Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal :10/12

Minggu Praktikum : Kesepuluh

Tarikh Peristiwa/Kejadian : 21 Ogos 2019

Tajuk Jurnal : Masalah Kawalan Kelas Ganti

1. Masalah / Peristiwa

Hari ini (21 Ogos 2019) saya telah menghadapi satu masalah mengawal kelas ganti bagi
murid Tahun 1 Utarid. Hal ini telah berlaku juga apabila saya mengganti guru di kelas tahun
2. Sebagai seorang guru praktikum yang sedang mengambil pengalaman mengajar dan
menimba ilmu, saya mendapat kesukaran dalam mengawal murid dalam kelas ganti
terutama yang melibatkan subjek lain.

2. Analisis

Masalah kawalan kelas ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor yang terjadi
antaranya ialah kurang pengalaman mengajar, kurang teknik dalam mengawal murid, dan
tidak mengetahui keadaan murid. Faktor pertama iaitu kurang pengalam mengajar murid
dalam subjek selain Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan kerana ini merupakan
pengalaman mengajar pertama kelas sebegini. Faktor yang kedua pila ialah kurang teknik
dalam mengawal murid. Hal ini demikian kerana saya hanya mempelajari cara untuk
mengawalkelas secara teori dan bukan praktikal. Jadi amat susah bagi saya untuk
mengaplikasikan teknik yang sesuai dengan keadaan murid di dalam kelas tersebut. Faktor
ketiga pula ialah tidak mengetahui latar belakang setiap murid. Jadi ini mengganggu saya
dalam mengawal murid di dalam kelas tersebut.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a. Saya seharusnya bertanya kepada guru di sekolah tersebut.

b. Saya akan untuk setiap teknik mengawal murid di dalam kelas dengan baik.

1
c. Saya akan mendapat nasihat dan bimbingan daripada guru dan pensyarah pembimbing.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh dua minggu. Hal ini demikian kerana
nilai profesional ini boleh dimiliki oleh seseorang individu melalui proses pengalaman yang
dihadapinya. Pengalaman yang dilalui oleh seseorang pastinya akan mematangkan dirinya
dan meningkatkan mutu yang dimiliki oleh individu tersebut.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai