Anda di halaman 1dari 3

Masalah bacaan di kalangan pelajar sekolah bukanlah perkara yang baru.

Masalah ini mendapat


perhatian ibu bapa dan guru malah ke peringkat pemimpin. Usaha yang berterusan telah dibuat di
peringkat sekolah, daerah, negeri, dan peringkat nasional.
Dalam hal masalah bacaan ini masalah ditemui dalam aktiviti bacaan nyaring dan aktiviti
bacaan senyap. Masalah yang dimaksudkan merangkumi perkara berikut.
a) membuang atau meninggalkan (omission)
Bunyi huruf, perkataan, dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca, misalnya buah
disebut uah, kering disebut kerin. Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan
semasa membaca, seperti; Buku itu sangat tebal. dibaca sebagai Buku itu tebal.
Manakala meninggalkan imbuhan adalah seperti mengandungi disebut mengandung
dan sebagainya.
b) Ulangan (repetition)
Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan mengulang
ini bukan disebabkan oleh masalah gagap.
c) Gantian (substitute)
Menggantikan huruf atau perkataan dalam ayat yang dibaca, misalnya ladang disebut
lalang. Manakala terdapat perkataan yang digantikan dengan perkataan lain sehingga
boleh mengubah maksud ayat.
d) Tambahan (insertion)
Bunyi huruf atau perkataan ditambah semasa membaca, misalnya buah disebut
buwah. Manakala penambahan perkataan berlaku seperti berikut;
Saya suka makan rojak. dibaca sebagai Saya sangat suka makan rojak.
e) Pembalikan (reversals)
Huruf, perkataan, atau frasa dibaca secara terbalik atau songsang.
Contoh ;
Bala disebut laba, manakala pembalikan perkataan dalam ayat berlaku apabila
perkataan diubah kedudukannya, contoh: Dia makan nasi dibaca sebagai Dia nasi
makan, dan begitu juga dengan pembalikan frasa.
f) Tidak kenal huruf
Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanak-kanak gagal
membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak akan menyebut sesuatu
huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna
atau berlainan makna.

g) Salah sebutan
Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf atau tidak tahu
membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam konteks
ayat berkenaan.
h) Membaca mengikut loghat atau dialek
contoh ; kucing suka makan ikan dibaca kucin suka makang ikang
Dia lari kerana hujan dibaca dia lali kelana hulan
Emak dia pergi sembanhyang dibaca emak dia pigi sembahyang
i) Kesukaran mengadun serta membatang suku kata
a. terbuka + tertutup . Contoh : i-tik, ba-suh, ba-tang
b. tertutup + terbuka. Contoh : pin-tu, bu-ah, un-ta
c. keliru membunyikan suku kata yang mengandungi huruf e-taling dan e-pepet.
Contoh : sepak dengan sepak.
d. Sukar membatangkan perkataan yang lebih daripada 2 suku kata.
Contoh : sempadan, jambatan, lambaian, bangunan, ambulan
e. Sukar membatang perkataan yang mengandungi diftong atau diagraf.
Contoh : main, buih, balai, surau, kedai, nyamuk, singa
Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca
dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya.

Soalan Semester Lepas


by ABU BAKAR SAAD - Sunday, 14 December 2014, 8:04 AM

Masalah Utama Yang Dihadapi Kanak-kanak bermasalah bacaan


ataupun disleksia
Masalah dalam ejaan
- masalah dalam sebutan (fonologi) dimana murid tidak dapat menyebut perkataan yang tertulis
- sukar untuk membunyikan huruf vokal dan selalu meninggalkannya, contohnya could dieja
cold

Masalah dalam ingatan


- bermasalah dalam ingatan jangka pendek

- sukar untuk mengumpulkan maklumat dalam otak, seolah-olah terlalu banyak perkataan
berpusing-pusiang dalam otak mereka
- selalu gagal dalam menyusun maklumat
- bermasalah dalam mengingati susunan hari, bulan, tahun, dan sewaktu dengannya
Masalah dalam membaca
- membaca terlalu cepat dengan sebutan yang tidak tepat
- membaca lambat dan terputus-putus disebabkan kesan kekaburan, kesan keterbalikkan, kesan
lingkaran cahaya, kesan bergoyang, kesan seperti runtuhan, kesan putaran atau variasi perkataan
- sering salah apabila menyebut perkataan yang mempunyai huruf pertama dan terakhir yang
sama, contohnya, form disebut from
- tiada intonasi semasa membaca dan tidak mempedulikan tanda bacaan

40 variasi perkataan CAT


Masalah dalam menyalin nota
- lambat menyalin nota dan banyak melakukan kesilapan
- keliru dengan abjad
- menulis terbalik contohnya "b" dan "d", "a" dan "c", "m" dan "w", "p" dan "q"
- menulis nombor terbalik, contohnya "12" ditulis "21"

Anda mungkin juga menyukai