Anda di halaman 1dari 2

Minggu 1

Tema : Pengurusan Diri

Pada hari pertama dalam slot ketiga bagi program ini, mempunyai dua aktiviti yang akan
dilaksanakan di bawah tema pengurusan diri iaitu langkah-langkah memberus gigi dan cara
pemakaian dengan betul. Pengurusan diri ini amat penting dilaksanakan supaya murid
Pendidikan khas dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan lebih baik kerana
menurut Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad (2011) pengurusan diri ini merupakan salah
satu komponen bidang pengurusan kehidupan dalam kurikulum Pendidikan khas yang
mempunyai bentuk pengajaran yang tidak terikat. Jelaslah disini penjelasan tentang
pengurusan diri ini kepada murid berkeperluan khas (MBK) mempunyai pelbagai cara. Antara
cara yang dilaksanakan disini ialah pendemostrasian.

Aktiviti ini bermula dengan aktiviti pertama iaitu langkah-langkah meberus gigi. Murid
akan diperkenalkan dengan alatan yang diperlukan untuk memberus gigi. Guru atau instruktur
menggunakan bahan maujud yang betul untuk memberi penerangan yang jelas kepada MBK.
Menurut Menurut Davvis and Simmt (2003), bahan maujud merupakan satu bahan konkrit yang
dapat menunjukkan penjelasan yang dapat meningkatkan pemahaman pelajar kita. Selain
daripada itu juga, Wiegel (1998 ), menyatakan juga bahawa bahan maujud berstruktur dapat
membantu kefahaman murid dalam konsep sesuatu pembelajaran. Menurut Piaget (1952)
kanak-kanak memerlukan pengalaman konkrit untuk memahami istilah dan simbol pengajaran.

Seterusnya murid akan mendengar penerangan daripada guru apakah kepentingan


meberus gigi. Aktiviti ini akan dikaitkan dengan aktiviti seterusnya iaitu bagaimana cara
memberus gigi dengan betul. Guru akan membuat tayangan video mengenai kepentingan
menjaga gigi dan langkah yang betul untuk memberus gigi. Akhir sekali aktiviti pertama ini
disudahi dengan demonstrasi memberus gigi tanpa air. Guru akan membimbing murid untuk
menjelaskan cara memberus gigi dengan betul. Murid perlu berimaginasi memegang berus gigi
dan membuat pergerakan yang betul contohnya membuat pergerakan bulatan semasa
memberus di sisi gigi.
Aktiviti kedua iaitu aktiviti cara pemakaian dengan betul. Guru memberikan penerangan
mengenai penjagaan pakaian dengan betul. Guru menjelaskan mengapa pentingnya memakai
baju dengan cara yang betul contohnya supaya baju tidak kotor dan mudah rosak.

Seterusnya, guru akan memancarkan tayangan video cara pemakaian yang betul
kepada MBK. Setelah selesai MBK melihat video tersebut guru membuat agihan kumpulan
kepada setiap murid MBK. Guru akan memberi riben yang berwarna iaitu merah, biru dan
putih.murid akan berada mengikut kumpulan masing-masing. Di setiap kumpulan MBK akan
dbantu oleh fasilitator untuk membuat satu aktiviti iaitu menyusun kad gambar cara pemakaian
dengan betul. Fasilitator akan membantu MBK untuk melaksanakan tugasan mereka sehingga
siap.

Rujukan

Davis, B., & Simmt, E. (2003). Understanding learning systems: Mathematics teaching and

complexity science. Journal for Research in Mathematics Education, 34, 137-167.

Wiegel, H. G. (1998). Kindergarten students' organization of counting in joint counting tasks

and the emergence of cooperation. Journal for Research in Mathematics Education,

29(2) 202-224.

Anda mungkin juga menyukai