Anda di halaman 1dari 1

Tatabahasa adalah bidang yang menumpukan kepada pembentukan kata

dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa (Nik Safiah Karim & Norlidza
Shamsudin, 2008). Menurut Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1996) tatabahasa ialah
peraturan-peraturan bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana
perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasil
ayat-ayat yang gramatis. Dengan kata lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan,
pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya.
Menurut Noam Chomsky, seorang ahli bahasa, tatabahasa ditakrifkan
sebagai suatu kumpulan sistem yang harus dipatuhi oleh pengguna bahasa
sesuatu bahasa itu, dan ia menjadi dasar untuk melahirkan asperasi bahasa
yang baik dan indah, serta menjamin kemantapan bahasa sesuatu bahasa.
Menurut Chomsky lagi, tatabahasa berfungsi dalam memisahkan bentuk-bentuk
bahasa yang gramatis, daripada yang tidak gramatis. Tatabahasa berperanan
untuk menghuraikan pemilihan pengguna bahasa itu untuk membina ayat-ayat
yang baik. Oleh itu, dapatlah dinyatakan bahawa ia merupakan dasar yang
menjadi pedoman dan pegangan dalam menentukan betul atau salah sesuatu
bentuk bahasa pertuturan atau penulisan yang dihasilkan.
Menurut Robin (1971:172) pula menyatakan bahawa tatabahasa
merupakan suatu yang menitik beratkan struktur uturan pertuturan atau
penulisan dan dengan penggolongan serta pengkelasan unsur-unsur pertuturan
yang berulang-ulang berdasarkan rumus-rumusnya.
Bagi A.Koutsaudas (1969:1) tatabahasa ditakrifkan sebagai suatu alat
yang menggunakan untuk menghasilkan ayat-ayat yang betul yang tidak
terbatas jumlahnya dalam sesuatu bahasa dan tidak ada satupun yang salah.

Menurut Tatabahasa Dewan, aspek tatabahasa menyentuh kepada dua


sudut, iaitu melibatkan cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa
dan cara perkataan disusun menjadi ayat. Huraian di peringkat perkataan
disebut morfologi, manakala huraian di peringkat ayat disebut sintaksis.
Dapat dirumuskan bahawa tatabahasa merupakan suatu teori bahasa yang
harus disusun dengan tepat, lengkap, dan mudah difahami. Ianya dapat
dihuraikan dengan jelas tentang kebolehan bahasa disusun dan digunakan oleh
penutur natif sesuatu bahasa. Tatabahasa sesuatu bahasa itu mengandungi tiga
bidang utama, iaitu sintaksis, semantik dan fonologi. Tatabahasa menjadi suatu
dasar dalam menyusun sesuatu ayat dengan betul.
Tatabahasa juga boleh dilihat sebagai teori tentang peraturan yang
menghuraikan ayat-ayat dalam sesuatu bahasa dengan kaedah yang paling
mudah, tepat, dan lengkap. Tinjauan dalam bidang tatabahasa dilakukan dalam
dua segi iaitu dari segi cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa
(morfologi) dari segi perkataan-perkataan disusun menjadi ayat (sintaksis).

Anda mungkin juga menyukai