Anda di halaman 1dari 2

Langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha menjayakan manifesto

iaitu memansuhkan kutipan tol.

Tol merujuk kepada bayaran yang dikenakan bagi sesebuah kenderaan yang


melalui sesuatu jalan raya. Biasanya bayaran tersebut digunakan bagi membiayai
pembinaan dan penyelenggaraan jalan tersebut. Jumlah tol yang dikutip bergantung
kepada jumlah kenderaan yang melalui jalan tersebut, tetapi biasanya pulangannya
amat tinggi. Tempat tol dikutip disebut pondok tol atau plaza tol. Selain jalan raya, tol
juga mungkin dikenakan untuk melalui jambatan dan terowong. Bebalik kepada soalan
yang diajukan iaitu langkah kerajaan dalam menghapuskan kutipan tol di negara ini.
Berdasarkan janji keenam dalam manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum
ke-14 lepas antara lain menyatakan gabungan itu akan mengkaji semula semua
perjanjian konsesi lebuh raya dan berunding untuk mendapatkan harga terbaik bagi
mengambil alih setiap konsesi tol dengan matlamat akhir untuk menghapuskan kutipan
tol secara berperingkat.

Antara langkah yang telah dilakukan oleh kerjaan yang mana dapat kita
bincangkan disini ialah Perdana Menteri memberi penerangan dan penjelasan
berdasarkan langkah untuk menghapuskan kutipan tol. Seperti yang diketahui perdana
Menteri memberi penjelasan dimana kutipan tol tidak dapat dimansuhkan secara serta
merta kerana jalan raya perlu menjalani proses menyelenggara atau membina jalan
baru. Dapat dirumuskan disini kerajaan mengambil penting dalam melaksanakan
manifesto tersebut supaya menjadi kenyataan di mana dengan penerangan yang
diberikan oleh perdana Menteri dapat menunjukkan kerajaan mengambil langkah positif
dan memberi penjelasan yang jelas kepada rakyat yang masih keliru akan proses
melaksanakan manifesto tersebut.

Seterusnya pengurangan kadar tol sebanyak 18% di semua lebuh raya milik
PLUS Malaysia Bhd (PLUS) merupakan antara langkah berikutnya yang dilaksanakan
oleh kerajaan untuk merealisasikan manifesto mereka pada PRU-14 yang lepas. Jelas
disini langkah yang diambil oleh kerajaan dapat meringankan lagi beban rakyat yang
mana sering menggunakan lebuh raya terutamanya lebuh raya milik PLUS. Malah ini
menunjukkan kerajaan mengambil penting dalam merealisasikan manifesto mereka.
Langkah positif ini turut dapat menunjukkan proses yang baik dilakukan oleh kerajaan
kerana Berjaya mengurangkan kadar kutipan tol.

Berikutnya, kerajaan juga turut berusaha untuk menarik pelaburan supaya


ekonomi negara pulih kembali dan kerajaan boleh merealisasikan manifesto ini. Hal ini,
menunjukkan antara langkah yang amat penting telah dilaksanakan oleh kerajaan
secara berperingkat untuk menjayakan impian rakyat yang mana ingin memansuhkan
kutipan tol. Jelas disini jika kerajaan berjaya meningkatkan pelaburan ke dalam negara
akan memajukkan ekonomi negara yang semakin merudum sekarang ini. Oleh yang
demikian, manifesto yang dijanjikan oleh kerajaan untuk memansuhkan kutipan tol akan
berjaya direalisasikan namun memerlukan jangka masa yang lama. Secara sekilas
pandang kita dapat lihat kerajaan menjalankan tugasnya dengan melaksanakan usaha-
usaha secara berperingkat dalam merealisasikan manifesto yang dijanjikan semasa
pilihan raya yang lepas.

Kesimpulannya, kerajaan telah mengorak langkah dalam melaksanakan atau


menjayakan manifesto yang dijanjikan semasa pilihan raya yang lepas. Dengan itu
dapat kita lihat pelbagai langkah yang dapat kita lihat telah dilaksanakan oleh kerajaan
yang mana ingin merealisasikan manifesto yang telah dijanjikan kepada rakyat. Secara
ruumusannya kerajaan pakatan harapan telah berusaha dan melaksanakan tugas
dengan jayanya dalam merealisasikan manifesto yang telah dijanji semasa pru 14 yang
lepas. Oleh itu, kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat kepada kerajaan baru ini
telah menjadi gerak langkah yang positif kepada negara menjadi negara yang lebih
berkembang dan maju di masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai