Anda di halaman 1dari 9

ISU ATAU PERMASALAHAN TEORI ATAU MODEL

METODOLOGI KAJIAN DAPATAN


BIL TAJUK ARTIKEL KAJIAN KAJIAN

1 Jurnal Pendidkan 1. Struktur penilaian SPM 1.Reka bentuk diskriptif 1.Model Kolb(Sadler- 1.pendekatan
Malaysia 34(2)(2009) memberikan maklumat korelasi (ex-post facto) Smith1997) yang pengajaran guru dari
Pendekatan tentang pencapaian seseorang untuk mengenal pasti mencirikan pelajar segi strategi
Pengajaran, Gaya pelajar secara keseluruhan,
pelaksanaan pendekatan sebagai konverger, pengurusan
Belajar dan Jenis tetapi tidak memberikan
pengajaran guru dan diverger, akomodator pengajaran adalah
Penilaian dalam Mata maklumat tentang bagaimana
Pelajaran Sains Sukan menentukan prevalens dan asimilator. pada tahap
pelajar perlu lakukan untuk
di Sekolah Menengah penilaian terhadap 2. Gaya belajar yang sederhana, manakala
meningkatkan prestasi
Julismahj Ani pembelajarannya.
pencapaian pelajar berasaskan perseptual teknik pengajaran
Ong Kuan Boon 2. Kaedah Tinjauan soal (Ornstein,1977)dengan dan pengetahuan
Mohd Sani Madon 2. Sejauh manakah pencapaian
Hishamuddin Ahmad akademik pelajar melalui selidik penggunaan persepsi kandungan guru
Nur Haziyanti Mohamad penilaian berorientasikan Guru - mengenal pasti deria visual, auditori, dalam mata pelajaran
Khalid
Yusof Ahmad peperiksaan kebangsaan dapat faktor-faktor yang kinestetik dan taktil Sains Sukan
menilai penguasaan mempengaruhi dalam pembelajaran Tingkatan 4 adalah
pembelajaran pelajar dalam
pengurusan pengajaran, seseorang pelajar. pada tahap tinggi
Sains Sukan?
teknik pengajaran, 3.Gaya pembelajaran 2.Pelajar mempunyai
3. Mengenalpasti sejauh mana
pengetahuan kandungan berasaskan personaliti minat yang tinggi
pendekatan pengajaran guru,
dan kaedah penilaian (Briggs-Myers & terhadap mata
gaya belajar pelajar dan
yang diamalkan McCaulley 1992) pula pelajaran Sains
penilaian mempengaruhi
dalam Pelajar - mengenal pasti mendedahkan ciri-ciri Sukan
pencapaian pelajar serta

mata pelajaran Sains Sukan di minat,gaya pembelajaran seseorang pelajar cenderung kepada
Tingkatan 4. dan kaedah penilaian berdasarkan empat gaya belajar
yang telah dipelajari. dimensi, iaitu (1) perseptual yang
introvet atau ekstrovet melibatkan visual,
(2) pengesan atau auditori dan

3.Data dianalisis intuitif (3) pemikir kinestetik, tetapi

menggunakan kaedah atau perasa dan (4) pada tahap

diskriptif. penilai atau penerima. sederhana.

2 1. Membanding antara 1. Reka bentuk kuasi 1. Pendekatan PBL +T 1. Kesan pendekatan


Kesan Pendekatan pembelajaran yang eksperimen. 2.Pendekatan PBL+T terhadap
Pembelajaran Berasaskan menggunakan Pendekatan 2. Reka bentuk ujian Konvensional pencapaian pelajar
Projek berteraskan
Teknologi Terhadap Pembelajaran Berasaskan pra-ujian pasca 3.Reka Bentuk adalah positif.
Pencapaian Dan Projek Berteraskan Teknologi kumpulan kawalan Instruksional. 2.Keberkesanan
Penerimaan Pelajar
(PBL+T) dan pembelajaran tidak setara (Non- pendekatan PBL+T
Mohd Azli Bin Yeop dan
Abdul Latif Haji Gapor menggunakan pendekatan equivalent pretest- tidak dipengaruhi
konvensional, bagi mata posttest controlled oleh jantina pelajar.
pelajaran Literasi Teknologi group design). 3. Tahap penerimaan
pelajar terhadap
Maklumat dan Komunikasi. 3.Kajian ini
pembelajaran yang
2. Sejauhmanakah pendekatan dijalankan dalam 2 menggunakan
pendekatan PBL+T
berasaskan projek berkesan fasa. adalah positif.
dalam pengajaran mata 4. Instrumen Kajian
pelajaran Literasi Teknologi dibahagi kepada dua
Maklumat dan Komunikasi. aspek iaitu
pendekatan
pembelajaran dan
alat bagi
pengumpulan data.
Dua set Ujian (pra
& pasca)
Soal selidik formatif
Soal selidik sumatif

3 Kesan Pemantauan 1.Menilai keberkesanan 1. Kajian berbentuk kuasi 1.Teori


Interaktif Konstruktivisme
Pembelajaran Berasaskan eksperimen. 1. Catatan pelajar
Bersistematik 2.Model Barron
Pembelajaran Projek (PBP) terhadap tahap 2. Kajian terhadap 240 tentang kesan PBP
3.Model Stites
Berasaskan Projek
motivasi pembelajaran,regulasi responden yang dilakukan terhadap motivasi
(Pbp) Terhadap 4.Model Moursund
Motivasi kendiri dan metakognisi dalam di dua buah Politeknik ini pembelajaran,
5.Model Buck Institute
Pembelajaran,
kalangan pelajar Kejuruteraan menunjukkan nilai regulasi kendiri dan
Regulasi Kendiri Dan for Education (BIE)
Metakognisi Dalam Mekanikal, di beberapa perbezaan yang signifikan metakognitif
6.Teori Kitaran Star
Kalangan Pelajar
Politeknik KPM. dalam pembangunan memberi nilai input
Politeknik Legacy
2. Didapati bahawa ramai aspek motivasi yang amat baik.
7. Teori Behavioris
Md. Baharuddin Bin Haji pelajar-pelajar kejuruteraan di pembelajaran, regulasi
8. Teori Pembelajaran
Abdul Rahman Politeknik Kota Bharu sering kendiri dan metakognisi
Kognitif Piaget
dilihat seolah-olah hilang arah pelajar kejuruteraan
dan matlamat untuk melalui kaedah PBP
melaksanakan projek mereka. berbanding kaedah
3. Tahap regulasi diri pelajar Konvensional.
yang rendah seringkali 3. Tiga instrumen berbeza
membantutkan usaha penyelia iaitu motivated strategies
projek dalam memastikan for learning questionaire
pelajar dapat mengurus sesuatu (MSLQ), self regulation
projek secara sistematik dan
memenuhi piawaian.
4.Pelajar mempunyai
pengetahuan yang diperlukan
untuk menyelesaikan masalah
questionaire (SRQ) dan
tetapi gagal untuk
metacognative awareness
mengaplikasikannya dengan
inventory (MAI).
betul kerana kekurangan
kemahiran metakognisi.
Rumusan Artikel 1

Menurut artikel pertama iaitu Pendekatan Pengajaran, Gaya Belajar dan Jenis
Penilaian dalam Mata Pelajaran Sains Sukan di Sekolah Menengah, pendekatan
pengajaran guru dari segi strategi pengurusan pengajaran adalah pada tahap sederhana,
manakala teknik pengajaran dan pengetahuan kandungan guru dalam mata pelajaran
Sains Sukan Tingkatan 4 adalah pada tahap tinggi. Kajian ini turut mendapati pelajar
mempunyai minat yang tinggi terhadap mata pelajaran Sains Sukan serta cenderung
kepada gaya belajar perseptual yang melibatkan visual, auditori dan kinestetik, tetapi
pada tahap sederhana. Menurut Dunn (1986), menyarankan bahawa pelajar perlu diajar
dengan menggunakan pendekatan dan bahan yang bersesuaian dengan gaya
pembelajaran mereka kerana strategi belajar tersebut dapat meningkatkan pencapaian
akademik pelajar.

Berdasarkan dapatan kajian ini, dapat dirumuskan bahawa seseorang pelajar


mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza-beza untuk memproses, mengorganisasi
dan bertindak balas terhadap rangsangan dari persekitarannya dalam mencapai sesuatu
pembelajaran. Oleh yang demikian, pendekatan pengajaran guru hendaklah
dipelbagaikan dengan melihat tahap kebolehan, keupayaan dan kecerdasan pelajar serta
dikaitkan dengan persekitarannya demi untuk mencapai kejayaan dalam pembelajaran
pelajar.

Rumusan Artikel 2

Menurut artikel, Kesan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek Berteraskan


Teknologi Terhadap Pencapaian Dan Penerimaan Pelajar, mendapati bahawa kesan proses
pembelajaran bagi mata pelajaran LTMK yang menggunakan pendekatan PBL+T
membawa kesan positif kepada pencapaian pelajar. Dapatan kajian secara statistik pada
paras keyakinan 5% menunjukkan bahawa kesan pendekatan PBL+T terhadap pencapaian
pelajar dalam pembelajaran LTMK adalah positif. Kesannya adalah setara dengan
pendekatan secara konvensional. Namun begitu, dapatan kajian Fasa 2 menunjukkan
pendekatan PBL+T membawa impak yang lebih positif. Ianya mengambarkan kesan
sebenar pendekatan PBL+T dalam pembelajaran LTMK melalui analisis ujian pra dan
ujian pasca, serta disokong melalui analisis persepsi pelajar berkaitan pengetahuan latar
belakang mereka pada sebelum dan selepas pendedahan kepada pendekatan pembelajaran
yang PBL+ T.

Dapatan kajian ini juga disokong oleh Blumenfel, et al., (1991), Faizah (2007) dan
Shui-fong et al. (2008), mereka menyatakan bahawa PBL serta teknologi mampu untuk
meningkatkan motivasi pelajar dan mengekalkan fokus pelajar terhadap aktiviti
pembelajaran. Konsep pembelajaran penyelesaian masalah dan menyediakan tugasan
melalui pengalaman dunia sebenar, dilihat mampu untuk mewujudkan satu ikatan yang
kuat kepada para pelajar untuk terlibat secara menyeluruh dan rasa
kebertanggungjawaban terhadap kumpulan dan tugasan. Seterusnya memberi kesan
positif kepada usaha untuk mencapai matlamat pembelajaran.

Oleh itu, guru harus bijak menyesuaikan pendekatan PBL+T dengan kesediaan
dan gaya pembelajaran para pelajar. Bimbingan dan dorongan yang selektif di dalam
proses pembelajaran haruslah diberi secukupnya. Para pelajar akan terbimbing dengan
baik dalam usaha untuk mencapai matlamat pembelajaran dan mereka akan menerima
kesan positif dari pendekatan PBL+T yang digunakan.

Rumusan Artikel 3

Menurut artikel Kesan Pemantauan Interaktif Bersistematik Pembelajaran Berasaskan


Projek (Pbp) Terhadap Motivasi Pembelajaran, Regulasi Kendiri Dan Metakognisi Dalam
Kalangan Pelajar Politeknik, kita mendapati bahawa, pembangunan aspek motivasi
pembelajaran, regulasi kendiri dan metakognisi pelajar kejuruteraan melalui kaedah PBP
adalah lebih tinggi berbanding kaedah Konvensional. Melalui kajian berbentuk kuasi
eksperimen ini, dapatan kumpulan PBP pada keseluruhannya menunjukkan nilai ujian t
yang signifikan iatu bagi motivasi pembelajaran (t = 7.60, p < .05), bagi regulasi kendiri (t
= 3.33, p < .05) dan metakognisi (t = 9.40, p < .05 ). Dapatan ini di sokong oleh data
kualitatif melalui catatan pelajar tentang kesan PBP terhadap ketiga- tiga pemboleh ubah
memberi nilai input yang amat baik. Data kajian membuktikan bahawa PBP membantu
membangunkan ketiga-tiga pemboleh ubah kajian.
Cabaran semasa dalam pendidikan alaf ke-21 yang berhasrat untuk melahirkan
pelajar berpengetahuan tinggi dan mempunyai kemahiran insaniah mula mendapat
perhatian banyak pihak berkepentingan demi menyediakan satu sistem pendidikan yang
menepati tuntutan era digital hari ini (Abd. Rahim, 2007). Perubahan dunia daripada
masyarakat berasaskan industri kepada masyarakat berasaskan maklumat telah memberi
kesan kepada sistem pendidikan di Malaysia khususnya ke arah menghasilkan pelajar
yang kompeten sebagaimana kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM). Sehubungan denganitu, Politeknik dan Kolej omuniti (KPM) kini
bertanggungjawab menyediakan pelajar-pelajar dalam bidang kejuruteraan dengan
pengetahuan, kemahiran dan kekuatan insaniah bagi menghadapi cabaran alaf ke-21 yang
ternyata memerlukan tahap keupayaan individu yang berbeza (Dzulkifli Abdul Razak,
2003).

Oleh itu, PBP sebagai satu kaedah pengajaran dan pembelajaran Interaktif

Bersistematik yang berpusatkan pelajar di luar bilik darjah. Sebelum ini,

penghasilan projek pelajar hanya menumpukan kepada cara kerja yang tidak

selaras dan pembangunan projek tidak dipantau secara menyeluruh. Kaedah

penyediaan projek yang tidak tersusun hanya mengunakan kaedah konvensional

menjadikan hasil kerja yang tidak bermutu. Melalui kaedah PBP bersama dengan

proses pemantauan yang bersistematik dilihat amat berguna dalam memastikan

mutu dan hasil pelajar serta projek yang dihasilkan oleh pelajar adalah mengikut

piawaian kejuruteraan sebenar (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2006). Dalam

kaedah PBP, pensyarah atau penyelia projek memainkan peranan sebagai

fasilitator, membimbing pelajar untuk merangka soalan-soalan yang sesuai,

merangka tugasan-tugasan yang bermakna, melatih perkembangan pengetahuan

dan kemahiran sosial, dan secara teliti menilai perkara yang telah dipelajari oeh

pelajar daripada pengalaman mereka (Sabes, 2007). Sementara proses pemantau

bersistematik menggunakan borang-borang pemantauan PBP bertindak sebagai

perancah terarah (scaffolding) kepada pelajar dalam proses penghasilan projek

mereka.
Rumusan Keseluruhan

Kementerian berhasrat untuk melonjakkan kecemerlangan pelajar, guru dan


sekolah dari segala aspek sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ke arah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan
insan yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian, kemakmuran masyarakat dan negara
sehingga boleh mengangkat nama dan sistem pendidikan Malaysia di arena antarabangsa
dan secara tidak langsung akan dapat menambah modal insan yang berkemahiran untuk
membantu pembangunan negara dan individu tersebut. Beberapa usaha telah dijalankan
bagi memperbaiki, mempertingkat dan memperkasakan sistem pendidikan negara.
Pentaksiran alternatif berasaskan projek merupakan salah satu kaedah yang mana dilihat
mampu memberikan satu bentuk pentaksiran menyeluruh potensi pelajar dengan
penekanan diberikan pada aspek penting iaitu potensi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Berdasarkan kajian-kajian yang telah dibuat, jelas menunjukkan bahawa


pelaksanaan pentaksiran alternatif berasaskan projek kumpulan (PBPK) dapat dijalankan
dengan baik, konsisten dan berterusan di sekolah-sekolah berdasarkan kepada tahap
pengetahuan, kemahiran dan sikap guru-guru yang tinggi. Oleh itu, guru-guru juga perlu
dilatih supaya menjalankan tugas secara profesional, telus, adil dan tidak memihak kepada
mana-mana golongan atau individu..

Sehubungan itu, guru perlu memahami segala jenis pentaksiran sama ada
pentaksiran alternatif bagi mewujudkan pengalaman pembelajaran yang baik kepada
pelajar secara tidak langsung proses pembinaan modal insan yang holistik dapat
diteruskan sejajar dengan saranan kementerian. Jesteru itu, dapat dirumuskan bahawa
pentaksiran alternatif atau pentaksiran untuk pembelajaran merupakan salah satu pilihan
dalam sistem pentaksiran yang dapat memperkayakan pengetahuan guru dan pelajar
melalui kepelbagaian aktiviti serta berupaya meningkatkan pembelajaran pelajar melalui
produk yang dihasilkan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai