Anda di halaman 1dari 16

BAB 2

SOROTAN LITERATUR

Pengenalan

Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting dalam kehidupan seharian. Ini
kerana, bahasa terdiri daripada sejumlah ayat yang tidak terkira jumlahnya. Dengan
demikian, ayat terdiri daripada beberapa frasa yang unsurnya disusun secara teratur
berdasarkan tatabahasa bahasa Melayu. Bidang sintaksis merupakan satu bidang
dalam komponen linguistik yang sering dikaji oleh pengkaji bahasa di Malaysia. Namun
begitu, aspek bahasa sama ada dari sudut ayat, wacana, semantik, dan morfologi
dalam karya sastera masih kurang diberi perhatian oleh para pengkaji. Kajian-kajian
yang ada lebih bertumpu dari sudut jenis ayat, ragam ayat dan binaan ayat tetapi dari
sudut penjudulan masih kurang.

Kajian-Kajian Lalu Yang Berkaitan

Zul Md. Daud (2002) telah menjalankan kajian mengenai jenis-jenis ayat penyata yang
terdapat dalam iklan mahkamah yang diterbitkan oleh akhbar tempatan. Menurut beliau
kajian ini menganalisis ayat penyata dalam iklan mahkamah yang dipilih dengan
tumpuan terhadap aspek makna ayat penyata tersebut secara makna nahu dan makna

dalam konteks perundangan. Hasil kajian mendapati bahawa ayat penyata mempunyai
makna yang berbeza dari sudut analisis makna nahu berbanding makna dalam konteks
perundangan.

Iklan mahkamah, yang diterbitkan dalam akhbar Berita Harian telah dipilih untuk dikaji
hanya ayat penyata sahaja. Iklan mahkamah ini kebanyakannya adalah saman ataupun
notis yang diperintahkan penyampaiannya dengan pasti oleh pihak mahkamah kepada
individu atau khalayak umum yang tertentu. Pengiklanan saman dan notis itu selama
satu hari dalam akhbar-akhbar tempatan salah satu kaedah penyampaiannya kepada
sasaran( Wu Min Aun, 1987:164). Oleh itu, iklan mahkamah menjadi media yang
penting kepada pengguna bahasa secara umum, walaupun hakikatnya iklan ini
mempunyai sasaran yang khusus. Bahasa dalam iklan ini merupakan sebahagian
daripada penggunaan bahasa secara praktis, iaitu penggunaan bahasa dalam
kehidupan sehari-hari, maka penggunaan bahasa dalam iklan mahkamah khususnya
penggunaan ayat penyata dapat menjadi bahan kajian yang menarik untuk dikaji.

Kajian tentang ayat-ayat bahasa Melayu telah banyak dilakukan oleh para pengkaji.
Berbagai-bagai-bagai aspek tentang pembentukan ayat bahasa Melayu telah dikaji,
antaranya ialah pola ayat, golongan ayat, bentuk ayat,jenis dan ragam ayat. Demikian
juga pengkajian makna ayat berlandaskan ilmu semantik dan pragmatik, telah mula
menarik ramai pengkaji untuk mengkajinya. Bahasa iklan dalam iklan-iklan perniagaan
turut popular dipilih menjadi bahan kajian oleh para pengkaji. Tumpuan kajian para
2

pengkaji ini termasuklah unsur gimik bahasa iklan, unsur retorik bahasa iklan, dan
unsur makna dalam bahasa iklan. Namun begitu, pengkajian tentang bahasa iklan
dalam iklan mahkamah masih terbuka luas untuk dikaji oleh para pengkaji kerana masih
kurang kajian dilakukan terhadap begitu banyak aspek bahasa yang terdapat dalam
iklan-iklan mahkamah.

Ayat penyata bahasa Melayu dapat ditinjau dari segi makna, fungsi komunikatif,
struktur, intonasi, dan modusnya. Dari segi makna, ayat penyata adalah sejenis ayat
yang bermaksud menyatakan atau menyampaikan suatu mesej, maklumat, berita,
pernyataan, peristiwa, pandangan, perasaan, dan seumpamanya. Dari segi komunikatif,
ayat penyata adalah ayat yang menegaskan, menyatakan dan seumpamanya tentang
sesuatu. Dari segi strukturnya, subjek ayat penyata secara umumnya mendahului kata
kerja bantu dan kata kerja utama dalam susunan linear( Akmajian, Andrian et.al,
1995:165). Manakala dari segi intonasinya pula, ayat penyata adalah ayat yang
diucapkan dengan intonasi yang sederhana dan diakhiri dengan nada penutup
menurun. Dimensi makna dan fungsi komunikatif dilihat menjadi faktor utama dalam
menentukan jenis dan ragam sesuatu ayat. Berdasarkan modusnya pula, ayat penyata
dapat digolongkan mengikut subjenisnya yang tertentu, iaitu ayat pernyataan, ayat
amaran, ayat pengakuan dan ayat pengesahan, serta ayat pengandaian.

Fungsi komunikatif ayat penyata menjadikannya dominan dalam iklan mahkamah.


Aspek penegasan dan pernyataan perlu wujud dalam ayat-ayat di dalam sesuatu
3

saman atau notis itu supaya mesej dapat disalurkan dengan ringkas, tetapi jelas dan
tepat. Hal ini menjadikan ayat penyata dalam iklan mahkamah terbina dengan struktur
ayat kompleks. Dalam usaha menganalisis makna ayat-ayat penyata kompleks ini,
struktur nahu ayat-ayat tersebut perlu dikenal pasti kerana hubungan nahu dengan
makna sangat penting dalam penyusunan ayat-ayat sesuatu bahasa. Ayat yang betul
itu terdiri dari ayat-ayat yang cukup syaratnya dari segi nahu dan membawa makna
penuh (Ahmad Mahmood Musanif, 2001:137). Selain itu, dalam sesuatu wacana seperti
wacana iklan mahkamah ini, makna sesuatu ayat itu turut berhubung dengan konteks
wacana dan ayat-ayat lainnya. kesemuanyan ini perlu dipertimbangkan dalam
menganalisis makna nahu ayat penyata dalam iklan mahkamah ini.

Menganalisis makna ayat-ayat penyata dalam iklan mahkamah berdasarkan makna


konteks perundangan bercirikan analisis pragmatik, iaitu analisis makna dalam konteks
penggunaannya.

Sesuai

dengan

larasnya,

bahasa

iklan

mahkamah

didapati

menggunakan istilah-istilah perundangan yang boleh menimbulkan makna yang


tertentu. Hal ini dapat dijelaskan dalam contoh ayat seperti berikut:
sebarang kegagalan , pemiutang akan dikecualikan daripada membuat undian dalam manamana mesyuarat pemiutang dan daripada sebarang faedah daripada agihan yang dibuat sebelum hutang
atau tuntutan atau keutamaan mereka dibuktikan dan tidak dapat menghalang sebarang agihan,
sekiranya ada.

Dalam ayat ini, istilah-istilah pemiutangdan mesyuarat pemiutang adalah istilah


perundangan. Pemahaman terhadap makna istilah-istilah ini dapat membantu khalayak
memahami makna sebenar ayat tersebut. Di samping itu, penggunaan istilah perlu
kerana istilah dapat menentukan mesej yang disampaikan dengan ringkas, benar, dan
4

tepat. Dalam menganalisis makna dalam konteks perundangan terhadap ayat-ayat


penyata dalam iklan mahkamah ini didapati makna tersebut dapat memperincikan lagi
makna nahu ayat-ayat itu.

Darwis Harahap(1989) telah mengemukakan kajian terhadap pembentukan ayat-ayat


bahasa Melayu beracuan Teori Nahu Transformasi Generatif. Kajian beliau berfokus
kepada ayat selapis dasar (pola ayat dasar) yang dinamakan sebagai ayat simpleks,
serta beberapa ayat terbitannya. Menurut Darwis Harahap, ayat simpleks ialah ayat
yang di dalamnya terdapat sekurang-kurangnya satu cerita (iaitu satu predikat)
sahaja; atau satu benda( iaitu satu subjek) dan satu predikat. Sementara ayat penyata
biasanya mempunyai intonasi akhir menurun.

Kajian beliau tertumpu pada analisis terhadap pola jenis-jenis ayat yang dikajinya, iaitu
ayat penyata, ayat nafi, ayat soal, ayat perintah, dan ayat pasif. Menurut Darwis
Harahap, ayat penyata simplek mempunyai dua bentuk, iaitu Ayat Penyata Simpleks
Dasar, dan Ayat Penyata Simpleks Terbitan. Ayat Penyata Simpleks Dasar merupakan
ayat-ayat yang belum mengalami sebarang transformasi. Sementara Ayat Penyata
Simpleks Terbitan pula adalah ayat yang telah mengalami transformasi. Dalam
perbincangannya, Darwis Harahap membahagikan ayat penyata kepada dua jenis, iaitu
Ayat konstituen Penyata Tulen dan Ayat Penyata Bukan Tulen. Beliau melakukan
kajiannya dengan mengemukakan huraian urutan-urutan (pola) dalam kedua-dua jenis
ayat penyata itu.
5

Berdasarkan huraiannya terhadap urutan konstituen dalam Ayat Penyata

Simpleks

Dasar terdiri daripada pola-pola S + KJ- O, S-KJ-O, KJ-O, dan KJ. Huraian hubungan
urutan konstituen tersebut dijelaskan melalui contoh ayat-ayat seperti berikut:
(1) Urutan konstituen S-KJ-O(subjek-kata kerjaan-Objek)
[A [FN Ali ] [F Pred [F KJ[ KJ menulis]
[FN surat] ] ] ]
Hubungan : Ali merupakan frasa nama subjek (FN (s) ), menulis merupakan
KJ, dan surat merupakan frasa nama objek (FN (o) ) pada ayat Ali menulis
surat.
(2) Urutan konstituen KJ-O (kata kerjaan- Objek) [ A [ F Pred [Kj Ada ] [ FN
burung ] [ F KD di atas pokok] ] ]
Hubungan : Ada merupakan KJ, burung merupakan FN (o) pada ayat
kehadiran Ada burung di atas pokok.
(3) Urutan Konstituen S-KJ (subjek- kata kerjaan) [ A [ FN Ali ] [ F Pred [k]
tidur ] ] ]
Hubungan : Ali merupakan FN (s), tidur merupakan KJ pada ayat Ali
tidur.
(4) Urutan Konstituen KJ [A [ F Pred [ F KJ [KJ mendung ] ] ]
Hubungan : mendung merupakan KJ pada ayat cuaca mendung.
Selain itu, beliau mendapati bahawa frasa nama subjek bercirikan dinaungi oleh
kategori ayat, tidak boleh diikuti oleh partikel (PRT) kah,lah, dan lagi, tetapi boleh
diikuti oleh PRT pun, dan frasa nama subjek tidak boleh direlatifkan. Kata kerja tulen
dan adjektif dikelaskannya menjadi satu golongan besar yang dinamakan Kata Kerjaan
6

(KJ) atas alasan kata kerja tulen dan adjektif boleh dikuasatifkan, boleh didahului oleh
frasa kata bantu (FKB), boleh diikuti oleh komplemen, serta kata kerja gerak dan
adjektif boleh dijadikan ayat perintah.

Dalam membincangkan tentang Ayat Penyata Simpleks Terbitan, kajian beliau


mendapati dalam bahasa Melayu berlaku Transformasi Fokus(TF) dan transformasi
Pengguguran(TP). TF boleh berlaku pada kategori nahu frasa, iaitu nodus frasa
predikat(FPred), frasa kerjaan(FKJ), frasa kata bantu(FKB), frasa adverba(FADV),frasa
kata depan(FKD) dan frasa Adverbial(FADVB), serta pada kategori nahu, iaitu nodus
modal(MOD), adverb(ADV), adverb ayat(ADVA) dan adverbial(ADB). Ayat-ayat yang
mengalami TF pada nodus tertentu seperti yang berikut:
(1) TF pada konstituen FPred:
Pelajar itu [Fpred menulis surat kelmarin]
[A [ FPred Menulis surat kelmarin], pelajar itu]
(2) TF pada konstituen FKJ
Pelajar itu [FKJ sudah menulis surat] kelmarin.
[A [ FKJ Sudah menulis surat ], kelmarin.
(3) TF pada konstituen FKB
Pelajar itu [FKB sudah pernah] pergi ke Perlis.
[A [ FKB Sudah pernah], pelajar itu pergi ke Perlis]
Selain itu, beliau mendapati Transformasi Fokus Mesti (TFM) perlu dilakukan
apabila FADB atau FKD diikuti oleh PRT pun contohnya seperti ayat yang
berikut:
(1) TFM pada konstituen FADB:
kucing itu tidur di atas [FADB malam tadi pun].
[FADB Malam tadi pun], kucing itu tidur di atas kereta.
(2) TFM pada konstituen FKD
Pelajar itu belajar[FKD di dalam bilik pun].
[FKD Di dalam bilik pun] pelajar itu belajar
7

