dan menghuraikan perkembangan tulisan Jawi. Kang telah mengesyorkan
satu sistem gaya tulisan Jawi yang baharu. Pengesyorannya yang pertama adalah
untuk melestarikan prinsip penggunaan baris yang ada pada ejaan Arab bagi bunyi-
bunyi vokal pada suku kata tertutup. Pengesyorannya yang kedua pula adalah bunyi
vokal dalam suku kata terbuka mesti dilambangkan oleh abjad vokal yang sebenar.

25
BMM3112 2014

2)Terjemah petikan Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia

Topic Haze: A Danger to Health

The haze is a constant phenomenon faced by Malaysia and her neighbouring


countries. The haze is basically pollution of atmosphere, which is clogged with
pollutants and other substances from forest fires.

The haze is a direct effect of forest fire in Kalimantan and other parts of Indonesia
due to slash and burn method of farming. The Indonesian authorities appear to have no
power to control farmers from practising such methods. The haze is further worsened by
open burning practised by most Malaysians. Open-field burning of rice straw by the rice
planters and open burning of dried leaves and garbage done by the public are a few
examples that done by Malaysian. Many are ignorant of the health effects of open
burning.

During the haze, hospitals and clinic often report a dramatic increase in
respiratory problems, lung infections and asthma attack. The Air Pollution Index (API)
usually indicates the hazardous and dangerous levels of pollution during this period.
The haze has long-term side effects. Prolonged inhalation of polluted air will result in
serious lung infection which particularly affects the elderly.

The government must play its role to reduce the haze treat. It has to cooperate
with the Indonesian authorities to stamp out forest fires. The culprits must be brought to
justice, either through healthy fine or prison sentence. Constant vigilance would ensure
the perpetrators do not repeat their offence.

The government should also raise the public awareness of the dangers of forest fire.
Continuous campaign of the cause, solutions and steps-need-to-be-taken to reduce the
haze need to be promoted through all types of social media like television, radio,
newspaper and even via internet. The authorities should also provide assistance to
farmers and introduce more sophisticated forest clearing methods.

26
BMM3112 2014

In Malaysia, strict laws must be imposed to penalise those who practise open
burning. On-going campaigns on the dangers of open burning should be intensified.
Individuals too have a role to play. They must participate in every campaign and stop
burning. Students can advise their parents not to practice open burning.

Every individual has to remember that we do not own the world, but instead we
lent it from our future generations. We must protect our world so that our grandchildren
woulh have a healthy earth to live.

Ahmad Harun bin Hashim


Seremban, Negeri Sembilan( 375 words)
From: Penilaian Topik Vista SPM/Sasbadi/2009

Petikan Bahasa Melayu


Jerebu adalah satu fenomena yang berterusan yang dihadapi oleh Malaysia dan
negara-negara jiran beliau. Jerebu pada dasarnya pencemaran atmosfera, yang
tersumbat dengan pencemaran dan bahan-bahan lain dari kebakaran hutan.

Jerebu adalah kesan langsung daripada kebakaran hutan di Kalimantan dan


bahagian-bahagian lain di Indonesia akibat slash dan membakar kaedah pertanian.
Pihak berkuasa Indonesia kelihatan tidak mempunyai kuasa untuk mengawal petani
dari mengamalkan kaedah tersebut. Jerebu ini diburukkan lagi oleh pembakaran
terbuka yang diamalkan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia.

Semasa jerebu, hospital-hospital dan klinik sering melaporkan peningkatan


dramatik dalam masalah pernafasan, jangkitan paru-paru dan serangan asma. Indeks
Pencemaran Udara (IPU) biasanya menunjukkan tahap berbahaya dan berbahaya
pencemaran dalam tempoh ini. Jerebu mempunyai kesan sampingan jangka panjang.
Inhala berpanjangan.

Kerajaan perlu memainkan peranan untuk mengurangkan merawat jerebu. Ia


mempunyai untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia untuk
menghapuskan kebakaran hutan. Penyebab mesti dibawa ke muka pengadilan, sama

27
BMM3112 2014

ada melalui denda sihat atau hukuman penjara. Waspada selalu akan memastikan
pelaku tidak mengulangi off mereka.

Kerajaan juga perlu meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya


kebakaran hutan. Kempen berterusan punca, penyelesaian dan langkah-keperluan-to-
be-diambil untuk mengurangkan keperluan jerebu untuk dipromosikan melalui semua
jenis media sosial seperti televisyen, radio, akhbar dan juga melalui internet. Pihak
berkuasa juga perlu menyediakan bantuan kepada petani dan memperkenalkan kaedah
pembersihan hutan yang lebih canggih.

Di Malaysia, undang-undang yang ketat mesti dikenakan untuk menghukum


mereka yang mengamalkan pembakaran terbuka. Yang sedang kempen mengenai
bahaya pembakaran terbuka perlu dipertingkatkan. Individu juga mempunyai peranan
untuk bermain. Mereka mestilah mengambil bahagian dalam setiap kempen dan
berhenti membakar.Pelajar boleh menasihati ibu bapa mereka tidak mengamalkan
pembakaran terbuka.

Setiap individu perlu ingat bahawa kita tidak memiliki dunia, tetapi sebaliknya kita
dipinjamkan daripada generasi akan datang. Kita mesti melindungi dunia kita supaya
cucu kita akan mempunyai bumi yang sihat untuk hidup.

Refleksi

BIBLIOGRAFI

Kamarudin Hj.Husin, Siti Hajar Hj.Abdul Aziz, Arb'ie Sujud (1997) Pengajian
Melayu 1: (Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa). Selangor: L.C.Marketing.

Abdullah Hassan (1987) Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan


Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

28
BMM3112 2014

Siti Hajar Hj.Abd.Aziz (1996) Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan).Kuala


Lumpur:Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Asmah Haji Omar (1993) Susur Galur Bahasa Melayu.Kuala Lumpur:Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Khalid M.Hussain Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Malaysia. Kuala


Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Prof.Dr.Asmah Haji Omar (1985) Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Khusus


Kepada Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Abdullah Hassan (1987) Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

S.Nathesan(1995) Laras Bahasa Ilmiah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan


Pustaka.
Abdullah Hassan.(2006). Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional
Publishing Sdn. Bhd.

Arbak Othman .(1984). Permulaan ilmu linguistik. Selangor: Penerbitan


Sarjana Sdn.Bhd.

Asmah Hj Omar.(2008). Nahu Melayu mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj Omar.(2008). Nahu kemas kini. Kuala Lumpur: PTS Profesional


Publishing Sdn Bhd.

29
BMM3112 2014

Hashim Haji Musa.(1993). Binaan dan fungsi perkataan dalam bahasa


Melayu suatu huraian dari
sudut transformasi generatif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

30

Anda mungkin juga menyukai