Anda di halaman 1dari 3

KEBERSIHAN, KECERIAAN DAN KESIHATAN (3K)

DASAR 3K
 Menerapkan budaya kerja berpasukan yang dapat membawa kepada amalan
keceriaan,kebersihan,dan kesihatan di sekolah.
 Menerapkan budaya kerja berpasukan yang dapat membawa kepada amalan
keceriaan,kebersihan dan kesihatan di sekolah
 Mengadakan perancangan yang dapat meningkatkan kualiti keceriaan,
kebersihan dan kesihatan di sekolah.
 Mewujudkan mekanisme yang dapat mempertinkatkan aspek-aspek
keceriaan,kebersihan,dan kesihatan di sekolah.
 Sentiasa menilai aspek keceriaan, kebersihan dan kesihatan untuk
memastikan tahap peningkatannya di sekolah.
 Memupuk kerjasama diantara warga Sekolah dengan pihak luar dalam
membentuk sebuah masyarakat yang dapat mengamalkan nilai keceriaan,
kebersihan,dan kesihatan sepanjang masa.
 Menjaga keceriaan, kebersihan, dan kesihatan adalah amalan warga sekolah
setiap hari.
 Cekap, cepat menagani masalah yang berkaitan dengan keceriaan,
kebersihan,dan kesihatan.

MATLAMAT ASPEK KECERIAAN DI SMK LAKSAMAN

1. Menimbulkan kesedaran di kalangan murid-murid, warga sekolah, ibu bapa melalui


publisiti yang meluas tentang pentingnya mewujudkan persekitaran yang ceria disekolah.
2. Melatih murid-murid menyayangi dan menghargai alam sekitar.
3. Melatih murid-murid menjalankan kewajiban sebagai khalifah di muka bumi selaras
dengan amalan Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan.
4. Menimbulkan sifat ingin tahu dikalangan murid-murid berkaitan nama pokok dalam
panggilan biasa dan saintifik serta niali perubatan yang terkandung.
5. Melahirkan murid-murid yang cinta akan sekolah.
6. Menceriakan kawasan sekolah dengan membina tapak semaian dan menjalankan kerja-
kerja keceriaan.
7. Melahirkan rasa cinta akan sekolah disamping menerapkan bertanggungjawab.

MATLAMAT ASPEK KEBERSIHAN DI SMK LAKSAMANA

Menyemai sifat cinta akan kebersihan sekolah dengan mengadakan gotong-royong


membersihan persekitaran sekolah dengan aktiviti rondaan kelas bertugas.

Mengubah cara pemikiran murid tentang kebersihan melalui pendidikan.


Meningkatkan rasa tanggungjawab murid terdahap kebersihan berpandukan Buku Spesifikasi
Tugas 3K.

Meningkatkan tahap kebersihan sekolah dengan mengadakan jadual tugas untuk murid, guru
dan pekarja swasta.

Memantau dan menilai keberkesanan program kebersihan pengadilan yang dibuat berpandukan
Borang Penilaian Kebersihan.

Melaksanakan tindakan susulan melalui program penambahbaikan.

PROSEDUR KESELAMATAN DISMK LAKSAMANA

Bertujuan mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan
sokongan warga sekolah dan komuniti setempat.

Mementingkan aspek keselamatan diri murid semasa perjalanan pergi dan balik sekolah.

Semasa bergerak ke kelas. pelajar digalakkan menggunakan susur gajah @ koridor kelas ini
adalah untuk mengelakkan daripada berlaku sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya.

Murid-murid harus masuk ke sekolah melalui pintu masuk melalui gate B.

Murid-murid yang berbasikal @ bermotor perlu menolak basikal @ motor mereka melalui gate B
dan meletakkannya di tempat meletak basikal pelajar di tempat letak kenderaan.

Ibubapa/penjaga memberi kerjasama supaya memberhentikan atau menurunkan anak @jagaan


mereka di pintu masuk Gate A. Ini adalah untuk mengelakkan kemalangan dan kesesakan
jalanraya.

Untuk murid-murid yang balik awal atas sebab-sebab tertentu, sokongan ibubapa/penjaga
adalah penting supaya mengikut tatacara keselamatan murid semasa membawa anak mereka
keluar dari sekolah.

Murid perlu mengisikan borang kebenaran keluar kawasan.

Ibubapa mendaftar nama murid di buku Pendaftaran Murid Balik Awal.

Ibubapa mendapat tandatangan puhak pentadbir.

Membangunkan kesedaran terhadap aspek keselamatan untuk melahirkan iklim sekolah yang
kondusif untuk perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Kesedaran
ini akan dilakukan dengan beberapa cara iaitu melalui penerangan semasa perhimpunan,
ceramah keselamatan di sekolah dan melalui papantanda.

Anda mungkin juga menyukai