Kajian mendapati bahawa TP dalam bahasa Melayu terbatas pada kata kerja ada/ia
(lah), dan pada beberapa kata kerja gerak seperti pergi, terbang, berangkat dan
berlepas. Contohnya seperti yang berikut:
(1) TP pada KJ ada/ia(lah)
Ali ada/ia(lah) guru. [A FN +FPred]
Ali guru, [A FN +FN], iaitu setelah FPred dan FKJ digugurkan.
(2) TP pada KJ gerak
Guru itu pergi ke Perlis kelmarin. [A FN + FPred]
Guru itu ke Perlis kelmarin.
[A FN + FKD]: iaitu FPred dan FKJ digugurkan menurut konvensyennya.
M. Azmi Ruzali (2001) kajian yang telah dijalankan berkaitan dengan ayat tanya tertutup
dan ayat tanya terbuka bukan sahaja membawa makna pertanyaan dari sudut nahuan
tetapi apabila dilihat dari sudut konteks situasi pertuturan, ayat tanya ini membawa
makna yang berbeza. Dari sudut konteks situasi pertuturan, ayat ini membawa makna
untuk mendapatkan kepastian, pernyataan rasa tidak puas hati, pernyataan amaran,
pernyataan permintaan dan penegasan nasihat. Berdasarkan daripada analisis yang
dilakukan dalam kajian ini, jelas menunjukkan bahawa pengarang Teks klasik Hikayat
Raja Muda ini telah menggunakan kepelbagaian ayat. Sesuai dengan konteks kajian,
ayat pertanyaan sama ada pertanyaan tertutup mahupun pertanyaan terbuka ada
digunakan untuk menjadikan teks ini lebih menarik.

Di samping itu, ayat pertanyaan tertutup ini digunakan jelas menunjukkan permintaan
ini memerlukan jawapan ya atau tidak. Begitu juga dengan ayat pertanyaan terbuka
yang diajukan tidak semestinya memerlukan jawapan daripada pendengar. Dari sudut
konteks situasi pula, selain berfungsi sebagai satu permintaan, penegasan,
8

amaran,pelawaan, penegasan harapan dan sebagainya. Dari aspek penghasilan karya


sastera, penggunaan ayat tanya merupakan salah satu keseragaman ayat yang
digunakan oleh penulis bagi memperlihatkan kreativiti dan daya imaginatif bagi
menghasilkan sebuah karya yang bermutu dan berkualiti. Jadi, penggunaan ayat Tanya
dalam bahasa Melayu boleh digunakan oleh pengkarya mengikut konteks yang betul
dan sesuai tanpa mengabaikan hukum tatabahasa. Bagi penulisan ilmiah ini, karya
sastera dikaitkan dengan kajian ini kerana buku yang digunakan bagi maksud
penyelidikan ini ialah Hikayat Raja Muda iaitu salah satu daripada karya sastera Melayu
tradisional.

Penggunaan ayat tanya ini pula, kebiasaannya digunakan dalam bahasa Melayu
berbentuk lisan berbanding yang berbentuk penulisan. Ini kerana fungsi ayat tanya itu
sendiri yang lazimnya digunakan bagi menanyakan soalan dan soalan yang dikemukan
itu pula banyak diterjemahkan dalam bentuk lisan berbanding dengan bentuk tulisan.
Sebenarnya, sebelum ini penyelidikan mengenai ayat tanya dalam bahasa Melayu ini
memang ada dan pernah dilakukan oleh ahli-ahli bahasa tempatan mahupun ahli-ahli
bahasa dari luar negara. Namun begitu, penyelidikan dalam bidang semantik ini
khususnya mengenai konteks situasi pertuturan masih banyak lagi yang boleh dikaji
dan diterokai bagi kepentingan bahasa Melayu itu sendiri.

Kajian ayat tanya dari sudut nahu dan semantik sangatlah penting untuk mengetahui
maksud sebenar ayat tanya ini, walaupun sebenarnya ayat pertanyaan ini telah diberi
9

kategori tersebut kerana ciri-ciri yang terdapat dalam sesuatu ayat itu. Selain dari
menumpukan maksud yang hendak dicapai, ayat tanya ini, juga dapat melahirkan satu
situasi yang hanya dapat difahami oleh penutur dan pendengar yang mempunyai
wacana sesama mereka. Namun begitu, diharapkan pada suatu hari kelak,
penggunaan ayat tanya dalam kalangan masyarakat penutur bahasa Melayu akan lebih
mantap dan bervariasi sesuai denagn arus kemajuan yang ingin dicapai.

Vijaya Letchumy (2000) telah menjalankan kajian tentang analisis jenis ragam ayat
bahasa Melayu yang dapat dihasilkan oleh pelajar-pelajar tahun tiga Sekolah
Kebangsaan Bandar Baru Kedah. Penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti
kemampuan pelajar dalam membina pelbagai ragam ayat bahasa Melayu. Pengkaji
juga menyenaraikan kesalahan ragam ayat yang dilakukan dan menganalisis
kekerapan ragam ayat yang sering dibina sama ada ayat aktif atau ayat pasif dalam
penulisan pelajar-pelajar tersebut. Teori yang digunakan

adalah teori Jean Piaget.

Menurut Piaget, fikiran menentukan aspek-aspek sintasis iaitu bagaimana kalimatkalimat disusun dan fikiran juga menentukan leksikon bahasa dan bukan disebaliknya.
Sampel dalam kajian ini terdiri daripada sepuluh orang pelajar Melayu tahun tiga iaitu
pelajar lelaki dan juga perempuan. Kajian ini dijalankan di Sekolah kebangsaan Bandar
baru

sungai petani kedah. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan juga

analisis kandungan iaitu dianalisis menggunakan Microsoft Exell2007 untuk mencapai


ketepatan maklumat dan hasil jangkaan. Cadangan yang diusul adalah peranan ibu
bapa, guru dan diri pelajar sendiri dalam mengatasi masalah kesalahan ragam ayat
dalam penulisan karangan bahasa Melayu tahun tiga agar kesalah tersebut tidak
10

berulang. Dalam penyelidikan ini, guru-guru dapat mengetahui kesalahan ragam ayat
yang lazim dilakukan oleh pelajar.

Menurut beliau, fikiran menentukan aspek-aspek sintaksis iaitu bagaimana kalimatkalimat disusun dan fikiran juga menentukan leksikon bahasa dan bukan di sebaliknya.
Piaget cuba menerangkan definisi bahasa. Menurut Piaget bahasa adalah sistem kod
yang sudah jadi (siap untuk dipakai) dan diperluas serta diperlengkap oleh masyarakat
pemakainya. Bahasa mengandungi sejumlah alat-alat kognitif yang siap sedia untuk
digunakan oleh fikiran. Piaget (1995), dalam bukunya, The Language and Thought of
the Child berpendapat bahawa perkembangan bahasa bergerak selari dan merupakan
sebahagian daripada perkembangan kognitif umum kanak-kanak. Menerusi teori
pertumbuhan Kognisi, beliau berpendapat seorang kanak-kanak mempelajari segala
sesuatu mengenai dunia melalui tindakan-tindakan dan perilakunya dan kemudian
melalui bahasa.

Arpah (2010) membuat kajian mengenai penguasaan dan struktur ayat majmuk bahasa
Melayu dalam kalangan pelajar sekolah Menengah di Singapura. Bahasa Melayu
sebagai bahasa ibunda telah diwajibkan kepada semua pelajar Melayu di Singapura
sejak mula berada dalam darjah satu. Justeru, setelah sepuluh tahun mempelajari
bahasa Melayu mereka sewajarnya telah dapat menguasai kemahiran membina ayat
khususnya ayat majmuk. Tetapi, dapatan kajian mendapati kebanyakan pelajar Melayu
hari ini tidak dapat menguasai struktur sintaksis terutama ayat majmuk dengan baik.
11

Beliau juga menganalisis tentang penguasaan struktur ayat majmuk dalam penulisan
karangan pelajar, khususnya penguasaan dan struktur ayat gabungan, ayat pancangan
dan ayat campuran. Kajian ini meninjau seramai 115 orang pelajar-pelajar menengah
empat dari empat buah sekolah menengah di Singapura. Pelajar juga telah menjalani
kursus pembelajaran formal selama 10 tahun berdasarkan kurikulum bahasa Melayu
Kementerian Pendidikan Singapura. Dengan menggunakan teori Transformasi
Generatif penyelidik menggunakan rumus struktur bahasa Melayu dalam bentuk rajah
pohon untuk menunjukkan struktur-struktur dalaman dan luaran.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat lebih kurang satu per dua (2378)
daripada jumlah ayat yang dibina merupakan ayat majmuk, suku daripadanya adalah
tidak gramatis. Kebanyakan kelemahan dalam pembinaan ayat ialah dalam
penggunaan kata hubung. Dapatan kajian ini juga menunjukkan terdapat korelasi yang
erat dan signifikan di antara jumlah ayat majmuk yang gramatis (r = .660) dan jumlah
ayat majmuk (r = .347) dengan pencapaian bahasa dalam karangan. Seterusnya, kajian
ini mendapati ada perkaitan yang positif (r = 0.206 ) dan signifikan (p = 0.05) di antara
minat membaca dengan pencapaian bahasa.

Dalam penggunaan kata hubung, dapatan kajian menunjukkan responden mempunyai


kelemahan yang ketara dalam penguasaan penggunaan kata hubung yang tepat. Ini
kerana didapati penggunaan dan sangat tinggi peratusan kehadirannya (71%)
berbanding dengan kata hubung yang lain. Dengan kelemahan dalam penguasaan dan
struktur ayat majmuk dan seterusnya dalam penguasaan bahasa Melayu maka pihak

12

yang terlibat di Singapura perlu berusaha untuk memperbaiki agar dapat menggunakan
penggunaan bahasa Melayu menurut tatabahasa yang betul.

Selain daripada itu, seorang lagi pengkaji bidang linguistik yang telah menghasilkan
penyelidikan mengenai ayat telah disiapkan oleh Ibrahim Haji Salleh (2003). Menurut
beliau, tugas penting tentang tatabahasa adalah menghuraikan tatabahasa dalam
pembinaan ayat yang baik. Oleh itu, tatabahasa sebagai dasar yang menjadi pedoman
dalam menentukan betul salah ayat yang dihasilkan oleh seseorang seharusnya dibuat
secara formal. Ini demikian kerana, tatabahasa akan menjelaskan bagaimana kata
terbentuk dan bagaimana pula kata dengan kata saling berhubung dalam membentuk
ayat yang boleh difahami maksudnya.

Prinsip utama kajian beliau ialah setiap ayat mempunyai struktur dasar dan struktur
permukaan. Struktur dasar memberikan pentafsiran semantik dan struktur permukaan
dihasilkan daripada struktur dasar melalui rumus transformasi tertentu dan tersusun.
Dalam perubahan itulah terjadinya peluasan, penambahan, penggantian, pengguguran
dan penyusunan semula unsur pada peringkat struktur dasar. Kelainan susunan yang
mengalami proses transformasi ini dijadikan sebagai data kajian beliau. Kajian
penyelidikan beliau mempunyai batasan tertentu. Kajian ini menunjukkan bahawa
dalam teks Tuhfat al-Nafis terdapat struktur ayat majmuk. Struktur ayat majmuk ini
terbahagi kepada tiga iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan (berkait,
pelengkap dan keterangan) serta ayat majmuk campuran.
13

Faaizah Ibrahim (2002) telah membuat kajian ayat perintah dan makna dari segi
konteks situasi pertuturan berdasarkan novel Hujan Debu. Beliau menyatakan bahawa,
ayat perintah merupakan salah satu daripada jenis ayat yang terdapat dalam bahasa
Melayu. Ayat perintah adalah ayat yang diucapkan kepada orang kedua dengan tujuan
untuk mendapatkan sesuatu tindak balas. Ayat perintah terdiri daripada ayat suruhan,
ayat permintaan, ayat ajakan, ayat larangan, ayat silaan dan ayat harapan. Hasil kajian
menunjukkan penggunaan ayat perintah mempunyai pelbagai makna iaitu menyuruh,
mengarah, meminta, mempersila, melarang dan menaruh harapan. Selain itu,
penggunaan ayat perintah dalam karya kreatif seperti novel menggambarkan
kekreatifan penulis dalam menghasilkan karya kreatif yang menarik.

Kepelbagaian ayat amat penting untuk menyampaikan mesej dan maksud sesebuah
karya kreatif yang menarik dan berkesan merupakan hipotesiskajian ini. Walau
bagaimanapun, kajian makna hanya bertumpu pada ayat perintah sahaja dalam
novelHujan Debu. Kajian ini telah membuktikan bahawa terdapat pelbagai jenis ayat
perintah yang berlainan struktur dan jenis digunakan dalam novel ini mengikut konteks
dan tujuan. Skop perbincangan dalam kajian bertujuan untuk membincangkan dan
menghuraikan ayat perintah dari segi nahuan dan makna ayat perintah dari sudut
situasi pertuturan. Dari segi nahuan, ayat perintah yang telah dikaji turut mengalami
proses pengguguran subjek yang terdiri daripada kata ganti nama pertama, kedua dan
ketiga. Ini berlaku kerana pengkajian ayat perintah hanya dilakukan kepada dialog atau

14

perbualan sahaja. Lazimnya, ayat perintah yang terbina dalam perbualan akan
mengalami pengguguran subjeknya. Selain daripada penggunaan penanda ayat
perintah pengarang menggunakan kata lain sebagai penanda perintahnya.

Ayat-ayat perintah yang

digunakan oleh penulis telah mengalami peluasan,

pengguguran dan penyusunan semula unsur-unsur tertentu. Unsur-unsur ini termasuk


perubahan subjek dan predikatnya. Ayat perintah dalam novel ini banyak terpengaruh
oleh gaya bahasa lisan ataupun pertuturan yang menyebabkan ayat yang terbina
mengalami pengguguran subjeknya. Hasil analisis menunjukkan ayat perintah
mempunyai makna perintah atau arahan yang dibuat oleh penutur. Ayat perintah yang
dikaji dalam novel Hujan Debu menunjukkan kepelbagaian tujuan dan maksud. Antara
tujuan dan maksud tersebut ialah menyuruh, mengajak dan meminta pandangan
melakukan sesuatu. terdapat ayat perintah bertujuan untuk melarang, menegah atau
menghalang seseorang daripada melakukan sesuatu tindakan, mempelawa dan
menaruh harapan. Kesimpulannya, penulis berjaya menghasilkan ayat perintah yang
jelas dan berkesan untuk pemahaman pembaca karya kreatif ini. Penulis menggunakan
ayat perintah yang ringkas dan tepat bersesuaian dengan situasi cerita. Ayat perintah
yang jitu dan berkesan merupakan salah satu faktor yang menarik pembaca untuk
membaca novel ini hingga ke penghujungnya.

Kesimpulan

15

Berdasarkan penyataan yang dikemukan dalam bab sorotan kajian ini, pengkaji dapat
menilai bahawa banyak kajian yang telah dijalankan menjurus kajian sintaksis. Namun,
kajian dari aspek penjudulan ayat dalam novel masih kurang diberi tumpuan. Justeru,
pengkaji secara tidak langsung telah merintis arus perkembangan kesusasteraan tanah
air yang signifikan. Hal ini juga, dapat memperkembangkan aspek bahasa di negara
kita. Selain itu, kesusasteraan merupakan pengucapan atau ekspresi seorang
pengarang dan mempunyai peranan yang besar hingga dapat mempengaruhi pemikiran
masyarakat. Dengan ini, pemilihan dan penggunaan jenis ayat perlu diberi perhatian
yang sewajarnya kerana novel merupakan bahan bacaan yang digemari oleh setiap
lapisan masyarakat terutamanya remaja yang khususnya memilih novel yang berkaitan
dengan pertemuan dan percintaan. Demikianlah beberapa kajian yang pernah
dilakukan oleh pengkaji bahasa dan sastera tentang sintaksis.

16

Anda mungkin juga menyukai