Anda di halaman 1dari 3

Muhamad Syabil Bin Saad (G6.

1)
Tajuk 6: PENTAKSIRAN KEMAHIRAN DALAM
MATEMATIK

KEMAHIRAN MATEMATIK

Kemahiran asas pra-nombor

 Kemahiran asas pra-nombor perlu diperkenalkan sebelum memperkenalkan murid


dengan konsep nombor.
 Melibatkan pengkelasan, turutan, perbandingan kuantiti dan konservasi.

Pengkelasan
Kemahiran mengkelaskan sesuatu benda konkrit dan semi konkrit mengikut ciri-ciri yang
ada padanya. Contohnya warna, saiz, bentuk dan jenis.

2. Turutan/ Seriasi
kemahiran mengatur objek-objek mengikut saiz kecil, besar, panjang, pendek, lebar, tebal,
nipis dan mengikut bilangan.

3. Perbandingan Kuantiti
kuantiti melalui perbandingan iaitu banyak atau sedikit, sama banyak atau tidak sama
banyak, lebih atau kurang.

4. Konservasi
- pemeliharaan ilmu asas berkaitan dengan pranombor dalam kalangan murid.
- aktiviti pengukuhan hendaklah dijalankan dari semasa ke semasa

Kemahiran komputasi

Mengenal nombor Konsep nombor Menghafal nombor

Nilai nombor Menulis nombor Menunjuk nombor

Menyebut dan menulis nombor


Kemahiran aplikasi dan penyelesaian masalah

Penyelesaian masalah adalah suatu situasi di mana masalah matematik tersebut dapat
deselesaikan melalui suatu pemilihan dan pelaksanaan operasi yang tepat.

 Terdapat empat prosedur seperti berikut:


1. Pemahaman masalah;
2. Merancang bagaimana masalah hendak diselesaikan
3. Menyelesaikan masalah;
4. Melihat semula masalah dan penyelesaian

 Aktiviti-aktiviti yang dikelaskan sebagai penyelesaian masalah matematik melibatkan:

masalah berbentuk perkataan yang terdapat dalam buku teks, teka-teki, masalah yang
melibatkan rutin dan penggunaan matematik kepada kehidupan sebenar.

MASALAH DALAM MATEMATIK

1. Penguasaan Konsep Nombor

Konsep Nilai Nombor


- Keliru tentang nilai dengan lambang nombor.
- Menulis nombor terbalik.
- Tidak faham simbol-simbol dalam matematik.
- Keliru kedudukan rumah angka.
- Tidak dapat memahami penyusunan nombor yang bercampur-aduk mengikut susunan menaik
dan menurun.
2. Penguasaan Operasi Asas Matematik

 Operasi Tambah
- Masih keliru konsep tambah melalui penyatuan dua kumpulan.
- Masih keliru tentang bahasa ‘Matematik’ yang digunakan dalam operasi tambah.
- Tidak dapat memahami operasi tambah yang melibatkan sifar.
- Tidak dapat menyelesaikan operasi tambah melibatkan pengumpulan semula.

 Operasi Tolak
- Keliru tentang konsep ‘tolak’ melalui pengasingan.
- Keliru diantara bahasa ‘tambah’ dan ‘tolak’
- Keliru apabila melibatkan mengumpul semula.
- Kurang kefahaman tentang bahasa matematik dalam operasi tolak.

 Operasi Darab
- Kanak-kanak keliru tentang lambang ‘x’.
- Kanak-kanak tidak dapat memahami konsep darab yang sebenar.
- Tidak dapat mendarab dengan betul kerana darab diperkenalkan secara hafalan.
- Tidak faham darab melibatkan sifar.

 Operasi Bahagi
- Tidak dapat memahami konsep bahagi dengan betul.
- Sukar memahami konsep bahagi cara agihan apabila berjumpa dengan
nombor yang besar.
- Tidak dapat mengaitkan operasi darab dengan bahagi.
- Keliru kedudukan nombor dalam jawapan.

3. Mengenalpasti Bentuk dan Pola, Sukatan dan Geometri

 Tidak dapat mengasingkan kumpulan mengikut bentuk, saiz, warna dan jenis benda.
 Tidak dapat membezakan kumpulan benda yang seakan-akan sama banyak.
 Tidak tahu cara menyesuaikan satu-satu benda dalam kumpulan untuk menentukan nilai
sama banyak, kurang, lebih dan tidak sama banyak.

Anda mungkin juga menyukai